Home Cerpen Seram/Misteri ORANG SEBELAH
ORANG SEBELAH
Hanamori
27/7/2016 00:26:36
2,324
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri
    Sekitar penghujung tahun 2009, aku telah mendapat tawaran belajar di sebuah kolej terletak di Kuala Lumpur. Kolej tu agak usang dan lama. Namun begitu, kolej itu tetap menyediakan hostel buat pelajarnya. Hostel yang di sediakan agak jauh jugalah dari kolej. Hostel terletak di sebelah institut jantung Negara(IJN) manakala kolej pula terletak di kawasan Chow Kit. Aku terpaksamenapak jugalah untuk pergi ke kolej pada waktu pagi dan petang untuk pulang ke hostel.

Pelbagai kisah seram yang aku dengar diceritakan oleh senior2 di kolej itu. Namun begitu, aku anggap cerita itu sebagai rekaan sahaja, mungkin untuk menakutkan pelajar baru. ketika di semester 3, tatkala itu lebaran Aidiladha menjelang tiba. Dan kebetulan juga, seminggu lepas itu pula aku perlu menghadapi final exam.

jadi, aku bersama beberapa org temanku terpaksa melupakan keinginan untuk pulang ke kampung. Kami berhasrat unutk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ulangkaji pelajaran kami. tinggallah aku bersama beberapa org temanku sedangkan pelajar lain semua pulang berhari raya.

satu malam, ketika itu semua teman sebilik ku sudah tidur nyenyak. Sementara itu, aku terus pulun mengulangkaji pelajaran. Aku menjeling jam tangan adidas chowkit aku, dah pukul 3 pagi, mata pun dah start berasa pedih. Disebabkan itu aku pun mengambil keputusan untuk tidur. Aku pun start lah kemas2 barang, nak masuk tidurlah katakan.

tiba2 tengah aku kemas2 barang,ada orang ketuk pintu bilik aku. Aku pun peliklah, siapa pula ketuk pintu pagi2 buta begini.
"siapa! " aku sebenarnya malas nk buka pagi-pagi..senyap sahaja, tiada yang menyahut dari luar.
Aku pun sambung kemas barang. Selesai kemas barang aku pun tutup lampu dan terus melabuhkan tubuh di atas katil. Ketika aku on the way nak lelap tu, tibe2 ada pula orang ketuk pintu lagi.

"wei! sapa ni..aku nak tido dah ni"

" orang sebelah ni" kedengaran suara lelaki dari sebalik pintu.

orang sebelah? setahu aku bilik kiri dan kanan semuanya kosong, penghuninya semua dah balik ke kampung. Siapa pula yang datang pagi-pagi begini.
" siapa? org sebelah mana?" tanyaku lagi

" org sebelah la, buka la pintu aku ada benda nak tanya ni" suara dari luar bilikku kedengaran lagi. aku pun malas nak bersoal jawab lebih lama, lalu bangunlah aku dari katil dan segera melangkah ke pintu bilikku. Kunci selak pintu aku tarik dan pintu segeraku ku buka.

Tapi bila pintu ku buka, alangkah terkejutnya aku apabila melihat gerangan yang berdiri di hadapanku. Memang betul dia orang sebelah tapi bukan bermakna dia orang yang menghuni di bilik sebelah bilikku tetapi dia orang yang hanya mempunyai sebelah tubuh sahaja dari kepala hingga ke kaki,aku dapat melihat darah menitis dari bahagian yang teputus itu meskipun di dalam samar-samar lampu jalan.

“kau ada nampak tak sebelah lagi badan aku?” Tanya lembaga sebelah badan itu seraya melebarkan senyum mengerikan terhadapku.

Lidahku kelu tidak mampu bersuara, suaraku tersekat dikerongkong. Tempurung lututku terasa bergetar. Benarlah cerita seram yang diceritakan seniorku sebelum ini. Dalam hatiku memohon Allah menyelamatkan aku dari ketakutan sebegini

Puas aku mengingati surah2, namun gagal. Segala kudratku kumpulkan, aku melompat ke belakang. Lalu aku memasang kekuda dan azan sekuat hatiku sambil memejamkan mata, biarpun suaraku kedengaran serak basah seperti ramli sarip, aku sudah tidak peduli. Ketiga-tiga teman sebilik ku bingkas bangun.

“woi! Yen, kenapa kau ni azan pukul 3 pagi ni..subuh lambat lagi” tegur Amar Makruf, yang tidur di katil sebelah atas katilku. Mendengarkan suara Amar Makruf, aku pun membuka mataku kembali. Aku lihat tiada lagi lembaga bertubuh sebelah di muka pintu. Aku menghela nafas lega. adrenalinku menurun keparas normal (yang aku belajar paras normalnya 0-900pg/ml rasenya)

“tak de apelah, aku praktis azan subuh” malas aku nak bercerita tentang apa yang aku nampak sebentar tadi,takut-takut mereka bertiga pun turut azan sekali macam aku.

“cakap jelah kau ngigau” tuduh Zaidun yang duduk di katil sebelah. Dia kembali baring di atas katilnya. Aku mengiakan sahaja tuduhannya terhadapku. Dalam keadaan teragak-agak,aku menutup pintu bilik kembali. Rasa gementar masih ada dalam hatiku. Disebabkan itu aku terus baring di sebelah Zaidun selepas menutup pintu.

“woi! Apa ni Yen?kau gay ke? Katil kau mana?”

“aku..aku mimpi takut tadi, boleh tidur sebelah kau?” tanyaku dengan muka memohon simpati.

“lantak kaulah, aku ngantuk sangat.” Zaidun terus berselubung dengan selimut. Sementara itu aku cuba melelapkan mata namun gagal sehinggalah azan subuh berkumandang. Keesokannya, semua temanku mengulangkaji pelajaran, aku pula tidur keletihan. Nasib result aku gempak semester itu(riak sikit). Cerita ini kekal menjadi rahsia sehinggalah hari ini sebab senior aku kata kalau cerita dekat orang lain, orang tu tidak percaya nanti orang yang tak percaya tu akan jumpa hantu sebelah tu. Entahla~~~ korang percaya ke tak?

-TAMAT-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanamori