Home Novel Cinta Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
AkaaSol
8/1/2020 10:37:20
33,423
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

“Am, aku dah sampai. Bas baru masuk stesen. Kau kat mana? Aku pergi kat kereta”. Elinda menelefon Adam sebaik sahaja bas masuk ke perkarangan stesen. 
“Tak payah aku cari kau”. Adam mematikan talian. Tidak sempat Elinda membalas apa pun. 
“Aikk. Dia pulak cari aku”. Mengomel sendirian Elinda memandang telefonnya yang telah gelap. Ketika itu jam baru sahaja berinjak pada pukul 4.10 pagi. Bas telah berhenti di tempat menurunkan penumpang. Elinda memberi laluan kepada penumpang lain untuk turun terlebih dahulu. Dia tidak gemar bersesak-sesak. Sebaik sahaja Elinda turun dari bas, matanya melihat figura Adam yang tidak jauh daripadanya. Elinda lalu bergerak menuju ke Adam. Adam juga baru perasan akan kehadiran Elinda dan juga berlalu pergi ke arah Elinda. Elinda melihat senyuman yang terukir di bibir Adam. 'Manis' tanpa sedar mindanya berkata. Laju tangan Elinda menampar pipinya. 'Ingat Eli dia kawan kau'. Pelik Adam melihat Elinda yang menampar pipinya tidak tentu pasal. Namun begitu, dia tetap meneruskan langkah kakinya. 
“Ada nyamuk”. Elinda memberikan alasan sambil mengusap pipinya dan tersengih pada Adam yang berdiri di hadapannya. Segak Adam pada awal pagi itu, tidak nampak langsung muka mengantuknya. Manakala Elinda sudah sememeh dengan muka berminyaknya. 
Welcome back. Jom”. Adam mengambil beg yang digalas oleh Elinda. Bagaikan itu adalah perkara yang selalu dibuatnya. Elinda tidak sempat reaksi untuk merampas beg itu kembali kerana tangannya penuh dengan bungkusan berisi makanan yang dibekalkan oleh ayahnya. 
“Terima kasih”. Elinda berkata perlahan. Dia mengikut langkah kaki Adam ke kereta.
“Macam mana ayah kau”. 
“Alhamdulilah, sihat”. Kata Elinda sambil membuka begnya untuk mencari sesuatu. Adam menghidupkan enjin kereta dan memulakan perjalanan. 
“Terima kasih, akan aku kenang jasa kau”. Elinda menghulurkan telefon bimbit milik Adam. Dia sudah siap-siap mengeluarkan kad sim dan kad memori setelah dia membeli telefon bimbit yang baru. 
“Takkan kenang jasa je?”. 
“Okaylah aku janji kalau kau perlukan bantuan, aku sedia berkhidmat”. Kata Elinda sambil mengangkat tangannya gaya angkat sumpah janji setia. 
“Aku pegang janji kau tu”. Tersengih Adam sambil berkata. 
'Apa yang aku dah janji ni, ahh tak kisahlah. Aku percaya Adam takkan suruh aku buat benda yang bukan-bukan'. 
“Ni aku hantar kau balik kolej kan”. 
“Yup”. Jam di dashboard baru menginjak ke 5 pagi. 'Mana lagi mereka hendak pergi, kalau hendak sarapan pun sudah mesti tiada kedai yang bukak melainkan kedai jual barang runcit 24 jam'.
“Kalau mengantuk sangat mandi dulu, nanti kalau terlajak tidur pun sempat nak bersiap pergi kelas”. Adam memberi pesanan. 
“Baik. Kejap, kau tahu jadual aku?”. Elinda memandang Adam yang tersengih.
“Setiap isnin memang kau ada satu kelas je kan. Pukul 9".
“Betul lah tu”. Bukan susah nak ingat pun.
***************************************
“Eli bangun, kau tak pergi beli sarapan untuk Adam ke?”. Syuhada mengegarkan tubuh Elinda yang sedang nyenyak tidur itu. Sebenarnya dia kasihan untuk menganggu Elinda tidur, tetapi setahu dia Elinda mempunyai kelas pada pukul 9 pagi, kalau tidak dikejut boleh terbabas pula. 
“Huh? Sekarang pukul berapa?”. Elinda tersedar dengan muka mamainya. 
