"Baring. "
Arah Doktor Faiq kepadaku. Mata aku terbuntang kerana terkejut. Macam mana kalau dia nak buat benda tak elok kat aku?
"Baring jelah... Jangan cepat buruk sangka boleh tak? Dah nak mati pun masih nak buruk sangka."katanya sambil menolak tubuhku agar baring.
Dia berhenti seketika.Mungkin kerana dia sedar,bahawa dia telah mengguris hatiku.
"Maaf. "pintanya sepatah.
Aku tidak membalas sekadar membisu.
Dia memeriksa dada, perut dan belakangku menggunakan stetoskop. Aku hanya membisu dan masih melayan hati yang terguris itu.
"Baiklah. Saya nak awak rehat secukupnnya. Kita akan mulakan rawatan kemoterapi mulai esok. Saya harap awak telah bersedia. Saya telah minta izin dengan mak awak,jadi dia telah bersetuju."
"Okay. "balasku sepatah. Senyuman kelat aku lemparkan ke arahnya. Dia juga turut tersenyum kelat.Selang beberapa saat, dia berlalu keluar dari wad aku.