Home Cerpen Keluarga Kasih Yang Hanyut
Kasih Yang Hanyut
Yaseer Fikri
11/1/2018 23:34:49
3,151
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

KASIH YANG HANYUT

Fezal tidak ke laut hari ini. Hasratnya untuk bersamanelayan-nelayan yang lain untuk menangkap Tenggiri yang kembali memeriahkanperairan Sri Aman kala ini tergendala dengan keadaan ibunya, Imah Bojeng, yangkurang sihat. Ibunya masih mampu menguruskan padi bukit milik peninggalansuaminya jika tidak sakit. Sejak kebelakangan ini, Imah sering demam danmengalami batuk kering. Kadangkala, Imah sering mengadu sakit dada kepadasatu-satunya anak hasil perkahwinan dengan suaminya yang kedua. Ketika itulahsemua tugas harian Fezal akan tergendala beberapa ketika bahkan, sehinggaberminggu lamanya. Usia Imah yang sudah mencecah lewat 60-an seakan mengikatkeringatnya untuk terus bekerja. Dua beranak ini hidup dengan sangat sederhanadi rumah kampung yang terletak tidak jauh dari tebing sungai. Untuk ke kawasantenaman padi bukit di tanah yang sekerat dua itu, Imah terpaksa berjalanmerentas kampungnya. Dan, perkara inilah yang dirisaukan Fezal.

 Kampung Ulu merupakan sebuah kampung nelayanyang terletak di Debak, sebuah bahagian kecil di dalam Daerah Betong, Sarawak. Namun, separuh daripada penduduk di kampung ini jugamengusahakan padi dan tanaman lain untuk menyara hidup. Dengan menyusuri SungaiRimbas, para nelayan akan keluar melalui muara sungai dan terus ke laut. Ketikaini, nelayan seperti berpesta dengan musim Tenggiri yang menjelang saban tahun.Pertengahan 2014 itu saja menunjukkan pendapatan nelayan daripada hasiltangkapan Tenggiri dan Terubok cukup lumayan. Namun, bagi Fezal yang terpaksamenjaga ibunya, keuntungan itu harus dilupakan sementara.

Imah memerhati ke luar rumahnya melaluijendela yang terselak. Beberapa ekor ayam betina bersama anak-anaknyaberiringan menarik pandangannya. Dia khayal seketika. Dia duduk di kerusi kayuyang sengaja diletakknya di hadapan tingkap. Untuk mengambil angin katanya.Fezal datang dengan membawa segelas air asam jawa bercampur madu asli. Keadaanibunya yang kurang sihat sejak kebelakangan ini menggusarkannya. Sudahlah ibuyaenggan di bawa ke klinik, dia pula terpaksa untuk tidak turun ke laut beberapahari. Pendapatan hasil tangkapan ikan untuk minggu yang tersisa ini kiranyaboleh untuk menanggung mereka berdua untuk dua tiga bulan yang mendatang.Namun, tanggungjawab untuk menjaga ibunya itu mesti digalas ikhlas. Kerana,ibunya saja tempat mengadu nasib kala ini. Tiada keluarga lain yang sanggupmenyara mereka. Fikir Fezal juga, dia masih gagah untuk bekerja. Bantuan danbelas keluarga hanya akan menambah kusut di kepala. Perebutan tanah pusakatahun lepas di antara mereka sekeluarga sudah cukup untuk Fezal mengenaliperangai adik beradik kepada arwah bapanya. Baginya, biarlah dia dan ibunyamengalah diri dari berebutkan tanah sekerat dua itu. Nasib mereka baik keranatanaman padi bukit milik keluarga ibunya masik berbaki.

