Home Novel Cinta MISI CURI HATI
MISI CURI HATI
Azleya Shadzalin
31/8/2019 10:35:48
1,827
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

“MAK!!!” Terkejut aku apabilapinggangku tiba-tiba dipaut sekaligus ditarik dengan paksa sehingga kami jatuhterduduk. Pantas aku toleh ke arah pelakunya. Mengecil mataku sambil menggosok belakangpaha dan lutut yang sakit akibat bergesel dengan jalan tar. Nasib baik akutidak jatuh di atas dia. Setakat jatuh terduduk sebelah menyebelah, masih ampunlagi.

“Kau dah kenapa?” Akusedikit marah. Wajah Shark aku tatap. Eh! Kita bercakap dengan dia, dia bolehpandang tempat lain pula. Bunyi deruman motosikal yang agak kuat mengganggutumpuan. Asap berkepul-kepul keluar dari ekzos. Dah gila ke apa penunggang tu?

“Hei!” Aku petik jari didepan mukanya. Barulah Shark pandang aku. “Siapa tu? Kawan kau ke?” sambungku,menyoal tentang penunggang motor yang sudah tidak nampak bayang pun. Sharkmenggelengkan kepala.

“Kau okey?” Dia perhatikankeadaan aku yang masih duduk. Santai.

Dia boleh tanya macam itupula. Tentulah sakit lutut dan kaki aku ni dek perbuatannya tadi. Takkan itupun tidak reti.

“Kau nak aku jawab jujuratau menipu?” Aku kira dia sedia maklum dengan keadaan aku. Walaupun seluarjeanku tidak koyak dan tidak nampak kecederaan secara nyata, sakitnya tetapada.

Sorry... Sakit kat mana?” Dia bertanya lagi. Lebih datar sambilsudah duduk bersila mengadap aku. Wei! Apa ni? Ingat kita sedang duduk santaiatas rumput dekat taman? Duduk atas jalan tarlah! Panas buntut aku, tahu tak?Sebenarnya aku sedikit cuak bila Shark terlebih beri perhatian macam ni. Selalunyakan kami asyik bertekak saja. Bila dia cakap elok-elok tanpa membentak, akurasa lain. Demam ke dia? Ke aku yang demam sekarang ni?Aduh!

“Siapa tadi tu?” ulangkutanpa mengendahkan soalannya. Main soal-soal pula, kan?

“Aku tak tahu. Aku nampakdia macam nak langgar kau tadi. Tu yang aku tarik kau cepat-cepat. Sorrylah kalau tindakan aku tadimenyebabkan kau sakit kat mana-mana.” Penjelasan Shark buat dahiku berkerut.

“Dia nak langgar aku?” Akumacam tidak percaya.

“Yalah! Dah tu kau ingat,apa? Tak ada maknanya aku berlari nak selamatkan kau kalau tak ada apa-apatadi. Yang kau tu pun satu. Berjalan tapi mata sibuk tumpu pada benda lain,”bebel Shark terus.

 Tadi kan aku berjalan elok saja. Sambilberjalan sambil main Candy Crush... Hah! Candy Crush? Terus kelam-kabut matakumelilau pandang kawasan sekeliling. Macam merangkak pun ada sambil tangan merabakawasan rumput di bahu jalan.

“Kau raba-raba tu kalau terpegangular ke kala jengking ke, padan muka!”

Terhenti terusperbuatanku. Kedua tangan sudah merapat ke dada. Dalam keadaan melutut, akujeling Shark dengan tajam.

“Mulut kau ni kan, memangnak kena cili agaknya! Jangan cabul sangat cakap benda-benda macam tu, bolehtak?” marahku dalam masa yang sama sudah cuak juga. Dibuatnya betul akuterpegang benda yang tidak sepatutnya, memang tiada ampun. Eii! Geli!

“Betullah apa aku cakap.Semak macam tu kau berani-berani raba, siapa suruh? Kau cari apa?”

“Telefon akulah. Manatercampaknya entah. Kau punya pasallah ni,” bebelku pula.

