Home Cerpen Islamik Ikhtilat Semanis Kurma
Ikhtilat Semanis Kurma
Firdaus Rusni
28/8/2016 12:57:32
2,742
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik

Ikhtilat semanis kurma

Suatu ketika Ali sedang berjalan, dia terlihat sekumpulan lelaki dan wanita duduk bincang bersama, ketawa bersama, dan makan bersama..

Ali menggelengkan kepala, terus berlalu dari situ.

Seterusnya, Ali terlihat pulak, satu meeting yang sedang berlangsung di surau antara lelaki dan perempuan berbincang bersama dan penuh dengan gelak ketawa bersama.

Ali, terus berlalu dari situ dengan perasaan sedih..

###

Selepas itu, Ali berjumpa Hanif. Beliau telah menceritakan apa yang berlaku sebentar apa yang dilihat oleh beliau..

Hanif bingung dan tak tahu nak jawab apa.. sebab dia sendiri pun belum pernah lalui situasi begitu.

Hanif keluarkan handphone dan cek la kat ustaz google tentang batas pergaulan.. beliau melihat satu blog yang berkaitan batas pergaulan. Pertama sekali Hanif melihat hukumnya dahulu, boleh ke tak boleh..

Dalam page ntah apa-apa..net itu mengatakan harus ikhtilat ini dan perlu jika ia ke arah kebaikan.. Hanif berkata pada diri, "ok set, esok aku gitau kau Ali, apa hukumnya". Tanpa membaca sampai habis terus hanif buat kesimpulan sendiri.

Esok Hanif jumpa Ali, terus gitau yang apa dia jumpa semalam tentang hukum ikhtilat ini harus dan perlu jika ke arah kebaikan..

Ali seakan pelik dan masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh hanif.. seakan masih kurang lagi jawapan yang diberi..Akhirnya Ali mengambil langkah lebih kurang sama tapi Ali menggunakan facebook pulak dan bertanya pada satu page yang diceknya sentiasa update tentang menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan.

Page tersebut ialah GENG SUKA TARBIAH (GST). Ali terus inbox dan menceritakan keadaan semalam.
Tak lama kemudian, Jawapan Geng Suka Tarbiah(GST) :

" Waalaikumussalam, salah itu, dalam kita berbincang perlu serius bukan bergelak ketawa bagai. Fokus pada perbincangan dan jika lari cepat-cepat patah balik semula.

Kalau berbincang antara lelaki dengan lelaki nak ketawa bagai tak apa. Dengan lain jantina sepatutnya ada rasa malu". Nampak macam ok jer just berbincang, gelak-gelak pun tak apa sebab ramai orangkan tapi ia boleh terkesan pada hati sebenarnya..

Ali bertanya lagi, boleh terangkan ikhtilat ini apa sebenarnya?

Jawapan Page GST :

" oklah, secara ringkas, ikhtilat ini bermaksud pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram yang boleh bernikah.. maknanya dengan sepupu kita pun perlu dijaga ikhtilatnya.

Hukum ikhtilat ini asalnya adalah haram dan diharuskan apabila ada hajat dan dibolehkan ketika darurat jugak.

Kenapa asal hukum adalah haram kerana diambil dari dalil ayat al-Quran iaitu jangan kamu mendekati zina. Dan ada ulama yang membincangkan bab ini dalam buku dr. abdul karim zaidan iaitu al-mufassal fi ahkami al-mara’ah yang mengatakan ikhtilat ini asal hukumnya haram.

Harus ketika ada hajat dan dharurat.

Berhajat seperti belajar, jual beli, dakwah, program, kerja dan apa2 yang penting tapi sekadar kerja sahaja.. jika dah selesai tak perlu nak berbual panjang sambil makan sama-sama.. jangan bergelak ketawa. Ia harus sebab tujuan yang perlu kita selesaikan..Dharurat pulak berkaitan dengan nyawa orang itu yang mana dah tak adalah selamatkan lagi selain kita jer lelaki/perempuan.

Yang penting jangan ambil kesempatan. Jangan lepas selamatkan terus berbual macam drama pulak. Kononnya dialah tulang rusukku dan dialah heroku yang sejati.. tolong.. tolong.. jangan begitu eh..

Sama macam hukum makan babi yang asalnya haram tapi dibolehkan ketika dharurat. Contoh waktu itu kita sesat dekat padang pasir yang hanya ada babi je waktu itu dan binatang lain kat tempat lain.. kalau tidak makan time waktu itu mesti nyawa kita melayang. Jadi dibolehkan makan untuk sekadar selamatkan nyawa.. kalau lebih-lebih buat parti or bekalan sarapan pulak, memang haram semula hukumnya.

Sewaktu ikhtilat dibolehkan tapi ada syarat perlu dijaga ialah

1) jaga percakapan- jangan keluar perkataan lucah, perkataan lagha dan tidak panjangkan perbualan, tidak melembutkan suara serta tidak sia-sia.

