Home Cerpen Cinta KUNCI CINTA DARI PENCIPTA
KUNCI CINTA DARI PENCIPTA
Amirah Nabilah
10/6/2017 12:58:42
3,895
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

            “Ini semua salah kau ! Kalau anak aku tak pergi ambil kau di airport semua ni takkan terjadi. Kau pembawa malang !”, itulah lemparan dari seorang ibu yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya telah pergi menghadap-Nya. Afrina hanya tunduk dan sabar dengan segala lemparan dari Puan Zaiton, ibu kepada tunangnya, Hafizan. Sebelum ini, Puan Zaiton sangat menyukai Afrina tetapi pada hari itu dia membencinya kerana Afrina punca pemergian anak tunggalnya itu.

            Hafizan telah terlibat dalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Duke ketika dalam perjalanan untuk menjemput Afrina yang baru pulang dari London. Kereta yang dipandu Hafizan terbabas akibat dirempuh sebuah lori. Dia meninggal dunia di tempat kejadian. Afrina yang sedang menunggunya di KLIA terkejut dengan berita itu. Dia tidak menyangka tunangnya itu akan pergi meninggalkan dia buat selama – lamanya.

            “Aku taknak tengok muka kau lagi ! Mulai hari ini, aku haramkan kau pergi menziarahi kubur anak aku ! Aku takkan doakan kau bahagia ! Berambus dari sini !” , Puan Zaiton menjerit kemarahan dan menarik tangan Afrina untuk menghalaunya dari rumah itu. Afrina menangis dan meminta maaf pada Puan Zaiton. Memang benar Puan Zaiton sudah membencinya. Dia berlalu pergi dan dia yakin suatu hari nanti pintu hati Puan Zaiton akan terbuka untuk memaafkannya.

            Tiga tahun peristiwa itu berlalu. Tiga tahun sudah pemergian Hafizan. Tiga tahun dia tidak menziarahi kubur tunangnya itu. Tiga tahun dia tidak melawat Puan Zaiton. Tiga tahun juga dia tidak dapat membuka pintu hatinya untuk mana – mana lelaki lagi. Dan tiga tahun juga dia tidak dapat melupakan peristiwa tersebut. Tiga tahun dia berada dalam kemurungan, kesedihan dan kerinduan. Siapa yang tidak rindu pada kenangan terindah yang sudah lama bersama. Tiga tahun itu dia menyalahkan dirinya bahawa dia punca pemergian tunangnya itu.

            “Rina, jangan lah macam ni sayang. Rina kena kuat hadapi semua ketentuan dariNya. Ini bukan salah Rina. Ini semua takdir.”, pujuk Puan Suraya yang risau akan anak kesayangannya. Dia merindui Afrina yang dulu, yang sentiasa ceria, gembira dan sabar. Afrina yang sekarang menjadi pendiam, murung, menangis dan tidak terurus.

            “Ini semua salah Rina. Kalau Rina tak suruh Ijan ambil Rina di airport, semua ini takkan terjadi. Rina sayangkan Ijan seorang saja. Rina tak kuat mama.Rina lemah sangat”.

            “Rina kena dengar cakap mama. Mama nak Rina kuat sayang. Mama dan papa rindu Rina yang dulu. Kami nak Rina yang dulu. Rina kena ingat yang semua yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya termasuk kita. Allah beri ujian pada Rina kerana Allah sayangkan Rina. Allah tahu Rina mampu tempuh ujian berat ini. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Suatu hari nanti Rina akan berjumpa dengan lelaki yang boleh menjaga Rina macam mana mama dan papa jaga Rina”. Itulah kata – kata semangat dari seorang ibu kepada anaknya.

            Afrina teringat nasihat dari mamanya itu. Dia sedar yang dia sudah lama tidak solat. Dia sedar yang dia sudah lama tidak membuka Al – Quran. Dia sedar yang dia sudah lama tidak beribadah. Dia sedar yang dia sudah tidak seperti dulu. Dia juga merindui dirinya yang dulu. Airmata mula mengalir.

            “Ya Allah. Kenapa dengan aku ni? Aku sudah lama tidak menunaikan segala perintahMu. Aku sudah lama tidak solat. Aku sudah lama tidak membaca Al – Quran. Ya Allah”. Dia bermonolog sendirian. Dia terpandang telekung dan sejadah yang lama tersangkut di ampaian kecil itu. Dia senyum sendirian.

