Home Cerpen Cinta 99 Nota Cinta
99 Nota Cinta
Nadirah Aliah
17/6/2016 06:43:26
1,665
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Perpisahan. Dia tak pernah tahu erti perpisahan sehinggalah saat seperti itu tiba di dalam hidupnya. Tidak terperi sakitnya. Biarpun berjuta airmata yang dia alirkan, tak akan mampu membawa pergi semua kesakitan itu dari hatinya. Airmatanya mengalir buat jutaan kalinya. Dia tidak pernah menyangka insan itu akan berlalu pergi dari hidupnya. Dia tidak pernah menyangka dia akan merasa teramat kehilangan apabila insan itu pergi meninggalkannya tanpa sebarang kata. Dia membuka sekali lagi klip video terakhir yang insan itu tinggalkan untuknya. Bibirnya diketap sekuat hati menahan kesakitan yang semakin menular di jiwanya. Terpampang wajahnya di dalam setiap klip video itu. Lagu bertajuk One Man nyanyian Kim Jong Kook itu berputar membuatkan hatinya semakin sayu. Bait-bait lirik lagu yang turut tersedia di dalam klip video yang diberikan insan itu membuat jiwanya diruntun kepiluan. Airmatanya mengalir bagaikan hujan lebat yang tidak mahu berhenti.

“Ada seorang lelaki yang sangat mencintai kamu. Ada seorang lelaki yang tak mampu untuk mengucapkan cinta kepada kamu.”

“Joong Wonah, maafkan saya. Saya tak tahupun yang awak betul-betul mencintai saya,” ucap Hannah tatkala melihatkan bait-bait lirik lagu Korea yang telah diterjemahkan oleh insan yang bernama Han Joong Won itu.

Ya. Insan yang telah pergi meninggalkannya itu adalah seorang lelaki berbangsa Korea yang dikenalinya disuatu pertemuan yang tidak pernah terduga olehnya. Dia menangis lagi. Dia benar-benar merindukan saat-saat indah yang dilaluinya bersama lelaki itu.

“Kenapa kau langsung tak beritahu aku yang kau nak pergi tinggalkan aku? Sampai hati kau. Kenapa kau beritahu aku kau cintakan aku setelah kau pergi? Joong Wonah. Saya rindukan awak,” Hannah bermonolog sendirian sambil menangis teresak-esak.

“Joong Won ah. Joong Wonah,” panggil Hannah. Namun lelaki yang dirinduinya itu tidak kembali.

******

Hannah memerhatikan lelaki yang terpegun melihatnya itu. Hannah memandang tajam apabila dia mengecam wajah lelaki yang terpacak di hadapannya itu. Lelaki itulah yang telah menyebabkan dia bermandi air lopak tiga hari lepas. Kereta lelaki itu berselisih dengan motorsikalnya lalu dia yang hilang kawalan terjerumus ke dalam lopak air. Walaupun setelah melihat keadaannya yang basah kuyup itu, lelaki itu dengan wajah selamba pergi meninggalkannya. Joong Won tidak bergerak apabila Hannah merenungnya tajam.

“So,you are my new student?” tanya Hannah.

Lelaki itu mengangguk ketakutan melihat pembaris 1 meter yang digenggam Hannah.

“Ya. Saya,” jawab lelaki itu dengan suara yang bergetar.

Bulat mata Hannah mendengarkan fasihnya lelaki Korea itu berbahasa Melayu.

“Awak pandai cakap Melayu?” soal Hannah ingin tahu. Joong Won mengukir senyum.

“Ya. Boleh faham dan boleh cakap. Jadi, awaklah cikgu yang akan ajar sayaEnglish kat sini ya?” balas Joong Won fasih dan ramah walaupun slang Koreanya masih pekat. Terkebil-kebil mata Hannah.

“Yang aku inipun.Nak hairan sangat kenapa?Mungkin dia dah pandai Bahasa Melayu.Itu yang nak belajar Bahasa Inggeris pulak,” leter Hannah di dalam hatinya.

“Oh, ya. Tentang kejadian tempohari, saya nak minta maaf pada awak. Kerana telah menyebabkan awak basah. Saya hendak ke satu tempat penting. Jadi saya terpaksa pergi tinggalkan awak,” jelas Joong Won sesal. Hannah menarik nafas.

“Kalau awak tak jumpa saya kat sini, awak tak akan cuba cari saya dan minta maaf pada sayalah?” sindir Hannah sambil berpeluk tubuh. Joong Won tersengih.

