Pagi itu, tatkala mentari mula terbit dia berteleku
di situ. Memerhatikan fajar mula menyingsing dan melihat sang camar yang
berterbangan riang untuk mencari rezeki. Namun, hatinya tidak seindah hari yang menjelma. |
“Kenapa
menangis ni?” Soal Daniel sambil duduk di atas pangkin kayu itu bersebelahan
Nabeehah.
“Eh,
mana ada saya tak nangislah..,” Nafi Nabeehah lantas berpura-pura ceria sambil
cuba menyembunyikan kesedihannya. Sedaya dia tersenyum semanis mungkin meskipun
jauh di sudut hati dia jua tidak begitu menyenangi kehadiran Daniel pada ketika
itu. Mengapa insan lain yang di harap insan lain yang datang?
“ Eha, jangan cuba tipu abang. Abang
tahu awak nangis. Awak takkan dapat sembunyikan kesedihan awak dari abang..,”
ujar Daniel prihatin.
“Abang Dani ni ada-ada ajelah. Erm..
kalau saya nangis pun apa salahnya, dapat buat senaman mata..,” ujar Nabeehah
tersenyum ceria sambil sempat berseloroh. Tanpa sedar sedikit sebanyak
kehadiran Daniel menyenangkan hati jua meskipun kehadirannya sebenarnya tidak
diharapkan. Lantas dia bangkit dari pangkin kayu itu dan berjalan ke arah
pesisiran pantai.
‘Kalau awak menangis abang pun akan
sedih juga, Eha. Eha, apa sebenarnya yang membuatkanmu sedih? Dan mengapa kau
seolah-olah menjauhkan diri daripadaku?’ bisik, hati kecil Daniel sayu
sendirian.
*
* * *
*
“Ajib, kau nak tahu satu
berita gembira tak?” soal Daniel teruja kelihatan gembira sekali pada hari itu.
“What’s up, bro?” soal Razif, adik
kembarnya yang kelihatan turut teruja dan ingin berkongsi kebahagiaan saudara
kembarnya itu. Jelas sekali perhubungan kedua beradik itu agak akrab.
“Guess what?” Daniel ingin
berteka-teki.
“What?” Razif memberi respon.
“Actually..., I never thought that I would fall in love again.." beritahu Daniel tanpa dapat bersabar lagi dan agak tersipu-sipu malu.
“Is it true, abang? Syukurlah, akhirnya.
But, with whom? Who’s the lucky girl? May I know, please?” saat ini bibir Razif turut
mengukir senyuman bahagia. Lega dengan berita yang baru sahaja di dengarinya
ini. Apatah lagi abangnya ini seorang lelaki yang sukar untuk jatuh cinta.
“Eha....,” bisik Daniel perlahan
namun mampu didengari Razif. Dia menelan liur tiba-tiba. Entah mengapa hatinya bagai
tersentap sebaik mendengar sebaris nama itu disebut. Namun, sebolehnya dia cuba
menyembunyikan kegusaran di hati.
“Whats? Who’s that girl?” Razif
berpura-pura menyoal semata-mata inginkan kepastian.
“I am falling in love with Nabeehah
Abdullah. Eha.. dialah gadis bertuah tu,” beritahu Daniel lagi membuatkan Razif
terdiam mendengarnya.
“kenapa diam? Don’t say that...
you.....,” belum pun sempat Daniel menghabiskan kata-katanya, pantas Razif menyiku lengannya dan memintas.
“Abang, I never realize that you've falling in love with this girl..,”
“ Why? I think she is so
special..Lain daripada yang lain..,”
“Because she’s a bit naive ..Is it true abang?”
“How dare you?? Don’t talk bad
about her. Naif-naif dia tu lah yang buat abang semakin sayang.. Huh, if you nak gadis yang macam model je..,” cebik Daniel sempat memerli adiknya.
“Alright, you win! Ajib doakan abang
bahagia. Semoga cepat kahwin and cepatlah Ajib dapat anak saudara..,” akhiri
Razif dengan kata-kata gurauannya sedangkan hati kecilnya pantas menafikan. Ah,
tidak mungkin gadis itu akan di terima sebagai kakak iparnya.