“8.30. Aku tanya ni”. Syuhada menjawab juga soalan daripada Elinda walaupun dia sudah tidak sabar ingin mendengar jawapan dari soalan yang diutarakan tadi. 
“Apa kau tanya tadi? ”. Elinda bangun dari katil dan mengelap mukanya dengan kain yang dibasahkan. Kemudiannya dia menyiapkan beg galas yang ingin di bawa ke kelas. 
“Kau. Tak. Beli. Adam. Sarapan. Ke. ”. Sepatah demi sepatah soalan diulang oleh Syuhada. Matanya mengekor Elinda yang kehulu kehilir sekeliling bilik untuk bersiap. 
“Tak. Perjanjian aku dengan dia dah tamat”. Elinda teringat petang nanti dia ingin terus pergi ke makmal, lincah tangannya melipat lab coat dan di masukkan ke dalam beg. Masa tidak menunggunya, dia harus bertindak pantas. 
“Ala. Tapi kau kata Adam nak jumpa dengan aku”. Syuhada terbaring di atas katil Elinda. 
“Apalah masalahnya. Bila-bila pun boleh jumpa. For your information, dia nak jumpa roomate aku, which means Niya dan Sarah jugak”. Naik rimas Elinda dengan Syuhada yang mengekornya tidak sudah. 
“Ciss, bedebah kau Eli. Tak bolehlah aku nak perasan sikit”. Bengang Syuhada rasa, bangun dia dari perbaringan. 
“Tapi serius lah, kalau kau nak jumpa dia. Kau boleh jumpa esok”. Elinda memberhentikan segala tindak tanduknya dan memandang Syuhada. 
“Betul ni?”. Terlihat keterujaan di wajah Syuhada
“Betul. Esok meeting kelab rekreasi kau jumpalah”. 
“Ishh. Aku tak nak jumpa kat situ. Aku nak jumpa sambil dinner ke, breakfast ke lunch ke”. Syuhada baring kembali di katil. 
“Amboi. Kau nak jumpa ke? nak makan? . Kenapa beria sangat nak jumpa ni?”. Kata Elinda melihat wajahnya di cermin. 
“Adalah”. Sepatah Syuhada berkata. 
“Kau jangan perigi cari timba Syu. Malu nanti”. Elinda melihat wajahnya buat kali terakhir di cermin. 
“Sekarang zaman maju, Elinda. Lainlah macam kau, Adam sanggup tunggu, kalau akulah. Frust menonggeng". Kata Syuhada sambil menepuk dadanya beberapa kali. 
“Jangan nak merapu kat sini, Adam nak tunggu aku nak pergi mana pulak”. 'Ingat prioriti hidup kau Eli!'. Desis hati Elinda. 
"Dengar pesan aku ni Eli, jangan di tunggu timba tu, sampai bila lah tak sampai-sampai. Kita kena proaktif”. Syuhada mengenggam tangannya. 
“Aku takut timba tu pulak menyorok takutkan kau punya proaktif tu”. Kata Elinda sambil memulas tombol pintu. 
“ ... ”. Syuhada masih tidak mencerna kata-kata Elinda itu. 
“Mangkuk ayun kau Eli!”. Apabila dia sudah mencerna, Elinda sudah berlari keluar dari bilik menyelamatkan diri. 
Sarah yang sedang nyenyak di buai mimpi, tersedar kerana jeritan Syuhada. 
“Kau nak pinjam timba ke?. Ambil aku punya”. Sarah menyampuk tak kira tempat. 
"Syuhada:...." 
****************
Elinda berlari anak menuju ke kelas pengurusan Dr Rohaizat. Langkah kakinya di hayunkan menuju ke tempat kumpulannya berada. Asyraf sudah siap menjaga satu kerusi kosong untuk dirinya. Selesai sahaja kelas tersebut, mereka kekal berada di kelas itu untuk berbincang mengenai assignment terbaru yang diberikan oleh Dr. Rohaizat. 
“Kak Eli, untuk assignment ini kita kena interview syarikat untuk tahu cara pengurusan syarikat mereka. Kak Eli ada idea tak nak interview syarikat apa?”. Asyraf memulakan perbincangan. 
“Kak Eli pun tak ada idea Asyraf, kena buat research juga mana syarikat yang sudi terima pelajar untuk interview”. 
“Kalau macam tu saya try tanya Berjaya Holdings sebab abang saya kerja bahagian Human Resources mungkin dia boleh bantu. Setuju tak?”. 
