Sangat cantik dan tenang
pemandangan tasik yang terhias, lapang dan luas. Tambahan pula waktu pagi, bergumpal-gumpal
awan putih bak kapas, langit membiru cerah. Sungguh nyaman. Disediakan track khas untuk orang awam bersenam,
berbasikal juga ber’jogging’, terutamanya,
atau pun sekadar berjalan-jalan menghirup udara segar.
Terdapat beberapa bangku dan kerusi panjang di letakkan
menghadap tasik yang tenang. Biar orang yang duduk disitu berasa nyaman dan
tenteram melihat kawasan itu dan tumbuhan menghijau disekitarnya. Bukan mudah
untuk melihat keindahan ini ditengah-tengah kota yang penuh dengan kesibukan.
Firdaus kelihatan berseorangan duduk di kerusi panjang. Nampak
tenang dari jauh, semakin dihampiri, kelihatan pula wajahnya yang seperti
sedang berfikir sesuatu yang rumit, tapi disembunyikan.
Nasyriq memandang Firdaus dari jauh, sedikit lambat dia
sampai. Lantas menghampiri dan berdiri di sisi Firdaus dengan tenang, namun
pandangannya melihat ke arah tasik yang cantik. Kemudian baru melihat kawannya
itu.
“Assalamualaikum,
apa khabar?” Sapa Nasyriq.
“Wa'alaikumsalam,
baik.” Jawab Firdaus membalas salam. Masing-masing bersalaman.
Nasyriq duduk dengan tenang disebelah kiri Firdaus.
“Lama dah
tak jumpa kau, rindu rasanya nak berbual-bual macam dulu. Cantik tempat ni,
tenang.” Kata Nasyriq memulakan bicara.
“Lama juga.
Lagipun kau bukan orang lain, kawan aku juga. Takkan macam dah tak kenal.” Usik
Firdaus.
“Masa cepat
berlalu, mana lah tahu, engkau lebih hebat sekarang.” Kata Nasyriq.
“Haha...
Kalau macam itu, engkau pun apa kurangnya.” Balas Firdaus. Mereka tertawa,
kemudian tersenyum.
“Macam mana
dengan life kau sekarang? Kerja? Masa
lapang?” tanya Nasyriq.
“Selalu
baik, Nasyriq. Dan bertambah baik. Aku suka dengan kerja aku, itu buatkan aku
rasa tak buang masa.” Jawab Firdaus secara positif.
“Hurm,
bagus... Kau masih lagi menulis?” tanya Nasyriq lagi.
“Ya, masih
lagi. Itulah ubat aku, semakin aku
tulis, semakin aku rasa tenang.”
“Baguslah
kalau macam tu. Manalah tahu usaha engkau berbaloi. Boleh jadi penulis . Maksud
aku, kau boleh sumbangkan sesuatu yang sangat berharga kepada orang ramai di
luar sana.” Kata Nasyriq memberikan sedikit pandangan.
Terus
Firdaus menjawab, “In shaa Allah, sedang aku usahakan. Tapi bagi aku, menulis
untuk diri sendiri lagi memberikan aku banyak jawapan untuk setiap pertanyaanku
sendiri.”
“Boleh juga
kau kongsikan jawapan yang engkau jumpa kepada orang lainkan?” Kata Nasyriq.
“Ya, betul.
Jika bersesuaian.” Balas Firdaus.
“Apa yang
kau lakukan bila tekanan hidup datang lagi?” tanya Nasyriq.
“Tiada apa
yang aku boleh buat melainkan hanya bersabar dan meminta pertolongan dari
Tuhan.”
“Macam mana
kalau ianya masih lagi berlarutan?”
“Akan aku
usaha sehabis daya yang ada untuk aku mengubahnya. Dugaan selalu datang dan
pergi. Apa yang penting perlu bersabar dan terus berdoa. Walaupun aku tahu,
hati aku tidak mampu untuk rasa tenang sepenuhnya.” Firdaus memberikan jawapan
apa yang berada dalam pemikiran dan menjadi tindak-tanduknya.
“Jika engkau
pula macam mana?” sambung Firdaus lagi.
“Ya, sama.
Aku juga akan buat macam mana yang engkau katakan. Aku juga tak boleh nak rasa
tenang kalau dugaan berat datang. Tapi sekurang-kurangnya aku ada pedoman bila
ianya terjadi. Dan pedoman tu banyak membantu aku untuk rasa tenang hati.” Jawab
Nasyriq menerangkan pendiriannya pula. Selepas itu bertanya kepada Firdaus
lagi.
“Kalau
engkau melihat kelebihan dan kesenangan orang lain, apa pula yang engkau
fikirkan?”