Imah menghirup perlahan air asam jawadan madu yang selalu Fezal sediakan untuk minumannya. Imah melihat ke wajahanaknya. Harapan dan impian dia dan suaminya dahulu seakan pudar dan lesu.Mereka teringin untuk melihat Fezal berjaya di dalam hidupnya. Meskipun Fezaltidak berjaya menunaikan semua harapan itu, namun dia bersyukur kerana memilikianak yang sangat mulia, sanggup mengorbankan harapan itu semata-mata untuksentiasa berada di sisinya. Apatah lagi, ketika dirinya semakin dimamah usia.Tidak kuat dan sihat seperti dulu.

“ Banyak Tenggiri di laut, mak,” Fezalmerenung ke luar jendela. Sesekali matnya melihat ke arah reaksi ibunya. Imahhanya diam. Dia mengerti gejolak di hati Fezal ketika itu yang ingin turut samadengan nelayan lain meraih rezeki yang mereka fikirkan lumayan.

Imah meletakkan gelas ke atas lantai.Dia menghela nafas panjang namun lemah. Dia batuk beberapa kali. Senak didadanya semakin parah. Sesekali dia mengeluarkan kahak bercampur darah ketikabatuk. Namun, perkara itu didiamkan dari pengetahuan Fezal kerana tidak mahumemeritkan kegusaran di hati anaknya. Fezal mengurut belakang ibunya apabilamelihat ibunya batuk keras. Seakan tidak tertahan.

“ Itulah saya nak bawa mak ke klinik.Biar penyakit mak itu diperiksa,” Fezal mengurut perlahan belakang ibunya.Demam ibunya juga masih tidak menyusut. Namun, kedegilan ibunya persis arwahayahnya dahulu. Jika itu keputusan yang diambil, memang sukar hendakditukar-tukar.

Malam yang berkabut tebal menjadikansuasananya dingin yang teramat. Cengkerik semakin girang menyanyi. Fezalmembelek-belek jalanya beberapa kali. Dia cuba mengesan mana-mana bahagian yangkoyak dan perlu dijahit semula. Ibunya sudah tidur di bilik ketika itu. Batukibunya masih belum kurang. Sesekali kedengaran suara batuk ibunya dari dalambilik tidur. Memikirkan keadaan ibunya itu, Fezal menjadi serba salah. Diasudah berjanji dengan Daud untuk sama-sama ke laut Subuh keesokan harinyadengan menaiki bot Daud hasil daripada bantuan Jabatan Pertanian tempoh hari.Ibunya juga sudah memberi keizinan. Apabila dikenangkan kesihatan ibunya yangsemakin merudum, dia seakan patah semangat.

“ Fezal! Fezal!,” namanya tiba-tibadipanggil. Tangannya yang sibuk menjahit jala terhenti serta-merta.

Fezal melihat Suut berlari anak ke arahtangga di beranda rumahnya. Jala dan pukat berselerakan di luar beranda. Fezalbingkas bangun dan mendapatkan Suut yang tercungap-cungap dan  basah kuyup.

“ Astafirullahaladzim. Kenapa ni ,Suut?Bertenang dahulu. Cakap satu-satu,” Fezal mengerutkan dahi.

“ Anak Si Jenal...,” kata-kata Suutterputus-putus dengan nafas nya yang pendek. Fezal memegang bahunya.

“ Kenapa dengan anak Jenal?”

“ Dia dibaham buaya..Dia ikut akumenjala udang..Jalanya tersangkut,” Suut menghabiskan kata-katanya.

“ Ya Allah. Kau dah panggil orangkampung ?” soal Fezal sambil menyarungkan baju kemeja ke tubuhnya.

“ Belum,Zal. Aku dah cuba nak tarik SiDillah ke atas tebing tapi buaya tu lebih kuat menarik kakinya ke air. Sekelipmata Dillah hilang dari pandangan aku’” Suut separuh menangis. Suaranyatenggelam timbul dengan nafasnya yang tidak menentu.

“ Mari kita panggilkan orang kampung.Minta tolong siapa-siapa untuk hubungi pihak polis dan bomba,” Fezal naik keberanda dan menutup pintu. Lampu suluh dipegangnya erat. Dia sempat jugamencapai parang panjang di tepi tangga.