“Saya tahu saya bersalah pada cik Hannah. Saya betul-betul minta maaf,” ujar Joong Won ikhlas. Hannah melepaskan keluhan.

“Okay, saya maafkan. Dah, masuk. Kita boleh mula sekarang,” balas Hannah menjemput Joong Won ke dalam kelas.

Hannah bekerja sepenuh masa sebagai guru kelas bahasa Melayu dan Inggeris di pusat tusyen persendirian yang agak terkenal di Kuala Lumpur itu. Selalunya dia akan mengajar sekumpulan pelajar pelbagai bangsa yang datang dari pelbagai Negara. Tetapi kali itu, dia akan mengajar Joong Won secara persendirian kerana itu merupakan permintaan Joong Won.

******

Bermula sebagai guru tusyen peribadi Joong Won, hubungan Hannah dengan lelaki Korea itu menjadi semakin akrab dari hari ke hari. Mereka saling berhubung antara satu sama lain. Dan dalam diam, perhubungan itu menimbulkan rasa rindu dan cinta yang tak mampu terluah antara mereka berdua kerana berbeza adat dan agama.

Setelah hampir enam bulan perhubungan di antara mereka berdua terjalin, Joong Won secara tiba-tiba pergi meninggalkan Hannah tanpa sebarang sebab. Apa yang ditinggalkannya hanya sebuah klip video yang mengandungi foto-foto sepanjang perkenalan mereka dan 99 nota kecil yang tertulis “Saya cintakan awak Hannah.” Hannah langsung tidak tahu Joong Won akan berangkat ke Korea. Dan jika pembantu peribadi Joong Won tidak memberitahunya, sampai bilapun dia tidak tahu ke mana Joong Won menghilang.

“Hannah. Awak tahu tak Joong Won sudah berangkat ke Korea?” tanya pembantu peribadi Joong Won fasih berbahasa Inggeris.

Hannah terpinga-pinga menerima panggilan telefon yang tiba-tiba itu.

“Tak. Saya tak tahu langsung. Bila dia pergi? Kenapa?” balas Hannah juga dalam bahasa Inggeris. Joong Won langsung tidak memberitahunya apa-apa. Kenapa tiba-tiba sahaja?

“Malam semalam. Dia tak beritahu awak langsung? Awak pasti?” tanya Chul Sook lagi.

“Ya. Saya pasti. Kenapa? Kenapa tiba-tiba sahaja dia pergi?” ujar Hannah mengawal suaranya. Hatinya serta-merta pilu mengenangkan Joong Won yang tiba-tiba sahaja pergi meninggalkannya.

“Hannah. Saya minta maaf tak beritahu pada awak. Sebab dia beritahu saya yang dia dah beritahu awak. Saya telefon cuma nak buat kepastian. Rupa-rupanya dia memang tak beritahu awak.”

Airmata yang merembes keluar dikesatnya perlahan. Dia masih ingat saat Chul Sook memberitahunya mengenai pemergian Joong Won. Walaupun sudah hampir setahun berlalu, namun setiap bait-bait kata Chul Sook masih diingatinya dengan jelas. Dan saat yang paling diingati Hannah adalah ketika Chul Sook menyerahkan satu klip video bersama 99 nota kecil yang Joong Won tinggalkan.

“Saya jumpa video klip ini dalam laptop Joong Woon. Dan, sebelum dia padamkan, saya sempat buat salinan sebab saya rasa awak patut tengok video klip ini. Dan untuk semua nota-nota kecil ini pula, saya ambil di papan lembut yang ada dalam bilik Joong Won. Dia tulis nota-nota kecil ini setiap hari dan pinkan pada papan lembut. Ada lebih kurang dalam 99 nota. Dan, hanya itu sahaja yang saya dapat berikan pada awak. Saya minta maaf atas apa yang terjadi, Hannah. Tapi, saya tak dapat beritahu di mana Joong Won sekarang. Saya harap awak sabar menanti,” beritahu Chul Sook dalam bahasa Inggeris yang jelas.

Hannah menangis lagi. Dia tidak tahu kenapa Joong Won meninggalkannya terpinga-pinga seperti itu. Dia bersyukur Chul Sook mengambil berat tentang perasaannya. Tanpa Chul Sook dia tidak mungkin tahu tentang isi klip video yang dibuat oleh Joong Woon untuk meluahkan perasaanya. Dia juga tak mungkin tahu tentang 99 nota kecil tertulis “Saya cintakan awak, Hannah” yang saban hari dipinkan di papan lembut di dalam bilik Joong Won itu. Dia benar-benar merindukan lelaki itu.

