Home Cerpen Cinta JANGAN PERNAH BERUBAH
JANGAN PERNAH BERUBAH
PurpleAdnan
22/2/2018 20:41:39
4,903
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Dia melangkah masuk ke dalam rumah itu yang telah dia tinggalkan 2 bulan yang lalu.Matanya mencari disekeliling, dia mendongak memandang ke tingkat atas. Kakinya pelahan-lahan melangkah meniti tangga batu itu. Bunyi batuk kedengaran,kemudian makin jelas. Pintu ditolak pelahan-lahan, dia dapat lihat seoranglelaki sedang menahan batuknya di birai katil. Lelaki itu menoleh sedikit.

                        “Kenapakembali? Bukankah kau sudah pergi?”

                        “Salahkahsaya kembali?”

Lelaki itu cuba bangun, namun duduk kembali. Digagah juga untuk bangunnamun tidak berjaya, dia mahu menghampiri namun dia memberi isyarat agar diatidak menghampiri.

                        “Sudah akukatakan, tinggalkan aku sendiri?”

                        “Tidak!!!”suaranya, sedikit tegas.

                        “Aku takmahu tengok muka kau! Faham tak!”

                        “Kali inisaya takkan pergi...”

                        “Kaumenyusahkan aku...”

                        “Kenapamesti jadi begini? Tolong jangan begini,” pintanya.

                        “Kau takfaham...”

                        “Memang takfaham? Kenapa begini? Terangkan kenapa begini?”

Lelaki itu batuk lagi dan kedengaranya agak parah. Dia menghampiri danmembantu lelaki itu. Dia ditolak, pertolongannya tidak diperlukan. Namun, diamenegaskan juga. Mereka berpandangan, dia dapat lihat didalam mata lelaki itukehadirannya amat lelaki itu perlukan. Dia membantu lelaki itu untuk ke dalambilik air.

                        “Mula hariini, saya tak akan pergi. Saya akan jaga awak...”

 

            Katil telah dikemaskan.Tingkap yang kelihatan sudah lama tertutup, dibuka. Dia menoleh, lelaki itusudah pun keluar dari bilik air. Dia memapah lelaki itu walaupun beberapa kalilelaki itu menempis tangannya.

                        “Tolonglah,jangan macam ni...” pintanya lembut. Dia dapat mendengar dengusan lelaki itu.Dia masih lagi membantu, dipapah lelaki itu sehingga ke kerusi malas.

                        “Sayabawakan bubur kegemaran, abang.”

Lelaki itu memandangnya tepat, barangkali terkejut mendengar panggilanitu. Wanita tersenyum.

                        “Makan...Nah!” suaranya lembut memujuk.

Lelaki itu menurut sahaja, membuka mulut menerima segala suapan wanitaitu. Dikesat jua sisa yang terdapat dibibir lelaki itu. Dia tersenyum keranalelaki itu makan. Kemudian dipapah kembali lelaki itu ke katil. Merekaberpandangan lagi.

                        “Terimakasih...” ringkas sahaja ucapan lelaki itu. Dia mengangguk dan menyelimut tubuhcengkung lelaki itu.

                        “Sekarangabang tidur...”

                        “Kenapa kaukembali, Nuria?” lemah sekali pertanyaan.

                        “Jangantanya lagi, sekarang abang tidur. Rehat!”

“Tolonglah... tinggalkan aku sendiri. Pergi!”

Dia tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

                        “Kali initidak..!”

Lelaki itu berpaling dan memejamkan mata. Wanita bernama Nuria itu,mengeluh dan mengambil semula mangkuk tadi. Dia melangkah keluar dari bilikitu, pintu bilik itu ditutup.

 

            Beberapa kanak-kanakberlari-lari meniti tangga dan kedengaran suara melarang. Dia tersenyum,beberapa kali mak andam membetulkan tudungnya yang sesekali kelihatan senget.Teman-temannya muncul serta mengusik-usiknya, dia tersipu-sipu malu. Paluankompang di laman rumah, bergema bagai memberitahu pengantin lelaki sudahhampir. Mak andam menghabiskan solekkan yang terakhir. Ibu saudaranya munculdan bertanyakan samada dia sudah siap diandam atau belum.

                        “Pengantinlelaki dah tiba!!!” suara di luar melaung. Ibu saudaranya muncul dan membawanyakeluar dari bilik itu.

                        “Baik-baikjatuh pula pengantin tu...”

