Akhirnya, sampai jugamereka di Malaysia setelah berjam-jam berada di dalam penerbangan daripadaAmsterdam. Ya, dia ke luar negara dan dia pergi bersama seorang lelaki. Seoranglelaki yang punya segalanya. Kacak, tinggi tetapi yang paling penting sekaliKAYA. Jika lelaki itu tiada duit, jangan harap seorang Khayla Mukhlisah akanberhubungan dengannya.
Rambut hitam keperanganmelepasi paras bahu itu dikibasnya penuh bangga. Pelukan pada lengan sasa milikAzmeer diperkemas sambil tubuh langsingnya menyusun langkah di sebelah lelakisehebat Azmeer itu. Khayla tahu sangat bahawa saat ini pasti ramai wanita yangmencemburui kejayaannya menakluki Azmeer. Lihat sahajalah pandangan sinissetiap wanita yang memandang ke arah mereka.
Azmeer Hayqal adalahsatu-satunya pewaris kepada Warunia Holdings. Sebut sahaja nama WaruniaHoldings, semua orang akan membuka mulut mengagumi kehebatan Tan Sri Jalilmenguruskan syarikat terkemuka itu sehingga berjaya melebarkan sayap ke serataAsia Tenggara. Azmeer Hayqal pula merupakan anak tunggal kepada usahawanberjaya itu. Banyak khabar angina mengatakan Azmeer langsung tidak menyumbangkepada Warunia Holdings itu, kerjanya hanya mengejar keseronokan semata-mata.Khayla langsung tidak kisah dengan hal itu kerana ia menjadi lebih mudah dengansikap Azmeer yang sebegitu. Senang untuk didekati dan ditundukkan. Hal inikerana, hanya satu perkara sahaja yang Khayla pandang pada Azmeer. Azmeer anakkepada Tan Sri Jalil, salah satu jutawan Malaysia. Di sini, hanya ada satukesimpulan sahaja iaitu Azmeer anak orang kaya dan banyak DUIT!
“So, where are we headingto, darling?” suara husky Azmeer sudah berbunyi di cuping telinga Khayla.
Pertanyaan Azmeer itumenjadi isyarat kepada Khayla bahawa rancangannya pada hari ini bakal bermula.Hari ini, sudah genap dua minggu mereka keluar dan selama dua minggu itujugalah sudah banyak yang Khayla sudah berjaya dapatkan daripada Azmeer. Barangkemas sudah dibelinya, baju, beg, kasut, daripada hari pertama berkenalan lagiKhayla sudah dapatkan. Percutian ke Amsterdam sudah pun selesai dan sekarangsudah tiada yang Khayla mahukan daripada Azmeer. Lagipun, Azmeer sudah mahukansesuatu yang tidak sepatutnya daripada dia dan dia tidak sesekali benarkan ituberlaku.
Senyuman menggoda dilarikdan tubuh dirapatkan mencari cuping telinga Azmeer.
“Grand Haven Hotel,”bisik Khayla senafas.
Khayla tersenyum sinis apabiladia melihat jelasnya riak wajah miang yang terpamer di wajah Azmeer itu.Sekilas pandang sahaja Khayla sudah tahu apa yang berada di fikiran lelakiseperti Azmeer. Bukan sekali dua pengalamannya bersama lelaki. Pengalamanselama tiga tahun ini cukup untuk dia arif fikiran lelaki-lelaki sepertiAzmeer. Dalam fikiran mereka hanya satu benda sahaja apabila melihat perempuan,bilik tidur!
“Ouch!”
“Are you okay, darling?”
Cepat sahaja Azmeermemaut pinggang Khayla daripada jatuh apabila tiba-tiba sahaja wanita itudilanggar daripada belakang.
Sengal bahunya.WajahKhayla berkerut.Kayu balak manalah yang langgar, sakit nak mati! Sudahlah dia sedang berseronok memikirkan‘master piece’nya.
Khayla pantas mencerlunggerangan yang melanggarnya. Tubuh yang berdiri tegak di hadapannya itu ditilikdaripada bawah ke atas. Tenang berdiri di situ tanpa riak bersalah, malah tiadaura-ura untuk membuka mulut apatah lagi meminta maaf. Tiba-tiba sahaja hatiKhayla panas. Harapkan muka sahaja kacak tetapi adab ke laut. Tidak pasal-pasalhilang satu mangsanya. Lelaki ini dia pangkah awal-awal untuk masuk ke dalam‘list’nya.
Kaca mata hitam yangbertenggek di atas hidung mancungnya dibuka dengan tangan kanan memandangkantangan kirinya sudah tersangkut jaket kulit hitamnya. Pandangannya jatuh kepadawanita di hadapannya sebelum beralih kepada lelaki di sisi wanita itu. Senyumansinis mudah sahaja terlakar.
