Home Novel Cinta Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
AkaaSol
8/1/2020 10:37:20
33,529
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Elinda tiba di kafe Dahlia tepat jam 9 pagi. Dia ingin mencari tempat duduk apabila dia menyedari Adam melambai-lambai kearahnya selang beberapa buah meja. Elinda melangkah kearah Adam dan duduk di kerusi kosong yg berada di meja itu.

"Jom, aku ada bawak handphone aku yang nak kena betulkan tu". Elinda ingin bangun dari duduknya. Dia ingin mengajak Adam segera untuk pergi ke kedai membetulkan telefon.

"Awal lagi ni, kedai buka pukul 10. Nak makan apa?".
Elinda ligat melihat menu yang terpampang di setiap kedai yang berada di situ. Dia terpaksa mencerunkan matanya untuk melihat kerana dia ada sedikit rabun jauh.

"Nasi lemak, teh ais". Elinda membuat keputusan selepas berfikir dalam.

"Okay". Adam ingin bangun untuk memesan makanan.

"Eh kejap, kita pergi sekali!". Elinda ingin pergi sekali, dia sudah banyak kali terhutang budi dengan Adam.

"Tolong jaga meja". Adam berkata. Elinda melihat suasana kafe yang mulai sesak, jika ditinggalkan meja ini pasti akan diambil orang. Akhirnya Elinda akur untuk membiarkan Adam pergi sendirian.

Elinda melihat Adam memesan makanan dari tempat duduknya. Tidak beberapa lama kemudian, Adam tiba dengan tray yang berisi makanan mereka berdua. Makanan Adam hanyalah roti sandwich telur dan satu botol air mineral.

"Kau makan tu je?". Tanya Elinda sambil mengunyah makanannya.

"Aku tak biasa makan berat waktu pagi". Kata Adam sambil matanya melirik ke arah makanan Elinda. Elinda melihat makanannya, nasi lemak dan teh ais. 'Dia perli aku ke ni?'.

"Aku kena makan berat waktu pagi, aku cepat lapar". Elinda memberikan alasan yang baginya munasabah.

"Hariz". Tiba-tiba ada seorang lelaki menepuk bahu Adam.

"Kenapa tak cakap nak turun kafe, aku nak pesan".

"Mana yang lain". Adam memberikan kerusi kosong untuk memberikan kawannya itu duduk. Nampaknya Adam memang kenal dengan lelaki yang menegurnya itu.

"Biliklah, kau tak ada, aku kena turun. Aik! Siapa adinda ni?". Kawan Adam itu, baru perasan ada orang lain yang berada di situ bersama Adam. Dia tersengih-sengih memandang Elinda.

"Perangai elok sikit, Sam". Adam menegur kawannya yang bernama Sam itu.

"Hai, aku Elinda, boleh panggil Eli je". Elinda memperkenalkan dirinya.

"Hai Eli, aku Hisham, nama manja Sam. Rasanya kau bukan dari fakulti bisnes ni, sebab aku tak pernah tengok muka kau kat fakulti".

"Aku dari fakulti sains gunaan".

"Aku dah agak. Macam mana kau boleh kenal dengan Hariz ni?". Hisham bertanya sambil matanya memandang Adam.

"Sam". Adam menegur lagi kawannya itu.

"Oh, macam ni..". Belum sempat Elinda ingin memulakan mukadimah mengenai peristiwa perlanggaran berdarah dia itu, telefon Hisham berdering lantang.

"Aku tengah beli ni, ye, tunggu kejap, aku ada jumpa Hariz kat sini...". Sam menamatkan perbualan telefonnya.

"Maaf Eli, lain kali kita borak lagi, putera raja dalam bilik tu dah lapar, see you when i see you". Hisham berkata sambil berlalu pergi.

"Okay Sam. See you when i see you". Elinda sudah tergelak dengan keletah Hisham itu.

"Sam memang mesra orangnya" Adam membuka mulut selepas pemergian Hisham.

"So Hariz huh". Terhenti gerakan tangan Adam.

"Hariz nama yang kawan-kawan panggil aku".

"Am tu?". Elinda mencerun matanya pada Adam, bagai lagak penyiasat sahaja gayanya itu.

"Nama aku jugak. Adam Hariz". Adam berkata tanpa berubah riak mukanya.

"Apa nama penuh aku? ". Elinda tiba sahaja menyoal siasat Adam.

"Elinda Sofia". Laju jawapan Adam.

"Aku ambil kos apa? ". Elinda bertanya lagi tidak berpuas hati.

"Kimia. Semester 5". Sekali lagi pantas jawapan yang keluar dari mulut Adam.

"MANA KAU TAHU?". Terkejut Elinda dengan jawapan daripada Adam itu.

"Aku yang daftarkan kau masa kat klinik haritu". Adam memberi penjelasan. Setiap pendaftaraan di klinik universiti memerlukan pesakit untuk mengemukakan kad pelajar.

"Oh, yelah. Tapi aku tak tahu kau kos apa?".

"Kau tak tanya". Setepek Elinda kena dengan jawapan Adam. 'Betul jugak tu'. Desis hati Elinda.

"Okay, kau kos apa?". Tersedak Adam dengan soalan Elinda yang tiba-tiba. Elinda dengan pantas membuka botol air Adam dan memberikan padanya.