******

“Joong Wonah, macam mana awak boleh minat belajar Bahasa Melayu?” tanya Hannah ingin tahu. Joong Won senyum.

“Kerana saya suka budaya orang Melayu. Unik dan penuh tradisi. Agama yang mereka amalkan juga penuh dengan kebaikan dan kesopanan,” balas Joong Won.

“Maksud awak, Islam?” tanya Hannah. Joong Won senyum lalu mengangguk.

“Ya. Saya ada baca dan kaji tentang Islam.Islam is the way of life. Setiap orang yang amalkan Islam, hidupnya sempurna,” ujar Joong Won. Hati Hannah tersentuh mendengarnya.

“Jadi, awak tertarik dengan budaya orang Melayu sebab mereka mengamalkan agama Islam yang sempurna?” tanya Hannah lagi. Joong Won angguk bersama senyuman.

“Kalau boleh. Saya mahu berkahwin dengan gadis Melayu. Tapi, saya bimbang saya tak akan diterima oleh pihak keluarga gadis itu,” luah Joong Won.

Entah mengapa dada Hannah berdegup kencang mendengar luahan Joong Won.

“Kalau sudah jodoh. Dan kalau Allah izinkan, tak akan ada sebarang masalah. Selain bahasa Melayu, awak juga berminat dengan gadis Melayu? Hmm, gadis yang bagaimana tu?” ujar Hannah. Joong Won memandang Hannah penuh makna.

“Gadis seperti awak, Hannah.”

Hannah terbangun dari mimpinya. Sudah tiga hari dia asyik bermimpikan peristiwa yang sama. Peristiwa yang pernah dialaminya di dunia nyata ketika dia bertanyakan Joong Won tentang bagaimana lelaki itu berminat belajar Bahasa Melayu. Renungan Joong Won di dalam mimpi itu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Malah, mimpi itu sangat jelas seakan-akan realiti. Dia tidak tahu apakah petanda yang Tuhan ingin tunjukkan kepadanya. Dia hanya mampu berserah.

******

Chul Sook tersenyum di hadapan Hannah. Terkebil-kebil Hannah melihat wajah pembantu peribadi Joong Won yang sudah setahun tidak dilihatnya itu.

“Hannah. Apa khabar?” sapa Chul Sook mesra. Hannah tergamam lagi.

“Baik. Chul Sook, awak dah pandai cakap Melayu?” tanya Hannah bingung. Chul Sook tertawa perlahan.

“Sedikit. Joong Wonasked me to learn,” balas Chul Sook. Wajah Hannah berubah apabila mendengar nama Joong Won disebut. Dia hampir terlupa. Di mana Joong Won?

“Oh.By the way,where is Joong Won?He didn’t come with you?” tanya Hannah menahan hiba di hatinya.

Chul Sook terdiam sebentar lalu perlahan menghulurkan sekeping kad kepada Hannah. Berkerut kening Hannah menerima kad itu.

“Dia sibuk sedikit hari ini. Dia jemput awak ke majlis initomorow,” ujar Chul Sook dengan Bahasa Melayu yang pelat.

Terketar-ketar Hannah memegang kad itu. Perlahan Hannah membacanya. Tertulis alamat sebuah masjid. Majlis apakah yang dianjurkan Joong Won di masjid itu? Adakah Joong Won telah memeluk Islam dan kini ingin bernikah? Hatinya hancur berkeping-keping.

“Dia berpesanyoumust come.Because you are an important person in this ceremony. Hannah, saya pergi dulu.I got important business to be done.Good bye,” ujar Chul Sook tergesa-gesa sebelum berlalu pergi.

Hannah terpinga-pinga. Apakah yang harus dilakukannya? Benarkah Joong Won akan bernikah? Setahun lelaki itu meninggalkannya dalam kesedihan dan airmata, kini lelaki itu kembali dan meminta dia menghadiri majlis pernikahannya?

“Ya Allah.Kau berikanlah aku petunjuk dan kekuatan,” doa Hannah di dalam hatinya bersama kesedihan yang semakin tidak tertampung.

******

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.” ucap Joong Won tenang.

Airmata Hannah mengalir laju mendengar lafaz itu disebut oleh Joong Won. Rupanya itu adalah majlis pengislaman Joong Won. Hannah telah tersalah tafsir. Mujur juga Hannah menguatkan semangatnya untuk pergi. Hari itu dia telah menyaksikan satu peristiwa yang sangat bermakna dan istimewa. Hari itu, pertama kali Hannah melihat Joong Won berbaju Melayu lengkap berketayap. Setelah majlis itu selesai dan tanpa berjumpa Joong Won, Hannah melangkah keluar masjid. Dia tidak bersedia untuk berhadapan dengan Joong Won. Dia tidak mahu menangis di hadapan lelaki itu nanti.