“Kak Eli setuju Asyraf”. Haikal dan Mia juga menganguk tanda setuju. Kemudian mereka bersurai. Elinda dan Asyraf bersama-sama melangkah keluar dari kelas. 
“Kak Eli terima kasih banyak bagi nota electrochemistry. Ni saya pulangkan pendrive Kak Eli".
“Ohh. Terlupa pasal pendrive ni. Terima kasih”.
”Kak Eli pergi tak meeting esok?”
Meeting kelab ke Asyraf?. Kak Eli akan pergi kalau tak ada aral melintang”. 
“Saya jumpa Kak Eli kat sana lah”. 
“Okay Asyraf”.
*******************************
Elinda lincah memasukkan samplenya ke dalam mesin untuk di analisis. 'Harap-harap result kali ini cantik, kalau tak masak aku nak ulang balik semua proses'. Beberapa minit kemudian, mesin berbunyi tanda sample telah habis di analisis. Elinda membuka file di skrin komputer untuk melihat hasil analisis tadi. 'Tolonglah okay, tolonglah okay'. Dia berdoa tulus dari hatinya. Elinda fokus menelaah nombor-nombor yang terpapar di skrin komputer itu. 
“Eh Eli, berapa lama kau nak pakai mesin ni?. Aku nak guna pulak. Takkan kau seorang je nak guna. Ingat orang lain tak nak guna ke!”. Jerkah Katijah salah seorang rakan sekelasnya secara tiba-tiba. 
“Aku dah habis ni, kejap bagi aku tengok ni dulu okay ke tidak”. Elinda masih menatap di skrin komputer. 
“Jangan ingat kau tu hebat sangat. Semua kena ikut cakap kau”. Katijah menengking sekali lagi, rasanya satu makmal itu boleh mendengar suaranya. 
'Dah kenapa dengan perempuan ni? Angin tak tentu pasal'. Elinda langsung tidak peduli, dia meneruskan melihat data yang terpapar. 
“Katy kau dah kenapa nak marah-marah ni? Tak malu ke orang dengar”. Taniya datang menyelamatkan keadaan. Dia tahu apabila Elinda terlalu fokus dengan kerjanya, dia tidak memperdulikan orang lain. Menyalaklah sekuat mana pun dia tidak akan terkesan. Sebab itu, Taniya datang untuk memberhentikan tengkingan Katijah pada Elinda. 
“Kawan kau ni, aku nak guna mesin ni, dia tak bagi, daripada tadi aku sabar". 
'Ewah perempuan, pandai kau pusing ayat ye'. Elinda hanya menjulingkan matanya. 
“Mesin kat bilik sebelah kan boleh guna, buat apa nak berebut tak tentu pasal”. 
“Aku nak yang ini!”. Sifat tidak matang Katijah terserlah. 
Elinda memindahkan file ke dalam pendrive dan mengemas semua peralatannya. Lebih baik dia melihat data analisis itu di komputer ribanya, lebih tenang hidup. 
“Jom Niya”. Elinda cepat-cepat menarik Niya pergi dari situ. Risau juga dia sekiranya pergaduhan mulut menjadi pergaduhan fizikal pula nanti. 
“Geram betul aku. Aku memang dah lama sabar dengan perangai dia tu Eli. Berapa kali dah dia buat perangai macam ni”. Taniya mendengus kasar. 
“Dahlah tu, biarkan je dia. Silap aku juga guna lama sangat”. 
“Tapi takkanlah sampai nak menengking. Dia memang sengaja nak cari gaduh. Mesin kat bilik sebelah elok je kenapa tak guna?". Taniya sudah melihat mesin itu elok je duduk di sebelah tiada orang guna. 
“Biarlah, aku malas nak gaduh, bazir tenaga je. Tak ada faedah”. 
"Dia sebenarnya memang tak puas hati dengan kau pasal forum hari tu. Sebab itu, benda kecil pun nak di ajak bergaduh". 
“Aikk. Aku buat apa je dengan dia? ”. Pelik Elinds dengan maklumat yang baru diterima itu. 
“Syu kata dia kipas angin susah mati G4. Terutama sekali Adam Hariz. Dengar kata, hari mengenai kau dan Adam kat forum, habis bilik dorm dia tunggang terbalik. Dilempar segala barang”. 
