Kau benar menggenggam hatiku
Dengan paras senyummu yang ayu
Sehingga lemas untukku berpaut nafas
Jadilah aku bagai angin yang berhempas
Walau kau jauh di renungan mataku
Namun kau hampir di sempadan hatiku
Tiada perkataan selain sayangku padamu
Tiada api sehangat kasihku terhadapmu
Sinar matamu masih berkilauan sentosa
Tidak terpadam walau aku terpaksa lupakan
Kata mutiaramu masih tersergam bahagia
Tidak terlerai walau aku terpaksa tinggalkan
Kerana aku seperti kertas tidak berwarna
Hanya diconteng ketika terasa sepi sahaja
Tidak bermaya bagiku mengejar cintamu
Sedang aku amat berbeza dari sudut rupa