“Assalamualaikum,” sapaan itu menghentikan langkah Hannah. Hatinya diserbu pilu serta-merta. Perlahan Hannah menguatkan semangatnya untuk berhadapan Joong Won.

Joong Won tersenyum memandang Hannah. Hannah terasa seperti ingin rebah melihat wajah lelaki yang teramat dirinduinya itu.

“Waalaikumussalam. Joong Wonah,” balas Hannah dengan suara yang bergetar. Airmatanya ditahan seboleh mungkin. Joong Won merenung Hannah lembut.

“Hannahyah.Saya minta maaf saya pergi tanpa beritahu awak. Saya betul-betul minta maaf,” ujar Joong Won dengan mata berkaca.

Airmata Hannah mengalir tanpa dapat ditahan lagi.

“Kenapa awak pergi tak beritahu saya? Awak buat saya macam orang bodoh tahu tak?” luah Hannah dengan airmata yang berjuraian.

“Saya fikir kalau saya pergi tanpa beritahu awak, awak tak akan cari saya. Sebab awak tak cintakan saya,” luah Joong Won. Airmatanya turut mengalir.

“Joong Wonah, awak memang pentingkan diri sendiri. Setelah apa yang kita lalui bersama, macam mana awak boleh fikir saya tak cintakan awak? Kalau awak tak tahu, kenapa awak tak tanya? Klip video tu, kenapa awak buang sebelum bagi pada saya? 99 nota cinta awak tu, kenapa awak simpan dan tak nak bagi pada saya?” Hannah meluahkan segala yang terbuku di hatinya selama setahun. Joong Woon terpinga-pinga.

“Dari mana awak dapat tahu tentang klip video tu? Dan 99 nota cinta saya untuk awak tu?” tanya Joong Won bingung. Hannah mengesat airmatanya.

“Kalau Chul Sook tak beritahu saya, saya tak akan tahu. Chul Sook yang bagi saya klip video dan 99 nota tu. Joong Wonah. Kenapa awak buat saya macam ni? Ke mana awak pergi?” tanya Hannah sayu. Joong Won tunduk.

“Saya. Saya pentingkan diri sendiri. Maafkan saya, Hannahyah. Saya pergi Korea untuk memohon restu bapa saya. Saya mahu dalami Islam dan saya ingin memeluk Islam. Setelah bapa saya yakin dengan apa yang saya mahu lakukan dan berikan keizinan, barulah saya pulang ke Malaysia dan memeluk Islam hari ini,” terang Joong Won. Hannah mengesat airmatanya.

“Joong WonPerpisahan. Dia tak pernah tahu erti perpisahan sehinggalah saat seperti itu tiba di dalam hidupnya. Tidak terperi sakitnya. Biarpun berjuta airmata yang dia alirkan, tak akan mampu membawa pergi semua kesakitan itu dari hatinya. Airmatanya mengalir buat jutaan kalinya. Dia tidak pernah menyangka insan itu akan berlalu pergi dari hidupnya. Dia tidak pernah menyangka dia akan merasa teramat kehilangan apabila insan itu pergi meninggalkannya tanpa sebarang kata. Dia membuka sekali lagi klip video terakhir yang insan itu tinggalkan untuknya. Bibirnya diketap sekuat hati menahan kesakitan yang semakin menular di jiwanya. Terpampang wajahnya di dalam setiap klip video itu. Lagu bertajuk One Man nyanyian Kim Jong Kook itu berputar membuatkan hatinya semakin sayu. Bait-bait lirik lagu yang turut tersedia di dalam klip video yang diberikan insan itu membuat jiwanya diruntun kepiluan. Airmatanya mengalir bagaikan hujan lebat yang tidak mahu berhenti.

“Ada seorang lelaki yang sangat mencintai kamu. Ada seorang lelaki yang tak mampu untuk mengucapkan cinta kepada kamu.”

“Joong Won ah, maafkan saya. Saya tak tahupun yang awak betul-betul mencintai saya,” ucap Hannah tatkala melihatkan bait-bait lirik lagu Korea yang telah diterjemahkan oleh insan yang bernama Han Joong Won itu.

