Home Alternatif Komedi/Romantik Komedi Precious Day
Precious Day
ae0907
4/5/2022 21:26:17
20,635
Kategori: Alternatif
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 8

Seperti hari-hari cuti sebelumnya, Wafiy akan tidur setelah jarum jam pukul 7 pagi, tetapi kerana ajakan Adam semalam membuatkan dirinya terpaksa meninggalkan bantal busuk kesayangannya. Jejaka itu kini telahpun rapi dengan t-shirt lengan pendek dan seluar jeans dan sedang menyikat rambutya.

"Amboi, pagi-pagi ni nak pergi mana? Awalnya?" tanya Ibu Wafiy yang kebetulan lalu di hadapan biliknya.

"Oh, ibu. Fiy lupa nak bagitahu yang kawan-kawan ada ajak keluar pagi ni."

"Oh yeke? Baguslah. Daripada terperap tinggal waktu pagi dengan tidur, baik pergi jalan-jalan kan?"

Sudah tentu sang ibu sudah mengenali kawan-kawannya. Kerana mereka pernah mengunjungi rumahnya pada hari ketiga dia bersekolah di situ.

Wafiy hanya terkekeh. "Yalah,"

"Nanti makan dulu. Ibu ada buat nasi lemak kat dapur. Ibu nak pergi jemur kain kejap,"

"Ok, ibu."

Wafiy menuju ke meja makan dan mula menyenduk nasi, kuah, kacang dan telur. Tidak lupa sesudu ikan bilis yang rangup. Sungguh, aroma nasi lemak buatan sang ibu adalah yang terbaik.

Sementara ralit menikmati sarapan, Wafiy mengeluarkan telefonnya untuk melihat perbualan di group Whatappsnya. Semalam, sebaik sahaja pulang ke rumah, dia terus membersihkan diri, makan, solat dan tidur apatah lagi mahu melihat notifikasi telefonnya. Perihal ajakan Adam, itupun diberitahu ketika waktu pulang ke sekolah.

Man's Not Hot

LikeJinBTS

Guys, nak peluk!

Biarpun dah tadi tapi

itu ngak bisa menutupi hari

bahagia akuhh #MerahMenang

Atiq
Nganjing banget ini orang (-_-)

LikeJinBTS
Eh, tak baik husnudzon... 

JiyadPark
Takpe Tiq, kita bertahan di
tempat yang sama #HijauBerkilau

Arfan
Yang menang ni kena
payung key? Rayakan
Team sendu #HidupBiru

LikeJinBTS
Ala, fan... Jangan buatku
mengsedih..

Atiq
Weh, si Wafiy masih
di atas katil ke?  Aku tengok last seen dia pukul 6 pagi tadi

JiyadPark
Biasalah... watermelon dah habis energi dia..

LikeJinBTS
Hum, kesian

Hafiz
Asal dowh, aku tertinggal citer

LikeJinBTS
Weh chick! Asal kau tak bagitahu
aku yang kau dapat nombor dua?

Hafiz
Hum, nak bagitahu senarnya,
Cuma... hum biasalah.. tak nak riakk

Atiq
Chick dah berubah guys

JiyadPark
Hum, boleh keluar grup dah ke ni :'(

Arfan
@JiyadPark aku nak ikott

Hafiz
Hum, aku penat...

LikeJinBTS
Weh, btw jangan lupa kul 8.30 esok kita
gerak pantai. Disebabkan rumah sukan
aku win like the real winner chicken dinner, aku nak ajak korang lepak2

Atiq

8.30 malam? Hum, aku malas.

LikeJinBTS

Pagi la! Malam-malam aku kena tahan ngan bapak aku.

Betewe guys, aku kena pratice jadi suami terbaik untuk

si dia.

JiyadPark

Tapi Dam.. Si dia ngak peka 

Atiq

Eh dam! Aku ada cerita! Pm aku!

LikeJinBTS

@TiqTackToe done pm

Arfan

Oi, apa ni pm pm..

sopankah begitu?

Hafiz

Biasalah, ada orang ketiga dalam

menghalalkan si dia.

JiyadPark

Hum, jarang jumpa si kondifent Adam.

nampak cam tolol tapi setia dia...

LikeJinBTS

Oi oi! Aku jadi cctv ni.

Atiq

Adam ni baik je sebenarnya,

cuma buat-buat bodoh.

reality guys...

LikeJinBTS

Guys, jangan puji aku!

