Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Thriller/Aksi gigitan
gigitan
16/6/2016 15:42:50
3,331
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
bab 8

Imran membuka pintu keretanya dan keluar. Kemudian dengan langkah tenang dia bergerak menghampiri Inspektor Hadi yang sedia menanti ditepi pantai. Angin keras dari Laut Selat Melaka terus menerpa wajahnya.

“ Ada apa kau panggil aku datang ni?” itu soalan pertama yang ditanyanya kepada Inspektor Hadi.

Inspektor Hadi yang sedang leka memandang kearah laut lepas menoleh kearah Imran. Cermin mata hitam yang dipakainya dibuka perlahan-lahan.

“ Ada orang hilang lagi, Im.”

Imran terkejut.

“ Siapa?”

“ Budak cina......Gan.” kemudian jari telunjuknya ditundingkan kearah rakan-rakan mangsa yang berdiri dibawah pohon kayu tidak jauh dari mereka. “ Tu kawan-kawan dia.”

Imran mengangguk.

“ Macam mana boleh hilang?”

Inspektor Hadi menceritakan tentang laporan yang dia terima dari orang bawahannya.Imran pula mendengarnya dengan penuh teliti. “ Aku pening kepala tengok masalah ni,” rungut Inspektor Hadi yang sememangnya berada didalam keadaan buntu.

“ Kes Jehan tak settle lagi. Ni tambah lagi dengan yang baru,” luah Inspektor Hadi. Merusuh.

“ Budak tu lemas?”

“ Nampaknya macam tulah.”

“ Dah tu?” duga Imran.

“ Aku nak kau cari mayat budak tu sekarang,” jelas air muka Inspektor Hadi diserkup keletihan. Suaranya juga kedengaran tidak bermaya.

Imran mengelus nafasnya dengan lembut. “ Tak apa.....aku suruh budak-budak aku cari.” Lantas dia menarik keluar telefon bimbitnya dan menghubungi Yazid.

Usai memberitahu Yazid, Imran meminta Inspektor Hadi bersabar. Kemudian dia menoleh kearah kumpulan remaja tadi. Seperti didorong sesuatu membuatkan dia menghampiri mereka.

“ Hello,” tegur Imran ramah. Wajahnya dimaniskan.

“ Hello....,” balas Steven tergagap-gagap. Manakala Suzie dan Lee Ching hanya mengangguk dalam keadaan takut-takut.

Imran sedia mengerti keadaan mereka. Pasti masing-masing diterjah dengan rasa trauma dengan kehilangan rakan sendiri. Apatahlagi didalam keadaan mereka tidak bersedia.

Imran memperkenalkan dirinya sebagai pengawal pantai dan meminta mereka menceritakan semula apa yang telah terjadi hingga membawa kepada kehilangan rakan mereka.

“ Saya tak tahu encik.....tiba-tiba saja dia hilang. Saya cari dan panggil tapi dia tak muncul-muncul,” terang Steven dengan nada yang tersekat-sekat. Mukanya puca lesi.

“ Saya ingatkan dia main-main, encik,” celah Lee Ching pula.

Imran berkalih pada gadis manis itu. Tepat matanya merenung anak mata Lee Ching. “ Apa maksud awak?”

“ Sebelum tu dia ada main-main lemas dengan dia ni,” rujuknya pada Steven dan anak muda itu menganggukkan kepalanya. “ Tapi tau-tau dia hilang. Tak timbul-timbul lagi.”

“ Emmm.....macam tu ye,” sela Imran perlahan. “ Dia pandai berenang?” selalunya kes seperti ini berlaku akibat mangsa tidak pandai berenang. Mungkin juga kaki krem dan badan menjadi kaku dengan tiba-tiba. Segalanya mungkin, fikir Imran.

“ Dia memang boleh berenang encik tapi......,” Steven tiba-tiba terkedu. Riak bersalah terzahir pada romannya.

“ Tapi apa?”

Ketiga-tiga anak muda itu saling berpandangan sesama sendiri. Masing-masing diterjah dengan rasa serba salah.

“ Kalau ada sesuatu yang awak nak bagitau saya, sila kan.....mungkin kita boleh tahu apa punca dia lemas,” ujar Imran lagi.

“ Dia mabuk sikit encik masa tu,” mahu tidak mahu terpaksa juga Steven menerangkan keadaan Gan sebelum itu.

“ Banyak dia minum?”

“ Dua tiga tin bir.”

Imran mengeluh sebelum mengangguk.

“ Tapi dia tak mabuk teruk sangat encik,” tambah Steven lagi. Serentak itu Imran mengangkat tangannya memberi isyarat agar Steven jangan bersuara lagi. Langsung dia menjerit memanggil Inspektor Hadi.