    Ya. Insan yang telah pergi meninggalkannya itu adalah seorang lelaki berbangsa Korea yang dikenalinya disuatu pertemuan yang tidak pernah terduga olehnya. Dia menangis lagi. Dia benar-benar merindukan saat-saat indah yang dilaluinya bersama lelaki itu.

“Kenapa kau langsung tak beritahu aku yang kau nak pergi tinggalkan aku? Sampai hati kau. Kenapa kau beritahu aku kau cintakan aku setelah kau pergi? Joong Won ah. Saya rindukan awak,” Hannah bermonolog sendirian sambil menangis teresak-esak.

“Joong Won ah. Joong Won ah,” panggil Hannah. Namun lelaki yang dirinduinya itu tidak kembali.

******

Hannah memerhatikan lelaki yang terpegun melihatnya itu. Hannah memandang tajam apabila dia mengecam wajah lelaki yang terpacak di hadapannya itu. Lelaki itulah yang telah menyebabkan dia bermandi air lopak tiga hari lepas. Kereta lelaki itu berselisih dengan motorsikalnya lalu dia yang hilang kawalan terjerumus ke dalam lopak air. Walaupun setelah melihat keadaannya yang basah kuyup itu, lelaki itu dengan wajah selamba pergi meninggalkannya. Joong Won tidak bergerak apabila Hannah merenungnya tajam.

    “So, you are my new student?” tanya Hannah.

    Lelaki itu mengangguk ketakutan melihat pembaris 1 meter yang digenggam Hannah.

“Ya. Saya,” jawab lelaki itu dengan suara yang bergetar.

    Bulat mata Hannah mendengarkan fasihnya lelaki Korea itu berbahasa Melayu.

“Awak pandai cakap Melayu?” soal Hannah ingin tahu. Joong Won mengukir senyum.

“Ya. Boleh faham dan boleh cakap. Jadi, awaklah cikgu yang akan ajar saya English kat sini ya?” balas Joong Won fasih dan ramah walaupun slang Koreanya masih pekat. Terkebil-kebil mata Hannah.

“Yang aku inipun. Nak hairan sangat kenapa? Mungkin dia dah pandai Bahasa Melayu. Itu yang nak belajar Bahasa Inggeris pulak,” leter Hannah di dalam hatinya.

“Oh, ya. Tentang kejadian tempohari, saya nak minta maaf pada awak. Kerana telah menyebabkan awak basah. Saya hendak ke satu tempat penting. Jadi saya terpaksa pergi tinggalkan awak,” jelas Joong Won sesal. Hannah menarik nafas.

“Kalau awak tak jumpa saya kat sini, awak tak akan cuba cari saya dan minta maaf pada sayalah?” sindir Hannah sambil berpeluk tubuh. Joong Won tersengih.

“Saya tahu saya bersalah pada cik Hannah. Saya betul-betul minta maaf,” ujar Joong Won ikhlas. Hannah melepaskan keluhan.

“Okay, saya maafkan. Dah, masuk. Kita boleh mula sekarang,” balas Hannah menjemput Joong Won ke dalam kelas.

    Hannah bekerja sepenuh masa sebagai guru kelas bahasa Melayu dan Inggeris di pusat tusyen persendirian yang agak terkenal di Kuala Lumpur itu. Selalunya dia akan mengajar sekumpulan pelajar pelbagai bangsa yang datang dari pelbagai Negara. Tetapi kali itu, dia akan mengajar Joong Won secara persendirian kerana itu merupakan permintaan Joong Won.

******

Bermula sebagai guru tusyen peribadi Joong Won, hubungan Hannah dengan lelaki Korea itu menjadi semakin akrab dari hari ke hari. Mereka saling berhubung antara satu sama lain. Dan dalam diam, perhubungan itu menimbulkan rasa rindu dan cinta yang tak mampu terluah antara mereka berdua kerana berbeza adat dan agama.

    Setelah hampir enam bulan perhubungan di antara mereka berdua terjalin, Joong Won secara tiba-tiba pergi meninggalkan Hannah tanpa sebarang sebab. Apa yang ditinggalkannya hanya sebuah klip video yang mengandungi foto-foto sepanjang perkenalan mereka dan 99 nota kecil yang tertulis “Saya cintakan awak Hannah.” Hannah langsung tidak tahu Joong Won akan berangkat ke Korea. Dan jika pembantu peribadi Joong Won tidak memberitahunya, sampai bilapun dia tidak tahu ke mana Joong Won menghilang.

“Hannah. Awak tahu tak Joong Won sudah berangkat ke Korea?” tanya pembantu peribadi Joong Won fasih berbahasa Inggeris.