“Apa susah cabut plug matilah kipas angin tu”
“.... ”. Tidak terkata Taniya dengan respon Elinda itu. 
“Aku serius ni Eli. Kau kena jaga-jaga. Kalau peminat fanatik ni bahaya. Macam-macam boleh dia buat”. 
“Aku rasa dunia ni dah terbalik, aku yang bukan peminat fanatik dilabel stalker, kena berhati-hati dengan peminat fanatik yang sebenar”
“Bukan dia seorang je. Banyak lagi kroni-kroni yang seangkatan dengan dia kat universiti ini. Kau kena berwaspada”. 
“Baiklah, wahai bidadari ku Niya. Aku ingat tu”. 
Ring! Telefon Elinda berbunyi. 
Supervisor aku call Niya. Apa dia nak ni?”. Tidak senang duduk Elinda dibuatnya.
“Kau kena angkat baru kau tahu”.Taniya menjawab sambil lewa. Geli hatinya melihat gelagat Elinda. Tidak kena dengan batang hidungnya sendiri, bolehlah dia terhibur. 
“Fuh. Lancarkanlah simpulan lidah dan akal aku”. Elinda menekan butang angkat. 
“Elinda macam mana dengan eksperimen? ”. Elinda sudah mengagak itu perkara pertama yang akan ditanya. 
“Alhamdulilah okay doktor. Saya baru dapat data tadi. Insha allah okay. Esok saya beri pada doktor dengan report lengkap”
“Okay bagus. Saya ada benda nak bincang dengan awak Elinda. Kalau awak free boleh datang jumpa saya”
“Saya free sekarang doktor, kejap lagi saya datang ke bilik doktor”. 
Talian di tamatkan. 
Supervisor kau nak jumpa sebab apa?”. 
“Entah. Aku pun tak tahu”. Elinda membuka lab coat yang dipakainya. 
******************
Tok! Tok!. Elinda mengetuk dan membuka pintu bilik penyelianya. Doktor Hidayah memaling wajahnya ke arah Elinda yang berada di hadapan pintu. 
“Cepat awak sampai Elinda. Masuklah”. Elinda masuk dan duduk di hadapan Doktor Hidayah. 
“Doktor kata ada benda nak bincang tadi?”. 
“Macam ini Elinda. Saya nak awak masuk pertandingan inovasi dan penciptaan gunakan projek awak tu. Tapi saya tak paksa awak masuk. Saya beri awak pilihan sendiri”.
“Bila pertandingan tu doktor?”. 
“Lagi 2 bulan. Pertandingan diadakan di universiti ini. Jadi tak perlu risau untuk travel. Yuran dan barang semua saya bayarkan”. 
“Saya tak dapat beri keputusan sekarang doktor. Saya kena fikir mendalam dulu sama ada saya nak sertai”. 
“Baiklah Elinda fikir dulu nanti bagi tahu saya. Kalau boleh dalam minggu ini. Saya nak kena daftar cepat sebelum tutup pendaftaran”. 
“Baik doktor”. Kata Elinda sambil melangkah keluar dari bilik. Mindanya ligat memikirkan baik dan buruknya menyertai pertandingan ini, tapi dia masih tidak dapat membuat keputusan. Langkahnya di atur pulang ke bilik, dalam perjalanan pulang dia akan melalui padang tempat pelajar-pelajar beriadah. 'Ramainya orang, Oh patutlah dah pukul 5'. Elinda duduk bersandar sambil memejamkan matanya di kerusi panjang  yang diletakkan di keliling padang. Dia ingin merehatkan matanya dan mindanya daripada perkara yang mengusutkan. Pipinya terasa sejuk. Pantas dia membuka mata melihat botol air berkarbonat di lekapkan di pipinya. Dia mengambil botol air tersebut dan bertemu mata dengan orang yang memberikannya air berkarbonat itu. 
“Sukan? ” Elinda mengagak daripada pakaian yang dipakai. 
“Haah. Baru balik?”. Adam mengagak daripada beg yang digalas oleh Elinda. 
“Haah". Elinda menjawab sepatah. 
"Minumlah air tu”. Adam membukakan botol air di tangan Elinda. Elinda meneguk rakus. Dia sendiri tidak sedar dia sedang haus. 
“Kau kenapa? Aku tengok lemau je”. 
