Home Cerpen Cinta Cinta Facebook
Cinta Facebook
Qilah Qarim
26/11/2018 21:02:57
3,355
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Panas membahang, aku mendongak ke langit sebaik saja keluar dari kereta. Langit cerah membiru hanya beberapa tompok putih awan menghiasi langit biru. Panas cahaya matahari  terasa pedih kulit muka dan buat aku rasa cepat dahaga.

Aku meninggalkan kereta yang sudah berkunci dihadapan restoran, melangkah masuk ke dalam restoran yang berkonsepkan melayu moden. Aku memilih tempat duduk berhampiran dinding berkaca.

Aku memerhati telatah sebuah keluarga, sang ayah dan ibu melayan kerenah anak bercerita sambil menunggu makanaan yang di pesan sampai.

Wei zid lama kau tenung keluarga tu sampai nak tembus dinding restron ni, sampai aku dah duduk depan kau pun tak sedar lagi.

“Sorry, aku tak sedar kau sampai”.

“Tu lah suruh kahwin memilih sangat”. Kata anas sambil memucung mulut ke arah keluarga tersebut.

“Mana ada aku memilih, Cuma tak ada perempuan yang berkenanan dekat akulah anas”.

“Wei bro, tak payah temberang akulah, sebenarnya kau yang tak berkenanan”.

Siapa minah cantik macam model yang tangkap cintan dengan kau tu?

Siapa? Arissa?

“Ha arissa tu pun kau tak pandang, cantik gila kot”.

“Mmm…kau ni anas tak habis-habis dengan cantik, arissa tu hanya rakan sepejabat”.

Normal lah aku suka cantik, habis tu kau macam mana pulak?

“Cinta yang mampu getarkan hati aku”. Kata sambil meletak tangan di dada sebelum mencapai telefon bimbit di atas meja makan

“Jiwang pulak bro sorang ni, kalau kau tak bagi ruang dekat hati kau macam mana nak rasa bergetar di hati kau tu”.

“Anas kau tak akan faham perasaan aku”. Kata aku sambil mata masih focus di skrin telefon di tangan kanan dan ibu jari scroll muka buku.



Cinta tak kenal rupa

Jika pandang rupa semata-mata

Habis hacur berkecai hati manusia

Bertapa uniknya cinta

Hadir di dalam diri manusia

Boleh jatuh cinta

Walaupun tiada rupa


Siapa dian ? yang kau selalu like status dia dekat fb tu.

Ex officemate aku?

Oooo

Kenapa?


“Boleh tahan status fb dia macam doktor pakar cinta”.

“Hahahaha macam-macam kau ni bro. aku bagitau kau dian  memang baik hati tapi muka di biasa- biasa saja”.

“Anas, nak kahwin seseorang perempuan bukan pandang paras muka semata-mata, kau nak hidup dengan perempuan yang bergelar isteri bukan sehari dua tapi sepajang hayat kau nak kena rempuh macam-macam perkara”.

Ya bro tapi..

“Kau ni like status dian bukan main, mesti kau tak baca. Dengar sini aku nak baca dekat kau”.


Cinta itu ikhlas dari hati

Sanggup harunggi

Onak dan duri

Masih teguh berdiri

Walaupun apapun terjadi

Ada redha illahi

Redha wali

Dalam ikatan direstui

Hingga syurgawi

Itulah cinta sejati.



Jika jatuh cinta hanya dimata

Ianya hanya sementara

Boleh karam bila-bila masa

Kerna masa selalu cemburui manusia


“Wow! Mungkin aku belum jumpa cinta hati aku lagi, selalu aku selalu jumpa cinta di mata saja”.

Hahahaha, macam-macam lah kau ni.

Pelayan hampiran meja mereka bersama makan di pesan, pelayan lelaki tersebut menghidang di atas meja. Mereka menikmati hidangan sebaik saja pelayan lelaki tersebut berlalu pergi.Hanya bunyi sudu bergala pinggan saja menganti perbualan yang rancak tadi kerena terlalu khusyuk makan.

“Bro, terima kasih belanja aku”.

“Tak ada masalah, rezeki perlu di kongsi baru murah rezeki”.