Tanpa sedar satu keluhan terlepas
dari bibir Razif. Luahan hati abangnya beberapa minggu yang lalu lenyap dari
fikiran namun kenangan itu cukup mengusarkan hatinya. Masih diingati saat
pertemuan pertama mereka. Antara dia, Nabeehah dan abang. Kehadiran gadis itu
yang bersikap kelam-kabut dan agak naif membuatkan dia bagai tidak
menyenanginya. Pun begitu, abangnya tetap setia melindungi gadis itu sehinggalah
saat abangnya memberitahu rahsia dihatinya, barulah dia menyedari bahawa dia
jua turut jatuh hati pada gadis itu.
'Cinta...,
mengapa begitu kompleks? Mengapa insan yang kucintai turut di cintai oleh insan
yang kusayangi?' Hatinya berbisik sendirian, pedih tiba-tiba. Mungkinkah kerana mereka adalah adik beradik kembar? Tetapi, bukankah
mereka berdua memiliki sikap yang berbeza? Namun, mengapa gadis yang sama? Dan
mengapa gadis yang dulunya ditegaskan bukan gadis idamannya kini telah berjaya
mencuri hati dan perasaannya?
‘Ah,
tetapi tidak mungkin aku akan melukai hati insan yang kusayangi apatah lagi dia
tulus menyintai gadis itu. Tidak sepertiku baru kini jatuh hati padanya.’
Hatinya bebisik lagi, agak sayu. Dan tanpa sedar dia termanggu sendiri sambil
berdiri di sisi jendela yang berlatarkan sang purnama yang kian pudar...
* * * * *
“Ajib...,” panggil Nabeehah perlahan. Belum pun
sempat gadis itu ingin meneruskan kata-katanya pantas Razif memintas.
“Boleh tak jangan panggil saya
dengan nama tu?” kedengaran dingin sekali kata-kata Razif pada ketika ini
membuatkan hati Nabeehah sedikit tersentak dengan reaksi lelaki itu. Mengapa
Razif? Mengapa kau semakin dingin kebelakangan ini?
“Saya
cuma.....,” Lantas kata-kata Nabeehah di pintas.
“Nama tu hanya keluarga dan
orang-orang terdekat je yang boleh panggil saya dengan nama tu..,”
“Maksud awak hubungan kita ni....,”
kata-kata Nabeehah serasa bagai tersekat di kerongkong. Hatinya pedih
tiba-tiba. Benarkah Razif langsung tidak terasa apa-apa? Sedangkan hubungan
mereka sudah semakin rapat sebelum ini. Tetapi, tiba-tiba sahaja lelaki itu
menjauhkan diri dan mula bersikap dingin padanya? Tetapi, kenapa? Apa salah
saya Razif? Betulkah selama ini awak tidak pernah terasa apa-apa? Hanya saya
yang tersalah sangka?
“ Baguslah kalau awak faham. So, kenapa
selalu sangat datang sini?” Lancang sahaja Razif mengajukan soalan itu sambil
selamba berpura-pura melihat majalah di atas kerusi taman di halaman rumah tanpa
sedikit pun memandang ke arah gadis itu. Meskipun sedikit terasa hati, namun Nabeehah
tidak kisah. Dia cuma ingin tahu sesuatu sahaja.
“Saya cuma ....,” belum pun sempat
menghabiskan kata-katanya lantas seseorang memintasnya dari belakang.
“Abang yang ajak Eha datang sini?
Kenapa Ajib tak suka ke?” sampuk Daniel yang tiba-tiba muncul entah dari mana
sambil mencerlung tajam ke arah Razif.
“Abang...?” Razif bagai terkelu
seketika melihat kedatangan abangnya yang tidak di duga. Ah, mengapa dia boleh
terlupa bahawa gadis itu adalah insan kesayangan abangnya?
“ Abang tak faham kenapa Ajib layan
Eha begini..,”
“Maaf, abang... Ajib tak bermaksud
begitu....,”
“Abang
Dani, sudahlah tu... Ajib tak bermaksud begitu...,” agak kalut Nabeehah cuba membetulkan
situasi yang mula keruh di antara dua beradik itu. Dia tidak mahu seandainya
kedua beradik itu berselisih faham semata-mata di sebabkan dirinya.