“ Tapi saya tak mabuk encik,” Steven bersuara lagi tergagap-gagap. Takut pihak polis mengambil tindakan pada dia pula. Hatinya makin dimamah dengan rasa cuak.

Suzie dan Lee Ching berpandangan sesama sendiri. Muka masing-masing makin pucat.

Pintu pejabat terkuak lebar dan Inspektor Hadi melangkah masuk kedalam diikuti oleh Imran dari belakang. Terus saja Inspektor Hadi menyuruh rakannya itu duduk. Sementara dia pula menghidupkan alat pengawa dingin sebelum duduk dikerusinya sendiri. Untuk beberapa detik ruang pejabat itu dirayap dengan rasa sunyi. Masing-masing bagaikan terkancing gigi.

Inspektor Hadi meletakkan kedua belah tangannya dikepala. Matanya berpinar-pinar seketika. Barangkali kerana terlalu berjemur lama tadi dipantai membuatkan kepalanya terasa pusing. Satu keluhan nipis dilepaskan. Menarik perhatian Imran.

“ Sakit kepala aku ni,” rungut Inspektor Hadi.

“ Kau memang ada migrain ke?” soal Imran yang sememangnya tidak mengetahui status kesihatan kawannya itu.

Inspketor Hadi ligat menggelang. “ Tak.....panas sangat agaknya tadi.”

Imran diam dan memahami kata-kata lelaki didepannya itu.

“ Macam mana dengan kes tangan tu?” suara Imran memenuhi ruang pejabat. Inspektor Hadi mengangkat mukanya sebentar.

“ Belum ada maklumat baru. Tapi aku dah suruh sarjan Mamat perisksa bot yang Jehan sewa tu. Buat sementara ni kami tahan dulu bot tu. Ada jugak tuan punya bot tu datang nak tuntut. Tapi aku tak bagi. Kes belum selesai lagi,” terang lelaki bertubuh tegap itu. Perlahan-lahan Inspektor Hadi menarik keluar kotak rokok. Imran hanya memerhatikan saja.

Lazimnya Inspektor Hadi akan merokok jika fikirannya berserabut. Makin besar masalah yang melilit benaknya makin kuat pula dia merokok. Seketika kemudian dia tidak jadi apabila melihat Imran merenungnya seolah-olah seperti hendak menelannya.

Imran tersengih dan bersuara “ Kalau kau merokok pun belum tentu lagi masalah ni akan selesai,” ada nada sindirian pada kata-katanya. Inspktor Hadi mengangguk setuju. Senyum pahit tergaris dibibirnya.

“ Aku pun tak tahu apa nak buat sekarang ni, Im,” keluh Hadi meluahkan rasa gundah-gulananya.

“ Kes tangan kat laut tu tak habis lagi sekarang ni tambah lagi dengan kes budak cina ni.”

“ Tapi budak tu mabuk. Kau sendiri dengarkan kawan dia cakap macam tu.”

Hadi faham.

“ Mungkin dia lemas sebab mabuk. Kau tahulah orang mabuk ni macam mana. Nak kawal diri sendiri pun bukannya boleh. Apa-apa saja boleh berlaku. Dia lemas sebab dia mabuk.”

“ Tapi kawan dia cakap mangsa tak terlalu mabuk sampai boleh lemas macam tu.”

“ Kau percaya cakap budak-budak tu?” soal Imran. Menduga.

Hadi menghembuskan nafas berat. Mencongak sesuatu dikotak fikirannya.

“ Mayat budak cina tu pun tak jumpa,” kemudian Hadi bersuara lagi. Imran terkedu dikerusinya. Gerakan mencari sudah dilakukan tadi. Namun Yazid dan Kardi yang ditugaskan mencari tidak menemui apa-apa pun. Pelik fikirnya.

Mangsa lemas tidak sampai pun dua puluh empat jam. Mustahil mayatnya dibawa arus didalam air. Pasti mayat berada dikawasan sekitar.

“ Ni yang aku musykil ni,” Imran mengurut dagunya dengan hujung jari. Terkebil-kebil biji matanya.

“ Benda ni nampak pelik kan. Mayat tak jumpa ditempat kejadian?” sampuk Hadi lagi.

Giliran Imran mengangguk macam belatuk

“ Nak kata arus bawah kuat....tak jugak,” keluha Imran. “ Kalau pun lemas mesti orang-orang aku jumpa mayat budak tu tapi......” wadahnya tersangkut disitu.

“ Kau agak?” terkam Hadi pantas.

Nyata Imran tidak mampu menjawap pertanyaan rakannya itu.

