Home Novel Komedi/Romantik Komedi Beb, I Love You!
Bab 41


Izdan terdiam mendengar perkhabaran daripada Lufia.

Adwa akan ke Berlin?

Izdan meraup wajahnya.

“Aku pun tahu daripada Nia,” kata Lufia. Izdan membalas pandangan gadis itu.

“Kau masih tak jumpa Ad?” soalnya hairan. Lufia tersenyum hambar.

“Ad masih merajuk dengan aku kot. Hari tu aku marah sebab dia terima cincin daripada Tengku Hadwan,” beritahunya. Izdan terdiam.

“Boleh aku tanya? Kenapa mudah sangat kau terima semula cincin daripada Ad?” soal Lufia.

“Rasanya aku nak rehat sekejap. Adwa pun dah penat,” balas Izdan separuh bergurau. Lufia menggelengkan kepalanya.

“Dia nak larikan diri lagi,” katanya. Izdan tersenyum hambar.

“Kau rasa aku perlu buat apa?” soalnya. Lufia terdiam pula.

“Entahlah Iz. Aku pun tak tahu. Ad sekarang dah lain. Aku macam tak kenal Ad yang sekarang ni,” katanya separuh bergurau.

“Macam mana dengan Ad dan Wan?” soal Izdan pula. Dia agak kecewa apabila tahu yang Adwa sendiri telah menerima cincin daripada Tengku Hadwan. Bukan setakat menerimanya malah turut memakainya.

“Nia beritahu yang Ad dah kembalikan semula cincin tu. Maksudnya kau dan Wan dah kena tolak mentah-mentah,” jawab Lufia.

“Sebab apa Ad kembalikam cincin daripada Wan?” soal Izdan. Lufia mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Sebab Berlin atau ada sebab lain?” soal Izdan lagi dengar riak wajah tidak puas hati. Lufia mengeluh.

“Aku tak tahu Iz,” balasnya. Dia juga tertanya-tanya apa sebab gadis itu berbuat demikian. Izdan ikut mengeluh.

                                 *****

“Saya dah dengar pasal awak dan Ad,” kata Diana sambil memandang wajah tenang lelaki itu. Tengku Hadwan hanya tersenyum.

“Awak nampak pucat. Kalau awak tak sihat kita boleh batalkan photoshoot hari ni,” kata Diana. Dia agak risau melihat wajah pucat lelaki itu.

“Saya okay,” balas Tengku Hadwan perlahan.

“Saya nak tolong tapi tak tahu macam mana nak tolong awak,” kata Diana yang agak serba salah.

“Tak apa Ana. Saya okay. Ad dah kembalikam cincin yang saya beri. Saya terkesan juga. Tapi dia dah buat keputusan. Saya pun tak nak memaksa,” balas Tengku Hadwan.

“Saya sebenarnya dah lama tak jumpa Ad. Dia tak nak jumpa kami. Nasib baik hari tu Nia serbu rumah Ad,” beritahu Diana. Tengku Hadwan terdiam mendengar kata-kata gadis itu.

“Saya hairan juga. Kalau dia dah tolak awak, kenapa Iz pun dia tolak sekali?” sambung Diana.

“Maksud awak?” soal Tengku Hadwan hairan. Terangkat kening Diana memandang lelaki itu.

“Awak tak tahu? Ad tak beritahu? Dia tak jadi kahwin,” beritahunya. Tengku Hadwan terkedu.

“What? Betul ke?” soalnya masih tidak percaya. Diana mengangguk. Tengku Hadwan menarik nafas panjang.

Seriously Ad?

                                *****

Razi menggelengkan kepalanya.

“Aku tak faham dengan kau ni. Sekejap jadi, sekejap tak jadi,” katanya dengan kening berkerut. Izdan hanya terdiam mendengar kata-kata rakannya itu.

“So, kau nak buat apa lepas ni? Nak give up macam tu aje?” soal Razi.

“Kau rasa?” soal Izdan pula.

“Aku give up kot. Entahlah, aku pun tak tahu,” balas Razi. Dia bukan tidak mahu membantu lelaki itu. Namun dia sendiri turut buntu.

“Yes, memang tu yang aku lalui sekarang ni. Tak tahu nak buat apa,” balas Izdan perlahan. Razi mengeluh.

“Biar masa yang menentukan,” sambung Izdan dalam nada perlahan. Razi mengangguk setuju.

                                *****

“Ad,” panggil Lufia yang berdiri di muka pintu bilik pejabat Adwa.

“Cik, saya dah larang,” celah Juju yang kelihatan resah.

“Tak apa Ju,” balas Adwa. Dia bangun dari kerusi lantas menuju ke arah sofa yang berhampiran.