Suara usik-usikkan kedengaran dan bunyi ketawa kedengaran. Dia senyum,perasaan bercampur-campur. Gembira, sedih, lega dan semuanya berulang-ulang.Dia menarik nafas panjang bila dilihat wajah si suami muncul. Pandang matalelaki itu membuatkan cintanya bertambah dan dia berjanji di dalam hatinya diatakkan meninggalkan lelaki itu.  Walaubagaimana susah pun, cintanya akan tetap kepada lelaki itu.

            Dia tersedar bilaterdengar bunyi batuk lelaki itu, segera dia menghampir lelaki itu. Lelaki itumasih lagi terlelap, dia memegang dahi lelaki itu sedikit panas. Tangannyamencapai tuala yang telah direndam dengan air, diperah tuala itu kemudian diletakkan ke dahi lelaki itu. Dia duduk kembali di kerusi besar itu, album yangtadi dia pegang dicapai kembali. Setiap halaman di dalam album itu dilihat, dansetiap gambar di situ membuatnya tersenyum.

 

           

            Dia terkenang bila diamula bercinta dengan lelaki itu, semua orang mengatakan dia lelaki yang ego.Pernah sekali lelaki itu memarahinya kerana salah cetak nama diatassurat-surat. Tetapi, setelah selesai mesyuarat petang itu dengan penuh gayakelelakiannya, lelaki itu muncul diruang kerjanya dengan jambangan mawar merahdan melutut meminta maaf. Sejak itu mereka makin rapat dan ketika itu cintamula subur dihati masing-masing. Lelaki itu memang pandai mengambil hatinya,walaupun adakala dia kelihatan ego tetapi orangnya lemah lembut serta bersopansantun. Kemudian, lelaki itu melamarnya dan sekelip mata dia bersetuju.Beberapa bulan kemudian lelaki itu, menghantar rombongan meminang dan akhirnyaimpiannya tercapai untuk menjadi isteri kepada lelaki itu. Suara Imammenikahinya masih kedengaran walaupun sudah tiga tahun berlalu, dia mengeluhdan tersenyum sendiri.

            Tetapi itu semua sudahberlalu walaupun kenangan-kenangan itu begitu kuat bermain diingatannya. Diamenoleh ke arah lelaki itu yang terbaring lesu dikatil. Wanita itu memandanglelaki itu, kalau dulu lelaki itu sudah bersiap-siap untuk ke pejabat dengangayanya tetapi tidak lagi kini. Lelaki itu hanya terbaring lesu, sesekalimatanya memandang ke arah tingkap. Air matanya yang mula menitis segera disapu.Dia tidak mahu lelaki itu melihatnya menangis. 

“Abang, sudah masa makan ubat..” suaranya.

                        “Tidak..aku dah tak lalu.”

                        “Janganmacam ni, tolonglah. Sikit saja...” pujuknya lembut.

Lelaki itu memalingkan wajahnya. Tangannya mencapai ubat yang ada diatas meja.

                        “Aku dahkata tak mahu, kau tak faham? Sudah!!! Pergi..! Aku tak mahu lihat wajah kau...Pergi!!!”

Dia menelan air liur kerana tengkingan lelaki itu.

                        “Tidak,abang kena dengar cakap saya. Sekarang makan ubat ni! Tolonglah!” pintanyalagi. Suara yang tadi ditinggikan, direndahkan kembali. Dia memandang lelakiitu, Nuria beristighfar berkali-kali kerana telah meninggikan suara kepada lelakiyang dia gelar suami.

                        “Janganmacam ni, tolonglah...”

Lelaki itu bingkas bangun dari baringannya. Jelas sekali dia mahu bangundari katilnya. Dia mahu membantu tetapi lelaki itu melarang untuk diamendekati, jadi dia hanya mengekori dari belakang sekirannya ada sesuatu yangberlaku. Dia dapat melihat lelaki itu bersandar seketika di dinding sebelummeneruskan perjalanannya ke arah yang ingin dituju.

                        “Abangbiarlah saya bantu?”

Lelaki itu membisu, dia pasti lelaki itu tidak mahu bantuannya. Dia masihmengekori, sesekali dia dapat mendengar bunyi nafas lelaki  itu yang jelas kedengaran. Langkah lelaki itusedikit terhuyung hayang, ini merisaukannya.

                        “Abang nakke mana?”

                        “Biarkanaku!!!” suaranya diselangi batuk.

Nuria mengeluh dan masih mengekori suaminya. Mereka ditingkat bawahrumah, lelaki itu menuju ke ruang tamu. Dia duduk di kerusi goyang yang ada diruangan itu.