Memang kejadian ini mengundang seribu rasa pelik dipihaknya. Jarang keadaan seperti ini berlaku. Apa yang sebenarnya terjadi pada mangsa? Ada sesuatu bermain dan mengacah hatinya. Perlahan-lahan wajahnya berubah. Hadi yang dari tadi asyik memerhatikan kawannya itu menyedari akan perubahan di wajah Imran.

“ Kenapa?” dia bertanya.

“ Emm.....tak ada apa-apa.”

“ Ada benda lain yang kau fikirkan?” Hadi tidak percaya.

“ Oh....tak....tak. Tak ada apa-apa,” keras Imran menafikannya.

Hadi bersandar semula dikerusi. Jauh disudut hatinya dia tidak mempercayai kata-kata Imran tadi. Dia syak ada sesuatu yang cuba disorokkan oleh lelaki itu dari pengetahuannya. “ Kalau ada apa-apa elok kau beritahu aku,” Hadi cuba mencungkil.

“ Emm....tak ada. Aku letih sikit kot. Sama macam kau asyik berjemur kat laut tadi,” Imran cuba tersengih. Hadi tahu senyuman itu hanya helah menutup rahsia yang sengaja disembunyikan oleh Imran. Suka hati kau lah, dia merungut didalam hati.

Malam itu topik kehilangan anak muda cina itu menjadi perbualan antara Imran dan isterinya, Habibah. Apa yang diketahuinya diberitahu pada Habibah. “ Budak tu lemas dan kata kawan dia, budak tu memang mabuk,” ucap Imran dengan muka keruh.

“ Dah jumpa mayat budak tu?”

Imran menjuihkan bibirnya.

“ Tulah masalah dia sekarang ni.”

“ Kenapa bang?” dada Habibah sudah mula berdebar.

“ Mayat budak cina tu langsung tak jumpa.”

Lama Habibah menentang anak mata suaminya.

“ Cuma abang terfikirkan sesuatu je.”

“ Apa dia bang?” deras Habibah bertanya lagi. Suara Fifi tidak kedengaran dari dalam bilik. Nyenyak benar anak kecil itu tidur. Barangkali letih bermain petang tadi.

Imran tidak meluahkan terus apa yang terbuku didalam relung fikirannya. Masih lagi menimbang menerusi neraca kewarasannya. Benarkah dengan apa yang bermain dilubuk akalnya? Atau tidak lebih dari sangkaan semata-mata?

“ Apa dia bang,” Habibah mendesak. Lengan suaminya digoyang-goyangkan. Membuatkan Imran yang larut dalam lamunannya tersentak.

“ Mungkin ada sesuatu yang menganas dilaut tu,” ujar Imran perlahan. Nasi kembali disuapkan kedalam mulut.

“ Maksud abang?”

“ Hantu laut.”

Melongo isterinya mendengar kata-kata tersebut. Tidak pasti dengan apa yang bermain didalam hatinya ketika itu. Habibah menjadi serba salah. Seleranya tiba-tiba terbantut.

“ Tak kan lah pulak hantu laut bang,” Habibah tidak pula merasakan itu satu jawapan yang tepat. Terus-terang dia sendiri tidak terfikirkan soal itu. Bagaimana suaminya boleh pergi sejauh itu?

“ Abang......cuma terfikirkan pasal ni,” ucap Imran serba-salah. Melihat penerimaan isterinya membuatkan dia menyesal pula.

“ Tak kanlah,” terdengar Habibah mengomel sendiri.

“ Yelah....bukan Bibah tak tahu. Di laut tu macam-macam benda ada. Orang buang hantu pun dalam laut, sungai.....kan,” ujar Imran seketika kemudian.

Habibah sedia faham tentang itu. Memang benar apa yang dikatakan oleh suaminya. Ramai pawang, dukun dan bomoh membuang segala saka dan hantu ke laut kalau tidak pun dihutan tebal.

“ Tapi.....sekurang-kurangnya perlukan bukti jugak, bang,” tingkah Habibah.

“ Benda macam ni mana nak cari bukti? Misalan kata orang kena santau nak tuduh siapa? Macam mana nak cari bukti. Yang tak nak terima cerita macam ni pun ramai. Sebab susah nak dapatkan bukti....kan?” bantah Imran. Antara dunia sains dan ghaib kelihatan seolah-olah bercanggah antara satu sama lain. Cukup sulit untuk memahaminya. Bagaimana sesuatu yang ghaib dan terhijab dek pandangan mata mampu dibuktikan dengan fakta sains? Hanya bakal mengundang seribu kekalutan nanti.

“ Abang percaya ke dengan semua ni?” Habibah bertanya mahu mendapatkan kepastian dari pihak suaminya. Imran terkedu. Tidak berani dia hendak menyatakan apa yang dia percaya saat itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.