Beberapa orang anggota bomba sudahberada di Kampung Ulu sejak malam semalam. Dillah, seorang budak lelaki berusia12 tahun telah dibaham buaya di Sungai Rimbas semalam ketika menemani Suutuntuk menjala udang. Dalam kejadian tersebut, menurut Suut, jala milik Dillahtersangkut pada kayu tidak jauh dari tempat dia melabuhkan jala. Dillah turunke sungai meski sudah di ingatkan oleh Suut tentang bahaya serangan buaya.Dalam sekelip mata, Suut mendengar teriakan daripada Dillah yang ketika itusudah diheret buaya ke dalam sungai. Suut berusaha untuk menarik tangan Dillah.Namun, tenaga dan kepantasan Sang pemangsa tersebut tidak bisa ditandingi olehSuut.

Pihak bomba masih menjalankan usahamencari dan menyelamat. Mereka bergerak sehingga ke hilir Sungai Rimbas untuk mengesanreptilia yang selama ini sudah banyak mengorbankan nyawa beberapa orangpenduduk kampung sekitar.Tangisan di tebing sungai mengisi sebahagian suasanariuh rendah di Kampung Ulu tersebut. Ahli keluarga Dillah seperti sudah tidaksabar untuk menanti berita daripada pasukan penyelamat. Dalam pada itu, bantuanseorang pawang buaya juga diminta untuk sama-sama mengesan buaya ganastersebut.

Fezal menghampiri ibunya yang duduk diberanda rumah. Ibunya turut kelihatan sedih atas kejadian yang menimpa Dillah.Sesekali, Imah akan memanggil Dillah jika melihat Dillah bermain di kawasansekitar rumahnya untuk disuruh ke kedai suatu ketika dahulu. Dillah selalumenurut tanpa membantah. Itulah yang menjadikan Imah terkilan mendengarkanberita menyedihkan mengenai kanak-kanak malang tersebut.

“ Janganlah difikirkan sangat, mak. Itusudah tertulis lama. Sudah ditentukan Yang Kuasa,mak. Kesihatan mak lebihpenting,” Fezal melabuhkan punggungnya pada anak tangga. Ibunya mengeluh cuma.Masih terbayang di matanya wajah Dillah yang mempunyai tahi lalat besar dihidung memanggilnya ‘nenek’ ketika pulang dari membeli barang runcit di kedai.Namun, hayatnya tidak panjang. Dillah anak kepada Jenal, seorang penjaja ikandi kampoung tersebut sudah seperti cucunya sendiri.

“ Mungkin ambil masa juga untuk pihakbomba itu,mak,” Fezal mengerling ke arah ibunya. Imah mengelap sisa air mata dipipinya dengan lengan bajunya.

“ Berdoa sajalah, Zal. Kita pun akansampai masanya juga,” Imah angkat dari duduknya lalu masuk ke ruang dalamrumah. Fezal menghela panjang nafasnya. Dia merenung jauh sehingga ke pokokjambu air tidak jauh dari rumahnya. Dalam memikirkan mengenai kejadian tragisyang menimpa Dillah,fikirannya tiba-tiba teringat akan buah pedada yangdilihatnya di tebing sungai tadi. Nampak menyelerakan kalau di ulam dengansambal belacan. Daunnya pula sedap untuk dibalut dengan ikan dan dipanggang diatas api. Pedada itu merupakan kegemaran ibunya. Dia berfikir untuk memetiknyananti. Mungkin terubat sikit kesedihan di hati ibunya melihatkan buah pedadayang hijau ranum dibawakan kepadanya.

Petang itu sedikit mendung di kalabeberapa buah jentera bomba lalu di hadapan rumah Fezal. Fezal memerhatikansebuah trak biru milik pihak polis juga mengiringi di belakang. Hampir semingguselepas kejadian Dillah dibaham buaya. Namun, pihak bomba masih belum menemuitanda-tanda penemuan mayat Dillah sehingga kini.