“Tipu kalau
aku katakan aku tidak cemburu. Tapi Allah itu Maha Adil. Manusia, di pamerkan
apa yang membuatkan dia berasa lebih dan di sembunyikan kekurangan dan segala
masalah, seboleh-bolehnya. Mungkin mereka lebih cantik, lebih tampan,
berpengaruh, lebih berada, lebih kaya dengan harta, hidup lebih bahagia, mampu
melakukan itu dan ini. Tapi aku yakin masing-masing ada dugaan hidupnya sendiri
yang di rahsiakan daripada di ketahui orang, betapa dia terbeban. Di situlah
keadilan yang dapat aku lihat. Apa yang perlu, aku harus bersyukur untuk segala
kurniaan. Mungkin pada pandanganku, ianya kecil, tapi pada pandangan orang lain
ianya besar. Itu yang lebih baik, dan itu jugalah yang membuatkan hatiku tenang
dan lebih menghargai hidup.” Kata Firdaus, memberikan jawapan panjang lebar.
“Banyak
jawapan yang kau dah jumpa.” Kata Nasyriq, sedikit teruja.
“Belum lagi.
Tak sehebat engkau menemui jawapan untuk setiap permasalahan hidup.” Kata Firdaus
,memandang tinggi kebolehan Nasyriq.
“Apa yang
paling baik, itulah yang menjadi keputusan untuk dilakukan. Yang lainnya,
biarlah Tuhan yang menentukan. Semuanya dah tertulis, itulah sumber ketenangan
dan harapan. DIA menguji setakat mana kita termampu.” Jelasnya.
Masing-masing
terdiam, melihat tasik yang tenang membuatkan mereka juga berasa nyaman. Mereka
cuba menghayatinya.
Nasyriq
menarik nafas, kemudian bertanya lagi kepada Firdaus.
“Bagaimana
dengan Aisya? Sudahkah engkau relakan dia pergi?”
Wajah Firdaus
sedikit berubah. Dia menarik nafas kemudian menghelanya dengan tenang.
“Ya,
walaupun susah nak aku lepaskan. Allah Maha Mengetahui. DIA yang mentakdirkan
segala-galanya. Dia bahagia sekarang bersama suami. Aku harap dia terus begitu.”
Kata Firdaus.
“Mendoakan
kebahagiaan orang lain membuatkan aku bahagia juga.” Sambungnya lagi, melihat
wajah Nasyriq, tersenyum.
“Jadi, apa
yang akan kau lakukan selepas dia pergi?” Nasyriq bertanya lagi, ingin tahu.
“Aku jadi
dekat dengan Tuhan. Aku dapat lihat lebih banyak keindahan.” Jawab Firdaus.
“Tapi engkau
tidak memiliki semua keindahan itu.” Kata Nasyriq, menimbulkan persoalan.
“Engkau
betul. Tapi aku tersedar sesuatu yang sangat-sangat berharga yang singgah dalam
fikiran aku.” Kata Firdaus.
“Apa dia?”
Tanya Nasyriq dengan perasaan ingin tahu lagi, namun tetap tenang.
Firdaus
memberikan pandangan dan pemikirannya, supaya dia dapat merasa tenang dalam
hati. “Jika seindah ini, dunia. Bagaimana dengan indahnya Syurga, pasti jauh
lebih baik. Tak seorang pun boleh membayangkan. Tiada tandingannya... Jadi aku
tidak mengharap akan keindahan dunia ini, aku biarkan dan melepaskannya begitu
sahaja... aku tersangat inginkan keindahan yang di Syurga itu. Dengan cara ini,
hati aku dapat rasa lebih tenang dan bahagia.”
Nasyriq
terdiam seketika mendengar kata-kata Firdaus. Dia berfikir dengan kuat untuk
memahamkannya.
“Dengar
macam kau berputus asa dengan hidup.” Kata Nasyriq setelah siap fikir.
Firdaus cuba
menafikan. Katanya, “tidak... kau silap. Dengan pendirian inilah aku semakin
kuat. Dapat fokus apa yang aku nak. Rasa lebih tenang. Seboleh mungkin aku
buat, apa yang membolehkan aku ke SyurgaNya.”
Nasyriq
terdiam lagi, berfikir dengan kuat. Pandangannya berubah selepas Firdaus
membuat penjelasan.
“Sesuatu
yang baik. Bagus prinsip tu. Maaf, aku silap.” Kata Nasyriq.
“Tak
mengapa. Apa yang aku buat ni pun atas nasihat kau juga, dulu. Cuba untuk cari
ketenangan hati.” Kata Firdaus pula.
“Bagus. Tapi
bagi aku kau tak sekadar mencari ketenangan. Engkau menciptanya sendiri.”
“Sebab susah
untuk aku cari ketenangan. Suasana memang tak akan membantu, melainkan berusaha
untuk ubah sendiri. Sebab tu aku cipta sesuatu yang lebih dekat dengan aku,
yang boleh buatkan aku lihat dunia ini dengan lebih baik lagi.” Terang Firdaus.