“Masuklah Luf,” katanya separuh mengajak. Lufia menghampiri lantas duduk di hadapan gadis itu.

“Aku minta maaf. Aku salah,” ucapnya dengan perasaan bersalah. Adwa tersenyum.

“Aku risau. Kau langsung tak angkat panggilan aku. Mesej aku pun kau tak balas. Nia dah beritahu semuanya pada kami,” sambung Lufia.

“Tak apa Luf. Aku pun minta maaf juga. Aku just tak ready lagi nak beritahu kau,” balas Adwa. Lufia mengangguk lambat. Dia kenal Adwa. Gadis itu pasti masih terasa hati dengannya.

“No, aku tahu aku silap. Aku tak sedar yang buat keputusan adalah kau,” katanya yang masih rasa bersalah. Adwa tersenyum.

“Perkara dah lepas. Aku sebenarnya bercadang nak jumpa korang hujung minggu ni. Tak sangka kau datang hari ni. Sorry sebab masa kau datang hari tu, aku memang tak nak jumpa sesiapa,”  ucapnya. Lufia mengangguk faham.

“Aku faham. So, kau jadi nak pergi Berlin?” soal Lufia. Adwa mengangguk.

“Hati-hati Ad,” kata Lufia dengan senyuman. Hanya itu yang mampu dikatakan olehnya. Kali ini dia tidak akan menahan gadis itu lagi.

“Thanks Luf. Aku pergi tak lama. Dalam dua or tiga tahun. Korang jangan risau, aku pasti baik-baik saja,” balas Adwa. Lufia mengangguk lagi.

                              *****

“Kau sihat?” soal Diana. Dia lega kini Adwa menyambut panggilannya. Adwa tergelak kecil.

“Alhamdullillah,” ucapnya.

“Aku nak ikut,” kata Diana. Terangkat kening Adwa mendengar kata-kata gadis itu.

“Nak ikut pergi mana?” soalnya semula.

“Berlin,” balas Diana sambil tergelak kecil.

“Kau jangan nak merepek,” kata Adwa ikut tergelak.

“Aku serius. Aku pun nak belajar juga,” balas Diana.

“Kau serius ke?” soal Adwa masih tidak percaya.

“Of course,” balas Diana dengan senyuman. Dia juga sudah lama menyimpan niat untuk menyambung pengajiannya. Kedengaran Adwa menjerit gembira. Diana tergelak besar.

“Kau happy ke?” soalnya separuh mengusik.

“Mestilah!” jawab Adwa.

“Kita jumpa esok. Aku nak bincang pasal persediaan dengan kau,” kata Diana separuh mengajak.

“Okay,” balas Adwa dengan senyuman. Dia memang tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya. Sekurang-kurangnya dia ada teman di tempat orang. Apatah lagi jika temannya itu adalah kawan baiknya sendiri.

                                 *****

Izdan tidak jadi masuk ke dalam kedai apabila melihat kelibat Adwa yang berada di dalam. Dia mengambil keputusan untuk berdiri sekejap di luar kedai. Izdan memandang langit malam. Adwa menolak pintu kedai untuk keluar. Langkahnya terhenti apabila melihat Izdan yang berdiri berhampiran dengan pintu masuk. Izdan menoleh apabila sedar dengan kehadiran gadis itu.

“Hai,” ucapnya. Adwa mengangguk tanpa senyuman.

“Bila nak berangkat?” soal Izdan sambil memandang wajah gadis itu.

“Next week,” balas Adwa. Dia memandang sekeliling.

“Aku balik dulu,” katanya sebelum mula melangkah.

“Ad,” panggil Izdan. Langkah Adwa terhenti.

“Hati-hati,” kata Izdan. Adwa hanya mengangguk sebelum melangkah semula. Izdan mengeluh perlahan. Benci sangat gadis itu padanya sehinggakan Adwa langsung tidak mahu membalas pandangannya. Apatah lagi tersenyum padanya. Izdan turut melangkah pulang. Dia membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam kedai.

                                  *****

Fuadzi agak terkejut mendengar perkhabaran daripada Izdan.

“Tak jadi? Why?” soalnya ingin tahu.

“Tak ada jodoh,” balas Izdan dengan nada perlahan. Fuadzi terdiam.

“Kau okay ke?” soalnya agak serba salah. Izdan tersenyum hambar.

“Aku tak suka soalan tu,” balasnya.

“Sorry,” ucap Fuadzi.

“It’s okay,” balas Izdan.

“Mama dan papa tak cakap apa-apa?” soal Fuadzi ingin tahu.

“Mereka faham. Rasa bersalah juga sebab libatkan mama dan papa,” balas Izdan jujur.

“Tak apalah. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku harap kau dapat bersabar,” kata Fuadzi separuh menasihati.

