Home Cerpen Seram/Misteri Misteri Tapak pembinaan
Misteri Tapak pembinaan
Qilah Qarim
22/11/2018 23:09:36
1,531
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

Akhirnya sampai jugak di kampong anggerik, kalau di ikutkan hati aku nak terus balik rumah pagi ni bila di ingatkan balik kejadian semalam.

Disebabkan ada tugasan perlu di selesaikan aku hanya abaikan saja kejadian berlaku.

Aku menikmati hidagan nasi lemak bersama kopi o panas di lobi hotel dari pukul 10 pagi tadi lagi disebabkan  terlalu asyik melayari internet sampai aku terleka Jam tangan di sebelah tangan kanan aku suduh menunjukkan pukul 11.00 pagi.

aku terus bangun meninggalkan lobi hotel dan terus menapak ke parkir kereta. Setelah sampai di kereta aku terus masuk ke dalam dan memanaskan enjin kereta seketika sebelum bergerak

"Dari hotel ke tapak bina ambil masa dekat 30 minit jugak". Cakap aku dengan diri sendiri

Sebaik saja bergerak keluar dari perkarang hotel, kereta aku meluncur di atas jalan raya dengan kelajuaan yang selamat.

Setelah 30 minit berlaku akhirnya aku sampai jugak di tapak binaan seperti yang ceritakan bos aku.

"Tak Susah nak cari tapak binaan ni". Kata aku di dalam hati sambil pakir kereta di jalan masuk tapak

Aku melihat jam tangan yang menunjukan pukul 11.45 pagi sebaik saja menarik handbreak.

"15 minit awal aku sampai, patutlah orang dijanji nak jumpa belum sampai".bisik aku dalam hati

Aku matikan enjin kereta terus memcabut kunci, terus tangan kanan aku membuka dan menolak pintu kereta.

Sebaik saja pintu di buka aku terus keluar dari kereta meneka butang kunci di kunci kereta, cuaca panas terik membuat kulit muka terasa pedih.

Selang berapa minit orang patut aku jumpa pun sampai yang menaiki honda crv berwarna putih. Selesai parkir kereta, dia turun mendapatkan aku berdiri hanya jarak1 meter antara tempat dia parkir kereta.

Dia bagi syarat tangan tunggu di situ dekat aku sambil berjalan ke arah aku. Sambil di tangan kiri membawa kertas bergulung panjang seperti kertas pelan.

"Saya aoron". Katanya sebaik saja sampai depan aku sambil berjabat tangan

"saya azlan, selalu bos turun jumpa tuan sebelum ni disebabkan bos ada hal penting kena uruskan. Jadi sayalah bertangunggjawap hari ni". terang aku

"Jadi kamu orang kepercayaan boslah". kata tuan aoron dalam nada gurau

"Sebab bos percaya saya sampai sini jumpa tuan". Balas aku

"Pandai kamu main kata, baguslah kamu masih muda boleh buat bos percaya sama kamu". Kata tuan aoron

"saya bersyukur kalau bos percaya dengan saya". Kata aku

"Jom saya nak tunjuk kawasan tapak yang sudah di tolak dan dibersihkan, di tengah kita mulakan tapak asas bangun". Terang tuan aoron kepada sambil berjalan ke tengah tanah lapang berwarna merah.

Jadi bila kerja-kerja binaan akan bermula? Soal

"Dalam ahad minggu depan bangun wisma akan dibina". Kata tuan aoron sambil membuka kertas pelan bangunan

Panjang lebar tuan aoron terang kepada aku dan menjawap persoalan, rupanya sudah hampir dekat sejam masa berlalu.

Ring...ring...telefon bimbit dari poket tuan aoron berbunyi. 

"Sekejap ya". Tuan aoron meminta izin menjawap telefon

setelah tuan aoron selesai menjawap panggilan, dia meminta diri sebab ada hal penting perlu di uruskan. Lepas 1 jam baru boleh jumpa balik.

Aku menhantar tuan Aoron dengan anak mata ke keretanya, nampaknya seperti tergesa-gesa. Tinggal aku seorang terkulat di tapak binaan yang lapang

Aku fikir nak balik hotel dulu rehat dan solat jamak. Namun langkah aku menuju ke kereta terhenti secara tiba-tiba apabila terlihat kuncing hitam berada di hadapan aku.

Tanpa berfikir panjang aku mengangkat kuncing hitam tersebut sambil tangan aku membelai-belai dan memusingkan badan aku ke arah bertentangan dengan tempat parkir kereta aku.

Aku mengangkat muka ke hadapan di arah badan aku pusing, alangkah terkejut apa yang aku lihat dengan mata kepala aku sambil membelai kepala kucing.

Aku berada di kawasan kampung yang sangat cantik dan tersusun rumahnya diperbuat daripada kayu mahal jati atau cenyal dalam pengamatan mata kasar aku.

"rumah- rumah ni dah macam homestay mahal aku tengok". cakap seorang diri

Aku berjalan masuk ke dalam kampung cantik sambil membawa kucing di tangan kanan dekat ke dada aku sambil tangan kiri membelai kepala kuncing. 

Orang-orang di situ berpakaian gaya seperti di dalam cerita pendekar bujang lapok. Berbeza dari aku berkemeja biru langit berseluar slack dan berkasut boot.

"Ke diorang tengah buat pengambaran filem p.ramlee versi abad ke-21". bisik aku di dalam hati

Orang memandang aku dengan pelik tapi tidak membuat apa-apa dengan aku. Aku terus berjalan menikmati ke cantik kampung tersebut.

"Ini kampung orang kaya-kaya kot". Gertus aku di dalam hati

"Siapalah jadi perancang bandar kampung cantik ni sangat bijak, kampung nampak tersusun dan sistematik". Cakap aku dalam hati sambil memerhati sekeliling kawasan

Ada budak lelaki berumur lingkungan 10 tahun cuba memberanikan diri mendekati aku dan mendongak kepala melihat wajah aku seketika sambil tersenyum sebelum berlalu pergi berlari anak .

Orang di sini tidak ada bezanya dengan aku cuma cara pakaian saja berbeza dan aku hanya nampak mereka berjalan kaki saja dari tadi, kederaan lain tak kelihatan

Entah-entah aku di alam lain tak? Meremang pulak aku fikir macam tu, kucing masih di tangan aku belai

Tiba-tiba ada seseorang menepuk bahu kiri aku dari belakang, aku menoleh ke arah belakang. Membuat seperti tersedar dari mimpi,langit yang cerah aku lihat tadi bertukar warna langit jingga.

Tuan aoron baru sampai ke? Soal aku dalam ke bingunggan

"Ya,Saya lalu jalan ni tapi tengok kereta kamu dah nak malam ni. Saya call kamu tak angkat nak bagitau kita jumpa esok saja, hari ini tak sempat". kata tuan aoron tengok aku pelik

Okay tuan. Balas aku

Kenapa dengan tangan kamu bergerak tu? Soal tuan aoron.

Aku melihat ke arah kuncing aku belai, rupanya tak ada.

"Tak ada apa tuan".kata aku dengan pantas aku menurun tangan

"Jom balik lah". Kata tuan aoron seperti memaksa

"Jom tuan". Balas sambil berjalan beriringan dengan tuan aoron

Aku terus masuk ke dalam kereta sebaiknya sampai di kereta aku, di sepanjang jalan balik ke hotel mulut tidak berhenti membaca ayat kursi dan tiga qul.






Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.