“Apa yang
aku nampak, kau dah boleh terima hakikat. Kau dah boleh ‘lepaskan’ Aisya dalam
hidup kau.” Kata Nasyriq membuat kesimpulan.
“Betul kau
cakap dulu. Masa yang akan menyembuhkan. Semakin masa berjalan, semakin aku
boleh terima hakikat ni.”
“Boleh,
sebab usaha engkau yang kuat untuk terima dia pergi. You deserve a respect.” Kata Nasyriq, cuba memberikan sokongan dan
penghargaan. Dia menyambung lagi.
“Ya, betul
cakap kau. Kalau seindah ini dunia, pasti SyurgaNya jauh lebih indah. Dan kau
pilih sesuatu yang jauh lebih mulia... pendirian tu satu inspirasi untuk aku.”
“Terima
kasih.” Kata Nasyriq.
“Sama-sama.”
Balas Firdaus.
“Okay, aku
nak balik office dulu, ada apa-apa
lagi yang kau nak bagitau?” Nasyriq bertanya kepada kawannya itu.
“Tiada.”
Balas Firdaus rigkas.
Nasyriq
bangun dari tempat duduknya, dia ingin beredar dan kembali ke pejabat untuk
menyambung urusan kerja.
“Okay, aku
balik dulu. Ada masa nanti jumpa lagi. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.”
Jawab Firdaus.
Lantas Nasyriq
beredar. Tinggallah Firdaus yang masih lagi duduk dengan tenang melihat tasik yang
nyaman dan luas.
Langkah Nasyriq
terhenti setelah beberapa langkah. Kemudian mengalihkan pandangan ke arah
Firdaus. Seperti ingin mengatakan sesuatu yang tiba-tiba terlintas di fikiran.
“Oh ya,
teruskan menulis. Make something great
from it.” Kata Nasyriq.
Firdaus
menjawab dengan ringkas, “I will...”
***
Waktu telah bertukar petang, Nasyriq sudah lama sampai di
pejabatnya, tengahari tadi. Dia berjalan dengan agak cepat menuju ke biliknya.
Tatkala melalui kawasan koridor yang terdapat di bangunan
itu, telefon pintarnya bergetar dan berlagu, tanda ada panggilan masuk. Lantas dijawab.
“Hello..” kata
Nasyriq menjawab panggilan.
“Hello... Assalamualaikum
Dr. Nasyriq.” Suara itu memberi
salam. Seperti amat dikenalinya.
“Wa’alaikumsalam.”
“Maaf
ganggu. Saya Johari, kawan rapat Firdaus... boleh saya tahu perkembangan
kesihatan kawan saya?” kata Johari mohon penjelasan.
“Oh, Johari.
Firdaus semakin pulih. Tapi perlu sedikit masa lagi... dia masih perlukan
sokongan.” Jawab Nasyriq memberikan jawapan.
“Maksudnya
keadaan dia dah semakin pulih dan normal?”
“Ya, harapan
tu ada. Cuma dulu tekanan hidup yang dia hadapi terlalu tinggi. Dia tak mampu
nak atasi. Tapi lepas sebulan ni dia dah tunjukkan perkembangan yang positif
untuk kesihatan mental. Jangan risau, dia boleh sembuh dalam masa terdekat ni.”
Terang Nasyriq, cuba memberikan jawapan yang positif.
“Kalau macam
tu baiklah doc., terima kasih, saya
boleh tolong tengok-tengokkan dia lagi nanti.” Kata Johari sedikit lega kerana
Firdaus telah menunjukkan tanda-tanda semakin pulih dari masalah jiwa dan
mentalnya.
“Sama-sama, tak
perlu bersusah-susah sangat. Beritahu saya kalau ada apa-apa terjadi. Dia cuma
alami tekanan perasaan sebab cinta, memang susah nak terima hakikat bila
berpisah. Jangan risau, masa boleh sembuhkan dia.” Kata Nasyriq, cuba
meyakinkan Johari lagi.
“Ya, terima
kasih sekali lagi doc.
Assalamualaikum.” Kata Johari mengakhiri bicara.
“Sama-sama. Wa’alaikumsalam.”
“Bye doc.”
“Bye.”
Panggilan ditamatkan. Nasyriq terus menuju ke bilik
pejabat yang tadi perjalanannya terhenti. Menghampiri pintu pejabat, lalu
dibuka dengan cepat. Banyak kerja dan laporan yang harus dia siapkan, kerana
itu Nasyriq nampak agak tergesa-gesa.
Pintu pejabat tertutup perlahan. Tertulis nama dan
jawatan Nasyriq tersemat di permukaan, untuk mudah mendapatkan rujukan orang
ramai yang memerlukan perkhidmatannya.
‘Dr. Nasyriq Muhamad
Psychiatrist
(Singkatan nama pangkat dan kelulusan yang sukar difahami...”)’
-TAMAT-