Home Novel Cinta MISI CURI HATI
MISI CURI HATI
Azleya Shadzalin
31/8/2019 10:35:48
9,623
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

AKU pelik. Dari tadi hanya Shark yang bercakap. Kawan-kawan dia yang lain sudah bisu, ke?

“Kalau korang nak pergi, pergilah. I’m not going.” Itu keputusanku. Tika itu aku sedang mengemas semua buku dan barang-barangku yang bersepah di atas meja. Aku pun sudah bangun dari duduk. Sempat lagi aku sedut air berkarbonat yang masih berbaki. Tidak senonoh betul kan aku ni. Mengemas dan minum sambil berdiri. Macam tidak cukup tanah hendak berlari.

“Kenapa pulak ni, Xandra? Tadi kata,okey aje. Tiba-tiba tukar fikiran,” bantah Fea pula.

“Aku rasa nak buat overtime pulak hari ni. Korang carry onlah ya. Aku nak balik bengkel. Sambung kerja,” ujarku lagi.

“Bukan bos kau cakap tadi dia bagi pelepasan untuk kau balik awal ke hari ni? Mana ada dia suruh buat overtime, Xandra.” Tira pula meluahkan rasa tidak puas hati. Aku faham kenapa. Mesti dia tidak seronok kerana sudah kurang seorang dari kami.

“Memanglah dia tak suruh aku buat overtime. Sekarang ni aku yang nak,”balasku sambil angkut segala harta bendaku dan berkira mahu berlalu.

“Siapa benarkan kau pergi? Kan kawan kaudah cakap yang bos kau bagi pelepasan awal. Aku pun boleh call Arif sekarang ni kalau kau nak.” Shark sudah halang laluanku.

“Siapa kau yang nak sibuk hal aku?”

Shark angkat kedua tangan separas bahu.Tanda mengalah dengan kemahuanku. Tetapi, dia tetap tidak membenarkan aku melintasinya.Sementelah aku duduk di kerusi yang hampir dengan dinding. Di kiriku pula pagar besi. Aku terkepung.

“Takkanlah sebab we all nak join, kau ubah fikiran. Tak kesian dengan kawan-kawan kau ke? Tak baik mungkir janji, Xandra.”

“Kau peduli apa?”

“Eh! Mestilah aku peduli. Aku tak nak nanti disebabkan kami, kau jadi munafik.”

Ek eleh! Tercarik senyum sinis aku.

“Xandra tak pergi, aku pun tak pergi.”Tiba-tiba Kris bersuara. Aku pandang dia dengan tajam. Apa hal? Hisy! Dia ini...

“You nak pergi, pergi ajelah. Kenapa nak ikut I pulak. I tak halang, Kris.”

“Semua yang lain dah ada couple, Xandra. You nak I couple dengan kerusi kosong aje ke? It’s really unfair.”

Terus mataku menghala ke arah rakan-rakanku. Amboi! Masing-masing sudah duduk selesa dengan pasangan bak kata Kris tadi. Shark dengan Fea. Eyan dengan Raisya. Ash pula sudah tentu bersama Tira.Kris? Couple dengan bangku apa salahnya. Okeylah tu. Tak adalah banyak sangat dosa. Itu pun tak reti ke? Nak aku juga sekolahkan. Pakkal dia ni... Haish! Tak payah sebutlah. Habis pecah rahsia aku karang.

“Xan, kau dah janji nak keluar dengan kita orang, kan? Janganlah macam ni. Tak syoklah kalau kau tak ada.” Fea cuba pujuk aku.

“Aku nak overtime, Fea. Kau faham tak? Lain kalilah kita keluar sama, okey. I really cannot make it today. Sorry, girls.”

“Kenapa? Kalau kau tak cukup duit, kami ada. Aku dengan kawan-kawan aku boleh payung kau dengan kawan-kawan kau. Tak jadi hal pun. Right, guys?”

Kawan-kawannya mengangguk kecuali Kris.Lelaki ini memang susah mahu senyum. Mahal sungguh senyuman dia, kan?

It’snot about money at all, okay.” Suara aku sudah mula tinggi sedikit. Dia ingat duit boleh beli segalanya. Kerana duitlah aku jadi macam ini. Hidup dalam pelarian.

Then?”tekan Shark lagi. “Susah betul eh, kau nak keluar sama dengan kita orang.Kenapa? Kita orang ni jahat sangat ke pada pandangan mata kau. Aku perhatikan dari awal kau masuk kolej tu, kau tak pernah nak berbaik dengan kita orang.Kenapa, Xandra?”

