Bab 8

"Nah bunga untuk awak. "

Aku mengeluh perlahan.Huluran daripada Doktor Faiq,aku ambil. 

"Awak tak penat ke bagi saya bunga hari-hari?"soalku.Aku bukan apa, aku tidak mahu dia bazirkan duit semata-mata nak beli bunga untuk aku. 

"Tak. Tak penat langsung. Saya nak tengok awak tersenyum je memanjang.Saya akan lakukan apa sahaja asalkan awak bahagia."ujar Doktor Faiq lalu tersenyum. 

Aku turut tersenyum. 

"Kita pernah kenal ke sebelum ni Faiq? "soalku kepada Faiq.Aku berasa seperti aku pernah berjumpa dengannya dahulu. 

"Hmm... I'm not sure. Why Bella? "

"Nothing. "balasku lalu mengukirkan senyuman terhadapnya.

**********

"Awak, saya hauslah... "

"Awak nak saya ambilkan air? "

Aku mengangguk. Dia mengikuti permintaanku. Air masak di dalam gelas dihulurkan kepadaku. 

"Alololo... Manjanya anak mama dengan Doktor Faiq. Cemburu mama... "ujar mama bergurau. Aku dan Doktor Faiq ketawa serentak dengan gurauan mama. 

"Awak takde rawat pesakit lain ke harini?"tanyaku  kepada Faiq.Aku takutlah kalau Doktor Faiq sanggup tangguhkan kerjanya disebabkan aku. Nanti tak pasal-pasal dia dibuang kerja pula. 

"Hari ini takde... Awak jangan risau ye. Saya akan temankan awak dengan auntie. "

Aku hanya mengangguk perlahan. Air yang tinggal sedikit di dalam gelas diminum. Tekak aku sering dahaga semenjak dua menjak ni. Mungkin kerana cuaca yang panas sekarang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh