Home Novel Seram/Misteri BARONGAN
BARONGAN
NaimTamdjis
20/4/2016 09:56:06
6,676
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Senarai Bab
Bab 3

Pukul 12.30 tengah malam, barulah sesi orientasi yang pertama tamat. Kyra kembali ke biliknya bersama Ezah teman sebiliknya dikenali semasa perhimpunan pertama petang tadi. Ezah seorang yang mudah mesra dan agak becok mulutnya. Walaupun baru kenal, Kyra selesa berkawan dengan Ezah.

“Kau tahu Kyra… aku sebenarnya tak lama duduk bilik ni,” kata Ezah sebaik sahaja selesai mengelap rambutnya selepas mandi.

“Kenapa?” tanya Kyra hairan dengan kata-kata Ezah.

Jika benar, Kyra berasa kecewa. Baru hendak berkawan mesra dengan Ezah… sudah hendak berpindah ke bilik lain. Ezah duduk di sebelah Kyra.

“Kau nak tahu… macam-macam cerita aku dengar mengenai kolej ni,” kata Ezah perlahan.

“Ha. Cerita apa pulak?” tanya Kyra.

“Serem…” bisik Ezah.

“Ha?” Ezah terperanjat.

Tok! Tok! Tok!

Pintu apartment mereka diketuk. Ezah terus memeluk Kyra.

“Kau dah kenapa?” tanya Ezah.

“Jangan buka! Jangan buka!” bantah Ezah.

“Oi Ezah… Kyra. Bukak pintu… kami Farhana dan Tieok bilik sebelah!” laung suara di luar.

“Ha. Itu Tieok dengan Farhanalah. Apa nak takut? Aku buka pintu ye?” kata Krya meminta keizinan.

“Kau bukalah. Aku tidak mahu!” jawab Ezah lalu membalut tubuhnya dengan tuala digunakan untuk mengelap rambutnya.

Kyra bangun lalu menuju ke muka pintu. Lalu dipulasnya tombol pintu. Apabila dibuka, kelihatan Tieok dengan Farhana yang mengendeng beg toto.

“Kamu berdua dah kenapa? Siap bawa toto bagai?” tanya Kyra.

“Kami berdua tumpang tidur di sini boleh?” tanya Farhana.

Belum sempat Kyra memberi jawapan mereka berdua menolak Kyra dan terus masuk ke dalam bilik.

“Kenapa?” tanya Kyra hairan dengan perbuatan mereka berdua.

“Tutup pintu dulu. Bilik kamu mana Kyra?” tanya Tieok.

“Tu” tunjuk Kyra lalu menutup pintu.

Tieok dan Farhana terus masuk ke dalam bilik. Mereka berdua dah kenapa? Tanya Kyra yang hairan dengan tindakan jirannya. Kyra masuk ke dalam bilik. Ezah telahpun bangun.

“Kyra… tutup pintu,” arah Ezah.

Kyra mengikuti sahaja arahan Ezah dan duduk di katilnya. Tieok dan Farhana sudahpun duduk di katil Ezah.

“Kamu berdua kenapa? Ezah, kamupun pelik. Tadi ok sahaja?” tanya Kyra.

“Kamu tak tahu ke lagi Kyra pasal kolej ni?” tanya Farhana.

“Kenapa dengan kolej ni?” tanya Kyra yang tidak faham.

Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.

“Kamu tak google dahulu sebelum datang ke sini?” tanya Tieok.

“Tak… saya tiada telefon canggih. Saya isi borang onlinepun pergi kafe siber. Kenapa?” tanya Kyra.

“Ini ostel ada hantu looo!” jawab Tieok selamba.

Serta merta kawannya Farhana menutup mulut Tieok.

Haiya amoi! Jangan cakap kuat-kuat ma! Nanti dia dengar!” marah Farhana.

Tieok hanya mengangguk.

“Hantu? Itu saya tak tahu. Jadi kamu berdua datang sini sebab nak tidur dengan kami? Sebab takutkan diganggu hantu,” tebak Kyra.

Mereka berdua mengangguk.

“Teruk sangat ke gangguannya?” tanya Kyra lagi.

“Teruk Kyra. Sampai ada orang mati tiap-tiap tahun…” jawab Ezah.

“Mana kamu tahu?” tanya Krya lagi.

“Google. Perkara ini disahkan sendiri oleh bekas pelajar. Kolej Hang Nadim antara kolej yang paling keras di Malaysia. Macam-macam hal yang berlaku. Semua pelajar kalau boleh mengelak untuk tinggal di kolej ini… terutama pelajar perempuan,” kata Ezah perlahan.

“Ha? Apa yang berlaku?” Krya terkejut.

Takkan kena gangguan sampai mati pula. Pihak universiti tidak buat apa-apa ke? Tanya Krya di dalam hati.

“Ada yang kena ganggu masa di tandas, ada yang terserempak dengan makhluk itu di koridor, di taman, tepi kolam. Malah ada yang nampak makhluk itu terbang ke dalam hutan depan sana tu. Ada yang kena tindih. Ada sampai bunuh diri… sedar-sedar dah terjun,” jelas Ezah.

“Sampai begitu sekali? Kalau dah teruk kenapa tak buang sahaja?” tanya Kyra.

“Benda tu susah nak buang… universiti sudah panggil orang buang. Tapi ini tempat tinggal mereka. Dulu ada ura-ura nak tutup kolej ni. Tapi keperluan mendesak. Nak tampung 20,000 pelajar sedangkan asrama yang ada hanya boleh muat 15,000 sahaja. Asrama ini adalah yang tertua dan terbesar. Kalau tutup makin sesaklah universiti ni. Jadi kes yang berlaku ditutup sahajalah,” jawab Ezah.

“Kenapa tak bina asrama baru?” tanya Kyra.

“Entahla. Itu aku tak tahu. Mungkin kerajaan tiada duit. Lagipun bukan nak tampung pelajar dari negara kita sahaja. Pelajar dari luar negara lagi,” jawab Farhana.

“Nah Kyra. Kau baca blog ni. Blog Angker… bloggernya mengupas tempat-tempat paling angker di Malaysia ini. Universiti kita adalah universiti yang paling angker di Malaysia,” kata Ezah sambil menyuakan telefon pintarnya kepada Kyra.

Kyra mengambil dan membacanya.

Universiti paling angker : Universiti Malaysia

Dibina oleh pihak British pada tahun 1955 di tengah-tengah hutan di Sepang sebagai persediaan kemerdekaan Malaya ketika itu. Dahulu tapak universiti merupakan bekas makmal kajian perubatan dan sains milik British. Fakulti pertama hanyalah fakulti Pengajian Melayu, Ekonomi, Perdagangan, Sains dan Kajian Herba. Mula menerima pelajar pada tahun 1958 seramai 200 orang. Kemudian diperbesarkan dari semasa ke semasa sehingga kini mempunyai 15 fakulti dan 20,000 pelajar. Bangunan asal kini menjadi Pusat Pengajian Melayu dan Sastera setaraf dengan Universiti Leidin di Belanda.

Bangunan ini dikatakan yang paling angker dan keras. Asrama yang paling keras adalah Asrama Hang Nadim yang dibina pada tahun 1970. Dikatakan asrama ni dibina di atas tanah perkuburan orang asli. Setiap tahun dikatakan ada sahaja yang mati bunuh diri di asrama tersebut. Pernah ditutup selama setahun untuk kerja-kerja pembersihan… tetapi masih terdapat lagi kes-kes kematian setiap tahun. Dikatakan mereka yang mati setiap tahun seorang yang lemah semangat dan mempunyai mental yang lemah yang memudahkan makhluk-makhluk tersebut masuk dalam diri mereka.

Pihak universiti dan kementerian menutup kes tersebut itu untuk menjaga nama baik mereka. Mereka memusing cerita menyatakan pelajar membunuh diri disebabkan tekanan untuk menamatkan pelajaran, putus cinta, atau mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan. Hasil penyelidikan penulis mendapati bahawa bukan itu punca mereka membunuh diri sebaliknya di dorong oleh satu semangat yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk terjun ke bawah untuk membunuh diri. Semangat tersebut akan merasuk dan meracuni jiwa pelajar bagi menangisi dosa-dosa silamnya. Kemudian roh-roh yang tidak aman sering berkeliaran dan telah ramai pelajar terserempak atau merasuk pelajar lain untuk menyuruh mereka terjun.

Bangunan Fakulti Pengajian Melayu dan Sastera adalah bangunan yang paling keras kerana dikatakan pihak British menjadi bangunan tersebut sebagai pusat kajian forensik dan ujian bagi pesakit gila. Dikatakan British menggunakan teknik Mesir lama untuk memulihkan pesakit gila yang kronik. Caranya adalah dengan menebuk otak pesakit yang sedar dan membuang bahagian otak tertentu bagi membolehkan pesakit lebih tenang. Walaubagaimanapun teknik tersebut mempunyai risiko yang tinggi. Daripada 10 pesakit yang menjalani operasi tersebut, hanya 6 yang selamat manakala 4 samada akan menderita mati otak atau mati. Mereka yang mati tidak dituntut akan ditanam berhampiran kawasan bangunan Institut Manuskrip dan Sastera Melayu tanpa nisan.

Bangunan yang sama juga menjadi pusat kajian forensik dan fisiologi manusia. Mayat-mayat yang dibeli oleh penjajah akan dibedah habis-habisan sehingga tidak sempurna untuk mengkaji anotomi manusia asia. Dikatakan bahawa ramai pelajar nampak susuk tubuh tidak lengkap selalu mundar mandir di dalam bangunan. Pada zaman penjajahan jepun, tempat tersebut telah dijadikan tempat hukuman pancung dan siksaan bagi negeri Selangor. Diberitakan askar British yang menyerah diri ditempatkan di dalam kem seperti kem tentera nazi di Jerman. Tahanan akan diseksa dengan alat-alat seolah yang terdapat di muzium hukuman dan kekejaman di Jerman. Ini menyebabkan banyak roh-roh mereka yang terseksa atau dipancung berkeliaran di tempat tersebut. Malah ada yang nampak makhluk seperti pontianak berkeliaran di sekitar fakulti. Dan…

Kyra menyerahkan telefon pintar kepada Ezah. Dia tidak sanggup lagi membaca nukilan blog tersebut.

“Kenapa?” tanya Ezah.

“Aku tak sanggup nak baca lagi. Aku ngantuk. Lagipun seramlah baca benda tu malam-malam begini,” kata Kyra memberi alasan.

“Jadi kamu berdua nak tidur di sini?” tanya Ezah kepada Farhana dan Tieok.

“Ya!” jawab Farhana dan Tieok serentak.

“Tidurlah. Tapi bawah tau,” kata Ezah.

Tieok dan Farhana mengangguk.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.