Siapa yang selalu cari pasal? Bukan dia dan kawan-kawan dia, ke? Siapa kata aku tak pernah baik dengan mereka? Aku baik saja dengan Kris. Cuma untuk mesra terlebih sangat hingga laga-laga pipi,memang tidaklah. Haram!

“Baguslah kalau kau sedar yang aku ni susah nak keluar dengan ‘korang’. Aku memang macam itu. Nak buat macam mana,kan? Aku tak suka keluar dengan lelaki. Is that clear?”

“Kau tak suka lelaki? Kau ni lesbian ke apa?”

“Cakap jangan ikut sedap mulut kau aje,ya? Aku cakap aku tak suka keluar dengan lelaki. Bukan tak suka lelaki. Telingakau letak kat mana? Kalau aku lesbian sekali pun, apa kau peduli? Aku susahkan kau, ke?” Selarku lantang.

“Okey, faham... Tapi, apa salahnya kali ni kau ikut kami. Just once, Xandra. This time only. Takkan kau nak jadi punca Kris tak ikut kami? Kris suka cerita-cerita macam tu, Xandra. Dia mesti nak tengok. Ya, memang dia boleh tengok lain kali. Tapi tentu tak sama kalau kita tengok ramai-ramai macam ni.Meriah. Come on, Xandra. Kita orang bukan nak buat apa pun. Just watch movie together. Boleh tak sekali dalam hidup kau, lupakan yang kita pernah berbalah. Kita berdamai kali ni. For the sake of our friends.” Suara Shark seperti merayu. Aku terkedu. Nafas dalam kuhela. Aku memang tidak mahu jadi punca apa pun sebenarnya.

Okay,Fine! Kali ni aje. Aku ikut sebab Kris, bukan sebab kau,” putusku. Aku terus bangun dan masukkan buku dan notaku ke dalam beg sandang dengan kasar.Tanda protesku. Biarlah mereka tahu aku tidak sepenuh rela.

“Kalau tak ikhlas nak pergi, tak payahlah Xandra. Kau terpaksa, kan?” Wajah Shark sudah sedikit tegang. Aku buat tak peduli saja. Aku yang sepatutnya marah, bukan dia. Apa masalah dia hendak marah aku pula, kan? Dia yang memaksa.

“Jangan banyak bunyi, boleh tak? You all nak tengok sangat, kan? Let’s go!” ajakku yang sudah memulakan langkah. Semua terkedu dengan tingkahku. Pandang aku seperti mahu tembus.Lebih-lebih lagi Kris. Tidak pernah nampak orang marah, ke?

Perjalananku dihalang. Kris berdiri benar-benar hampir di depanku. Apa hal pula dengan dia ini? Sedar ke tidak bahawa banyak mata yang sedang memandang kami. Dia pandang aku dengan tajam.

“I rasa baik you balik aje, Xandra.”

Giliran aku pula pandang dia dengan tajam.

“Kenapa pulak? Tadi bukan main nak tengok sangat.”

“I dah tak ada hati nak tengok. Lain kali kita boleh tengok. Dah, balik ajelah.”

“Kita? You kata ‘kita’? No way! Tak ada lain kali, okey. Kalau nak tengok, hari ni. Hari lain no more,’jawabku tegas.

Kris pandang aku agak lama sebelum jongket bahu. Rakan-rakannya yang lain termasuk rakan-rakanku hanya membatukan diri. Setakat berani pandang dan dengar. Aku, jika sudah angin naik satu badan,boleh bergegar bangunan ni aku kerjakan. Rakan-rakanku sudah tahu perangaiku.Cuma Kris dan rakan-rakannya tidak pernah tahu. Pedulikanlah.

 

“YOU tak selesa, ya?” tanya Kris sebaik saja cerita bermula. Aku yang duduk bersebelahan dengannya, menoleh. Ikut hati memang aku mahu duduk sebatu dari dia. Memandangkan rakan-rakanku semuanya sudah selesa dengan ‘pasangan’ masing-masing, aku akur juga. Sebelum itu terkeluar juga suara bantahanku. Tapi, dipangkas deras oleh Tira. Rasa hendak lempang laju-laju saja kawan aku yang seorang ni. Dapat couple dengan mamat handsome sikit dari Keanu Reeve sudah kerek. Lupa kawan betul!

