Home Novelet Cinta DARI KACA LENSA
DARI KACA LENSA
Hikari Hana
24/9/2018 14:50:22
34,499
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
EPILOG

EPILOG

Lima tahun kemudian…


Ruang tamu banglo dua tingkat berkonsep moden minimalis kosong tanpa kelibat penghuninya, yang kelihatan cuma susunan kotak-kotak yang masih belum dibuka menunjukan penghuninya baru berpindah masuk.


“Ibu dengan Ayah nak datang?Boleh la, datang rumah anak sendiri mesti la boleh. Tok Ma ikut tak? OK nanti Abang bagitau dia. Pesan Ayah bawak kereta elok-elok. Assalamualaikum.Bye,”DS menamatkan panggilan telefon setelah salamnya berbalas. Dia melangkah menuruni tangga menuju ke ruang tamu di tingkat satu.Kosong.TV terbuka tanpa penonton.


“Sayang...oh...Sayang...kat mana?Sayanggg...,”DS menjenguk ke luar rumah kalau-kalau isterinya di luar. Rumah besar pun masalah juga, apatah lagi buat masa ini DS hanya tinggal berdua dengan isterinya. DS beryukur dapat memiliki rumah sebesar ini tanpa bebanan hutang. Rumah banglo ini dibeli dari lelongan bank dan berada dalam keadaan yang sangat teruk. Namun setelah lebih setahun dia mengubah suai rumah ini, akhirnya mereka suami isteri dapat pindah masuk tiga hari yang lalu.


“Ya...ya...kat dapur basah. Tak lari mana pun, nak jalan pun tak larat. Abang ni kan...,”Najwa yang sedang sarat mengandung menatang dulang berisi air oren sejuk bersama karipap yang baru digoreng untuk minum petang mereka suami isteri. Kesian suaminya mengemas seorang diri, nak menolong dilarang. Disuruhnya Najwa berehat.Mana la Najwa reti duduk diam tak buat apa-apa.


“Dah tau jalan pun tak larat, rehat la. Ni pantang lepa ada je aktiviti. Sini Abang bawak, meh duduk. Kenapa tak panggil, biar Abang buat semua,”DS mengambil dulang dari tangan Najwa dan menarik isterinya untuk duduk di atas sofa. 


“Ala buat air dengan goreng karipap frozen je, bukan Sayang menguli tepung pun. Sian Abang mengemas sorang-sorang...setakat kerja-kerja ringan boleh je tolong,”Najwa mengelap muka suaminya yang berpeluh sakan bak orang baru pulang dari aktiviti olahraga.


“Sayang lagi penat bawak baby, Abang tak boleh tolong pun. You work so hard even you are pregnant. Mana kerja lagi,dengan tesis lagi. Ni cuti sem dah start, viva dah selesai, rehat la. Dah hujung-hujung ni, goyang kaki jer. Ibu call tadi, cakap malam ni diorang nak datang. Ibu pesan jangan masak dan jangan mengemas, malam ni Ibu bawak makan malam,”DS bersuara sebelum meneguk air oren yang disediakan Najwa, nikmat sungguh . Isterinya itu sesungguhnya adalah wanita kuat. Bayangkan dia berjaya menghabiskan pengajian peringkat doktor falsafah dalam masa tiga tahun setengah dalam keadaan sarat mengandung sambil menggalas tanggung jawab sebagai seorang pembantu pensyarah di UTM.


“Ala gerak sikit-sikit ja,nanti kalau pasif sangat nak beranak pun susah. Takkan Mummy nak duduk diam sedangkan anak Daddy dalam ni sakan bertinju,” Najwa menarik tangan DS untuk merasa pergerakan kandungannya yang masuk minggu ke 38 itu.


“Assalamualaikum, anak Daddy buat apa tu? Baby cepat la keluar, Daddy tak sabar dah ni. Nanti Daddy ajar Baby kick boxing. Kalau ada boys dekat bagi penumbuk sekali. Kalau setuju bagi high five sekali,”DS mengusap perlahan perut Najwa. Senyuman melebar saat terasa pergerakan bayi perempuan mereka yang seakan memahami permintaan ayahnya.