“I hope too,” balas Izdan.

“Aku ada meeting lepas ni. Kalau kau perlukan seseorang, aku ada. Kau jangan segan dengan aku,” kata Fuadzi lagi. Izdan tersenyum.

“Bye,” ucapnya sebelum menutup telefon. Dia melepaskan keluhan berat.

                                *****

“Why?” soal Jimy. Dia melihat temannya itu tidak banyak bercakap semasa mesyuarat sebentar tadi.

“Iz tak jadi kahwin dengan Adwa,” beritahu Fuadzi.

“Baguslah. Maksudnya kau ada peluang lagi,” kata Jimy yang memang mengikuti perkembangan kisah cinta temannya itu.

“Jangan nak mengarutlah Jim,” balas Fuadzi dengan kening berkerut. Jimy tergelak kecil.

“Why?” soalnya separuh mengusik.

“Aku dah move on. Aku sebenarnya risaukan Iz. Pasti dia akan kembali macam dulu. Enpat tahun yang lalu. Iz tak ada life. Kerja, kerja dan kerja,” balas Fuadzi. Jimy terdiam.

“So, kau nak balik Malaysia ke?” soalnya pula.

“Tak tahu lagi,” balas Fuadzi perlahan.

“Iz nak kau balik ke?” soal Jimy lagi.

“Dia tak juga kata macam tu. Aku yang risaukan dia,” kata Fuadzi.

“Kalau macam tu kau tak payah risaulah. Iz okay aje tu. Kau boleh call dia hari-hari. Tanya khabar or nasihatkan dia,” balas Jimy. Fuadzi mengangguk lambat. Jimy menepuk lembut bahu rakannya itu.

                                 *****

“Wan, tak keluar?” soal Tengku Jasmine apabila melihat Tengku Hadwan yang duduk santai di halaman rumah. Dia menarik kerusi di hadapan anak lelakinya itu.

“Hari ni tak ada kerja,” balas Tengku Hadwan dengan senyuman.

“Maksud mama, tak keluar pergi dating ke? Hari tu Wan keluar dengan Ad kan?” kata Tengku Jasmine separuh bertanya. Tengku Hadwan terdiam.

“Nampaknya mama suka sangat pada Ad,” balasnya. Tengku Jasmine tergelak kecil.

“Mestilah. Menantu pilihan mama tu,” kata Tengku Jasmine. Tengku Hadwan tersenyum.

“Wan dan Ad kawan aje ma. Tak lebih daripada tu,” beritahunya. Berkerut kening Tengku Jasmine memandang lelaki itu

“Cincin hari tu?” soalnya. Dia memang tahu yang Tengku Hadwan akan memberikan Adwa cincin kerana anaknya itu sendiri yang membawanya ke kedai untuk membelinya.

“Adwa dah kembalikan,” balas Tengku Hadwan dengan tenang.

“So, macam tu aje?” soal Tengku Jasmine yang jelas tidak puas hati. Tengku Hadwan tergelak kecil.

“Yes mom. Kami lebih selesa berkawan,” balasnya. Tengku Jasmine menggelengkan kepalanya.

“Mama tak faham dengan kamu berdua. Sekejap kawan, sekejap sayang,” katanya. Tengku Hadwan tergelak lagi.

“Nak buat macam mana. Wan tak suka memaksa,” balasnya. Tengku Jasmine mengeluh.

“Apa boleh buat,” katanya perlahan. Tengku Hadwan hanya tersenyum. Wajah Adwa terbayang dimatanya. Dia tidak dapat menafikan ada rindu yang bertandang buat gadis itu.

                                    *****

3 bulan kemudian

Adwa menarik nafas panjang sambil meletakkan berus warnanya. Hari itu dia dan Diana melawat Garten Der Welt.

“Aku nak jalan-jalan sekejap,” kata Diana yang sedari tadi membelek kameranya.

“Jangan lama sangat,” balas Adwa dengan senyuman.

Orait bos,” balas Diana sebelum berlalu. Adwa tersenyum. Dia memandang lukisannya semula.

“Not bad,” tegur seseorang. Adwa menoleh. Dia terkedu. Izdan tersenyum memandangnya.

“Kau buat apa kat sini?” soal Adwa yang jelas terkejut.

“Aku rindu orang Berlin,” balas Izdan sambil duduk di kerusi yang berhampiran dengan gadis itu. Adwa terdiam.

“Actually aku ada kerja kat sini. Semalam aku terserempak dengan Diana. Hotel aku tak jauh dari rumah korang. Dia beritahu hari ni korang ada kat sini,” beritahu Izdan apabila melihat gadis itu yang hanya membisu. Adwa mendengus perlahan. Izdan merenung wajah gadis itu. Dia tersenyum sendiri.

