Home Cerpen Umum Perangkap Keamanan
Perangkap Keamanan
Ramzie AA Rosli
31/8/2017 15:09:05
1,587
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

"Woiiibudak-budak apa kamu buat tu!?" Tengking Pak Sood apabila nampaksekumpulan remaja menconteng pagar sekolah.

Akuhanya memerhati dari beranda banglo dua tingkat milik bapaku. Tanpa berfikirapa-apa, aku melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke arah ruangtamu. Aku capai alat kawalan jauh dan terus menekan butang "on". Aku merebahkanbadan di sofa, melepaskan lelah yang seharian penat melayani kerenah dunia.

 

"Satukekecohan berlaku di stadium setelah perlawanan bola sepak tamat semalam".Terpapar tajuk utama berita di kaca televisyen. "Cis, gaduh pasal sukan.Tak bertamadun." Monolog aku sendiri sambil menukar ke siaran lain. Akuterlena dalam kepenatan sambil televisyen terus terpasang.

 

"Lari..lari!!" kekecohan diluar membuatkan aku tersedar dari tidur. "Hah? Apayang jadi ni? Kenapa semua bising kat luar ni?" Aku bergegas bangun dari sofalalu terus ke tingkap untuk melihat punca kekalutan yang berlaku.

 

Kelihatanberpusu-pusu manusia seperti sedang melarikan diri dari sesuatu. "Kriukkk"kedengaran pintu utama terbuka. Dengan segera aku berpaling ke arah pintu danbelum sempat aku melakukan apa-apa, aku rebah ke lantai. Pandangan aku makinpudar dan semakin gelap.

 

"Pang!!"berkali-kali aku ditampar. "Hoii bangun, bangun!!". Aku dikejutkandari pengsan dengan kasar. Aku cuba membuka mata perlahan-lahan. Terasa sakitdibahu kananku.

 

"Diahidup lagi?" tanya seorang lelaki yang membelakangi aku. "Hidup lagituan." Balas lelaki yang menampar aku tadi. "Letakkan dia bersamatahanan yang lain. Mayat-mayat tu semua, campak ke sungai." Lelaki tersebutmemberi arahan.

 

Duaorang konco-konconya dengan segera mengangkat aku dengan kasar. Aku hanya menurutsambil meraung kesakitan. Aku diheret tanpa belas kasihan didalam hutan dalam kegelapanmalam.

"Kaumasuk dalam diam-diam. Kau semua jangan cuba nak lari." Ugut salah seorangkonco tersebut sambil mengacukan pistol ke arah tahanan-tahanan yang lain. Merekameninggalkan aku di dalam sebuah pondok kecil dan mengunci aku bersama yanglain. Aku yang kini rebah ke tanah masih kebingungan. "Kau tak apa-apa?"Tanya Pak Sood yang juga berada di sana. "Pak Sood, apa yang jadi ni sebenarnya?Siapa mereka tu? Apa mereka nak? Kenapa mereka tangkap kita?" Aku mula mengacukanpelbgai persoalan.

 

"Bahukanan kau ni cedera. Kena tembak. Jiji ambilkan lebihan kain tadi." Tanpa menjawabpersoalan aku, Pak Sood terus membalut luka di bahu kananku. Mereka sandarkanaku pada dinding pondok.

 

"Kaubetul-betul tak tahu apa jadi ke?" Jiji bertanya kepada aku. Aku hanya menganggukkankepala.

"Sebenarnya,kampung kita kena serang. Habis orang kampung dibunuh. Yang hidup semua ditahan."Jiji cuba mulakan cerita. Aku pandang tahanan-tahanan yang lain, kelihatanmereka dalam ketakutan.

 

"Kejam,mereka bunuh anak aku dengan kejam. Dia tak berdosa. Dia tak salahpun. Masa tudia bermain dengan kawan-kawan dia depan rumah aku. Tiba-tiba mereka datang dan..." Pak Sood bercerita dalam sendu. "Mereka tikam, sembelih semua budak-budaktu. Aku nampak dengan mata sendiri, anak aku kena bunuh. Aku gagal selamatkandia. Aku gagal. Aku dah cuba, tapi aku tak berdaya. Aku dibawa ke sini tanpa tahutujuan aku ditempatkan dalam pondok buruk ni." Cerita Pak Sood dalam kesedihan.

 

Akuyang mendengar berasa sedih, marah dan takut. "Kau kenapa?" Tanya akupada Jiji. "Mak ayah, aku tak tahu diorang kat mana sekarang ni. Aku takutkalau mereka tak selamat."

"Insyaallah, mak ayah kamu selamat. Kita doakan." Sampuk Pak Sood.

 

Kamisemua terus berpaling ke arah pintu apabila mendengar pintu dibuka. "Apakau nak lagi setan?!" Marah aku saat seorang lelaki masuk ke dalam pondok."Kau diamlah budak!" Aku ditendang berkali-kali. Dia keluar bersamaseorang perempuan tahanan. Perempuan itu ditarik dengan kasar. Aku sendiritidak tahu apa yang berlaku pada perempuan tersebut selepas itu.

 

Malamsunyi yang penuh dengan kebingungan terus berlalu dan berlalu sehingga pagi.