“Ish Daddy over. Anak lahir pun belum. Kalau ikut Mummy tak pa la tak payah risau, kalau ikut Daddy tak tau la. Mummy couple dengan Daddy je, tu pun jarak jauh. Daddy tu makwe banyak,”Najwa mengusap kepala suaminya yang kini mencium perutnya pula.


“Hehehe...salahkan mummy. Kalau Mummy tak kekwat, awal lagi Daddy dah jumpa tak payah buang masa dengan awek entah apa-apa. Nasib baik kamera daddy sharp, tangkap gambar Mummy dengan tuan-tuan sekali,”kali ini DS mencium pipi isterinya pula yang turut tersenyum melebar.


“Eh salah kita pulak. Dah la bau peluh, cium orang pulak. Ambikan telefon Sayang dekat meja tepi tu. Sapa la whatappss asyik bunyi dari tadi,”Najwa menolak manja suaminya giat mengusik. Busuk-busuk pun dia sayang ja.


“Eleh busuk pun suka kan, tak bau satu hari tak boleh tidur. Sapa mesej tu?,”DS bertanya tatkala melihat Najwa tersenyum melihat skrin telefon.


“Sapa lagi geng saya la. Suka hati je suruh saya beranak sebelum Sabtu ni. Diaorang nak turun JB hujung minggu ni, nak jumpa baby cepat-cepat. Ada masa dua minggu lagu sebelum due date tau,”Najwa menunjukan skrin telefon pada DS. Alhamdulillah persahabatan dari zaman belajar kekal hari ini. Hanya Najwa dan Jay sahaja yang kini menetap di Johor Bahru. Aina yang sudah berumah tangga kini tinggal di Kuantan. Faiee dan Seri pula kembali menetap di tanah kelahiran mereka iaitu Seremban, Negeri Sembilan. Eka pula memilih untuk berhijrah ke Kuala Lumpur walaupun berasal dari Kota Bahru, Kelantan.


“Yakin je ada lagi dua minggu. Remember doctor warning that you might go into labor early because you are too active. Ibu dengan Mak pun cakap yang sama, diorang cakap dah jatuh sangat perut sayang ni. Eh tapi kenapa tiba-tiba semua nak turun JB, tunggu la baby lahir dulu,”secara tak langsung kawan baik Najwa menjadi kawan baik DS juga. Mereka antara orang yang menyokong sepenuhnya hubungan Najwa dan DS sehingga ke jinjang pelamin.


“Alasan si Aina nak bawak si kecik Afwad pergi Lego Land, Faiee dengan Seri nak pergi JPO cari barang hantaran, Eka sepatutnya Isnin kena pergi Singapore untuk meeting saja turun awal. Tapi sebenarnya nak bagi sokongan moral dekat Jay, Selasa depan mahkamah panggil untuk lafaz cerai dia dengan Aida,”NAjwa menerangkan pada DS.


Takdir Tuhan itu benar-benar misteri.Siapa sangka Aina yang sakan bercinta dengan kawan-kawan sefakulti akhirnya berkahwin dengan seorang doktor atas pilihan orang tua. Kesabaran Faiee menanti Seri untuk membuka hati untuknya kini membuahkan hasil kerana keduanya bakal mengikat tali pertunangan tak lama lagi. Eka pula yang dulu beria mahu berkahwin muda kini berubah pikiran mahu membina kerjaya dahulu. Jay dan Aida yang paling awal mendirikan rumah tangga sebaik menamatkan pengajian kini sepakat untuk mengakhiri perkahwinan dek kerana tiada lagi sefahaman. Mujur keduanya sepakat untuk menimang cahaya mata, sekurangnya tiada anak kecil yang terkesan dek kerana penceraian ini. 


