Home Novel Seram/Misteri LINTAH
LINTAH
Illya Abdullah
21/1/2017 21:20:31
36,484
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
PROLOG

“KAU hendak bertaubat?”

            Idrismenganggukkan kepalanya. Dia mahu bersihkan segala kekotoran yang selama initerpalit dalam hidupnya. Dia mahu berhenti dari melakukan kerja terkutuk itu. Diatidak mahu ada lagi nyawa yang terkorban.

            Sahabatseperguruannya itu ketawa kecil.

            “Bolehkahkau bersihkan dosa kau tu. TUHAN akan ampunkan kau ke?”  Mahmud bagaikan tidak percaya. Idris seorangyang keras hatinya. Apa yang membuatkan sahabatnya itu berubah hati.

            “Pintutaubat sentiasa terbuka buat umatNya. Aku tidak ingin terus berdosa.”

            “Baguslah.Senang hati aku mendengarnya.” Mahmud tersenyum. Dia memaut bahu Idris.

            Idristidak mahu mengubah nekadnya itu. Selama ini mereka sudah lama terpesong dijalan yang salah. Lega hatinya mendengar Idris mahu bertaubat. Mereka pun sudahlama tersasar jauh dari landasan agama.

            KeputusanIdris tidak disanggah oleh Mahmud. Dukun santau yang ditakuti telah kembali kepangkal jalan. Apa yang menyebabkan lelaki sehebat Idris berubah agaknya?Mahmud ingin tahu juga.

            “Akuingin pulang ke kampung halaman aku dan mahu mulakan hidup baru dengan keluargaaku.”

            “Kausudah keluarga?” Idris begitu menyimpan rahsia tentang keluarganya. Selama inidia menyangka yang Idris itu bujang tua.

            Idristersenyum nipis.

            “MaafMud. Aku berahsia dengan kau. Orang seperti aku dikeliling musuh. Lagipunmereka tidak suka dengan pekerjaan aku ini.” Idris merindui ahli keluarganya.Mereka pasti gembira dengan kepulangannya kali ini. Dia amat berharap isterinyamemaafkan kesalahan yang dilakukan.

            “Ya…ya… aku faham.”

           

FATIMAH tidak sedap badan. Dia tidakmenyuarakan rasa tidak sihatnya itu kepada suaminya. Dia hanya menganggap hanyasakit biasa. Fatimah menyediakan makan malam bersama dua anak gadisnya.

            Fatimahterbatuk-batuk. Matanya terbuntang luas melihat darah hitam pada telapaktangan. Dia segera mencuci darah tersebut. Mujur saja tindakan itu tidak disedari oleh kedua-dua anak gadisnya itu.

            “Maktak apa-apa?” Anak sulungya menegur.

            “Maktak apa-apa. Batuk sikit saja.” Dalih Fatimah.

            Wajahanak sulungnya berubah. Dia menekan perut. Dahinya berlapas-lapis seakan

menahan rasa sakit.

            “Kenapani nak?”

            Sakitnyahanya sebentar menyerang. Anak sulungnya itu mengangkat wajah. Pelik. Sekelipmata saja kesakitan itu menghilang.

            Usaisolat berjemaah bersmaa, lama Fatimah mencium tangan suaminya. Tingkah tidakmendatangkan rasa tidak enak dalam hati Idris. Malah kedua-dua anak gadis jugabertingkah sedemikian. Fatimah sempat memohon maan maaf dan menghalalkan makanminumnya. Idris tidak berkata-kata apa-apa.

            Fatimahmemuntahkan lintah. Begitu juga dengan dua orang anak gadisnya. Anak lelakinyayang bongsu menjerit melihat lintah-lintah yang mencemari hidangan makan malammereka.

            Fatimahdan dua anak gadisnya itu terbaring di lantai tidak berkutik lagi.

            “ALLAH!”Idris memangku tubuh isterinya.

            Isterinyasudah kaku tidak bernyawa. Idris turut memeriksa keadaan kedua-dua anakgadisnya itu. keduanya juga sudah tidak bernayawa. Ada yang sengaja membuatonar pada keluarganya.

            Mungkinini balasan dari perbuatannya dulu. Isteri dan dua anak perempuan mati keranasantau. Idris menerima kematian mereka dengan redha.

            Idrismengusap-usap rambut anak lelakinya Berahim.

            “Jangankamu tersalah langkah kelak, nak. Binasa hidup kamu. Tuntut ilmu yang membawakamu ke jalan benar. Cukuplah abah yang salah pilih jalan.” Pesan Idris.

            Berahimyang masih kecil terpinga-pinga mendengar kata-kata ayahnya.  Ujian demi ujian Idris harungi. Dia masihtabah. Dia menguruskan jenazah isteri dan kedua anak perempuan hanya dibantuoleh Imam kampung.             Idris tidakpeduli dengan pandangan orang kampung terhadap dirinya.

            “Betulkau nak berhijrah?”

            Idrismengangguk.

            “Akumahu mulakan hidup baru di tempat lain dengan anak aku.”

            “Baguslah.”

            “Akutumpang simpati atas kematian Fatimah dan anak gadis kau.” ucap Mahmud.

            “Mungkinini balasan kejahatan aku dulu.” Idirs redha atas apa yang berlaku. Dia perlumeneruskan kehidupan. Idris memandang wajah Mahmud dengan senyuman. Dia tahukematian isteri dan kedua-dua anak gadis itu adalah angkara Mahmud. Mahmud yangmenghantar santau lintah.

“Bersabarlah sahabat.”

“Aku tidak akanberdendam. Aku redha dengan musibah yang berlaku atas keluarga aku.”” suaraIdris perlahan.

            Tersunggingsenyuman sinis di hujung bibir Mahmud.

 

 

MAHMUD ketawa terbahak-bahak. Senanghatinya melihat keadaan Idris yang kematian isteri dan anak. Idris tidak tahudia yang membunuh mereka. Mahmud umpama duri dalam daging. Sebenarnya Mahmuddengkikan Idris. Ilmu Idris lebih hebat darinya. Dia merantau ke pelusukseberang untuk menambahkan ilmu di dada. Dia mahu lebih kuat dan hebat dariIdris.

            Mahmudbagaikan gunting dalam lipatan. Dia duduk bersimpuh berlapikkan tikarmengkuang. Kemenyan sudah dibakar. Bau kemenyan cukup menyegarkan.

            “He…he… he… lepas ini giliran kau. Sejauh mana kamu pergi. Kamu tidak akan terlepasdari aku.”

            Mahmudmahu Idris mati. Bukan sahaja Idris tetapi seluruh keluarga lelaki itu. Mahmudmengeluar beberapa ekor lintah dari balang berbalut kain kuning itu. Mahmudmemenjamkan kedua-dua belah matanya.

            “Tiadasesiapa mampu meandingi kehebatan ilmu santau aku lagi.”

            Lembagahitam yang menjadi suruhannya itu muncul di belakang Mahmud. Mahmud langsungtidak menoleh ke belakang.

            “Lepasini, aku akan jadi dukun santau terhebat.” Mahmud ketawa berdekah-dekah. 

Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.