“Patutlah bro murah rezeki sokmo”.

“Aku nak balik dulu, nanti kalau kau nak lepak roger je aku”. 

Setelah berjaya melepasi lautan kesesakan kereta di jalan raya, Alhamdulillah aku sampai dengan selamat di rumah. setelah siap membersihkan diri, solat dan makan malam. Aku rehatkan diri sambil menonton televisyen.

Terasa bosan melanda aku mencapai telefon di sebelah kerusi tempat aku duduk. Aku mengentuh skrin sentuh telefon bimbit aku untuk masuk ke muka buku. Aku terus mencari-cari muka buku dian.

Aku melihat foto dian di albumnya yang telah di muat turunnya, mungkin kata anas betul dian hanya muka biasa-biasa tapi  aku merasa pelik dengan diri sendiri. Bila melihat foto dian jatung aku debar-debar ,sebenarnya dia cantik tapi gaya dia pakai tak kena diri.

Aku jadi kawan muka buku dengan dian, bila masa pun aku tak tau. Kalau ikutkan hati aku memang nak sangat jumpa dian depan mata, jatung aku menjadi berdebar-debar  dan rasa gelisah tak boleh duduk diam.

Ya allah dah kenapa dengan aku ni, dah nak mati ke?

“Bro tenangkan diri dulu, tarik dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan”.

“Fuhh…astafirullah halazim”.

“Sekarang dian tengah online, aku perlu ambil peluang yang ada untuk meseger dia”.

“Aku cuba memberanikan diri, ambil segala risiko bakal berlaku”. Jari telunjung aku menekan messeger muka buku dian.

mmm...apa aku nak tulis ni?zid mengaru kepala yang tidak gatal 

Ha!

assalamualaikum dian saya selalu baca status awak yang lalu dekat timeline. Kadang-kadang memberi inpirasi kepada saya. sejak saya mengikuti awak di muka buku pintu hati selalu diketuk-ketuk dengan status yang awak tulis. Aku terus menekan punat hantar dengan hati berdebar-debar

Aku menanti dengan harapan dian membalas meseger sudah 1jam berlalu. Tiada tanda dian akan membalas mesegger aku dan katuk sudah menyerang diri, mata terasa berat mahu membuka mata.

Aku menutup suis televisyen dan lampu sebelum menapak ke dalam bilik tidur, sebaik saja masuk ke dalam bilik aku terus merebahkan diri di tempat pembaring dengan hati sedikit kecewa.

Memandangkan hari ini hujung minggu aku hanya rehat di rumah tidak merancang pergi mana-mana. Habis masa dengan melayan televisyen.

Aku mencapai telefon bimbit  log masuk ke muka buku, terdapat meseger masuk inbox muka buku. Aku pun membuka inbox mesegger tertera nama dian di situ, jatung tiba-tiba berdegup kecang seperti mahu tercabut.

“Waalaikumusalam terima kasih kerna sudi membaca status saya yang tak seberapa. Saya bersyukur status fb saya memberi manfaat kepada awak”.

“Salam, sama-sama…dian bagi peluang saya megenali awak”. 

Aku scroll muka buku terbaca status terbaru membuat hati seperti terkena panah yang tajam


Pesanan aku hanya biasa

Tidak di sangka

Berbekas di jiwa

Sampai bisa pintu hati di ketuk cinta

gimana aku harus menanggungnya


lima belas minit berlalu tiba-tiba dian membalas meseger aku

wasalam,maksud awak?

“Sebenarnya saya jatuh cinta dengan awak dian”.

“Macam mana awak jatuh cinta dengan saya,sedangkan kita tak pernah berjumpa, saya rasa mungkin awak tertekan”. 

“Saya tahu mungkin awak susah nak terima apa yang bagitau”.

Maaf boleh saya tanya sesuatu?

“Boleh”.

Awak baru lepas putus cinta ke?

“Tak”.

“Awak ni pelik, saya berterima kasih atas perasaan awak terhadap saya. Tapi untuk terus menerima awak sejujurnya sukar”. 

“Ya saya faham, mungkin awak fikir saya gilakan”.

“Saya tak fikir macam tu, apa yang saya fikir awak baru lepas putus cinta”.