Bunyi hon kereta di luar pagar
banglo mewah itu pantas mengalih tumpuan mereka bertiga. Seorang gadis yang
kelihatan anggun dengan dress merah separas lututnya keluar dari mercedes
hitamnya.
“Ajib...,” panggilnya sambil
melambai-lambaikan tangannya ke arah Razif. Hati Nabeehah sakit tiba-tiba.
Bukan sahaja sakit disebabkan kedinginan lelaki itu, tetapi jua sakit melihat
lelaki itu dengan selamba mencapai tangan si gadis dan mengikutnya sampai ke
dalam kereta. Dan Nabeehah hanya mampu memandang hampa tatkala mercedes hitam
itu hilang dari pandangan.
Hati Daniel jua terasa sakit. Sakit
tiba-tiba. Sakit tatkala dilihatnya riak wajah gadis itu yang kelihatan sedih.
Lebih menyakitkan lagi apabila dia bagai dapat menghidu bahawa gadis itu
sebenarnya menyintai adiknya.
* * * * *
“Promise me jangan gerak-gerak tau...,” pesan
Nabeehah manja sambil bersedia untuk melakar seraut wajah bersih lelaki itu di
atas kanvas lukisan yang sudah tidak putih lagi. Namun, untuk kesekian kalinya
wajah lelaki itu tanpa sengaja terkalih kearah lain pula.
“Ajib!
Awak masih tak tumpukan perhatian. Macam mana saya nak lukis ni? Kata nak
tengok bakat saya tadi!” Nabeehah berpura-pura marah.
“Penatlah Eha... Ishh, kalau orang
yang ada bakat melukis tak payah jadi patung pun boleh lukis dengan baik. Tak
adil lah macam ni penat saya jadi patung untuk awak. Ada upah tak ni?”
“Ish.., mestilah ada lepas ni saya
belanja awak makan. Oh, ye patutnya awak bangga dapat jadi model saya bukan
patung ye.. sabar ye lagi sikit aje lagi. Lagi sekejap aje lagi. Cuba posing
balik macam tadi... lagi sikit je okey?” becok mulut gadis itu berpesan itu dan
ini.
Entah
bagaimana sejak terpandangkan lukisan Nabeehah hati Razif seakan tertarik untuk
mengetahui bakat yang terpendam pada gadis itu. Apatah lagi dia sebenarnya amat
meminati kanvas-kanvas lukisan yang berhias indah. Tanpa sedar ada kemesraan
yang mula berputik antara mereka pada
ketika ini. Gadis yang agak lurus orangnya itu rupanya punyai kelebihan
tersendiri juga. Nampaknya dia terlalu memandang negatif pada gadis itu sebelum
ini.
Saat
Nabeehah mula melakarkan wajah lelaki itu, sekali lagi pandangan mata mereka
bertaut mengundang debaran di dada. Tika itu, tanpa disedari Razif seakan terpaku sendirian
setiap kali pandangan mata mereka bersatu. Seraut wajah halus yang tekun
melakar wajahnya turut kelihatan kalut tatkala di sedari dirinya di perhatikan.
Namun, dia cuba berlagak selamba meskipun kegelisahannya itu turut di hidu oleh
Razif. Entah mengapa Razif dapat merasakan bagai ada secebis perasaan aneh yang
mula menyelinap di dada. Sedaya dia cuba menafikan perasaan itu dengan
sekeras-kerasnya namun gagal. Hatinya telah terpaut pada gadis itu. Dan tanpa
disedari Nabeehah, telah banyak gambar gadis itu yang telah di tangkap curinya.
Satu
per satu kepingan gambar gadis itu yang telah dicuci dan dijadikan sebagai
koleksi peribadinya berselarakan di atas meja studinya. Razif mengeluh hampa. Dia
tahu walau apapun, kelibat gadis itu harus di buang jauh dari hidupnya kerana
gadis itu bakal menjadi milik abangnya. Dan koleksi gambar-gambar gadis itu
harus dihapusnya secepat mungkin. Demi
abang kesayangan dia rela berkorban. Maafkan aku Eha kerana melayan kau
begini...maafkan aku kerana terpaksa menyakiti hatimu. Tetapi ini semua demi
kabaikan kita semua..