    Hannah terpinga-pinga menerima panggilan telefon yang tiba-tiba itu.

“Tak. Saya tak tahu langsung. Bila dia pergi? Kenapa?” balas Hannah juga dalam bahasa Inggeris. Joong Won langsung tidak memberitahunya apa-apa. Kenapa tiba-tiba sahaja?

“Malam semalam. Dia tak beritahu awak langsung? Awak pasti?” tanya Chul Sook lagi.

“Ya. Saya pasti. Kenapa? Kenapa tiba-tiba sahaja dia pergi?” ujar Hannah mengawal suaranya. Hatinya serta-merta pilu mengenangkan Joong Won yang tiba-tiba sahaja pergi meninggalkannya.

“Hannah. Saya minta maaf tak beritahu pada awak. Sebab dia beritahu saya yang dia dah beritahu awak. Saya telefon cuma nak buat kepastian. Rupa-rupanya dia memang tak beritahu awak.”

Airmata yang merembes keluar dikesatnya perlahan. Dia masih ingat saat Chul Sook memberitahunya mengenai pemergian Joong Won. Walaupun sudah hampir setahun berlalu, namun setiap bait-bait kata Chul Sook masih diingatinya dengan jelas. Dan saat yang paling diingati Hannah adalah ketika Chul Sook menyerahkan satu klip video bersama 99 nota kecil yang Joong Won tinggalkan.

“Saya jumpa video klip ini dalam laptop Joong Woon. Dan, sebelum dia padamkan, saya sempat buat salinan sebab saya rasa awak patut tengok video klip ini. Dan untuk semua nota-nota kecil ini pula, saya ambil di papan lembut yang ada dalam bilik Joong Won. Dia tulis nota-nota kecil ini setiap hari dan pinkan pada papan lembut. Ada lebih kurang dalam 99 nota. Dan, hanya itu sahaja yang saya dapat berikan pada awak. Saya minta maaf atas apa yang terjadi, Hannah. Tapi, saya tak dapat beritahu di mana Joong Won sekarang. Saya harap awak sabar menanti,” beritahu Chul Sook dalam bahasa Inggeris yang jelas.

Hannah menangis lagi. Dia tidak tahu kenapa Joong Won meninggalkannya terpinga-pinga seperti itu. Dia bersyukur Chul Sook mengambil berat tentang perasaannya. Tanpa Chul Sook dia tidak mungkin tahu tentang isi klip video yang dibuat oleh Joong Woon untuk meluahkan perasaanya. Dia juga tak mungkin tahu tentang 99 nota kecil tertulis “Saya cintakan awak, Hannah” yang saban hari dipinkan di papan lembut di dalam bilik Joong Won itu. Dia benar-benar merindukan lelaki itu.

******

“Joong Won ah, macam mana awak boleh minat belajar Bahasa Melayu?” tanya Hannah ingin tahu. Joong Won senyum.

“Kerana saya suka budaya orang Melayu. Unik dan penuh tradisi. Agama yang mereka amalkan juga penuh dengan kebaikan dan kesopanan,” balas Joong Won.

“Maksud awak, Islam?” tanya Hannah. Joong Won senyum lalu mengangguk.

“Ya. Saya ada baca dan kaji tentang Islam. Islam is the way of life. Setiap orang yang amalkan Islam, hidupnya sempurna,” ujar Joong Won. Hati Hannah tersentuh mendengarnya.

“Jadi, awak tertarik dengan budaya orang Melayu sebab mereka mengamalkan agama Islam yang sempurna?” tanya Hannah lagi. Joong Won angguk bersama senyuman.

“Kalau boleh. Saya mahu berkahwin dengan gadis Melayu. Tapi, saya bimbang saya tak akan diterima oleh pihak keluarga gadis itu,” luah Joong Won.

    Entah mengapa dada Hannah berdegup kencang mendengar luahan Joong Won.

“Kalau sudah jodoh. Dan kalau Allah izinkan, tak akan ada sebarang masalah. Selain bahasa Melayu, awak juga berminat dengan gadis Melayu? Hmm, gadis yang bagaimana tu?” ujar Hannah. Joong Won memandang Hannah penuh makna.

    “Gadis seperti awak, Hannah.”

Hannah terbangun dari mimpinya. Sudah tiga hari dia asyik bermimpikan peristiwa yang sama. Peristiwa yang pernah dialaminya di dunia nyata ketika dia bertanyakan Joong Won tentang bagaimana lelaki itu berminat belajar Bahasa Melayu. Renungan Joong Won di dalam mimpi itu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Malah, mimpi itu sangat jelas seakan-akan realiti. Dia tidak tahu apakah petanda yang Tuhan ingin tunjukkan kepadanya. Dia hanya mampu berserah.

