Home Novel Cinta Takkan Pernah Lepaskan
Takkan Pernah Lepaskan
Syafahiya
3/3/2018 15:34:19
2,748
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
PROLOG


Majlis yang sepatutnya berlangsung sejam yang lalu,masih belum selesai.Malah, belum bermula. Kini, suasana sudah mula kecoh. Pengantin lelaki masihbelum memunculkan diri malahan dia tidak dapat dihubungi juga. Ibu pengantin lelaki sudah gelisah tidak menentu.Sudah berkali-kali dia menelefon tetapi hanya disambung ke peti simpanan suara.

Mulut para tetamu juga mulai bising. Sudah timbulandaian masing-masing. Ramai yang beranggapan majlis ini tidak akan berlangsungsama sekali. Tidak cukup dengan itu, mereka sudah mula bercakap-cakap perihalmajlis ini tidak akan berlaku. Ramai yang berpendapat, pengantin lelaki tidakhadir ke majlis kerana tidak mahu mengahwini pengantin perempuan. Kata mereka,pengantin perempuan pastinya membuat onar.

Di suatu bilik, seorang wanita yang cantik dengansepersalinan pakaian pengantinnya sedang menunggu dengan sabar. Dia masihmengharapkan keajaiban untuk berlaku. Dia masih menyimpan harapan terhadaplelaki itu. Dia masih cuba untuk yakin.

‘Krek…’

Pengantin perempuan itu pantas sahaja menoleh kepadapintu biliknya yang baru sahaja dibuka. Kawan baiknya sedang memasuki bilikitu,menghampirinya. Dia memang menantikan kedatangan kawannya itu. Dia mahumendengar berita. Kawannya dipandang penuh pengharapan.

“The wedding is off,” ucap kawannya senafas.

Terasa dadanya tiba-tiba sahaja sesak. Dia tidak bolehmencari cara untuk bernafas. Tanpa sebarang amaran, air matanya laju sahajamencemari wajahnya. Pantas sahaja dia jatuh ke dalam pelukan kawannya itu. Diasudah tiada daya saat ini. Semuanya sudah punah. Maruah, hati dan perasaannyahancur berkecai lantaran seorang lelaki.

HAFEEZ mematikantelefonnya apabila deringan itu berhenti. Dia bukan tidak kasihankan ibunyatetapi dia benar-benar tidak mahu teruskan semua ini. Dia tidak boleh menipudiri sendiri. Dia tidak boleh hidup dengan wanita yang dia tidak cintai.

Cermin pandang belakang dipandangnya. Shamsul sedangmencuri lihat kepadanya. Dia bersyukur kerana Shamsul sudi untuk memahaminya.

“Kau sure dengan semua ini?” soal Shamsul mahukankepastian.

“Aku takkan berpatah balik, Sham,”

Hafeez menoleh ke luar kereta. Dia harus memerhatikansetiap jalan. Dia tidak boleh terlepas pandang. Dia nekad dengan keputusannya.Biarlah satu dunia menentangnya sekalipun tetapi dia tidak akan mengalah. Tidaksampai beberapa minit, dia sudah jumpa apa yang dicarinya.

“Sham, u-turn. Su ada di jalan sebelah sana,”

Shamsul menuruti permintaan Hafeez. Kereta dibawa  ke tempat yang dimaksudkan oleh Hafeez itudan berhenti di pinggir jalan apabila mereka sudah menghampiri wanita yangsedang berjalan sambil membimbit beg pakaian. Hafeez laju sahaja memboloskandiri daripada kereta dan menghampiri wanita itu. Shamsul turut keluar tetapihanya memandang dari jauh sahaja.

“Su, kita kahwin?!”

Hafeez mencapai kedua belah tangan Suhayla, memintapengharapan daripada wanita itu.

Suhayla tidak memandang Hafeez sedikitpun tetapi airmatanya berjuraian turun. Sungguh dia amat mengasihi lelaki ini dankeputusannya bakal menentukan segala. Dia akui bahawa dia tidak dapat hiduptanpa lelaki ini. Lantas, dia hanya mampu mengangguk.

Lalu, bersatulah cinta mereka berdua. Namun begitu,keputusan itu merubah segalanya. Kehidupan mereka tidak dapat lagi kembali samaseperti dulu. Ada seorang wanita yang sedang menangis di atas kebahagiaan yangmereka bina. Ada pemutusan tali persaudaraan di antara dua orang sahabat disebalik penyatuan mereka. Ada maruah yang hancur berkecai di saat merekamenghalalkan hubungan mereka. Satu cinta membawa kepada banyak penderitaan.Malahan, semuanya tidak berhenti di sini. Segalanya harus dibayar oleh merekayang tidak bersalah langsung, mereka yang tiada kena mengena dengan semua ini.

 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syafahiya