“Ajib..,”
saat itu, terpacul wajah Daniel di muka pintu tanpa sempat Razif menyembunyikan
gambar-gambar yang telah berselerakan di atas mejanya.
* * * *
Pagi itu seperti yang telah dijanjikan, Daniel
menunggu Nabeehah di tepian tasik Idaman yang berdekatan kawasan perumahannya.
Pada hari itu, dia sudah nekad untuk melafazkan cinta pada Nabeehah. Meskipun
dia mengesyaki kemungkinan gadis itu dan adiknya saling menyintai, namun dia
tidak peduli. Walau apapun, perasaan yang telah sekian lama menyeksa jiwanya
ini harus di lafazkan.
Sebentuk cincin berlian putih yang di simpan
di dalam kotak baldu merahnya di sembunyikan di dalam kocek seluarnya. Seandainya
tiba masa yang sesuai, dia akan mengeluarkannya. Dapat di bayangkan saat indah
dan romantisnya apabila dia menyarungakan cincin itu ke jari manis si gadis.
Telah lama detik itu dinantikan. Moga kau menjadi milikku.
“Abang Dani....,” Dari belakang satu
suara yang cukup di kenali dan dinanti-nantikannya itu menyapanya. Namun, entah
mengapa hatinya berasa serba salah saat itu. Separuh hatinya menegaskan untuk
meneruskan niatnya itu dan separuh hatinya lagi membantah. Tegarkah aku
menyakiti kedua insan yang kusayangi? Tetapi jika dia tidak berbuat begini dia
jua akan menderita. Dadanya berdebar-debar tiba-tiba.Pantas Daniel berpaling
kebelakang. Melemparkan senyuman semanis mungkin pada gadis itu. Namun senyumannya tidak di balas. Kekeruhan di
wajah gadis itu turut mematikan senyumannya.
“Eha, kenapa ni?” soal Daniel gusar.
“Abang, Eha dah tak sanggup nak
tanggung semua ni... Eha dah tak tahu nak cerita pada siapa lagi. Bagi Eha
abang dah macam abang kandung Eha sendiri..,” Air mata Nabeehah bergenang.
“Cakap ajelah pada abang Eha...,”
ucap Daniel separuh rela. Hatinya sedikit tersentap tatkala Nabeehah membuat
pengakuan dia ibarat abang kandungnya sendiri. Dia dapat merasakan peluangnya
untuk meraih cinta Nabeehah seolah-olah semakin tipis.
“Abang, kenapa terlalu seksa
menyintai seseorang? Kenapa abang? Dan kenapa Eha menyukai dia abang? Kenapa
bukan orang lain?” lirih Nabeehah memberitahu. Hatinya sayu tika ini. Sayu mengenangkan
layanan Razif terhadapnya. Daniel pula terkedu mendengarnya. Iya, itu jualah
yang turut dirasainya.
Dia yakin siapa insan yang di
maksudkan Nabeehah. Tetapi sekurang-kurangnya dia mahu mendengar pengakuan itu
dari bibir gadis itu sendiri.
“Eha, boleh abang tahu siapa
orangnya?”
“Adik abang, Razif....,”ucap
Nabeehah tanpa dapat menyembunyikan air matanya lagi.
Daniel terpempan. Hampir-hampir
sahaja dia terjelepok ke tanah.
* * * *
“Ajib, maafakanlah abang sebab berlaku kejam
terhadap kamu berdua. Tak sepatutnya abang halang cinta kamu demi kepentingan
diri...,” Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Daniel ditelinga Razif sebentar
tadi.
“What is that abang? Ajib tak
faham...,” Razif berpura-pura tidak faham. Sangkanya abang akan memarahinya
kerana telah melihat gambar-gambar gadis itu yang berada dalam simpanannya.