******

Chul Sook tersenyum di hadapan Hannah. Terkebil-kebil Hannah melihat wajah pembantu peribadi Joong Won yang sudah setahun tidak dilihatnya itu.

“Hannah. Apa khabar?” sapa Chul Sook mesra. Hannah tergamam lagi.

“Baik. Chul Sook, awak dah pandai cakap Melayu?” tanya Hannah bingung. Chul Sook tertawa perlahan.

“Sedikit. Joong Won asked me to learn,” balas Chul Sook. Wajah Hannah berubah apabila mendengar nama Joong Won disebut. Dia hampir terlupa. Di mana Joong Won?

“Oh. By the way, where is Joong Won? He didn’t come with you?” tanya Hannah menahan hiba di hatinya.

    Chul Sook terdiam sebentar lalu perlahan menghulurkan sekeping kad kepada Hannah. Berkerut kening Hannah menerima kad itu.

“Dia sibuk sedikit hari ini. Dia jemput awak ke majlis ini tomorow,” ujar Chul Sook dengan Bahasa Melayu yang pelat.

    Terketar-ketar Hannah memegang kad itu. Perlahan Hannah membacanya. Tertulis alamat sebuah masjid. Majlis apakah yang dianjurkan Joong Won di masjid itu? Adakah Joong Won telah memeluk Islam dan kini ingin bernikah? Hatinya hancur berkeping-keping.

“Dia berpesan you must come. Because you are an important person in this ceremony. Hannah, saya pergi dulu. I got important business to be done. Good bye,” ujar Chul Sook tergesa-gesa sebelum berlalu pergi.

Hannah terpinga-pinga. Apakah yang harus dilakukannya? Benarkah Joong Won akan bernikah? Setahun lelaki itu meninggalkannya dalam kesedihan dan airmata, kini lelaki itu kembali dan meminta dia menghadiri majlis pernikahannya?

“Ya Allah. Kau berikanlah aku petunjuk dan kekuatan,” doa Hannah di dalam hatinya bersama kesedihan yang semakin tidak tertampung.

******


“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.” ucap Joong Won tenang.

    Airmata Hannah mengalir laju mendengar lafaz itu disebut oleh Joong Won. Rupanya itu adalah majlis pengislaman Joong Won. Hannah telah tersalah tafsir. Mujur juga Hannah menguatkan semangatnya untuk pergi. Hari itu dia telah menyaksikan satu peristiwa yang sangat bermakna dan istimewa. Hari itu, pertama kali Hannah melihat Joong Won berbaju Melayu lengkap berketayap. Setelah majlis itu selesai dan tanpa berjumpa Joong Won, Hannah melangkah keluar masjid. Dia tidak bersedia untuk berhadapan dengan Joong Won. Dia tidak mahu menangis di hadapan lelaki itu nanti.

“Assalamualaikum,” sapaan itu menghentikan langkah Hannah. Hatinya diserbu pilu serta-merta. Perlahan Hannah menguatkan semangatnya untuk berhadapan Joong Won.

    Joong Won tersenyum memandang Hannah. Hannah terasa seperti ingin rebah melihat wajah lelaki yang teramat dirinduinya itu.

“Waalaikumussalam. Joong Won ah,” balas Hannah dengan suara yang bergetar. Airmatanya ditahan seboleh mungkin. Joong Won merenung Hannah lembut.

“Hannah yah. Saya minta maaf saya pergi tanpa beritahu awak. Saya betul-betul minta maaf,” ujar Joong Won dengan mata berkaca.

    Airmata Hannah mengalir tanpa dapat ditahan lagi.

“Kenapa awak pergi tak beritahu saya? Awak buat saya macam orang bodoh tahu tak?” luah Hannah dengan airmata yang berjuraian.

“Saya fikir kalau saya pergi tanpa beritahu awak, awak tak akan cari saya. Sebab awak tak cintakan saya,” luah Joong Won. Airmatanya turut mengalir.

“Joong Won ah, awak memang pentingkan diri sendiri. Setelah apa yang kita lalui bersama, macam mana awak boleh fikir saya tak cintakan awak? Kalau awak tak tahu, kenapa awak tak tanya? Klip video tu, kenapa awak buang sebelum bagi pada saya? 99 nota cinta awak tu, kenapa awak simpan dan tak nak bagi pada saya?” Hannah meluahkan segala yang terbuku di hatinya selama setahun. Joong Woon terpinga-pinga.