“Tak ada yang lebih selesa selain dapat baring kat rumah tanpa gangguan. I ngantuk, tahu tak?” Selamba aku menguap.Kali ini sedikit pun tidak kupandang wajahnya. Mata kuhalakan ke layar perak walaupun aku sedar matanya masih tunak merenung sisi wajahku. Aku peduli apa.

So,sleep well. Here,” balasnya perlahan sedikit berbisik. Aku yang tidak puas hati dengan makna ‘here’ itu segera menoleh kerana mahu tahu di mana yang dimaksudkannya. Bulat mataku bila tangannya kanannya masih menepuk bahu kiri beberapa kali sambil tersenyum penuh makna. Terus aku tegakkan semula pandangan sambil menyandarkan kepala ke kerusi. Dari layan dia cakap perkara merepek,baik aku tengok movie. Tengoklah sangat, kan? Tak percaya? Tengok apa jadi nanti.

 

“AMBOI! Bukan main lagi merpati dua sejoli ni. Tak agak-agak.” Sayup-sayup aku dengar suara sumbang. Kacau daun betul. Orang nak tidur pun tak senang. Aku semakin mengemaskan pelukan tubuhku.Sejuk!

“Wei! Bangunlah. Tak cukup drama kat dalam wayang, kau orang berdua pun buat drama jugak.” Satu suara lagi yang mengganggu pendengaranku. Buat drama apanya ni? Sibuklah mereka semua ni. Satu gerakan kecil mengakibatkan kepalaku sedikit bergerak. Apa hal ni? Gempa bumi?

“Xandra, bangun. Hei... bangun.”Panggilan lembut yang menyapa telinga membuatkan aku terpisat-pisat. Mata yang kelat aku paksa untuk terbuka. 

Eh! Kenapa semua benda nampak senget di mataku?Macam nak terbalik saja. Aku fokuskan pandangan. Rakan-rakanku dan rakan-rakan Kris ada di sekitarku. Mereka pandang aku dengan pelik. Rakan-rakan Kris? Mana Kris? Terus tegak kepalaku. Aku toleh ke sebelah kananku. Baru aku tersedar. Masya-ALLAH... Sah lagi sahih aku tertidur dengan kepalaku sedap landing di bahunya. Patutlah semua benda aku pandang senget saja sebentar tadi. Adoi!

“Seronok eh kau Xan! Landing baik punya. Orang lain tengok wayang, bising-bising macam tadi, kau boleh membuta pulak. Sempat mimpi tak?”perli Fea buat muka aku semakin membahang. Aku jeling Fea sampai naik juling biji mata. Mimpi kepala otak dia.

“Kan kau tahu aku tak suka tengok wayang so, aku tidurlah. Macam tak biasa pulak.”

“Kau pun seronoklah, Kris. Sama naik.Pipi kau siap landing atas kepala Xandra lagi,” ujar Eyan pula. Aku sudah tidak tahu muka aku bertukar jadi warna apa. Warna ungu kot! Malu siot!

“Seronok apa? Naik bengkok tulang bahu aku ni,” sahut Kris pula. Aku lihat dia sedang meregangkan otot-otot bahunya.Melampau sungguh! Yang pipi dia landing cantik atas kepala aku, tidak apa pula? Nasib baik hoddie di kepala tidak tersingkap. Bergegar otak aku ni, dia tak fikir pun.

“Bengkoklah sangat! Aku tengok macam bahagia aje tadi. Lena diulit intan,” komen Shark pula.

Makin tambah bahang muka aku. Agaknya masa ni sudah tukar jadi warna kelabu asap.

“Dia yang lena. Aku terpaksa rela dalam sengsara.”

Cis! Ayat Kris memang buat aku sakit jiwa. Dia ingat aku hendak sangat biarkan kepalaku landing kat bahu dia? Tidak sengaja okey.

“You ingat I nak sangat tidur berbantalkan bahu you? Macam nilah... Kira I hutang you. Nanti senang-senang I belanja you makan untuk bayar balik hutang I tertumpang tidur di bahu you. Okeylah, I gerak dulu. Nak balik sambung tidur. Anyway, terima kasih kerana pinjamkan bahu, Kris. Tak adalah empuk mana. Tapi,bolehlah...” ujarku sambil buat lagak tangan so so saja. Kemudian aku tepuk lembut bahunya yang jadi tempat kepalaku tumpang landing tadi sebelum berlalu.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Azleya Shadzalin