Lubang hidung aku dah besar ni.

Meskipun perbualan itu masih berada di pertengahan, namun ianya membuatkan Wafiy hampir tersedak, mujur makanan yang dikunyahnya tidak tersembur. Jejaka itu mengambil minuman dan terbatuk kecil.

"Kenapa ni?" tanya Ibu Wafiy yang baru sahaja tiba dengan sebuah bakul kosong.

'Tersedak, ibu." Ucap Wafiy yang masih mengusap lehernya. Mujurlah tadi suapan terakhir.

Ibu Wafiy hanya menggeleng dan melanjutkan langkahnya ke arah bilik mandi yang terletak bersebelahan dapur.

****

"Hum, ni la melayu. Lepasni kalau ada nak keluar lagi, memang aku tak join. Serius!"

"Aku dah agak. Dieorang pasti plan,"

"Tiq dan Dam ke?"

"Siapa lagi? Dieorang berdua je yang tak datang lagi,"

Jiyad, Wafiy, Farhan dan Hafiz sudahpun berada di sebuah pondok berhampiran dengan persisiran pantai. Beginilah jikanya mengharapkan 'payung' daripada seseorang yang jengkel seperti Adam. Meskipun begitu, mereka cukup menikmati hembusan angin sambil bermain permainan video di telefon masing-masing.

"Weh, Fiy. Kau tak masuk meeting grup semalam. Asal? Penat sangat ke?" soal Arfan sambil tangannya ligat menekan skrin.

"Haah, badan aku letih sangat. Nak main bateri phone aku low. Malas nak main sambil cas, panas." Ujar Wafiy.

"Btw kan, aku tengok semalam si Adam tu macam ifeel je dengan si Daniel tu." Hafiz membuka topik.

"Haha! Tak perasan pulak aku. Sebab aku fikir nak balik je. Lagipun si Daniel yang dapat nombor satu kan? Ketua rumah biru dia kan?" tanya Jiyad.

"Haah, ketua rumah biru."

"By the way, aku nak tanya korang. Jambori tu apa?"

"Jambori? Kau tahu mana istilah tu?" soal Jiyad, pura-pura serius.

"Aku dengar dari budak form five, dengar kata tu acara tahunan. Wajib masuk, kalau tak masuk dalam senarai hitam,"

Arfan memutar bola matanya malas. "Tu bukan acara melainkan kem askar,"

"Huh?" Wafiy mengernyit bingung.

"Jambori ni macam kem perkhemahan tahunan. Ha, gitu. Tiga hari dua malam. Sepanjang hari tu rasa macam mental kau hilang sekejap kalau ada aktiviti-aktiviti lasak."

"Ah..."

"Weh, aci tak tahun ni aku tak nak masuk? Mustahak..." rengek Hafiz.

"Apahal topik Jambori pulak korang ni? Hari sukan tak habis lagi. Rileks lu!" Orang yang semememangnya ditunggu mereka akhirnya tiba jua. Entah bila berada di samping mereka sedar tadi, mereka tidak begitu perasan kerana ralit bermain sembari bercakap.

"Dasar, janji melayu!" desis Jiyad geram.

Manakala yang dimarahi hanya terkekeh seketika sebelum berwajah datar. Remaja itu meletakkan seplastik besar di tengah-tengah mereka.

"Aku lambat ni bersebab tau! Korang ni suka suu'dzon aku. Aku masak la beb. Nasi goreng speacial pagi tadi. Saja nak bagi korang datang awal supaya bila aku datang korang tak lapar."

Arfan menggosok matanya berkali-kali. "Serius ni Dam? Sejak bila kau baik ni? Ni mesti ada apa-apa ni. Takut aku,"

"Ni lah manusia, kawan baik sikit terus kecam..." Adam mendengus membuatkan rakan-rakannya yang lain tertawa.

"By the way, mana Atiq weh? Dia tak datang sekali dengan kau?" soal Jiyad.

"Oh, Atiq? Dia pergi beli air. Nanti sampai la tu?" balas Adam.

"Huwa, ni baru namanya 'payung'!"

*****

Suasana pagi di sekolah terlihat agak legang dengan kehadiran pelajar yang tidak terlalu ramai seperti kebiasaan. Maklumlah, pada hujung minggu lalu berlangsungnya acara merentas desa yang melibatkan semua pelajar. Disebabkan itulah di kebanyakan mereka yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, ataupun masih malas menuju ke sekolah. Dan, salah satu daripada mereka adalah Aira.

"Aira tak datang?" soal Amirah sebaik sahaja meletakkan begnya di atas kerusi.

"Rasanya tak. Awak tahu kan yang dia tu ada anemia?" ujar Damia sambil membaca sebuah buku tebal yang berbalut kertas warna.

"Ha, baca apa tu?" tanya Imani, menyipitkan matanya, cuba menghipotesis objek itu.

Damia mendelik sembari menunjukkan jemarinya di bibirnya. "Jangan bongkarkan,"

"Sudah kuduga," Safiya yang baru sahaja hanya terkekeh.

Katakan Damia ini tidak takut membawa barangan terlarang ke sekolah iaitu novel. Namun, beruntungnya gadis itu tidak pernah ditangkap ketika ada spotcheck mendadak. Entah di mana gadis itu sorokkan, hanya Tuhan dan dirinya sahaja yang tahu. Bahkan Aisha, Kira dan Dhiya yang merupakan pengawas itu pun tidak menyedarinya meskipun tahu.

"By the way, saya nak cerita ni. Awak tahu tak novel ni buat saya stress gila!"

"Huh? Pasal apa?" tanya Amirah yang mual tertarik dengan topik Damia. Dia kemudian mengeluarkan satu bar coklat dan membagikan kepada Damia, Imani dan Safiya kerana hanya mereka berempat sahaja yang datang.

"Pasal cerita ni la, cerita dia pasal perempuan buta, and lelaki bisu. Kisah dieorang berdua ni sedih.."

"Weh, serius sedih," kata-kata seseorang yang sedikit garau membuatkan mereka berempat terkejut dan menjerit.

"Yak!!!"

Adam tertawa namun tawanya tidak bertahan lama kerana menerima banyak pukulan beg membuatkan badannya meringis.

Sementara itu, di tempat duduk hadapan, Atiq dam Jiyad hanya menggelengkan kepala melihat kerenah Adam.

"Tiq, pinjam buku Math." Ujar Jiyad sembari mengeluarkan buku latihanya.

"Asal? Kau tak siap?" soal Atiq yang turut melakukan hal yang sama.

"Bukan setakat tak siap, sedikit habuk pun aku tak faham." Dengus Jiyad membuatkan Atiq terbahak.

"Sies dowh? Dah la lima muka surat! Kena buat jalan kira pulak tu! Dan yang paling teruk, masa pertama kelas Math!"

"Itulah yang aku datang awal ni." Kata Jiyad.

"Nah," Atiq menghulurkan bukunya kepada Jiyad.

"Thanks Tiq, kau kawan sahabat sehidup semati aku." Jiyad menyengir membuatkan Atiq mendelik.

"Eww,"

"Woi, Adam! Kau buat apa kat sana?" Hafiz yang baru tiba mula berbicara heboh membuatkan Adam yang menyandar di dinding belakang mendengus.

Oh ya, soal tadi Adam mengatakan bahawa dia tertarik untuk mendengar cerita Damia dan diiyakan juga. Hasilnya, remaja itu berdiri sambil bersandar pada dinding sembari mendengar cerita.

"Hal gigurls," jawab Adam spontan membuatkan keempat-empat gadis itu tertawa.

"Dasar," Hafiz lantas menuju ke tempat duduknya.

"Pergh, dapat ilham mana datang awal?" soal Hafiz dengan nada mengejek kepada Jiyad.

Jiyad menjeling. "Semua orang boleh berubah,"

"Hadow...," Hafiz terkekeh.

"Jangan terpedaya, Fiz. Ada udang di sebalik buku latihan."

Hafiz tersenyum sinis. "I see,"

"Kau siap dah ke? Seriously?" soal Atiq.

"Aku pun sebenarnya nak tiru juga. Jap, aku nak amik buku."

"Ceh!"

****

Hari ini giliran Aisha dan Dhiya bertugas di pintu pagar. Oleh kerana Aisha masih belum datang, Kaira berinsiatif untuk menemani Dhiya.

"Dengar kata Aira demam, betulkah?" soal Kaira sambil memerhatikan beberapa pelajar yang baru sahaja masuk ke dalam kawasan sekolah.

"Haah," jawab Dhiya. "Sebenarnya dia tu tak boleh sertai acara merentas desa sebab tapi dia nak jugak."