“Dari mana awak dapat tahu tentang klip video tu? Dan 99 nota cinta saya untuk awak tu?” tanya Joong Won bingung. Hannah mengesat airmatanya.

“Kalau Chul Sook tak beritahu saya, saya tak akan tahu. Chul Sook yang bagi saya klip video dan 99 nota tu. Joong Won ah. Kenapa awak buat saya macam ni? Ke mana awak pergi?” tanya Hannah sayu. Joong Won tunduk.

“Saya. Saya pentingkan diri sendiri. Maafkan saya, Hannah yah. Saya pergi Korea untuk memohon restu bapa saya. Saya mahu dalami Islam dan saya ingin memeluk Islam. Setelah bapa saya yakin dengan apa yang saya mahu lakukan dan berikan keizinan, barulah saya pulang ke Malaysia dan memeluk Islam hari ini,” terang Joong Won. Hannah mengesat airmatanya.

“Joong Won ah, kenapa awak tulis 99 nota tu tanpa memberinya satupun pada saya?” tanya Hannah ingin tahu. Joong Won senyum.

“Saya memang nak beri. Tapi, setiap kali nak beri, saya takut. Sebab tu saya hanya pin di soft board. Saya tulis hari-hari untuk menyatakan saya cintakan awak setiap hari. Cuma, saya tak mampu nak berikannya pada awak,” jelas Joong Won. Hannah melepaskan keluhan perlahan.

    “Hannah yah, saya mahu akhiri 99 nota cinta saya yang saya beri pada awak dengan satu permintaan. Boleh saya buat permintaan?” sambung Joong Won.

    Hannah memandang dengan mata sembap.

“Boleh. Permintaan apa?”

“Sudikah awak menjadi isteri dan temankan saya hingga ke Syurga?” ujar Joong Won.

    Airmata Hannah mengalir lagi. Kali ini airmata kesyukuran dan kegembiraan. Hannah memandang Joong Won dengan seribu satu perasaan.

“InsyaAllah, saya sudi jadi isteri awak dan akan temankan awak ke Syurga. Joong Won ah, saranghae. Saya cintakan awak!” ucap Hannah dengan airmata kegembiraan. Joong Won senyum kesyukuran.

“Alhamdulillah. Saya cintakan awak juga Hannah,” balas Joong Won dengan senyuman kegembiraan.

P/S : Cerpen kali ini agak berbeza dan menggunakan imaginasi yang agak tinggi. Saya minta maaf kalau ada yang tidak menyukai cerita sebegini. Kalau berminat nak dengar lagu One Man – Kim Jong Kook tu boleh cari sahaja di YouTube. Terima kasihah, kenapa awak tulis 99 nota tu tanpa memberinya satupun pada saya?” tanya Hannah ingin tahu. Joong Won senyum.

“Saya memang nak beri. Tapi, setiap kali nak beri, saya takut. Sebab tu saya hanya pin disoft board. Saya tulis hari-hari untuk menyatakan saya cintakan awak setiap hari. Cuma, saya tak mampu nak berikannya pada awak,” jelas Joong Won. Hannah melepaskan keluhan perlahan.

“Hannahyah, saya mahu akhiri 99 nota cinta saya yang saya beri pada awak dengan satu permintaan. Boleh saya buat permintaan?” sambung Joong Won.

Hannah memandang dengan mata sembap.

“Boleh. Permintaan apa?”

“Sudikah awak menjadi isteri dan temankan saya hingga ke Syurga?” ujar Joong Won.

Airmata Hannah mengalir lagi. Kali ini airmata kesyukuran dan kegembiraan. Hannah memandang Joong Won dengan seribu satu perasaan.

“InsyaAllah, saya sudi jadi isteri awak dan akan temankan awak ke Syurga. Joong Wonah,saranghae. Saya cintakan awak!” ucap Hannah dengan airmata kegembiraan. Joong Won senyum kesyukuran.

“Alhamdulillah. Saya cintakan awak juga Hannah,” balas Joong Won dengan senyuman kegembiraan.

P/S : Cerpen kali ini agak berbeza dan menggunakan imaginasi yang agak tinggi. Saya minta maaf kalau ada yang tidak menyukai cerita sebegini. Kalau berminat nak dengar lagu One Man – Kim Jong Kook tu boleh cari sahaja di YouTube. Terima kasih.

~gadistulisofficial.blogspot.my~

~FB Page 1 : Gadis Tulis - Nadirah Aliah

~FB Page 2 : Nadirah Aliah

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.