            “Sudah tiba masa untuk aku berubah. Aku kena kuat demi mama dan papa. Aku juga kena kuat demi arwah. Aku tak boleh terus macam ini lagi. Ini demi masa depan aku”. Azan Maghrib berkumandang lalu Afrina terus mengambil wudhu dan solat. Puan Suraya lalu di hadapan bilik Afrina tersenyum melihat anaknya kini kembali seperti dulu.

            “Ya Allah. Ampunilah segala dosaku. Aku telah banyak melupakanMu selama ini. Kau berikanlah ketenangan dalam hati aku ini. Kau berikanlah kebahagiaan dalam hidupku ini. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menjalani kehidupan ini. Semoga aku mampu mengharungi segalaujian dariMU”. Selesai sahaja berdoa, dia membaca Al – Quran sementara menunggu solat Isyak. Hatinya begitu tenang ketika membaca Al – Quran.

            Selesai sahaja dia solat Isyak, dia turun ke bawah untuk makan malam bersama keluarganya. “Aik ! Anak papa ni dah mula nak makan dengan mama dan papa”, tegur Encik Kamal hairan melihat anak kesayangannya itu makan bersamanya. Sebelum ini, Afrina hanya terperap dalam bilik sahaja.

            “Sudah tiba masa Rina berubah papa.Rina kena teruskan hidup ini dengan gembira. Rina nak melupakan apa yang berlaku. Semua ini ada hikmahnya. Kan mama?”. Encik Kamal dan Puan Suraya tersenyum melihat perubahan anaknya itu. Akhirnya doa mereka termakbul juga.

            “Kalau macam itu, esok Rina kena kerja dengan papa boleh? Esok pagi Rina pergi office dengan papa. Papa akan suruh pembantu papa tunjuk ajar pada Rina. Lagipun Rina tak buat apa kan duduk rumah?” Encik Kamal memberi cadangan dan berharap agar Afrina menerimanya.

            “Okay papa. Lagipun kalau Rina terperap dekat rumah nanti teringat kisah lama dan bosan. Baik boss. Saya menerima arahan”, usik Afrina. Encik Kamal tersenyum apabila Afrina setuju dengan cadangannya. Puan Suraya gembira melihat perubahan anaknya. Tiga tahun berlalu biarlah menjadi kenangan. Doanya untuk Afrina akan berterusan.

            Afrina memandang album gambar dia bersama Hafizan. Dia ingin mengalirkan air mata tetapi dia menahan. Dia teringat janji kepada dirinya bahawa dia akan melupakan semuanya. Yang pergi tidak akan kembali.  Dia harus menerima takdir yangtelah ditentukanNya. Dia menyimpan album itu di dalam kotak kesayangannya. Dia juga telah memadam gambar mereka bersama dahulu di telefon pintarnya. Biarlah itu hanya menjadi kenangan antara dirinya dan Hafizan.

            Awal pagi dia sudah bersiap untuk pergi pejabat. Dia sudah bersemangat seperti dulu. “Ya Allah. Kau permudahkanlah segala urusan aku hari ini. Mulai hari ini aku akan mulakan kehidupan yang baru. Ye Nur Afrina binti Kamal yang baru !”. Dia senyum dan terus memulakan kehidupan barunya.

            Satu tahun sudah berlalu. Kini, dia telah mengambil alih tempat Encik Kamal. Encik Kamal memberi kepercayaan kepadanya. Afrina bertungkus lumus dan berusaha untuk memajukan syarikat ayahnya itu. Kehidupan kembali bahagia seperti dulu. Dia sudah melupakan apa yang terjadi. Dia kembali tersenyum dan lebih memikirkan masa depannya. Cuma dia masih belum jumpa pengganti arwah tunangnya itu.

            Afrina membawa mama dan papanya pergi bercuti di Pulau Pangkor sempena kenaikan pangkatnya. “Mama dan papa duduk lah dalam bilik ini. Boleh rehat. Rina nak pergi jalan tepi pantai dulu”. Mereka mengangguk. Afrina berjalan di tepi pantai dan dia berasa sangat tenang melihat ombak pantai itu.

            Pammm ! Tepat bola itu terkena kepala Afrina. Ish ! Siapa yang main bolani? Sampai terkena kepala aku! Afrina tercari – cari siapa pemilik bola tersebut .Dia ingin memarahi orang tersebut kerana tidak menghormati pengunjung lain yang datang ke situ.

            “Cik, saya mintak maaf cik. Saya tak sengaja tendang bola tu sampai terkena cik. Mintak maaf ye cik”. Afrina terus berpaling ke arah lelaki itu. Lelaki itu terpana melihat Afrina. Cantik juga minah ni. Afrina pelik melihat lelaki itu tidak berkelip memandangnya.

