Home Puisi Umum Puteri Pertama
Puteri Pertama
Yaseer Fikri
23/1/2018 22:24:03
838
Kategori: Puisi
Genre: Umum
PUTERI PERTAMA

Kejauhan mengheret rasa ke satu denyut yang baharu,

Jauh denyut itu bersatu bersama rentak pembawa syurganya.

Tenang terbungkam kejap sembilan bulan, dia menderai tangis pertama,

Menyoroti hening dingin tanggal 8 di bulan pertama,


Lengkap dan Sihat,

Menambah warna terang dalam titis hari bunda yang menyarung keringat,

Jua bapa yang kejauhan menunggu,

Sang Puteri Pertama menguak derap dunia,

Bapa tahu deras arusnya,

Berakit sahaja meski pedih,

Nafsi gelora leburkan sahaja dengan tawadduk yang kekal,

Biar Nur menanti terang di pangkal usia,

Solehahlah engkau anak di sisi kesucian iman.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham