Home Novel Seram/Misteri LINTAH
LINTAH
Illya Abdullah
21/1/2017 21:20:31
18,458
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 6

            Ryanmencapai gelas milo yang berada di sisi kamputer ribanya itu. Air milo itudihirup perlahan. Lama dia bermenung sebelum jari-jemarinya ligat menekan mouse ke ruang ‘search google’. Dia menaip perkataan ‘Ilmu Hitam’ yang berkaitandengan sihir dan santau. Pelbagai artikel keluar mengenai ilmu itu. Salah satuartikel menarik perhatian Ryan. Artikel berbahasa Indonesia.

Ilmu teluh merupakansihir yang terkenal di Indonesia. Sihirnya lebih kurang sama dengan ilmusantet, Perbezaan ilmu ini terletak pada objek pemujaannya yang terdiridaripada objek yang bernyawa. Objek yang sering digunakan adalah haiwan sepertikatak, lintah, lipan dan sebagainya. Ciri serangan sihir jenis ini dapatdialami oleh mangsa sihir dan juga orang lain yang berada di sekelilingnya.Antara contoh serangan sihir yang biasa dialami adalah:

Terlihat bola api ataupun cahaya yang masuk ke dalam rumah. Terdengar bunyi benda jatuh di dalamrumah atau bunyi pasir yang ditabur atas bumbung rumah. Terdengar suara lebahatau rebut atau orang sedang bergaduh walaupun di rumah itu sebenarnya tidakada orang. Sekiranya sihir ini dihantar pada satu bahagian tubuh manusia,anggota yang disihir akan membengkak. Bahagian yang membengkak itu kemudiannyamengeluarkan bintang seperti uat, cacing dan lintah. Wujud juga binatangseperti lipan atau pun lintah diikuti bau busuk yang tidak diketahui puncanyadi dalam rumah.

            Ryan masih menatapserius skrin komputer ribanya membaca artikel yang tertulis di dalam websitetersebut. Dia sedang membuat kajian tentang ilmu-ilmu hitam terbabit. Walaupunzaman sudah memasuki era moden masih ada segelintir masayarakat yangmengamalkan ilmu hitam ini. Ilmu hitam ini bukan hanya diamalkan oleh bangsamelayu sahaja malah bangsa lain juga. Cuma caranya berbeza-beza.

            Ryanmengerak-gerakkan mouse ke artikelyang lain pula. Pintu bilik diketuk bertalu-talu dari keluar. Ryan tersentak.

            “Masuklah!”

            Pintubiliknya dikuak. Wajah teman serumah merangkap sahabatnya itu terpacul di mukadengan sengihan panjang. Dia menapak merapati Ryan. Turut menatap pada skrinkomputer riba temannya itu.

            “Yo, bro! Kau masih tak habis mengkajilagi ‘benda alah’ ni.” Bahunyaditepuk berlahan.

Ryan menarik nafas. Zamarul menjongketkening. Jarang mereka berbual-bual kosong kerana tugas Ryan sebagai anggotapolis yang sentiasa sibuk dan jarang melekat di rumah.

            Diatidak tahu mengapa Ryan sibuk mencari tentang penggunaan ilmu hitam dan sihir.Malas dia mahu bertanya lebih-lebih. Bukannya dia boleh membantu.

            “Kautak date malam ni?” Ryan bertanya.Kebiasaan Zamarul akan keluar bertemujanji dengan buah hatinya malam minggubegini.

            “Cancel. Awek aku balik kampung.” balas Zamarulseperti orang hampa. Rancangan yang diatur terpaksa dibatalkan.

            “Rul…kau tahu tak pasal ilmu-ilmu hitam yang melibatkan sihir atau santau. Kalau-kalaukau ada kenal orang yang boleh aku rujuk.”

            Zamarulusap dagu. Dia bukannya arif sangat dengan perkara tersebut.

            “Kenapakau nak tahu sangat hal ni?”

            “Kautak dengar pasal dua orang gadis kolej mati kerana lintah baru-baru ini?”

            “Oh,aku tahu cerita tu. Dua penuntut kolej mati tu dengan tragis. Kasihan… rakansekampus adik tiri aku, Zarin. Kau handlekes tu?”

            Ryanangguk.

            “RakanZarin?”

            “Takadalahlah rapat. Kau pun tahu Zarin tumacam mana?”

            Ryantersenyum. Dia tidak kenal rapat dengan adik tiri Zamarul yang pendiam itutetapi Zarin itu seorang yang agak pelik.  Zamarul ada juga bercerita serba sedikitmengenai Zarin.

            “Buatmasa ni aku suspek pembunuh di kalangan penuntut di situ. Tapi tak tahulahkalau orang luar. Selalunya yang aku tahulah perkara begini melibatkan kessakit hati or dendam.Tapi tak mustahiljika pelaku itu melakukannya atas sebab yang lain.” Ryan perlu melakukansiasatan menyeluruh latar belakang kedua-dua mangsa.

            “Kalaucara halus ni memang sukar nak kesan suspek. Lagi-lagi bila yang kena tu puntak dapat rasa ‘benda’ yang meresap dalam tubuh dia. Makan dalamperlahan-lahan. Bahaya tu.”

            “Akurasa kematian dua pelajar itu lebih kepada ilmu santau. Santau ni satu senjatamembunuh yang kejam pada aku.”

            “Akuingat kau tak percaya benda-benda ni? Sesetengah orang tu akan berkata yang santau-menyantauni dah takde zaman moden begini.”

            Ryansenyum.

            “Benda-bendakhurafat ni tetap ada. Harus percaya. Manusia masih bersekutu dengan Jin. Menjadihamba pada Iblis. Aku juga tahu tentang kisah-kisah hantu dan juga saka ni. Kaufikir zaman budak-budak aku orang tua aku tak bercerita tentang makhlus halus?”Ryan menguis-guis anak rambut yang terjuntai di dahinya.

            “Cerita‘benda’ tu malam-malam ni buat bulu roma aku meremang aja.” Zamarul memeluktubuh.

            “Akuingat nak keluar sebentar beli air bungkus. Kau nak kirim.” Ryan bangun dariduduknya.

            “Tehtarik satu. Kau belanja. Tengah bulan ni aku sengkek sikit.”

            Ryantahu Zamarul banyak berhabis duit untuk majlis pertunangannya yang bakalberlangsung tidak lama lagi. Orang zaman sekarang, bertunang sudah bagaikanseperti raja sehari. Wang berhabis untuk meraihkan hari pertunang yanggemilayng. Putus tunang bukankah haru jadinya dengan wang ringgit yang sudahdibazirkan. Alangkah manisnya majlis itu dibuat secara sederhana. Ingin diluahbimbang jika mengecilkan hati sahabatnya itu.

            “No hal. Aku masuk buku 555. Cukup bulankau bayar.”

            Ryanmencapai kunci motorsikalnya. Zamarul tersengih. Dia tahu Ryan hanya bergurau.  Ryan bukan jenis sahabat yang berkira.

           

 

NASI berlauk bersama segelas air kosongatas dulang diletakkan pada depan pintu bilik itu. Wanita awal 50-an itumengeluh perlahan. Sikap anaknya masih tiada perubahan. Riak bimbang jelasterpamer pada wajah tua itu. Kebelakangan ini anaknya itu cukup gemar berkurungdi dalam bilik. Dia beredar sebaik pintu bilik diketuk.

            Pintubilik itu terkuak perlahan. Tangan disuakan mengambil dulang makan malamnya.Dia mengukir senyuman. Jelas barisan gigi putihnya terpamer. Bilik gelap ituhanya diterangi dengan cahaya lilin. Dia meletakkan dulang makanan itu atasmeja. Bau masakan ibunya sentiasa menyelerakan tekaknya. Tidak diendah denganbau hamis dan busuk dalam biliknya itu.

            Tangankanannya ligat menyuap nasi ke mulut manakala tangan kirinya memangkah gambaryang berada di dalam komputernya itu. Tidak sia-sia dia mempraktikkan ilmu yangdipelajarinya itu.

            “Heheheheee…”

Lirikkan matanyaberalih pada beberapa buah balang berbalut kain kuning yang tersusun pada rakdalam bilik itu. Benda hitam yang sedang meliuk-liuk dalam balang itu dikerlingdengan senyuman. Sayang-sayangnya itu akan mencari mangsa seterusnya.

 

 

“LINTAH.Mengikut dari sumber wiki lintah merupakan sejenis haiwan  subkelas . Terdapat pelbagai jenis lintah. Adalintah air tawar, air laut dan daratan. Seperti golongan , lintah menampakkan anggota  hermafrodit cacing.

Sesetengah jenis lintah mempunyai kegunaan dalam perubatan menghisapdarah sejak ribuan tahun dahulu, tetapi kebanyakan lintah tidak menghisapdarah. Lintah penghisap darah berhinggap pada perumahnya sehingga kenyang,selepas itu turun untuk menghadam makanan. Badan lintah terdiridaripada 34 segmen. Penghisap anterior (mulut) terbentuk pada enam segmenterhadapan badannya, yang digunakan untuk beraput pada perumah, sambilmengeluarkan bendalir bius agar perumah tidak merasa hinggapan lintah. Lintahmengeluarkan campuran mukus dan lekapan dari otot-otot sepusat di keenam-enamsegmen tersebut agar terus berpaut dan merembeskan enzim pencegah pembekuandarah dalam sistem darah perumah.” Lebar Zarin berbicara di dalam talian.

            “Akutak seleranya makan bila kau sebut tentang benda alah tu.” rengus Sephia yangbaru ingin menyuap megi yang dimasak. Melihat meginya itu seperti melihatberpuluh-puluh ekor lintah di dalamnya. Terus saja dia membatalkan makanmalamnya itu walau perutnya pinta untuk diisi.

            “Siapasuruh kau bayangkan benda alah tu?”

            “Rupabenda alah tu macam dah set dekat kepala otak aku. Aku tak buang dah. Lagi-lagibila mata kepala aku tengok makhluk tu keluar dari mulut Julia.” Sephiamendengus.

            Zarinmenggerakkan kerusinya yang beroda itu ke arah satu balang berbalut kainkuning. Balang itu dicapai.

            Sebelahtangannya masih memengang telefon bimbit.

            “Sephia…kau takut mati tak?”

            “Soalanapa pulak kau bagi ni?”

            “Kautaku tak?”

            Sephiasenyap. Soalan Zarin itu tidak dibalas. Siapa yang tidak takut pada mati? Semuahidupan akan mati. Menyebut tentang mati, bekalan akhiratnya masih tidakterkumpul. Sephia jadi gerun. Dunia yang dikejar, akhirat dibiarkan tercicir.

            “Akurasa mengantuklah, Zarin.” Sephia ingin lari topik yang diutarakan oleh Zarin.

            “Masaaku call tadi kau sedang lapar nakmakan megi segera kau.”

            “Akudah kenyang bila kau bukan cerita pasa benda alah tu. Kau buat aku diet free malam ni.” gumam Sephia.

            Zarinmelirik senyuman.

            “Kitajumpa di kolej esok.”

            “SelamatZarin. Assalamualaikum…”

            Tup!Talian terus terputus. Tak jawab salamnya lagi, Zarin sudah memutuskan talian.Sephia menggeleng perlahan.

            Zarinmeletakkan telefon bimbit di meja komputernya. Dia menarik kain kuning yangmembalut pada balang kecil itu. Ada dua ekor lintah berwarna kehitaman didalamnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.