“ Kenapa, Zal?,” sapa Imah. Dia sibukmemotong buah pedada yang baru dipetik Fezal pagi tadi. Fikirnya, buah pedadaitu jika dimakan bersama sambal belacan pasti terbuka selera. Tambahan pula,untuk sekian lama ini, dia kurang berselera untuk menjamah nasi.

“ Bomba,mak,” jawab Fezal ringkas. Diamenghampiri ibunya di meja makan. Kepenatannya selepas pulang dari laut awalpagi tadi seperti hilang melihat ibunya leka memotong buah pedada untuk makanmalam nanti. Lauk ikan Tenggiri asam pedas juga menarik seleranya. Dia bersyukuryang teramat melihat ibunya sudah mula mahu menjamah nasi. Sekurang-kurangnyakesihatan ibunya boleh bertambah baik.

“ Masih mencari barangkali,mak,” Fezalmenguyah hirisan buah pedada yang diletakkan di dalam pinggan.

“ Entah jumpa ke tidak Si Dillah tu,Zal.Sudah hampir seminggu.”

“ Berharap dan berdoa,mak.Sekurang-kurangnya, jika mayat ditemukan, bolehlah dikebumikan dengan baik.Lagipun, Jenal dan isterinya seperti tidak mahu menerima kenyataan yang Dillahsudah mati.”

“ Astafirullahaladzim. Itu salah,Zal.Qada’ dan Qadar Allah kita kena redha. Menangis dan meratap bukan semata-mataperkara yang kita lakukan. Apa salahnya mereka buat majlis tahlil, sedekahkandoa dan Al-Fatihah untuk Si mati lagi menguntungkan,” Imah mengeluh panjang.

“ Yalah,mak. Semua dah tertulis.”

Imah angkat dari kerusinya. Dia berjalanperlahan ke arah sinki lalu membasuh pedada tadi dengan air. Fezal memerhatikanibunya cuma. Kegigihan ibunya benar-benar mengagumkan. Biarpun di usia begitu,ibunya masih mampu mengusahakan padi bukit milik arwah ayahnya. Jika ada masaterluang kerana tidak turun ke laut, Fezal akan membantu ibunya di sawah padiagar dapat meringankan sedikit kelelahan ibunya.

“ Mak teringin sangat hendak ke TanahSuci, Zal. Mak fikir,sebelum mak mati, biarlah mak dapat melihat Kaabah,” Imahmenghentikan khayalan Fezal seketika. Fezal menarik nafas panjang. Mendengarkata-kata yang tiba-tiba keluar dari mulut ibunya itu membuatkan hatinya pilusehingga ke dasar hati. Tanpa sedar, air matanya jatuh ke pipi. Lekas-lekas diamengelapnya.

“ Tetapi,simpanan mak di Tabung Haji itubaru mencecah lapan ratus ringgit,Zal. Makcik Timah pernah mengatakan kepadamak yang dia dan suaminya sudah mendaftar nama untuk menunaikan haji. Bila maktanya,simpanannya lebih daripada sepuluh ribu,” Imah menghela nafas panjang.

“ Mereka ada duit,mak,” ujar Fezallemah.

“ Mak berfikir, tanah untuk sawah padiitu mak nak jualkan.”

Fezal sedikit terkesan dengan kata-kataibunya. Keinginan ibunya itu mengatasi segala-galanya buat Fezal. Soal tanahitu tidak sedikitpun mengganggunya. Perkara yang paling penting adalah hasratmurni ibunya harus ditunaikan. Mungkin duit simpanannya juga tidakbanyak,tetapi,jika cadangan ibunya itu digunapakai,barangkali ibunya bolehmenunaikan haji sesuai dengan kehendaknya.