“Huh! Hazrel QhaizanDato’ Darius,”
Berlipat maut tengkukKhayla memandang Azmeer di sebelah. Azmeer kenal lelaki tiada adab ini?
Hazrel tayang mukameluatnya apabila Azmeer dengan bangganya memaut bahu wanita di sebelahnya itu.Huh! Azmeer ingat dia kisah sangatkah dengan wanita seperti itu?! Hazrelmeneliti wanita itu daripada atas ke bawah. Cantik! Cantik sangat tetapi,murah!
“You buta ke, hah? Matatu letak kat mana? Lutut?” sembur Khayla tiba-tiba.
Khayla sudah tidak dapattahan. Sudah beberapa minit berlalu dan lelaki di hadapannya ini masih membisu.Sepatah kata maaf langsung tiada. Jika diikutkan dia sudah berbaik hatimenunggu lelaki itu meminta maaf tetapi boleh pula dia bermain lawan matadengan Azmeer. Tidak cukup dengan itu, boleh pula lelaki bernama Hazrel itumenayang wajah jelik apabila melihatnya.
Khayla menapak setapak kehadapan. Lelaki tetap dengan pandangan tidak beriaknya. Kedua jemarinyamengenggam buku lima. Jika tiada apa-apa yang terbit daripada bibir Hazrel,memang akan ada pipi yang berbekas nanti.
“Slut!” ucap Hazrelsepatah sebelum memakai kaca hitamnya semula lalu berlalu pergi.
Membesar mulut dan mataKhayla. Segala tubuhnya kaku, tidak dapat berbuat apa. Jelas tergamam denganapa yang didengarinya tadi. Bibir diketap penuh perasaan geram. Tiada ributtiada hujan, dia dihina. Lebih parah lagi oleh lelaki yang tidak dikenalinya.Dirinya dilanggar, bukan kata maaf yang diterima tetapi dihina perempuan murah.Oh, no! Ini tidak boleh jadi! Perhitungan harus dibuat.
Baru sahaja Khayla mahumengejar lelaki ber ‘t-shirt’ putih itu namun, ada tangan yang menghalangnyaterlebih dahulu. Belaian lembut pada lengannya menyedarkan dia bahawa Azmeerada di situ dan dia masih punya misi yang belum selesai. Walau bagaimanapun,dia perlu selesaikan hari ini juga. Segala perancangan sudah diatur. Dia sudahmalas berurusan dengan Azmeer. Tidak sepatutnya dia membiarkan lelaki tiadaadab itu menganggu fokusnya.
“We still have ourunfinished business, right?” Azmeer bertanya mengingatkan.
Khayla menyentuh tanganAzmeer yang sedang enak mengusap lengan terdedahnya itu lalu dibawa ke dalamgenggamannya.
“Of course,”
“So, shall we?”
“Yeah, sure. Let’s go,”
Langkah kembali diatur.Mood diseru kembali diseru. Kali ini, dia tidak biarkan apa-apa pun menganggutumpuannya.
DUITnot lima puluh ringgit yang berkeping-keping itu dikibasnya di hadapan wajahsambil memandang sinis tubuh Azmeer yang terbaring layu di atas katil. Seoranglagi lelaki tewas ditangan Khayla Mukhlisah. Tubuh Azmeer dihampiri.
“You boleh tuntut upahyou dengan Sam nanti, eh? I akan pass dekat dia,” ujar Khayla kepada lelaki dibelakangnya tanpa menoleh.
Jam tangan Azmeer dibukadan dimasukkan ke dalam tas tangannya. Alang-alang ada, dia ambil. Lagipun, inikali terakhir dia akan berjumpa Azmeer. Semua yang ada perlu diambil selagiboleh.
“Sampai bila kau nak buatkerja macam ni, Ayla?” lirih sahaja suara yang bertanya.
Khayla berpaling ke belakangsambil tersenyum. Orang suruhannya merangkap pekerja Sam beransur keluar. Samdihampirinya.
“Kau tahu kan apa jawapanaku?” balas Khayla tenang. Langsung tidak ambil peduli wajah kelat Sam.
Sam hanya mampu mengeluh.Tiada gunanya bergaduh dengan Khayla. Jika Khayla mahu menerima nasihatnya,sudah lama Khayla berhenti. Namun, selama tiga tahun ini tiada sedikitpunkata-katanya yang Khayla dengar. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
“Kau hutang aku banyaktau. Jangan nak merungut pula bila aku tuntut,”
“Iya, aku tahu. By theway, thanks once again for helping me,”
Khayla menepuk bahu Samsebelum berlalu pergi. Senang hatinya apabila semuanya sudah selesai. Rambutnyadikibas penuh rasa puas. Lenggok diatur di sepanjang koridor hotel itu. Sekalilagi dia berjaya menundukkan mangsanya. Khayla Muklisah Hafeez si kaki kikistersohor.