“Oh. Ey?”. Elinda mengusap wajahnya. Kemudian dia menceritakan perbualannya dengan penyelianya. Elinda sendiri tidak percaya dengan dirinya sendiri yang senang sangat bercerita dengan Adam. 
“Jadi kau rasa. Patut ke, tak patut aku masuk? ”. Tanya Elinda. 
“Aku tak boleh buat keputusan untuk kau. Kau kena decide sendiri sebab kau yang masuk”. 
“Aku tak boleh decide”. Ligat otaknya berfikir, tapi dia sendiri tidak tahu apa yang dia inginkan. Adam memberikan duit syiling 50 sen pada Elinda. 
“Ambil ini. Aku nak kau tanya hati kau. Satu belah syiling adalah kepala dan sebelah lagi ekor. Kau pilih mana? ". Elinda melihat duit syiling yang berada di tangannya. 
'Bukan ni game of luck ke, sejak bila boleh melibatkan hati'.desis hati Elinda. 
Adam mengambil semula duit syiling dari tangan Elinda.  Elinda berminat ingin tahu apa yang Adam ingin sampaikan. 
“Aku nak kepala”. Elinda memilih secara rawak. Adam toskan duit syiling ke udara dan di tangkap. Kedua belah tapak tangannya masih tertutup tidak memberikan jawapan pada Elinda. 
“Kalau aku buka ini kepala, kau masuk pertandingan. Kalau ekor kau tak masuk pertandingan. Sekarang tanya hati kau. Kau harapkan yang mana?”.
Please kepala”. Elinda mengucapkan berkali-kali seperti mentera. Adam membuka telapak tangannya.
“Ekor? ”. Elinda sedikit terkilan.
“Sekarang kau dah boleh decide kan?”. Adam bertanya. Elinda mengangguk barulah dia faham. Dasar hatinya memilih untuk masuk tetapi, disebabkan kerja-kerjanya, membuatkan dia terasa berat hati untuk masuk, takut dia tidak dapat mengendalikan semuanya dalam satu masa. 
“Abang Hariz terimalah air ni, saya beli untuk abang”. Seorang budak perempuan tiba sahaja muncul. Jarang-jarang Elinda dapat melihat situasi sekarang ini. Junior memberikan abang seniornya air. Dia duduk ditepi sebagai status penonton. 
“Aku dah ada air”. Dingin suara Adam menuturkan kata. Elinda tidak pernah melihat Adam berperangai sebegitu. Kelakuan Adam pada Asyraf tempoh hari tidaklah seteruk situasi sekarang. Untuk tidak memalukan budak perempuan itu, Elinda bangun untuk menerima bagi pihak Adam.
“Terima kasih”. Elinda menghulurkan tangannya ingin mengambil botol air yang diberikan, tapi ditepis pantas. Elinda menarik semula tangannya. 
“Abang Hariz ambilah ni, saya beli untuk Abang”. Katanya sambil menjeling Elinda. Namun tiada reaksi daripada Adam.
“Biar kakak tolong ambilkan”. Elinda mencuba buat kali kedua.
“Kau jangan sibuklah perempuan!”. Marah budak perempuan itu. Dia menghempas botol air ke lantai dan berlalu pergi. Pecah botol air tadi, memuntahkan isinya menderu-deru. Elinda terpinga-pinga. Apa salah dia? Hari ini sahaja dia sudah mempunyai dua orang musuh. Kedua-duanya berpunca daripada manusia yang elok duduk di kerusi tanpa menghiraukan perkara yang baru sahaja terjadi. 
"Kenapalah kau tak ambil air itu, kesian dia". Elinda duduk kembali di kerusi panjang. 
"Jangan kesian, kau sepatutnya jaga kawasan kau supaya tiada orang ceroboh". Adam berkata sambil berlapik. 
"Tapi, aku bukan Kakak Long Kawasan. Aku pelajar biasa yang hari-hari bersilat dengan assignment dan projek demi segulung ijazah". Kata Elinda tanpa memandang Adam yang duduk di sebelahnya. Dia tahu apa yang Adam ingin sampaikan padanya. Tapi dia telah lama mengatur jalan hidupnya demi ayahnya. Entah sejak bila, perbualan antara Elinda dan Adam sentiasa disertai dengan kiasan dan lapikan berlapis-lapis. 


14.8.2020

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AkaaSol