“ Makcik Timah ada memberitahu mak.Tauke Leong dari Sri Aman tu tengah mencari tanah di kampung kita ini. Fezalfikir bagaimana?” Imah mengerling ke arah Fezal yang hanya diam tanpakata-kata.

“ Kalau Fezal tidak setuju, mak tidakkisah. Mungkin tanah itu berguna untuk Fezal nanti. Apalagi kalau Fezal sudahbekeluarga kelak,” ujar Imah sambil tangannya meletakkan pedada ke dalampinggan semula setelah dibasuh. Jauh di dasar hatinya timbul satu pengharapan agar Fezal tidak membantah cadangannyaitu.

“ Mak dah tua,Zal. Entah mampu ke tidaknak ke sana lagi.”

“ Mak...kalau itu kehendak mak,sayatidak mempunyai halangan,mak. Kewajipan seorang anak untuk membahagiakan ibubapanya bukan?” Fezal menjawab halus. Matanya masih berkaca-kaca.

“ Betul, Fezal?”hati Imah tiba-tibaberbunga mekar. Fezal ternyata tidak pernah mengecewakannya.

“ Fezal cuma hendak mak bahagia. Kalaumak bahagia, Fezal akan lebih bahagia,mak,” air mata Fezal tidak tertanggunglagi. Imah angkat dan menghampiri anaknya itu. Dia memeluk erat tubuh Fezal danmengucup rambut anaknya. Fezal menggenggam erat tubuh ibunya seperti tidak mahudilepaskan.

“ Terima kasih,nak,” ujar Imah sambilmenghabiskan esakannya.

Imah tersenyum ketika melihat ke arahbuku simpanan Tabung Hajinya yang baru dikemaskini oleh Fezal pagi tadi selepasmemasukkan wang berjumlah dua belas ribu ringgit ke dalam akaun ibunya, hasiljualan tanah sebesar setengah ekar kepada Tauke Leong minggu lepas. Tauke Leongmendapatkan tanah itu dengan nilai sebanyak dua puluh lima ribu. Baki daripadaduit tersebut diserahkan kepada Fezal untuk simpanannya. Tanpa Imah sedari, airmata gembiranya membasahi pipi. Sekali lagi hatinya bercampur baur denganpelbagai rasa. Bahagia dan gembira kerana dengan izin Tuhan, dia akan meunaikanhaji,barangkali pada tahun hadapan. Itupun jika usianya masih panjang. Dia jugasedikit pilu kerana tidak mempunyai apa-apa untuk ditinggalkan kepada Fezaljikalau dia sudah tidak melihat dunia nanti. Perasaannya itu disimpandalam-dalam.

************************************************************************************************

Fezal menghampiri sepohon pokok pedadaberhampiran dengan tebing sungai. Pokoknya tidak terlampau tinggi. Buahnyakelihatan ranum. Mungkin sudah sedia untuk dipetik. Ibunya teringin hendakberlaukan pedada petang itu.Fezal lekas ke tebing sungai mendengarkan keinginanibunya itu. Hatinya cukup gembira melihat ibunya kembali tersenyum. Diamengharapkan hasrat ibunya untuk menunaikan haji tercapai. Biarpun tubunyasedikit penat selepas pulang dari bandar dengan ditumpangkan Suut menggunakankereta Kancilnya, namun senyuman dan keriangan ibunya telah membuang penat itujauh-jauh. Meskipun begitu, kesihatan ibunya masih juga tidak berubah.