TELEFONberdendang maksudnya ada panggilan masuk dan Hazrel tahu sangat geranganpemanggil itu. Handsfree dicapai dan talian disambung. Bibir tidak lekangdengan senyuman. Maklumlah, kekasih hati tersayang telefon.
“Hi, mum!” sapa Hazrelceria.
“Hi! Haz…” belum apa-apalagi, Hazrel terlebih dahulu menyampuk.
“Before that, I love you,mum!” pecah ketawa mamanya di sebelah sana.
“Pandai eh guna trick taknak mama membebel. Too bad, sayang. Kalau bukan mama sekalipun, nenek adalagi,”
Hazrel tepuk dahisendiri. Senyum masih terukir bahagia.
“Haah, lupa pula dengannenek!”
“Aip, jangan cakap macamtuh! Dengar dek nenek, merana Haz,” tawa mamanya semakin galak.
“No lah. Don’t worry,nenek takkan berani merajuk lama-lama dengan cucu kesayangan dia ni,” balasHazrel yakin. Memang itu kenyataanya.
“Hah, baru mama teringatkenapa mama call! Kamu lah ni, suka sangat mengusik sampai mama lupa. Nenek dahbising tanya kenapa belum sampai. Haz kat mana sekarang?”
“Haz on the way pergioffice. Ada dokumen penting yang Alisa kata kena tandatangan. So, Haz singgahoffice kejap eh? Lepas tu, Haz akan singgah hospital kejap. Then, Haz janji Hazterus balik,” jawab Hazrel menceritakan satu per satu rancangannya.
“Kamu ni, asyik kerjasahaja kerjanya. Tidak boleh tangguh esok ke? Haz baru sampai kan? Takkan takpenat kut? Entah saka apa lah yang datuk kamu tanam sampai melekat di pejabat24 jam,”
Hah, sudah! Mamanya sudahmula sesi membebelnya.
“Mum, kalau tak urgentHaz pun tak nak singgah office. Jumpa, cium mama pun belum tau tapi Alisa cakapbenda ni penting. So, nak tak nak, Haz kena singgah kejap. Lagi satu, tak baiktau salahkan datuk.Tuduh bela saka pulak tuh,”
Ayat-ayat terakhir Hazrelberjaya menerbitkan tawa di sebelah talian. Nampaknya, mamanya sudah bertenang.Tidaklah bernanah telinga menahan bebelan mamanya.
‘Bum!’
Badan Hazrel terdorong kehadapan. Dilihat sebuah kereta berwarna merah dihadapan. Dia terlanggar kereta orangke?
“Mum, got to go. Talk toyou later,” ucap Hazrel seraya memutuskan talian. Mata terpahat kepada keretadihadapannya itu. Pintu keretanya dibuka lalu keluar untuk bersemuka denganpemandu kereta merah yang dilihatnya turut keluar.
“Mana you letak mata eh?Suka-suka hati langgar kereta orang,” maki perempuan berambut hitam keperanganitu.
Terkejut Hazrel apabilawanita itu memalingkan wajah menghadapnya. Perempuan ini lagi?
Khayla tidak kurangnyaterkejut. Tubuhnya cepat sahaja berbahang demi melihat wajah lelaki dihadapannya itu. Dasar lelaki tiada adab! Kenapalah hidupnya sial sangat sampaiperlu bertembung dengan Hazrel sebanyak dua kali dalam satu hari?
“You yang berhentimengejut and you nak salahkan I?” lawan Hazrel, meletakkan salah di atas bahuKhayla.
“I rasa you memangbetul-betul ada masalah mata. Don’t you see it’s red? Undang-undang negara manayou belajar merah tandanya jalan?” sembur Khayla sehabis mungkin. Puas hatinya.
Merah muka Hazrel apabilalampu isyarat yang tergantung betul-betul menunjukkan warna merah. Nampaknya,dia yang bersalah sekarang.
“Okey, my bad. This is mycard. Kalau you hantar kereta masuk bengkel, just give me a call. I akan bayarkosnya sebagai ganti rugi,” ujar Hazrel seraya menghulurkan sekeping kadberwarna putih kepada Khayla.
Entah apa yang merasukdirinya, tangan Khayla boleh pula bergerak menyambut huluran itu sambiltermangu-mangu sedangkan Hazrel sudah masuk ke dalam keretanya. Dia sedarsemula pun apabila hon kereta dibunyikan. Hazrel menunjuk ke atas. Sudah hijau!Khayla melihat sekeliling. Rupanya, mereka baru sahaja buat penggambaran dramatidak berbayar di atas jalan raya. Melihat banyak kereta di belakang, Khaylakalut masuk semula ke dalam keretnya.
Kad nama Hazrel dicampakke dashboard. Stereng di capai. Gear dimasukkan, lalu Volkswagen Bettle nyamula bergerak.
“Jangan harap aku akancipta peluang untuk jumpa kau lagi, Hazrel Qhaizan!” azam Khayla.