"International business. Semester 6". Adam menjawab selepas tekaknya sudah lega.

"Abang?". Adam tersedak buat kali kedua. Elinda memberikan sekali lagi botol air kepada Adam.

"Makanlah, kedai telefon dah buka ni".

"Okay". Elinda menyambung suapan makanannya itu.

Selesai sahaja Elinda menghabiskan makanan beratnya manakala Adam menghabiskan makanan ringannya walaupun sudah tersedak beberapa kali, mereka berlalu keluar dari kafe Dahlia.

"Aku rasa sempat lagi nak kejar bas universiti pukul 10 ni". Elinda melihat jam di tangannya dan bergerak ke arah tempat menunggu bas.

"Eli". Adam memegang lengan Elinda dan membawanya ke tempat letak kereta.

"Kita naik kereta". Adam mengeluarkan kunci kereta daripada poket seluar.

"Abang?". Hampir tersadung Adam di buatnya. Mana taknya, kebanyakan daripada pelajar sepertinya tidak mampu mempunyai kereta, rata-rata menaiki bas universiti untuk bergerak ke mana-mana.

"Jangan panggil aku macam tu, kita sebaya". Adam berkata sambil membuka pintu kereta.

"Iye?". Elinda menjawab dengan muka tidak percayanya itu.

"Aku lompat tingkatan". Adam berkata sambil menghidupkan enjin kereta. Elinda memandang Adam dengan wajah yang penuh rasa takjub. 'Selalunya orang bijak pandai sahaja yang lompat melompat ni'. Adam memberikan plaster tangan pada Elinda.

"Buat apa ni?. Tangan aku dah ada plaster". Dia ambil juga plaster dari Adam. Elinda melihat tangannya, plaster yang dilekatkan awal tadi sudah hampir hendak tertanggal. Adam mengambil kembali plaster yang diberikan kepada Elinda.

"Hulur tangan tu". Elinda menghulurkan tangannya, manakala Adam mengantikan plaster yang lama dengan yang baru di tangan Elinda.

"Terima kasih". Selepas itu, Adam membawa Elinda ke kedai untuk membetulkan telefonnya.

*************
"Telefon ni rosak motherboard dik, dari ganti motherboard, baik beli telefon baru". Itulah kata-kata daripada tauke kedai repair telefon itu.

"Berapa harga motherboard tu Boss?". Tanya Elinda.

"Untuk model telefon ni, harga motherboard rm 450". Elinda tercengang mendengar harga motherboard itu. 'Cekik darah betul'.

"Adik boleh tengok-tengok dulu". Boss kedai itu menunjukkan barisan pelbagai jenama telefon baharu yang berada di dalam almari kaca itu.

"Tak apa, terima kasih Boss". Pantas Elinda berlalu pergi dari kedai tersebut dengan diekori oleh Adam. Mereka masuk ke dalam kereta dan bergerak pulang.

"Nah, Am. Terima kasih bagi aku pinjam". Elinda memulangkan telefon milik Adam.

"Kau nak pakai telefon apa?".

"Aku akan guna nombor roomate aku untuk contact orang nanti". Elinda memberikan penjelasan.

"Tak apa kau gunalah dulu". Adam berkata tanpa menoleh daripada jalan.

"Tapi takkan aku nak pinjam free je?".

"Siapa kata free".

"Huh". Inilah keadaan yang sering terjadi dimana Elinda tidak memahami maksud yang ingin disampaikan oleh orang lain.

"Tolong aku belikan breakfast, dalam sebulan ni aku akan sibuk sangat, tak sempat nak makan pun".
Elinda berfikir panjang. 
'Bagus juga, sambil menyelam minum air, aku pinjam barang dia, sambil membalas budi. Kalau nak dibandingkan dengan perkara yang dia dah tolong aku, ni hal kecil je'. Hati kecil Elinda berkata-kata. 
"Kau nak makan apa?". Nak juga dia tahu menu apa yang hendak disajikan kepada Adam. 
"Anything, aku tak cerewet". 
'Ceh,Tak cerewet? Tapi siapa yang tadi makan sandwich, sebab tak boleh makan berat waktu pagi'. Tapi tidak diluahkan kata-kata itu dari mulutnya, takut dia Adam menarik semula tawarannya itu.

"Okay, jadi esok aku mula eh?".

"Kau belikan aku sarapan pada weekdays je, weekend aku ada Sam".

"Okay, tapi macam mana aku nak hantar?". 'Takkan aku nak terjah Kolej Aspura pula kan'.

"Aku tunggu kat laman pelajar dekat makmal kau, pukul 8 pagi".

"Okay, boleh". Elinda bersetuju dengan aturan itu.

Adam menghantar Elinda pulang ke Kolej Aspuri. Elinda menyelitkan duit rm 10 di dalam dashboard kereta tanpa diketahui oleh Adam. Kemudian dia menghantar mesej memberitahu Adam keberadaan duit tersebut.

Elinda: Ada rm 10 dalam dashboard, duit minyak dan breakfast. Thanks for today.

Adam hanya mengelengkan kepala apabila membaca mesej daripada Elinda itu.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AkaaSol