Fezal meletakkan kakinya pada satu dahandi pokok pedada itu. Dia menolak tubuhnya ke atas untuk mencapai sebiji pedadayang cukup hijau ranum di dahan paling atas. Digagahkan nya untuk menolak tangannyake arah buah tersebut dalam keadaan kakinya yang licin selepas dipenuhi lumpurpaya yang dipijaknya tadi. Kakinya tiba-tiba tergelincir dari dahan tempatnyaberpijak. Tangan kanannya cuba mencapai satu dahan besar di bawah badannyanamun gagal. Tubuh Fezal yang kurus itu jatuh ke dalam sungai yang sangathampir dengannya. Fezal menimbulkan diri ke permukaan sungai yang cuma sedalamdua belas kaki itu. Dia mencapai akar pohon nipah di depannya supaya dia dapatmenarik dirinya ke atas tebing paya yang licin tersebut. Dengan sekelip mata,kaki kanannya terasa pedih yang teramat. Terasa seperti dicucuk dengan bendatajam yang tersusun panjang.

“ Ya Allah !!,” teriak Fezal apabila diamenyedari seekor buaya tembaga sebesar perahu menerkam kaki kanannya. Buaya itumenarik kakinya dengan kuat. Fezal cuba melawan dengan bertahan pada akar kayudi tebing sungai. Pedih di kakinya semakin galak sesuai dengan tikaman gigibuaya menggunakan rahangnya yang kuat ke dalam betis kanannya.

Tanpa mengenal belas, buaya tersebutmembawa Fezal ke dalam air. Semakin dalam, nafasnya semakin tidak tertahansehingga tubuhnya hampir sampai ke dasar sungai. Kemudian, bahagian kananperutnya terasa seperti ditusuk pisau berulang kali. Perit yang teramat itutidak bisa dia tanggung lagi dan memaksanya untuk membuka mulutnya menahankesakitan. Nafasnya dirasakan semakin pendek dan ketika itu air sungai sudahmula memenuhi paru-parunya. Fezal hanya sempat melihat gelodak air sungai yang disebabkanoleh gerakan buaya tersebut. Dan, penglihatannya mulai gelap dan hilang.

 

            Imahmemasukkan secubit bicin ke dalam masakannya. Digaulnya lauk yang berasap ituperlahan. Matanya mula mencari kelibat Fezal yang belum pulang-pulang darimengambil buah pedada di tebing sungai. Barangkali Fezal singgah ke rumahtemannya sebentar fikirnya. Imah memindahkan lauk yang sudah mendidih itu kedalam pinggan besar. Ketika itu, jam sudah hampir enam setengah petang.

            “ Anak nitidak pulang solat kah? Buah pedada pun tidak sampai-sampai,” keluh dirinyasambil berdiri di pintu dapur. Dia memandang ke sekitar kawasan dan rumahberhampiran. Namun, kelibat Fezal tidak juga kelihatan. Imah melangkah masuk kebiliknya untuk memakai telekung. Beberapa kali dia berpaling ke belakangjikalau Fezal tiba-tiba pulang.

            Selepasmenunaikan solat, Imah segera ke dapur. Dia menuju ke pintu dapur semula. Fezaldilihatnya duduk di sebuah bangku kayu di beranda kecil di bahagian dapurrumahnya. Fezal dilihatnya hanya termenung jauh dan diam walaupun dengankehadirannya di situ.

            “ Lamanyamengambil pedada tu, Zal?” soal Imah sambil berseloroh. Senyumannya terhentiserta-merta melihatkan Fezal yang tidak menjawab sepatah katapun. Malah,menoleh ke arahnya pun tidak sekali.

            “ Kamu nidah kenapa, Zal? Ada masalah kah? Masuklah ke dalam. Nyamuk nipah banyak diluar ni. Pergilah mandi lepas tu solat. Dapat kita sama-sama makan malam,” Imahbersuara semula. Ketika itu larian Suut ke arah beranda kecil dapur itumengalih perhatiannya. Suut tercungap-cungap dan kehairanan ketika melihatwajah Imah yang tersentak dengan kehadirannya.

            “ MakImah bercakap dengan siapa?” soal Suut kehairanan.

            “ YaAllah, takkan kau tidak nampak Fezal kat situ,” sambil menunjuk ke arah bangkutadi dengan memuncungkan mulutnya. Imah menjadi keliru dan terkejut yangteramat. Bangku itu kosong tiba-tiba. Fezal yang dilihatnya duduk di situseperti ghaib serta-merta.

            Suutmenggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil melihat-lihat sekeliling. Buluroma tengkuknya tiba-tiba berdiri tegak tanpa disuruh. Dia sangat terkejutmendengar kata-kata Imah yang baru bercakap dengan Fezal, padahal orang kampungmenemui mayat Fezal dengan perut yang terburai di hanyutkan arus sungai kehilir kampung. Polis sudah dihubungi atas perkara tersebut. Cuma, bagaimanaingin dia sampaikan berita sesedih itu kepada Imah ? Suut menjadi serba-salahditambah lagi dengan Imah yang mengatakan dia baru sahaja bercakap dengananaknya itu.

            “ MakImah,” Suut mengejutkan Imah dari kekakuannya. Imah masih terkejut dengankeadaan yang dilaluinya tadi. Fezal hilang serta-merta dari bangku tempat diaduduk. Sudahlah tidak bercakap satu ayatpun,fikirnya.

            “ Kenapa,Suut ?” Imah beberapa kali menoleh semula ke arah bangku kayu tersebut sambilcuba mendengarkan perkara yang ingin Suut sampaikan. Suut mula mengalirkanairmatanya tanpa bisa tertahan. Nasib kawan rapatnya itu ternyata tidak bolehdinafikan dan diubah lagi.Satu-satunya kawan rapatnya yang masih tinggal diKampung Ulu itu.

            Suutmengelap sisa air mata di kelopak mata dan pipinya. Wajah Imah dipandangnyadengan serba salah. Imah juga begitu. Hatinya mulai berdebar-debar melihatkeadaan Suut.

            “ Orangkampung......orang kampung jumpa mayat Fezal Mak Imah,” Suut menghabiskankata-katanya dengan ledakkan tangisan yang tidak dapat dibendung lagi.

            “ Kaucakap apa ni, Suut ?” Imah mengerutkan dahinya.

            “ Fezalmati dibaham buaya, Mak Imah. Orang kampung jumpa mayatnya di tebing sungaisebelah hilir kampung ini.”

            Mendengarkanitu, Imah pitam tiba-tiba. Dia rebah di lantai dapurnya. Suut bergegasmendapatkan Imah. Beberapa orang kampung juga kelihatan berjalan cepat ke rumahImah ketika. Imah di bawa ke biliknya dan diletakkan ke atas katil.

            Seminggumula berlalu elepas kematian Fezal. Imah duduk di atas kerusi kayu di depanjendela seperti yang sering dilakukannya. Suasana pilu masih lagi mengisiruangan kecil di rumahnya itu. Kehilangan yang teramat besar untuk dirinya.Pemergian Fezal merupakan titik hitam di dalam hidupnya yang semakin sempit diarasakan. Wajah Fezal yang selalu mengisi ruang kosong di dalam hari-harinyamasih jelas di mata meski Fezal tidak bisa dihidupkan semula. Imah memerhati kearah buah pedada yang diletakkan Suut ke dalam pinggan pagi tadi selepas Suutmenhantar sedikit kuih untuk dia makan.Hatinya tanpa dipinta lalu terusmeruntun sayu. Airmatanya tidak tertahan dan meluncur laju membasahi pipi yangberkedut. Kasih seorang anak yang tidak bisa dia gantikan dengan apapun telahlenyap begitu sahaja. Kasih seorang anak yang dilahirkannya dua puluh sembilantahun yang lalu. Kasih seorang anak yang telah sanggup mengorbankan kehendakdirinya semata-mata untuk memenuhi ingin ibunya. Dan, kasih itu tidak bisa diatemui di manapun. Kasih itu telah hanyut bersama air sungai yang deras di kalahujan. Ya, kasih itu telah hanyut lalu hilang.

TAMAT

           

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.