“Ajib, abang tahu sebenarnya Ajib
sukakan Eha dan Eha pun sama. She told me everything about her feelings. She
loves you Ajib! Go Ajib, pergi kejar dia cepat. Dia nak ke oversea lepas ni.
Masih sempat lagi kalau Ajib nak kejar dia because her flight probably about
4pm..,” kedengaran sayu dan mendatar penjelasan Daniel tika itu.
“ Thanks , abang. Thank a lot! I
love you so much .., ” ujar Razif agak terharu dengan penjelasan abangnya
sambil sempat memeluk erat tubuh abang kandungnya itu.
“Enough Ajib. Go ..,pergilah kejar
dia and tawan hati dia semula..,” pinta Daniel lagi sambil menolak tubuh
adiknya itu dari pelukannya.
Lantas Razif memecut laju Hyundai
sonata yang dipandunya membelah jalan menuju ke arah rumah Nabeehah.
“Eha, Eha...Nanti dulu, tolong
jangan pergi Eha... I need you. I love you.. Pleasee... don't go...,” Tanpa disedari ungkapan itu
spontan terzahir dari bibirnya sambil tangannya mengenggam erat kedua belah
tangan gadis itu membuatkan Nabeehah terpaku seketika bagai tidak percaya
mendengarnya. Ungkapan yang dinantinya selama ini akhirnya menjadi miliknya.
Tetapi mengapa Razif kelihatan
terburu-buru?Eh,tapi nanti jap..pergi?
“Tapi, saya tak pergi mana-mana
,Razif!” beritahu Nabeehah agak terpinga-pinga.
“Eha, stop pretending. I know your
flight about 4pm, right?”
“Nonsense , Razif. Kalau saya pergi
dah tentu saya dah bersiap kan? Tak adalah santai cam gini je.”
“But abang told me everything, about
your feeling and ....,”
“So, Eha rasa abang nak kenakan
Razif kut?” Nabeehah tersenyum manis akhirnya bahagia melihat ke akraban dua
beradik kembar itu. Luka dihatinya sedikit sebanyak terubat tatkala mendengar
luahan perasaan Razif sebentar tadi dan reaksi lelaki itu yang terburu-buru
mendapatkannya. Dia tahu pasti abang yang merancang semua ini setelah dia
memberitahu segalanya pada abang. Kata abang adiknya itu sememangnya menyukai
Nabeehah dan sebab itu abang merancang nak ‘hukum’ adiknya. Oh, rupanya ini
hukumannya. Thank you abang.
“How dare he do to this to me?” ucap
Razif berpura-pura geram. Terasa malu menyerbu di muka tatkala teringat dia
begitu gelojoh mengucapkan kata-kata cinta tatkala di sangkanya gadis itu akan
pergi. Namun jauh di sudut hati dia berasa lega dan begitu berterima-kasih
terhadap abangnya. Sanggupnya abang korbankan perasaan sendiri demi adiknya. Dan
selepas ini ingin sahaja Razif pulang ke rumah dan memeluk abangnya seerat
mungkin.
* * * *
“Abang.., abang...,” panggil Razif
sebaik tiba di rumah, namun setelah dua tiga kali dipanggil tetap tiada
jawapan. Lantas Razif menuju ke dalam bilik abangnya. Namun kelibat abangnya
tetap tidak kelihatan. Dan satu sampul surat yang terletak kemas di atas meja
bilik abangnya telah menarik perhatiannya. Dadanya berdebar-debar tiba-tiba. Lantas
sampul itu dibuka dan isinya dibacanya.
“Maafkan
abang Ajib sebab buat begini. Abang nak ke satu tempat sekejap cari ketenangan.
Jangan risaukan abang atau cari abang buat masa ni. Sampai masa abang balik
okeh? Semoga bahagia..,”
Yang benar,
Daniel Eckhcarll
Razif terkedu seketika. Dia terduduk
di birai katil. Ucapan yang terlalu ringkas.
‘How could you leave me, abang....’
Setitis air matanya gugur di pipinya.
-Tamat-
* * * *
Nota kaki : Terima kasih sudi baca. Sebarang komen dan pandangan bolehlah dibuat di : http://nadhiewueen.blogspot.my