"Bangun,bangun!!"Jeritan seorang lelaki telah memecahkan kesunyian suasana. Semua tahanan ketakutan."Semua keluar. Kau semua akan dibawa ke tempat baru." Dia mengarah."Tempat baru? Kat mana? Untuk apa?" Pak Sood mengajukan soalan."Banyak tanya pulak orang tua ni. Aku suruh keluar, ikut je la." Lelakiitu menolak Pak Sood sehingga tersungkur ke tanah.

 

Akudan yang lain hanya akur, tidak berani melawan. Di luar pondok, kami dipisahkankepada dua. Setiap satu menaiki lori yang berbeza. Entah dibawa ke mana. Aku danPak Sood terpisah.

 

"Kemanaagaknya mereka nak bawa kita ni?" Seorang tahanan bernama Abu bertanya padaaku. "Entah, tak tahu apa nasib kita selepas ni." Jawab aku jujur."Aku dengar mereka yang culik kita ni pemberontak." Sampuk Jiji yangsejak tadi membisu. "Jadi, kita ni mungkin akan jadi tebusan mereka."

 

"Akunak balik. Aku nak keluar dari 'neraka' ni. Aku perlu cari keluarga aku."Keluh Abu. "Kalau boleh aku nak balik tapi... . Eh Abu kenapa dengankeluarga kau?" Tanya aku. "Entah,aku tak tahu. Masa aku kena tangkap,aku baru balik kerja. Sampai je kat rumah, mak ayah aku dah takda." Jawap Abu.

 

"Ehkita dah sampai ke?" Tanya Jiji. "Aku rasa kita dah sampai, lori dahtak gerak." Aku menjawab, pasti.

 

Pintulori dibuka. Kami diarah turun dari lori. Saat aku keluar dari lori, aku tengoklori satu lagi yang membawa Pak Sood tidak kelihatan. Aku risau. Seorang lelakiberbaju hitam memberi amaran kepada kami supaya tidak cuba melarikan diri. Aku dapatsyak yang lelaki itu adalah ketua pengganas. Kami dibawa naik ke atas bukit danditempatkan dalam sebuah pondok di sana.

 

Masaterus berlalu sehingga petang. "Aku dan Abu dah bincang, kami nak larimalam ni". Bisik Jiji kepada aku. "Kau biar betul? Kalau kantoi macammana? Kita tak tahu selok belok tempat ni." Aku mula sangsi dengan cadanganmereka. "Kita cuba je dulu. Takkan kita nak menyerah macam tu je?"Abu mencelah. "Okey aku ikut." Aku akhirnya bersetuju.

 

"Wehbangun. Abu bangun" Jiji mengejutkan kami yang tertidur dek kepenatan."Aku rasa masa dah sesuai untuk kita lari."

Kamisegera keluar dari pondok melalui dinding pondok yang telah pecah. Langkah demilangkah kami atur dengan berhati-hati. Cuba menjauh dari kawasan pondok danmemasuki kawasan yang lebih gelap supaya tidak dapat dikesan.

 

"Bos,tiga orang tahanan telah hilang." Kedengaran suara mereka dari jauh. Ini menandakankehilangan kami telah disedari. Tanpa membuang masa, kami mempercepatkanlangkah. Jauh dan semakin jauh.

 

"Woii,nak lari mana tu?!" Jerkah salah seorang pengganas apabila dapat menjumpaikami. "Lari cepat, lari." Kami mulai lari tanpa fikirkan arah tujuan.Kami mulai berbecah untuk mengelakkan diri dari ditangkap.

 

"Arghhhhh!"Satu tembakan disertakan dengan satu jeritan kedengaran. Ini menandakan ada diantarakami yang ditembak dan mungkin ditangkap. Aku mulai resah.

 

"Apaaku nak buat ni? Gelap ni tak nampak apa pun." Monolog aku sendiri. "Ahhh!"Tiba-tiba aku tersalah langkah dan terjatuh dalam sebuah gaung. Aku pitam.

 

Sinarmentari yang menyuluh ke mata aku telah menyedarkan aku dari pengsan. "Aduhhsakitnya." Terasa sakit di bahagian belakang kepala. "Aku kat manani? Apa jadi dengan yang lain." Aku kehairanan.

 

Akuberusaha untuk bangun dan cuba larikan diri. Saat aku berjalan, satu tembakan tepatterkena peha kiri aku. Aku rebah dan mengerang kesakitan.

"Kaunak lari mana?" Soal seorang pemberontak. "Aku dah bagi amaran janganlari, tapi kau degil. Aku terpaksa bunuh kau kat sini juga." Sebelum sempatdia melepaskan tembakan, satu tembakan dari arah belakang dilepaskan. Lelakiitu rebah ke tanah serta merta.

 

Beberapaorang anggota polis datang menyelamatkan aku. Pada hari yang sama, semuatahanan berjaya diselamatkan.

 

Rupa-rupanyaPak Sood telah berjaya melarikan diri dan mendapatkan pertolongan. Abu yangditembak semalam, kritikal di hospital.

 

Peristiwaduka ini telah mengajar aku erti keamanan yang aku lupa selama ini. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ramzie AA Rosli