“Saya putus cinta 5 tahun lalu”.

Ouh

Dian boleh saya bagi peluang?

Peluang apa?

Mengenali awak


Bermula dari situ aku dengan dian selalu berbalas meseger di muka buku hampir tiga bulan, aku tahu dian belum boleh terima aku lagi.kami berhubung hanya menggunakan mesegger tidak pernah berjumpa di alam nyata. Aku rasa sudah tiba masa bersemuka dengan di alam nyata.

Dian kata kalau nak jumpa dengan dia  boleh tapi dengan syarat, tak nak jumpa berdua-dua mesti dia ada orang teman,lokasinya tempat terbuka dan orang ramai. Kalau aku memenuhi baru boleh jumpa dian.

Akhirnya aku dapat peluang berjumpa dengan Dian, aku pilih kafe hipster lokasi berjumpa dengan dian. Dian siap pesan dekat aku kalau lepas perjumpaan ini nak teruskan berhenti ada perasaan dekat dia, dia akan faham. Serius aku sentap dan sedih.

Aku menanti penuh debaran di dada, tiba-tiba ada suara perempuan tegur aku

Maaf nak tanya, awak ni zid ke? Tegur Gadis bertudung bawal peach dan berbaju kurung moden peach bersama seorang lelaki

Umm…ya saya zid. Awak siapa?

“Saya Dian dan saya kenalkan ayah saya”.

“Saya yazid pak cik”. Sambil menghulur salam kearah ayah dian

Aku masih tak percaya melihat dian di depan mata, sangat berbeza dari di dalam gambar lagi comel di alam nyata buat aku berdebar-debar sampai tak boleh nak pandang tempat lain.

Bro kawal diri kau dan mata tak pasal-pasal nanti kena ketuk kepala dengan ayah dian ni. Sebenarnya aku berdebar-debar berganda-ganda sampai nak berhenti berdegup jantung sebab ayah dian ada sekali, ketar lutut tak payah cakaplah kalau tak kawal boleh bergegar bangun kafe ni.

Aku cuba sebaik mungkin ambil hati ayah dian yang suka bergurau.

“Sebenarnya pak cik saya pertama kali jumpa Dian sebelum ni chat dekat fb je”.

“Pakcik tahu, pak cik bagi ruang kepada kamu berdua bersua kenal pak cik duduk di meja sana perhatikan kamu berdua”.

“baik pak cik”.

Tapi ayah…

“Dian, ayah jarak selang satu meja je tapi ayah tengok”.

Nampak dian takut dengan aku, muka aku macam pejenayah ke?

“Dian hanya diam tersipu malu hanya melihat ke keluar jendela”.

Dian, boleh awak terus terang dengan saya apa perasaan awak?

“Boleh tapi awak dulu kena bagitau”.

“I love you dian, awak satunya wanita buat saya berdebar-debar dan saya serius dengan awak nak jadikan awak pasangan halal hidup saya. Saya tak pernah rasa macam ni dian dalam hidup ini”. 

Dian terkejut dengan apa yang aku bagitau, 

“Terima kasih zid, tapi saya takut . Saya tak cantik tak pandai bergaya”. 

“Dian cantik dan bergaya boleh belajar dan di ubah, awak sangat comel bagi saya”. 

 “saya harap cinta awak bukan hanya di mata tapi cinta di hati”.

Dian sebenarnya awak sayangkan saya kan?

Dian hanya balas dengan anggukan

Bila saya boleh masuk meminang awak?

Apa? Tak terburu-buru ke?

“Dian sebenarnya zid dah istikarah, saya yakin awak memang jodoh untuk saya”. 

Selepas sebulan dari perjumpaan itu,aku dengan dian mengikat tali pertunangan selama 3bulan, selepas 3 bulan zid dan dian selamat melangsungkan perkahwinan hidup bahagian sebagai suami isteri

Aku selalu ingat pesan atuk dalam hidup berumah tangga kena hadap bermacam-macam ragam manusia dan situasi kena banyak sabar, sabar dan sabar. Penguat dalam rumah tangga suami isteri adalah kasih sayang jadi berkasih sayanglah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.