Home Novel Alternatif Perspektif (Diari Seorang Prosopagnosia)
Perspektif (Diari Seorang Prosopagnosia)
F.Ain.K
2/7/2019 23:35:07
22,238
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
14-4
Tajuk : Kopi Yang Sunyi (Bahagian Empat).



Sekeping kertas kecil dihulurkan kepada aku. Aku yang masih memandang ke arah lelaki itu aneh, perlahan mencapai dan membaca kertas tersebut.


       Bagus kan Jangan Biar Dia Masuk? Saya pun baca.


Dua saat aku ambil untuk memahami bahawa apa yang diperkatakan adalah mengenai buku yang sedang aku baca. Bersilih ganti aku memandang tajuk buku di tangan dan ke arah wajah lelaki itu yang masih tersenyum melihat gelagat aku. 


"Ya best, tapi saya baru je start baca. Nanti kalau saya dah habis baca saya komen ya. Encik buat apa kat sini? Owh ya, datang kafe mestilah nak makan kan. Encik selalu datang sini ke? Saya selalu nampak Encik duduk sorang- sorang kat meja sana. Kenapa‚Ķ." leteranku yang agak panjang dan cara cakap aku yang agak laju untuk menutup gugup aku, nyata menimbulkan kerut di wajah lelaki itu. 


Menyedari hilang sudah senyum dari wajahnya, aku berhenti bercakap dan hanya memandang tepat lelaki itu. 5 saat kami saling memandang. Lelaki itu seolah ingin mengatakan sesuatu. Dan aku masih setia menanti. 


Kertas kecil dan pen segera dicapai lelaki itu setelah tersedar dari terus memandang aku. Dia seolah teragak-agak untuk menulis. Kesempatan ini aku guna untuk melihat dia lebih jelas. Bulu matanya yang lebat. Hidungnya tidak terlalu mancung mahupun rendah. Kulitnya aku rasakan lebih putih dari kulitku. Ada tahi lalat kecil di pipi kanannya. Juga tahi lalat kecil di telinga kanannya. Rambutnya yang hitam lebat dipotong kemas. Cermin mata putih yang dipakainya menaikkan lagi seri wajahnya di mataku. 


Tanpa sedar aku merenung dia sambil tersenyum. 


Batuk kecil mematikan lamunanku. Ternyata dia sudah selesai menulis. 


      Maaf saya pekak. Tak boleh dengar. Tapi saya boleh baca mulut kalau awak cakap perlahan. 


Ternyata betul tekaan kami selama ini. Bahawa lelaki misteri ini tidak boleh berkomunikasi seperti biasa. Kerana itu dia memesan makanan menggunakan kertas. 


Aku membalas semula menggunakan kertas juga. 


Takpe. Kita boleh gunakan kertas untuk bercakap. Rahsia hanya kita tahu. By the way, Encik nak duduk dengan saya? Bosan membaca seorang diri. 


Senyuman lebar dan anggukan lembut dari lelaki itu merupakan titik permulaan persahabatan kami yang ternyata merubah segalanya. Persahabatan yang mengajar aku mengenali siapa aku dan siapa dirinya. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.