Najwa dan DS pula yang sebelum ini sempat berputus asa dek kerana terpisah antara benua, namun jodoh mereka sudah ditentukan Ilahi. Seminggu sebelum Najwa terbang ke UK, DS buat kerja gila datang ke rumah Najwa bersama keluarganya meluahkan perasaan pada Najwa dan seterusnya merisik. Tiga hari kemudian mereka bertunang dan memulakan hubungan jarak jauh. Najwa di Leeds, DS di Dubai. Mereka bernikah dua tahun kemudian selepas Najwa menamatkan pengajian peringkat sarjana, sekali lagi mereka tetap berjauhan kerana DS masih perlu berada di Dubai lagi setahun. Saat DS pulang ke Malaysia, Najwa sudah memulakan pengajian peringkat doktor falsafah di UTM. Walaupun keduanya sudah berada di tanah air, mereka masih tidak dapat tinggal bersama dalam satu rumah sepenuh masa kerana DS bekerja di Kuala Lumpur. Akhirnya saat perkahwinan mereka menginjak usia empat tahun dan menanti cahaya pertama barulah mereka dapat tinggal bersama kerana DS kini sudah membuka firma arkiteknya sendiri di Johor Bahru.


“InsyaAllah kita doa baik-baik. Mungkin ini yang terbaik untuk diorang. Kita sokong je Jay seboleh mungkin. Abang nak ucap terima kasih untuk lima tahun ni,  Abang tahu susahnya kita hidup berjauhan. Berkat kesabaran Sayang kita sampai tahap ni hari ni. Sikit pun sayang tak pernah mengeluh bila kita berdepan dengan bermacam cabaran dan dugaan. Bertuah Abang dapat isteri sesabar Sayang,” DS memeluk bahu dan mencium dahi Najwa yang duduk di sebelahnya.


“Sama-sama. Sayang pun nak ucapkan terima kasih untuk Abang. Kalau Abang tak buat kerja gila kejar Sayang dengan kamera Abang tu, kalau Abang tak hulurkan salam persahabatan dulu, kalau Abang tak nekad datang rumah merisik seminggu sebelum saya fly, kita takkan ada dekat sini. Thank you for being the best husband I could ever ask,”Najwa melentokan kepalanya di bahu DS merenung kolam renang di luar membayangkan si kecil dalam perutnya akan bermain air bersama ayahnya di masa hadapan.


“Sama-sama juga. Sayang cakap pasal kamera, gambar-gambar tu Abang nak buat gallery wall dekat kawasan tangga boleh? Masterpiece Abang tu kena tunjuk kat orang,” DS menunjukkan ke arah satu kotak yang dipenuhi gambar Najwa yang diambil ketika zaman belajar. Semua gambar-gambar itu dicetak dad dibingkaikan sebagai hadiah perkahwinannya kepada Najwa. DS ingat lagi, teruk diusik dek saudara maranya. Kata mereka DS angau teruk sangat. Obses dengan bini sendiri. DS mengaku saja, apa salahnya obses dengan bini sendiri. Sampai sekarang tabiat mengambil gambar Najwa masih melekat. Di matanya isterinya itu fotogenik.


“Ish malu la, narsistik sangat tu. Abang je suka tengok gambar Sayang, orang lain meluat tau? Apa kata buat gallery wall dalam home office Abang, tengok la muka Sayang hari-hari. Abang ni tak habis ke obses ambik gambar Sayang, ni hari-hari depan mata dah pun. Apa kata transfer obses tu ke anak Abang pulak? Mummy nak bersara dah jadi model Daddy,”walaupun Najwa dah redha menjadi model DS, tapi dia masih malu kalau gambarnya dipamerkan. Isteri mana tak bahagia kalau sentiasa menjadi pujaan suaminya. Terasa diri begitu istimewa.


“OK la Abang buat dalam ofis je, biar Sayang jadi inspirasi Abang. Sorry ya, Nur Najwa dah kena ikat jadi model Ikmal Firdaus sampai hujung nyawa. Tiada klaus persaraan dalam kontrak. This little princess will junior model,”DS mengenggam erat tangan Najwa yang turut membalas gengaman tangannya sambil tersenyum. Mengambil gambar adalah bahasa cintanya. Dia mahu imej isteri dan anaknya berada di lensa dan hatinya sampai bila-bila. InsyaAllah.   


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.