Home Novel Seram/Misteri IFRIT
IFRIT
Illya Abdullah
25/6/2018 15:51:58
12,124
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Prolog2

Gua Tempurung

1960,

 

BUNYI tembakan meletus. Pertempuranberlaku. Askar melayu dan komunis berentapan. Tubuh-tubuh manusia rebah jatuhberlumuran dengan darah. Susuh tubuh makhluk bertanduk dua di kepala tersengihmelihat pertempuran di dalam gua itu. Bau darah segar menusuk ke lubang hidungnya.

            Sekumpulankomunis berlari keluar dari gua untuk menyelamatkan diri. Mereka tidak semudahitu melepaskan diri. Askar-askar melepaskan tembak. Butir peluru tepatmenembusi tubuh sasaran. Tiga daripada komunis itu rebah.

            Bakiyang tinggal lesap di dalam hutan. Sekian lama gua itu menjadi pangkalan rahsiakomunis. Serbuan dibuat secara serangan hendap. Sebahagian besar komunis telahberjaya ditumbangkan.

            Aduh!Bisanya peluru yang menembusi bahagian sebelah kiri dadanya itu. Tapi, diaberpuas hati melihat mayat-mayat musuhnya yang berlimpangan dalam gua itu. Diamenumbangkan sebilangan musuh dengan pelurunya. Pertempuran semakin sengit. Duabutir peluru hinggap ke dada kirinya. Pandangan matanya menjadi gelap. Diarebah.

            Seketika,kelopak matanya terbuka. Namun, dia tidak mampu menggerakkan seluruh tubuhnya.Matanya hanya melihat rakan-rakan sepasukannya hilang dari pandangan mataseorang demi seorang. 

            “Jangantinggalkan aku di sini!” Suara hatinya memanggil. Mengapa? Mengapa mereka tidakmelihatnya. Dia bagaikan halimunan di depan mata mereka. Apakah dia sudah mati?

            “Kautakut mati?”

            Matanyamelingas ruang sempit di dalam gua itu. Dari mana datangnya suara itu? Itusuara malaikat maut kah?

            “Kau,masih belum mati.” Kemudian, suara garau itu ketawa mengekek.

            “Siapakau! Jangan kau bermain sorok-sorok dengan aku.” Sedaya upaya dia berusahamenggerakkan tubuhnya. Dia berjaya. Senapang yang masih berpeluru ditarik. Dia bersandarpada dinding gua itu.

            Diamerasai dengusan kasar di depan mukanya. Jantungnya berdebar-debar. Nafasnya berombakkencang. Dia mengamati satu susuk tubuh bermata garang menjelma perlahan-lahandi depan matanya. Makhluk itu menyeringai dan menderam. Tangannya yang berkukuruncing tirus terus mencekak leher lelaki itu.

            “Manusia…kau tahu aku siapa?”

            “Akutidak tahu siapa kau.” Dia membalas.

            “Akubangsa jin yang Tuhan kamu jadikan daripada nyalaan api.” Makhluk itu menderammarah. Wajah lelaki itu ditarik rapat ke wajahnya.

            Jantungdia semakin pantas berombak. Rasa sakit di bahagian dada semakin mencucukhebat.

“Aku Ifrit! Akubangsa jin yang terhebat!” suara makhluk itu bergema membingitkan telinga.

Diatertelan air liur. Nyawanya berada dalam tangan makhluk itu.

“To...tolong… jangan bunuh aku,” Dia merayu.                                     

            Ifrittersengih.

            “Akutidak akan bunuh kau jika kau tunduk dan sujud kepada aku.” Makhluk itumemberikan pilihan.

            Sanggupkahdia? Dia tiada pilihan. Dia ingin hidup. Dia tidak mahu mati. Wajah isteri dananak-anaknya terbayang di layar mata.

            “A…aku… aku akan tunduk dan sujud kepada kau.”Dia melakukan apa yang disuruh.

Ifrit ketawamendengar kata-kata lelaki itu. Mudahnya hati manusia itu dipesong agar tundukkepadannya.  

 

Setahunkemudian,

 

IFRIT mengerang kesakitan. Makhlukdari api itu dibakar dengan api. Api yang menyebabkan kulit hampir hangusterbakar. Ifrit bertekuk lutut di hadapan lelaki berjubah serba putih itu.Ifrit menyeringai bengis. Namun, dia terdaya lagi beradu tenaga. Lelaki itujuga sudah kehabisan tenaga sepertinya.

            PandanganIfrit beralih ke arah lelaki di belakang lelaki berjubah itu. Amarah Ifritmeluap-luap. Lelaki itu telah mengkhianatinya.

            “Kau,manusia yang tidak mengenang budi.”

            “Akubukan tidak mengenang budi. Tapi aku sudah lama tersasar jauh dari landasanagama. Tangan aku berlumuran darah. Dosa yang aku lakukan tidak terhitung. Akuingin kembali ke jalan yang diredhai.” Lelaki itu membalas.