                        “Abang nakminum, boleh saya ambilkan?” tanyanya.

                        “Aku katajangan ganggu aku, kau tak faham bahasa ke?” marah lelaki itu namun kemudiandigosok dadanya berkali-kali. Batuknya kedengaran lagi. Nuria memandangsekeliling ruang tamu itu, begitu berhabuk. Barangkali tidak terurus setelahpemergiannya.

                        “Saya tahuabang marahkan saya. Tetapi, saya pohon pada abang berilah saya peluang.Berilah peluang saya menjadi isteri abang, biarlah saya tunaikan tanggungjawabsaya.”

                        “Pergi!!!Pergi!!! Tiada apa yang perlu kau tunaikan disini, Nuria. Dulu sudah akunyatakan. Tiada apa yang berubah...” Nuria tunduk dengan kata-kata lelaki itu.Dia mengalihkan pandangannya kemudian beralih ke laman rumah. Air matanyadikesat. Dipandang rumput hijau dilaman rumah itu, dia terkenang bagaimanalelaki itu memberitahunya tentang penyakit yang dihidapi.  Nuria masih tidak boleh lupakan keadaanketika itu.

                       
                        “Kanser???Kanser???” Matanya memandang lelaki mencari kepastian dimata lelaki itu. Tetapilelaki itu melarikan wajahnya dari renungannya.

                        “Macamana???Boleh diubati tak?” tanyanya bertalu-talu.

                        “Tak adaharapan...” rendah sahaja bunyi suara lelaki itu.

Hatinya luluh mendengar , dia terjelopok di laman itu dan menangis.

                        “Janganmenangis...”

“Kita berubat... kita berubat cara tradisional, homeopati, moden... apasaja cara. Kita cuba...” Wanita itu bangun dan menghampiri suaminya.

Lelaki itu diam mendengar cadangannya. Lelaki itu menjauh dari wanitaitu.

                        “Abang kitatidak boleh biarkan sahaja. Mungkin...”

Lelaki itu berpaling, wajahnya berubah.

                        “Sudah!”tengkingan lelaki itu mengejutkan wanita itu. Dia terkejut dengan tengkinganitu, dipegang dadanya dan beristighfar. Dia mendekatkan dirinya pada lelaki itutetapi tangan lelaki itu pantas menempisnya.

                        “Tidak...janganlah abang begini, kita tidak boleh putus asa. Kita perlu buat sesuatu.Kenapa abang mahu putus asa...”

                        “Sudah!!!Sudah!!! Jangan cakap banyak... Diam... Aku tak mahu dengar apa-apa pun...”suara lelaki itu

                        “Kita jumpaabah dan umi?”

Lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang begitu bengis. Dia sedikitterkesima dengan pandangan itu. Dia tahu lelaki itu tidak mahu apa-apapertolongan dengan abah dan umi.

Guruh berdentum, dia menoleh. Lama sekali dia beradadilaman itu, entah apa yang terjadi kepada suaminya. Dia melangkah masuk, dialihat lelaki itu terlena dikerusi goyang di ruang tamu. Dia berlalu ke bilikdan mengambil selimut dan menyelimut tubuh lelaki itu, dia duduk di sisi lelakiitu. Dia sendiri tidak pasti kenapa lelaki itu membenci ibu bapanya sendiri,tetapi apa yang dia tahu keluarga suaminya tidak pernah merestui perhubungannyaserta perkahwinannya. Seorang kerani mana mungkin bersama dengan anak Tan Sri,itu yang dikatakan ayah lelaki itu. Tetapi lelaki itu berdegil mahu berkahwindengannya. Ketika lelaki itu mula sakit, abahnya tidak pernah sekalimenjenguknya apatah lagi menelefon tetapi dia setia disisi lelaki bergelarsuami itu sehingga suatu hari.

            “Akubenci kau... Kau keluar dari sini. Perempuan tak berguna. Pergi!!!” Itu sahajaperkataan yang keluar dari mulutnya. Perkataan-perkataan yang tidak pernahdibayangkan keluar dari mulut suaminya. Jiwanya patah mendengar sumpah seranahlelaki itu. Lelaki itu membuang semua pakaian dan barang-barangnya malahangambar perkahwinan yang tergantung diruang tamu turut dibuang. Berkali-kali diameminta kemaafan serta penjelasan dari lelaki itu namun tidak berguna. Beribukali dia cuba mencari jawapan dengan perbuatan lelaki itu namun sia-sia, tiadapengakhiran. Dia sendiri tertanya-tanya kenapa lelaki itu menghalaunyasedangkan ketika itu, lelaki itu memang memerlukannya.