            “Yang awak pandang saya tak berkelip kenapa? Ni bola awak kan? Lain kali kalau nak main bola tu berhati lah sikit! Hormat orang lain juga! Nah ambil bola awak ni!”, Afrina membebel sambil mencampak bola itu. Dia ingin berlalu pergi tetapi lelaki itu tetiba menjerit memanggilnya.

            “Hey ! Kita belum kenalkan diri. Saya Afiq. Nama awak siapa?”. Afrina terus pergi tanpa menjawab pertanyaan lelaki yang tidak dikenali itu. Afiq tersenyum dan dia dapat rasakan sesuatu didalam hatinya. Adakah dia sudah jatuh cinta pada perempuan yang tidak dikenalinya itu?

            “Eh Afiq ! Yang kau tersengih nikenapa? Macam orang jatuh cinta je”. Fariz pelik melihat kawan baiknya itu tersenyum seorang diri. “Aku rasa aku dah jatuh cinta. Kau tahu dia tu cantik,matanya bulat, hidungnya mancung, tinggi macam model. Tapi dia sombong dan garang. Aku harap dapat jumpa dia lagi”. Fariz menggelengkan kepala. “Dah dah ! Simpan je angan kau tu. Entah entah dia tu bini orang ke mak orang ke. Dah jom pergi makan. Aku lapar sangat ni !”.

            Afrina makan malam di hotel tersebut bersama mama dan papanya. Nasi putih, sotong goreng tepung, ketam bakar dan sup cendawan. Menu istimewa untuk mereka. “Mama papa, Rina nak pergi sup itu lagi ye”. Sesudah dia mengambil sup itu dan dia berpaling sahaja, PAPP ! Sup itu tertumpah di atas baju seorang lelaki. Semua mata memerhatinya.

            “Maaf encik. Saya tidak sengaja. Saya mintak maaf ye”. Afrina terus mengambil tisu yang berhampiran itu dan mengelap tumpahan itu. “Lain kali hati – hatilah sikit! Mata tu letak kat mana?”. Afrina yang terkejut mendengar marah itu berasa geram dan terus memandang lelaki itu.

            Mereka saling berpandangan dan terkejut. “Eh awak!”. Afrina terus meninggalkan lelaki itu dan mengajak mama dan papanya makan di tempat lain. “Mama papa, jom makan kat tempat lain. Rina tak nak makan di sini. Kita makan di luar sana lagi best”. Encik Kamal dan Puan Suraya berasa hairan namun mengikut sahaja perintah anaknya itu.

            Afiq terus mengejar Afrina dan menjerit memanggilnya. “Hey awak ! Tunggu dulu ! Awak ada hutang dengan saya. Saya nak awak laksanakannya”. Afrina yang terkejut dan berasa geram terus pergi ke arah Afiq. “Awak nak apa lagi ! Awak nak tahu nama saya? Saya Nur Afrina binti Kamal ! Puas hati awak ?”

            Afiq tersenyum dan terus menjawab soalan Afrina. “Cik Afrina, awak ada hutang dengan saya tau”. Afrina yang pelik terus memarahi Afiq. “Hutang apa lagi? Kalau sebab baju awak yang saya buat kotor tadi, saya akan gantikan kalau awak nak. Saya bagi awak duit. Berapa awak nak?”.

            “Saya tak nak duit awak tu. Saya taknak awak ganti baju baru. Disebabkan awak dah buat kotor baju saya, so awak ada hutang dengan saya. Awak kena keluar makan dengan saya malam esok. Saya tunggu awak di dobi pukul 9 malam”. Afrina terkejut dan baru sahaja hendak membalas, Afiq terus berlalu pergi. Encik Kamal dan Puan Suraya pandang sesama sendiri dan pelik apa yang terjadi antara mereka berdua.

            Afrina berasa geram dan marah. Dia berharap selepas ini dia tidak akan berjumpa dengan lelaki itu lagi. Dia tidak membenci lelaki itu tetapi dia geram dengan sikap lelaki itu seolah mengejarnya. Dia tidak akan jatuh cinta lagi. Biarlah hati itu hanya untuk arwah seorang sahaja. Dia belum buka pintu hatinya lagi.

            Tepat jam 9 malam, Afiq sudah berada di dobi itu. Dia berharap Afrina sudi keluar makan malam dengannya. Dia ingin mengenali Afrina dengan lebih dekat. Dia yakin bahawa Afrina adalah jodohnya walaupun baru berjumpa. Afrina baru keluar dari lif terus mencari Afiq. Ehem ! Afiq terus berpaling dan terpana. Dia terpegun melihat kecantikan Afrina malam itu. Afrina mengenakan shawl berwarna merah jambu dan blouse serta skirt yang berwarna kelabu dan hitam. Afiq juga memakai warna baju yang sama.

            “Yang awak pandang saya lama tu kenapa? Apa lagi yang tak kena dengan saya?”. Afiq hanya menggeleng. “Jom naik kereta saya. Saya bawak awak pergi makan malam kat tempat cantik dan makanan kat situ sedap belaka”. Afrina hanya mengikut sahaja kehendak Afiq.

            Tiba sahaja di sebuah restoran tepi pantai, Afrina terpegun melihat hiasan yang cantik di mejanya itu seperti candy light dinner. Mereka diam tanpa kata sewaktu makan. Afiq tidak habis memandang Afrina membuatkan Afrina tidak selesa. Sedang syok menikmati makanan yang enak itu, tiba – tiba dengar alunan biola serta dendangan lagu Tercipta Untukku.

            Lagu ni lagu arwah selalu nyanyi untuk aku. Tiba – tiba sahaja air matanya mengalir. Afiq yang tidak tahu apa – apa terkejut melihat air mata gadis di hadapannya mengalir. Lantas dia mengambil sapu tangan dan memberi kepada Afrina.

            “Kenapa awak menangis? Awak tak suka lagu ni ke? Cerita lah dengan saya”. Afrina hanya menggelengkan kepala. Dia tidak mahu mengingati sejarah cinta lamanya itu. Dia sudah berjanji kepada dirinya bahawa dia tidak akan bercakap tentang hal itu lagi. Yang pergi tidak akan kembali dan hidup mesti diteruskan.

            “Saya nak tunjukkan awak sesuatu. Tapi awak kena pejam mata dulu tau”. Afrina mengeluh dan menurutkan sahaja perintah Afiq. Afiq mengeluarkan sebentuk cincin dan memberi kepada Afrina. Afrina membuka mata dan terkejut melihat cincin itu. Ya Allah apakah semua ini.

            “Apa semua ni Afiq? Apa tujuan awak buat semua ni? Awak nak apa dari saya?”. Afiq hanya tersenyum mendengar pertanyaan bertalu – talu dari Afrina. Dia bersedia untuk meluahkan semua isi hatinya.

            “Afrina, saya sebenarnya dah lama jatuh cinta dengan awak sejak pertama kali kita bertemu. Saya dapat rasakan awak adalah jodoh saya. Memang kita baru kenal dan tidak pernah kenal sebelum ni, tetapi jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Mungkin awak rasa perkenalan kita hanya sekejap. Bercinta selepas kahwin itu lebih indah. Saya nak melamar awak. Sudikah awak menjadi isteri dan ibu kepada anak – anak saya nanti?”

            Afrina terkedu dan mengalirkan airmata lagi sekali. Adakah dia bersedia untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki lain? Ada sedikit ruang lagikah untuk Afiq bertakhta di hatinya?

            “Maaf Afiq. Beri saya masa. Saya telah kehilangan tunang saya untuk selamanya. Saya takut untuk menerima sesiapa. Saya nak balik. Saya nak tenangkan fikiran saya. Maaf lagi sekali”.

            Afiq berasa sedikit kecewa kerana belum mendapat jawapan tetapi dia akan memberi ruang dan masa untuk Afrinaberfikir lebih baik. Dia harap dia dapat menggantikan bekas tunang Afrina. Dia terus menghantar Afrina pulang semula ke hotel.

            Afrina terus hempapkan badannya di katil dan menangis. Encik Kamal dan Puan Suraya hairan melihat anaknya tiba –tiba sahaja menangis. Mereka terus memujuk Afrina.

            “Kenapa ni sayang? Siapa buat Rina macam ni? Afiq ke? Apa lelaki itu dah buat sampai Rina menangis ni? Cerita dekat papa dan mama”. Encik Kamal geram dan ingin pergi berjumpa Afiq. Afrina terus memeluk mama dan papanya.

            “Afiq melamar Rina tadi. Dia nak Rina jadi isteri dia. Tapi Rina tak bersedia lagi. Rina takut apa yang jadi kat arwah akan jadi lagi sekali. Afiq ikhlas cintakan Rina. Rina dapat lihat keikhlasan dalam mata dia tapi Rina belum bersedia”.

