Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA? Hurm... Whatever lah
CINTA? Hurm... Whatever lah
AnnSelasih
8/4/2018 02:23:11
26,178
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
SE 8

Cerita dalam cerita 8

Segala-galanya kabur. Aku tak nampak apa yang aku pandang. Aku tak tahu apa yang aku dengar. Mata hanya nampak jalur jalan yang tiada penghujung. Akhirnya aku melangkah sehingga hilang kudrat. Tahu-tahu aku dah berada di atas jejambat.

Itulah yang aku rasa penangan cinta ditolak. Hati sakit sesakitnya. Malangnya air mata jantan aku penuh ego. Puas hati merintih pilu, setitispun tak nak keluar. Terpaksalah aku pendam segala-galanya dalam hati sampai dada rasa nak meletup. Sampai aku rasa nak tamatkan segala-galanya dengan cara paling mudah.

Berputus asa. Balasan tuba yang aku dapat setelah sepenuh jiwa dan raga aku curahkan untuk penuhkan dunia dengan madu cinta. Duhai perempuan, tidakkah pernah kau dengar erti berjuang? Tidakkah kau tahu bahawa cinta menuntut pengorbanan? Betapa mudahnya engkau berkata, "Aku ingin menjadi anak yang baik. Menurut kata orang tua. Lupakan aku."

Namun, lupakah dikau akan sekeping hati yang bernafas dengan cintamu semasa engkau memilih untuk tidak memilih aku?

Dunia semakin menyepi tatkala kaki aku memanjat jeriji jambatan.

                       --------¤¤¤¤-------

Ini seorang lagi yang nak merasa tapak kasut aku!

Meluap-luap marah Rahim. "Hadoi la korang ni. Dah kena rasuk ke apa? Orang dok fikir cara nak menang korang boleh buka cerita sedih. Tak faham aku."

Air mata yang dah bergenang terus disental dengan hujung T-Shirt. Begitu juga dengan hingus yang dah merembes keluar. Apalagi, macam kena sengat eletrik badan Sabri mengelitin kegelian. "Cait. Jid. Pengotor." Lengan Rashdan jadi tempat menyorok Sabri.

"Memang la kau tak faham, Rahim. Siapa suruh kau potong cerita aku," Syed mempertahankan diri. Suaranya masih sebak.

Sekian lama berdiam, akhirnya Rashdan membuka mulut. Lembut dan membujuk. "Kau nak cakap apa sebenarnya Syed?"

"Eh, kejap. Ni, ambil tisu ni. Lap apa yang patut. Lepas tu baru sambung cerita sedih kau tu." Jemari Sabri melentik menghulur tisu dari belakang Rashdan. Jeritan Sabri berkumandang lagi semasa Syed menghembus kuat hingusnya. Setelah itu barulah Syed bercerita dengan tenang.

"Aku tak sedarpun Syarina ikut belakang aku malam tu. Kami panjat jambatan dan  menjerit bersama-sama."

"Tu je. Dah tu apa kaitnya cerita kau dengan cerita Azim?"

"Sabarlah. Aku tak habis cerita lagi."

Rahim kerling jam di tangan. Lepas itu dia pula kena kerling dek Rashdan.

"Aku frust menonggeng sebab bapa ex-awek aku halang percintaan kami. Ada calon lagi baik dari aku. Syarina cakap dengan aku malam tu, kalau dia di tempat Farah, mungkin keputusan dia berbeza."

Senyuman Syed tulus.
"Bos beruntung ada dalam hati Syarina."

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.