“Untung aku dah tolong.Kau marah aku pulak. Nah!” Dia unjukkan telefon bimbit yang aku cari.

“Mana kau dapat?” Pantasaku rampas dari pegangannya. Aku belek telefon tersebut. Takut cacat dimana-mana. Memang aku boleh beli sepuluh lagi telefon bimbit. Tapi yang inisangat aku sayang. Hadiah pemberian dari daddy. Walaupun sudah out dated dan agak ketinggalan zaman dantidak setanding dengan gajet-gajet terkini, aku tetap sayangkan telefon ini. Yangpenting tetap boleh layari internet melalui telefon tersebut. Itu sudah mencukupi.

“Cakap biar elok sikit eh!Mana aku dapat... Telefon tu jatuh atas badan akulah. So tak payah nak belek sangat macam belek cincin berlian ya. Elokaje telefon kau tu. Calar pun tidak.”

Nasib baik telefon yangjatuh atas badan dia. Kalau aku? Mesti dia peluk aku masa tu kan? Huish! Kaujangan hendak bayangkan sangat keadaan tu, Xandra. Buat malu saja. Eii! Macamfilem Hindustan. Tidak sanggup!

“Hmm... Thanks sebab selamatkan aku.” Aku bangundan cuba berdiri dengan tetap. Tiada masalah. Maksudnya tiada kecederaan parah.Shark turut bangun sambil mengibas-ngibas punggung dan belakang pahanya.Terdapat sedikit kotoran yang melekat.

No problem. Lain kali hati-hati. Peka sikit dengan keadaan danorang di sekeliling kau ketika berjalan. Jangan sibukkan telefon tu sangat.Bahaya!” Aku hanya senyum senget mendengar pesanannya. Memang salahku jaditidak perlu berbalah tentang itu. Rasa kembang juga hati bila dengan jelasterlihat sikap ambil beratnya itu. Masa inilah ada ‘akal’ melintas di benakku.

“Kau membebel macam makneneklah bro!” Aku sudah gelak kecil. “Auch!” sambungku mengaduh serayaterjelepok jatuh semula. Pergelangan kaki kuurut perlahan seketika sambil mulutberdecit mengaduh. Kemudian aku hulurkan kedua tangan tegak ke arahnya yangsedang memandang aku. Dia tiada reaksi lalu aku goyangkan kedua tangan lemah gemalai.

“Nak apa?” Wajahnya sangatselamba. Tiada reaksi yang mampu kubaca.

Eh! Kalau aku cakap nakdia, boleh ke beri? Terkejut tapir nanti.

“Tariklah tangan aku ni. Kakiaku sakitlah. Macam tak boleh berdiri.” Sekali lagi kedua tangan aku goyangkanlembut untuk dia segera sambut. Shark mencebik.

“Tak payah nak mengadasangat. Tadi elok aje kau bangun dan berdiri. Tak nampak sakit pun. Aku taktertipu dengan taktik kotor kau ni. Dah, bangun sendiri.” Suaranya tegas. Terusaku tarik muka. Memang tidak menjadi akalku kali ini. Kononnya mahu tengokkeprihatinan dia. Memang prihatin sangat sampai dia tahu aku hanyaberpura-pura. Eleh, tadi kata ambil berat pasal aku. Baru nak bermanja sikit,dia tidak layan. Hampeh!

“Dahlah, aku nak balik.” Akusudah bangun dan memulakan langkah.

“Aku serius Xandra. Haritu kau hampir kena pukul. Hmm... more to...nak kena culik kot. Hari ni ada orang nak langgar kau dengan sengaja. Siapamereka semua tu? Apa mereka nak dari kau?”

Soalan... Mengalahkanpolis. Langkahku jadi perlahan sebelum ia terhenti. Tapi aku masih mampu senyumlagi. Tidak mahu Shark sangka yang bukan-bukan. Lagipun aku belum bersediauntuk berkongsi apa-apa cerita dengannya. Shark menghampiriku dan kami berjalanberiringan. Langkah yang santai. Eh! Seiring dan sejalanlah pula...