2) jaga pandangan – memandang ketika perlu (jika boleh tak perlu pandang) dan tidak perlu lebih dalam memandang bukan mahram.

3) jaga jarak - jangan rapat macam tak rasa apa-apa, mesti ada rasa malu.

4) jangan berdua-dua ditempat tertutup atau jauh dari orang ramai. Jika di kawasan terbuka pun bukan berdua-dua tapi ada bersama-sama beberapa orang lelaki atau beberapa orang perempuan.

5) mesti menutup aurat.

6) mesti serius dalam perbincangan.

7) bagi wanita tidak memakai perfume/ pewangi.

Harap jelas.. andai orang kata hukum ikhtilat harus sahaja dan haram bila datang anasir-anasir tidak sepatutnya seperti menaiki syahwat..

Memang semakinlah ramai yang akan dekati ikhtilat dan semakin susah untuk membanteras ikhtilat, kerana kita tidak tahu bila masa orang itu akan naik syahwat bahkan siap boleh membohong lagi " kami tak syahwatpun"..

Jadi semakin ramailah manusia yang mula ikhtilat, akhirnya terjebak pada couple dan ditakuti diakhiri dengan zina..

Sekian..

Ali cuba menghadamkan jawapan yang disampaikan oleh page Geng Suka Tarbiah.
Ali ucapkan terima kasih kepada page Geng Suka Tarbiah.

###

Keesokan, Ali cuba menerangkan pulak kepada Hanif tentang conversation dia dengan page GST.
Hanif cuba memahami. Ok2.. cuma nak tanya sikit bagaimana pulak ikhtilat boleh membawa ke arah penzinaan??

Satu persoalan yang timbul pada diri Hanif dan juga Ali.

Sewaktu itu, lalu seorang ustaz ketika mereka sedang berbual di waktu rehat, terus Ali bergegas ke arah Ustaz Hadi dan bertanya tentang persoalan tadi.

"Ohh, jadi kamu berdua hendak tahu bagaimana eh ikhtilat boleh membawa ke arah penzinaan. Dulu, ustaz mengkaji juga tentang isu ikhtilat ini. Ikhtilat ini membawa ke arah penzinaan apabila kita tidak menjaga syarat yang ada dalam ikhtilat dan tidak ada apa-apa hajat dan dharurat.

Contohlah, korang pergi jumpa si fulanah ini dengan saja2 tanpa ada tujuan yang membolehkan, pasti korang berdua takkan serius dan tidak ada guideline sebab apa nak jumpa. 

Jadi mulalah bertanya dah makan ke belum, pastu suka makan apa, pastu banyak gelak ketawa, "kelakar la you nie", pastu mulalah jatuh hati.

Contoh lain, jika tidak jaga syarat pulak, mulalah pandangan tidak dijaga, seronok dan asyik jer tengok perempuan.. sedangkan Allah dan Rasul dan suruh jaga pandangan. Bahkan mata penyebab utama zina.. pastu jarak tak jaga dengan tak ada rasa malu, cakap seakan mendayu-dayu penuh nada menggoda dan tidak serius, pastu mulalah nak berjumpa-jumpa berdua-dua sebab seronok.. inilah dikatakan mendekatkan dengan zina..

Jelas tak Ali dan Hanif, tapi ustaz pelik, jarang orang nak bertanya tentang ini. Dan berasa kagum bila pemuda bertanya tentang ikhtilat ini kerana waktu muda inilah waktu mereka tengah seronok nak cari pasangan dan tak jaga ikhtilat bagai. Kenapa kamu berdua bertanya??

Ali menjawab, kerana hati saya seakan kurang selesa melihat keadaan seperti ini. Saya menjadi risau melihat keadaan ini berlaku tanpa ada batasan. Saya melihat tajuk akhbar mesti ada kes buang anak, kes di tangkap khalwat, kes rogolnya lagi. Kes cabul, pastu berlaku lagi pada budak sekolah rendah pun dah buat. Membuatkan saya menjadi risau.

Hanif menjawab saya pun jadi risau bila Ali datang ceritakan tentang hal ini. Jadi kami mula merasa perlu menyedarkan orang ramai tentang perkara ini terutama golongan muda. Jadi kami terus mula mengkaji untuk mendapatkan kepastian lebih tepat.

Ustaz Hadi mengucapkan " Alhamdulillah, masih ada lagi pemuda seperti kamu berdua. Tak perlu bila orang perli or ejek kamu apabila kamu sampaikan tentang ini kerana ia bukan isu kecil jer bahkan salah satu isu besar.. kerana ia boleh melarat jika tidak dibanteras. Tak apalah ustaz akan hadiahkan kamu berdua buku keluaran Tarbiah Sentap pun ada bahaskan tentang Ikhtilat ini."

Ali mengucapkan "terima kasih atas jawapan tadi dan hadiah itu nanti. "

Apa-apapun, banyakkan istighfar..Banyakkam berdoa pada Allah..

Peringatan itu memberi manfaat kepada manusia.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.