            Encik Kamal dan Puan Suraya saling berpandangan. Cinta memang tidak boleh dipaksa tetapi cinta lama harus dilupakan untuk meneruskan hidup. Mereka tidak mahu memaksa Afrina. Biarlah Afrina membuat keputusan sendiri.

            “Rina tidurlah sayang. Tenangkan fikiran tu. Esok kan kita nak balik dah. Jangan fikir sangat pasal tu. Ingat semua ni Allah dah tentukan. Kita tidak tahu apa akan terjadi nanti”.

            Sedang asyik mengemas pakaian untuk pulang, tiba – tiba terdengan bunyi ketukan pintu. Encik Kamal membuka pintu dan terkejut melihat Afiq di hadapannya itu. Dia berasa pelik kenapa Afiq datang pagi – pagi ini.

            “Maaf pakcik. Saya bukan nak menganggu pakcik dan keluarga pagi – pagi ni. Tetapi saya nak jumpa Afrina untuk kali terakhir. Boleh ke pakcik? Sekejap pun jadilah. Saya jumpa di sini saja”. Encik Kamal hanya mengangguk dan memanggil Afrina. Afrina terkejut melihat Afiq berada di hadapannya.

            “Saya minta maaf ganggu awak pagi –pagi ni. Saya tahu awak nak balik dah kan. Sebelum tu, saya nak bagi awak sesuatu. Ambil lah kunci dan kotak ni. Saya nak awak bukak kotak ni gunakan kunci ni. Hanya awak saja boleh bukak kotak ni. Saya minta maaf dah ganggu awak. Assalamualaikum”.

            Air mata Afrina mengalir setelah Afiq berlalu pergi. Dia duduk di atas katil dan melihat kunci yang diberi oleh Afiq. Kunci itu sangat comel dan kotak itu hanya kecil. Afrina membuka kotak kecil itu menggunakan kunci comel itu. Dia sangat terkejut melihat sebentuk cincin di dalamnya dan kad terselit di sebelah cincin itu.

            Dia umpama bidadari. Dia hadir tanpa ku sedari tanpa ku jangka. Adakah dia jodohku? Dia adalah temanku, kekasihku, syurgaku. Aku mencintainya kerana Allah.

            Afrina mengalir air mata tanpahenti. Puan Suraya melihat kad dan cincin itu terus memeluk Afrina. Nalurinya mengatakan bahawa Afiq adalah lelaki yang baik dan ikhlas mencintai anaknyaitu.

            Afrina menolak bagasi sambil hatinya berat untuk pergi. Adakah dia sudah bersedia menerima Afiq? Terbukakah pintu hatinya untuk menerima lelaki lain menggantikan arwah tunangnya.

            Dia terkedu melihat Afiq berada dihadapannya. Afiq hanya tersenyum namun hatinya tersimpan beribu kesedihan. Dia berharap agar Afrina dapat menerima lamarannya. Afrina pergi ke arahnya.

            “Ini kunci dan ini kotak. Dalam dia ada cincin dan kad. Kunci ini sudah buka pintu kotak cinta ini. Dan kunci ini juga telah membuka pintu hati saya. Ini kunci cinta telah membuka pintu kotak cinta dan hati seorang gadis yang telah lama terluka. Sepi tanpa cinta. Dan kini gadis itu telah membuka pintu hatinya untuk menerima seorang lelaki yang ikhlas menerima dan menunggunya”.

            Afiq mengalirkan air mata gembira. Dia bersyukur sangat Afrina telah membuka pintu hatinya. Encik Kamal dan Puan Suraya gembira melihat anaknya itu kembali tersenyum. Mereka yakin bahawa Afiq dapat menjaga anaknya sebaik mungkin seperti mereka menjaganya.

            “Terima kasih sangat Afrina. Akhirnya Allah dah makbulkan doa saya. Kalau macam tu jom pergi kahwin sekarang. Takut nanti terlepas lagi”.

            Afrina ketawa melihat telatah Afiq. Dia menunjukkan ke arah mama dan papanya.

            “Ehem ! Kalau nak masuk meminang anaknya, kena minta restu ibu bapanya dulu ye. Ada terpacak kat sini”. Encik Kamal bergurau dengan bakal menantunya itu. Mereka semua ketawa gembira.

            Cinta yang lama menjadi kenangan dan kini cinta yang halal akan berkekalan sehingga ke syurga. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Yang pergi tak akan kembali dan akan digantikan dengan yang lebih baik. Itulah kunci cinta dari Pencipta yang sebenar.

 

-       TAMAT  -

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.