“Tak ada apalah. Merekasalah orang agaknya,” dalihku. Sambil berjalan, wajah Shark aku pandang. Amboi!Dia memang tengah tenung aku dari tadi atau kebetulan pandangan kami berpapasan?Tajam benar pandangan dia. Jalan tu tengok depanlah. Karang kalau terlanggartiang atau pokok, aku juga yang disalahkan. Kemudian terlihat kerutan terentangdidahinya. Tidak mahu percaya cakap akulah tu.

“Kalau sekali mungkinsalah orang. Aku boleh percaya. Tapi ini dah kali kedua, Xandra. Kau ingat aku nakpercaya? Hah? Sebelum ni pun aku perasan ada orang perhati dan ikut kau. Bilaaku follow, orang tu cepat-cepatpergi. Kau tak perasan semua tu kan?”

Langkahku terhentiserta-merta. Wajah Shark aku cari. Sukar apabila dia masih meneruskan langkahwalaupun perlahan. Lantas aku tarik lengannya memaksa dia berhenti. Tersentakdia.

“Wei! Kau apa hal?” Terkejutdia dengan tindakanku. Dia pandang sekeliling. Agaknya dia ingat aku tarik diasebab ada sesuatu yang menarik perhatianku.

“Aku nak tanya ni... Betulke ada orang ikut aku?”

Shark pandang muka akuagak lama.

“Betul kau tak perasan?”soalnya balik. Aku menggeleng. Memang aku tidak pernah sedar keadaan itu. Sharkjuga geleng kepala. Macam orang sesal lagaknya.

“Bahaya betul kau niXandra...” gumamnya perlahan. Keningku berkerut. Tidak faham maksudnya.

“Kau cakap apa? Akubahaya? Bahayakan siapa?” soalku kurang jelas.

“Bukan! Maksud aku keadaantu boleh bahayakan diri kau tu.”

Barulah aku faham. Akutarik nafas dalam. Apa aku hendak cakap pada dia, ya?

“Tak ada apa-apalahrasanya.”

“Kau ni ambil mudah aje,kan? Tak takut kalau perkara macam hari tu jadi lagi kat kau?”

“Tak.”

Mengecil mata Sharkpandang aku.

“Xandra... Kau tak bolehmacam ni. Jangan bahayakan diri sendiri. Kau kena peka, kena sentiasa bersiapsedia. Jangan sampai orang ambil kesempatan terhadap diri kau. Faham?”

Seriau aku dengar Sharkcakap macam itu. Tambahan pula kedua tangannya sudah memegang bahuku. Dia mahubuat apa?

“Wei! Apa ni. Kau yangjangan macam ni patutnya. Menakutkan aku, tahu tak? Ke kau yang nak ambilkesempatan terhadap aku ni, hah? Mentang-mentanglah kat sini tak ramai orang. Sukahati kau aje nak sentuh aku, ya?” Aku tepis kedua tangannya. Shark tidakbertindak balas. Hanya memandang aku. Wei! Betullah, aku seriau dengan perangaidia hari ini. Lain macam!

“Xandra, aku...”

“Kau apa?” potongku laju.Shark terkedu bila suara aku naik mendadak. “Hah? Yang kau baik sangat denganaku kebelakangan ni, kenapa? Apa agenda kau? Ke kau ada kaitan dengan merekayang cuba ekori aku tu? Sebab tu kau sentiasa ada kat tempat kejadian,” tebakkutanpa usul periksa. Aku tidak tahu hendak gambarkan macam mana aku rasa saatini. Marah, geram, semua ada.

“Kau jangan tuduh aku macamtu, Xandra. Ya, aku akui selama ni kau dengan aku memang tak boleh bertemuroma. Selalu aje nak bertekak. Tapi, aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba akurasa...”

“Kau rasa apa? Kau jangannak merepek yang bukan-bukan pulak, Shark. Aku tak nak dengar kalau kau nak katakau sukakan aku,” potongku lagi. Kata-kata dia boleh buat bulu roma aku berdiridan menari.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Azleya Shadzalin