Macam mana aku boleh jatuh sayang dengan kawan baik aku sendiri?

“Hari tu aku ke galeri aunty Nia. Aunty Nia dah pamerkan lukisan kau kat sana,” beritahu  Izdan.

“Lukisan aku?” soal Adwa dengan perasaan berdebar.

Mama tak beritahu aku pun.

Izdan mengangguk dengan senyuman.

“Kau tak beritahu aku pun yang kau ada bakat melukis. Tapi nak hairan apa. Aunty Nia memang pandai melukis,” katanya.

“Kau tak tanya,” balas Adwa tanpa memandang wajah lelaki itu.

“Lukisan yang kau lukis tu, bukan saja cantik tapi ada makna yang sangat jelas,” sambung Izdan dengan senyuman nakal. Adwa mendegus lagi.

“Kau nak cakap apa sebenarnya?” soalnya yang jelas tidak selesa.

“Beb, I love you,” ucap Izdan yang masih dengan senyuman. Adwa terkedu. Dia membalas pandangan lelaki itu. Izdan mengangguk.

“Beb, I love you,” ucapnya lagi. Adwa hilang kata-kata. Izdan berdiri lantas menghampiri gadis itu.

“Adwa Riana, aku sayang kau,” ucapnya kini dengan riak wajah serius. Adwa meletakkan semula berus di tangannya.

“Kau tak perlu jawab apa-apa. Lukisan-lukisan kau dah jelas bagi aku jawapan. Jawapan yang kau susah sangat nak beritahu aku,” kata Izdan dengan ssenyuman. Adwa tersenyum sinis.

“Lukisan tu cuma memori lama. Jangan nak perasan sangat,” balasnya dengan kening berkerut. Izdan tergelak kecil.

“Are you sure?” soalnya separuh mengusik. Adwa menggigit bibir. Izdan mengangkat tangan tanda mengalah.

“Fine. Mungkin aku silap. Tapi lukisan tu tak menipu. Orang yang melukis tu tak mungkin akan menipu. Melainkan orang tu suka menafikan sesuatu yang benar,” sambungnya separuh menyindir. Adwa tergelak kecil.

Menafikan? Aku?! Shit!

Izdan tersenyum.

“Aku balik dulu. Jangan lupa lukis tempat ni juga. Salah satu tempat pertemuan kita,” katanya dengan senyuman nakal sebelum melangkah. Berkerut kening Adwa

“Wait!” panggilnya. Izdan berhenti melangkah. Dia berpaling memandang gadis itu semula. Adwa mendegus. Dia bangun lantas mendekati lelaki itu. Adwa menarik tangan kanan lelaki itu lantas menggigit ibu jarinya.

“Adwa,” panggil Izdan dengan kening berkerut. Adwa melepaskan gigitannya. Izdan memandang jarinya yang sudah bertukar warna. Adwa tergelak. Izdan menggeleng perlahan.

Perangai tak berubah.

“Padan muka!” balas Adwa. Izdan tersenyum sambil menarik gadis itu dalam pelukannya. Adwa terkedu lagi.

“You back. My Adwa,” katanya dengan perasaan lega. Adwa mengukir senyuman. Diana yang berdiri tidak jauh dari pasangan itu sibuk mengambil gambar kedua-duanya.

Tahniah beb.

                                     *****

Uqash tersenyum memandang mesej daripada Adwa. Gadis itu menghantar beberapa lukisannya yang terpilih untuk dipamerkan.

Alhamdulillah, anak papa.

Hubungannya dengan Adwa semakin baik selepas gadis itu melanjutkan pengajiannya ke Berlin. Sebelum berangkat gadis itu sempat menghubunginya untuk memberitahu mengenai pemergiannya. Uqash bersyukur. Sekurang-kurangnya dia tahu Adwa masih boleh menerima semula kehadirannya.

                                    *****

Tengku Hadwan hanya memandang gambar yang dihantar oleh Diana melalui whatsapp. Gambar Adwa dan Izdan. Perasaannya?

-Sorry, aku just nak info aje. Kau jangan marah pula. Aku tak balik Malaysia kalau kau marah aku.

Tengku Hadwan tersenyum.

-Mungkin bukan jodoh aku dengannya.

-Pasti ada hikmah. Kau kuat Wan.

-Aku tak sekuat yang kau sangka.

-...

-Take care

Tengku Hadwan menyimpan semula telefonnya. Terbayang wajah Adwa. Gadis itu tersenyum lebar dalam gambar yang dihantar oleh Diana. Nampak sangat gadis itu bahagia. Tengku Hadwan melepaskan keluhan perlahan.

Semoga berbahagia Ad.



                                   The End


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.