            Ifritmelirik senyuman sinis. Dia makhluk yang lebih hebat dari manusia tetapi diatewas dengan makhluk yang dianggap lemah itu.

            “Kembalilahke jalan ALLAH yang menciptakan makhluk atas muka bumi ini dan alam semesta.”

            “Hahahaha…”Ifrit ketawa. Lelaki berjubah itu mahu memujuk dia kembali kepada Penciptanya.

            “Aku,Ifrit bersumpah akan menghancurkan seluruh keturunan kau. Mereka akanbermandikan dengan darah. Itu janji aku!” Ifrit ketawa.

            Ifritmenghilang dalam kepulan asap.

            Lelakiitu menarik nafas panjang. Kata-kata Ifrit membuatkan hatinya berdebar kuat.Ifrit pasti akan kembali mengotakan kata-katanya.

            Lelakiberjubah putih itu memaut bahunya. Dia tahu lelaki itu berasa gusar dengankeselamatan ahli keluarganya.

            “Berlindunglahdengan ALLAH. InsyaAllah… kamu dan keluarga kamu akan dilindungi dari ancaman  makhluk itu. Dia juga makhluk ALLAH.Sesungguhnya kuasa ALLAH itu lebih hebat.”

            Lelakiitu hanya menunduk. Dia menyesal atas segala yang berlaku. Dia telahmenyekutukan Tuhan kerana takutkan makhluk itu. Takut kehilangan nyawanyaketika itu hingga dia sanggup tunduk dan menyembahnya. Dia sudah menjadiseorang pendosa. Dia sanggup mengikut segala telunjuk makhluk bernama Ifrititu.

            “YaALLAH… ampunkan aku,” rintihnya penuh penyesalannya.

 

 

Gopeng

1997

 

“LEPASKAN isteri dan anak aku!” Lokmanberteriak.

            Darahterhambur keluar dari mulutnya. Dia merangkak-rangkak ke arah makhluk itu. Apisemakin marak menelan rumahnya.

            “Ayahkau sudah melanggar perjanjian dengan aku. Aku sudah bersumpah akanmenghapuskan semua keturunannnya. Sayangnya dia mati terlalu cepat. Aku mahumelihat darah keturunannya menyimbah bumi. ” cemuh Ifrit.

            “Akutidak tahu-menahu perjanjian yang kau buat dengan arwah ayah aku! Aku dankeluarga aku tiada mengena dengan dendam kau, makhluk laknat!”

            “Jangan…jangan bunuh mereka! Aku merayu pada kau!”

            Ifritketawa berdekah-dekah mendengar keturunan dari manusia tunggangannya itumerayu.  Kaum manusia sememangnya kaumyang lemah. Rayuan itu tidak ertinya pada Ifrit.

            Krak!

Leher wanita itudipatahkan. Ifrit humban tubuh yang sudah tidak bernyawa itu ke dalam lautanapi. Tubuh wanita itu terus dijilat oleh api.

            Diahanya mampu melihat api membaham tubuh wanita kesayangannya itu. Perjanjian arwahayahnya dengan makhluk itu membawa malapetaka. Keluarganya menjadi mangsa.

            “Makhlukdurjana! Kau jin yang dilaknat TUHAN!” makinya.

            Ifritberang. Ifrit melepaskan leher budak kecil itu. Sekelip mata Ifrit muncul didepan mata Lokman. Ifrit menarik rahangnya ke atas hingga sebahagian darikepalanya itu bercerai dari tubuh. Darah melimpah-limpah mengotori lantai. Lokmanputus nafas.

            Pintuitu ditendang. Seorang lelaki menerjah masuk.

            “Allahuakhabar! Lokman!”    

            Dia sudah terlambat. Jasad di depanmatanya itu tidak berkepala. Manakala satu lagi jasad rentung terbakar.

            “Hamadi!Kau jangan ganggu urusan aku!” jerkah Ifrit.

            Ifritmenyerang lelaki itu tetapi serangan Ifrit ditangkis oleh Hamadi. Satu tumbukanhinggap ke dada Ifrit. Ifrit berundur beberapa langkah ke belakang.

            Ifritmendengus kasar apabila melihat lelaki itu. Keduanya saling bertentangan mata.Ifrit melompat keluar melalui jendela yang terngadah. Bercangkung di atasbumbung banglo itu dengan amarah yang meluap-luap. Sekelip mata dia menghilang.

            Asapsemakin tebal di ruang tamu itu. Mata Hamadi melirik pada sekujur tubuh yangterbaring. Hamadi mengangkat tubuh budak lelaki itu. Dia melekapkan telinganyapada dada. Jantung budak lelaki itu masih berdengup. Tanpa berlengah budaklelaki itu dibawa keluar.             Banglo itu terus tenggelam dalamlautan api. Hanya satu nyawa yang berjaya diselamatkan. Suara ketawa yangbergema seolah-olah mengejek Hamadi yang gagal menyelamatkan nyawa dalamkeluarga itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.