                        “Abang nakapa-apa?” tanyanya bila dilihat lelaki itu tersedar dari lenanya. Tangannyapantas membetulkan selimut yang mulai jatuh ke paras pinggang. Lelaki itumemandangnya, dia tersenyum. Lelaki itu cuba untuk bangun.

                        “Abang nakke mana? Beritahu pada saya?” suaranya seakan-akan memujuk. Namun kedegilanlelaki itu membuatnya mengeluh, dia hanya melihat lelaki itu bangun dari kerusigoyang dan berlalu. Nuria mengekori lelaki itu dan hanya membiarkan. Kedegilanlelaki itu tidak pernah berubah walau sepinci pun. Dilihat lelaki itu kembalike katil, mujurlah dia sudah mengemas bilik dan katil itu.

                        “Abang lupamakan ubat?” suaranya.

                        “Aku dahjemu...”

                        “Kalaubegini, macamana nak sembuh...”

Lelaki itu merengus, dia tersedar barangkali dia sudah tersalah kata.Bibir bawah digigitnya.

                        “Abang nakmakan? Nak minum?”

Lelaki itu membetul kedudukan tidurnya. Batuknya kedengaran, agak teruk.Lekas dia mengesat belakang badan lelaki itu seakan-akan mahu meredakan batukitu. Tangannya berhenti menggosok, air matanya mula mengalir dan kedengaran sedunya.

                        “Maafkanabang, Nuria.”

Dia mengesat air matanya dan mengangkat wajahnya. Air mata dikesat namunianya masih mengalir. Lelaki itu menoleh memandang Nuria yang cuba mengeringkanair matanya. Dia mengamati wajah isterinya, wanita itu masih menangis.

                        “Abangtidak pernah bermaksud untuk menyakitkan hatimu.”

Nuria memandang suaminya, lelaki itu kelihatan lemah namun matanyamenceritakan segalanya.

                        “Abangtidak pernah membenci, semakin abang cuba menjauhkan diri dari dirimu semakincinta abang begitu kuat. Ini lebih menyiksakan abang. Semakin abang cubamenjauh semakin dekat. Abang ingatkan dengan buat demikian, abang boleh membunuhcinta itu tetapi ianya silap. Abang silap...”

                        “Abang,Nuria cintakan abang. Tidak pernah ada paksaan didalam hati ini. Hati ini tidakpernah berubah dan tidak akan berubah. Percayalah.” Lelaki itu memegangwajahnya, dia sedikit kaget kerana sudah begitu lama tidak bersama lelaki itu.Namun, dia hanya membiarkan saja lelaki itu menyentuh wajahnya. Dia masihmenangis.

                        “Abangsayangkan Nuria, terlalu sayang sehinggakan abang tak sanggup untuk Nuriamelihat abang sebegini.”

                        “Abang,jangan macam tu. Nuria isteri abang. Kewajiban seorang isteri adalah terhadapsuaminya walau bagaimana susah sekali pun.”

Lelaki itu batuk dan wanita itu dapat melihat betapa sukarnya lelaki ituuntuk menelan air liur. Pelahan-lahan tubuh Nuria diraihkan kedalampelukkannya.

                        “Kasih dancinta Nuria pada abang takkan pernah berubah. Itu janji Nuria sejak dulu lagi,sejak kita diijabkabulkan.”

 

            Katil itu dikemaskan,langsir tingkap dibetulkan ke tempatnya. Dia merenung keluar, burung-burungkelihatan terbang bebas. Dia menarik nafas panjang, cuaca pagi amat baik. Diamelihat dirinya di cermin meja solek, selendang putih dibetulkan. Kakinya berhati-hatimenuruni tangga, jug air dimeja dicapai bersama kunci kereta. Enjin dihidupkandan laju menuju ke destinasi.

                        “Asalamualaikum,abang. Nuria datang,” suaranya diikuti senyuman. Dia bersila dan tangan kananyamenyentuh nisan yang gagah berdiri.

                        “Nuriarindukan abang...” ujarnya dan mengesat air mata. Surah Yassin dikeluarkan dandibacanya, kemudian air didalam jug disiram ke kubur tersebut.

                        “Tinggalya, bang. Esok, Nuria datang lagi.”

Diabingkas bangun, sebelum berlalu dia sempat menoleh dan mengeluh. Esok, masihada masa lagi untuk dia melawat lelaki yang dia cintai walaupun hanya sepasangnisan. Apa yang dia tahu, cintanya tak pernah berubah

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.