Aira mengalami penyakit anemia.. Gadis itu sering kelelahan dan akan selalu memakan ubat 'tambah darah' mengikut masa yang ditetapkan. Namun, gadis itu selalu bersikap biasa sahaja dan sebab itulah ramai yang tidak menyedari bahkan lupa bahawa Aira mengalami penyakit itu.

Kaira mengangguk. "Awak jadi menginap rumah Aisha tak?"

"Ya Allah!" Dhiya menepuk dahi. 'Saya lupa, serius!"

Kaira terkekeh. "Tak apa, sempat lagi nak tanya. Hari khamis nanti kan?

"Balik nanti saya kena terus tanya,"

Perbualan mereka terhenti tatkala melihat sebuah kereta yang sangat mereka kenali berhenti di depan pagar.

"Dah datang dah, cik Bella dan cik Aisha kita."

****

Bella menuju ke kelas seorang diri kerana Aisha, Dhiya dan Kaira mempunyai perbincangan dengan penolong ketua pengawas yang kebetulan mencari mereka bertiga ketika mereka dalam perjalanan ke kelas.

Sejujurnya, Bella mahu cepat kerana dia harus menyelesaikan satu soalan Matematik yang belum berjaya dituntaskannya. Dan, orang yang paling tepat semestinya Imani.

Namun sebaik sahaja dia mahu menghampiri tangga, tiba-tiba dia melihat atensi seseorang yang sangat dia kurang senangi. Siapa lagi kalau bukan Wafiy.

"Haih, kau lagi."

See? Baru nampak sudah mempunyai tahap keperasanan yang tinggi!

"Penat la Bikai. Lelah, tahu?"

Wafiy ketawa. "Yalah, makguard! By the way, beg belakang tu dah nak muntah. Sila tekap, takut menguturi tangga," jelas Wafiy sebelum melangkah terlebih dahulu membuatkan Bella tercengang.

"Apa?" Bella sedikit blurr sehingga seseorang menepuk belakangnya.

"Ui! Kenapa zip tak tutup?" soal Mayra yang baru sahaja tiba membuatkan Bella menepuk dahinya sendiri.

"Astaga!"

****

"Bangun! Selamat pagi, cikgu Isyam!"

Suara ketua kelas, Harith Izzani diikuti seisi kelas tatkala seorang guru lelaki lengkap berkaca mata masuk ke dalam kelas penuh gaya.

"Good morning guys," seraya melepaskan kaca mata dan meletakkan bukunya di atas meja, cikgu Isyam duduk di atas kerusinya.

"Doa,"

Setelah bacaan doa dan diminta duduk, cikgu Isyam menghela nafas sejenak. Dia mengambil buku rekod kedatangan dan memerhati suasana kelas.

"Siapa yang tak datang hari ni?"

Bagaikan sudah terbiasa, Bella menyahut.

"Aira, cikgu!"

Cikgu Isyam mengernyit. "Kenapa tak datang? Pegal-pegal time merentas desa tak habis lagi?"

"Hum, mungkin kut."

Cikgu Isyam mengangguk kecil. Kemudian dia menoleh ke arah Bella.

"Bella, kenapa tak menang semalam? Habis rumah sukan kita. Di ambang kejatuhan Melayu..."

Percayalah kata-kata yang dilontarkan oleh cikgu Isyam itu dengan nada candaan membuatkan semua pelajar tertawa.

"Ala, cikgu. Dah bukan takdir saya, macam mana?" balas Bella.

"Takdir awak ke takdir kita?"

Ok, kadang-kadang candaan cikgu Isyam ini cukup menggelikan jiwa, namun menyenangkan suasana. Nampaknya, mood lelaki itu terlihat sangat baik.

"Cikgu lari tak semalam cikgu?' soal Adam membuatkan Cikgu Isyam menoleh ke arahnya.

"Eh, ofkos la. Lari dengan motor, korang apa tau."

"Ala, cikgu. Lari naik motor boleh la,"

Mereka tertawa lagi sebelum mula sesi pembelajaran. Pembelajaran kali ini cukup sulit kerana masuk tajuk baharu. Lagipula, kebanyakan mereka tidak terlalu meminati Matematik.

"Ok, masa cikgu dah nak habis. By the way ada yang tak faham?"

"Saya, cikgu." Sahut Aisha yang sedari tadi berkerut sepanjang penerangan.

Cikgu Isyam memandang Aisha sejenak sebelum mula mengemas barang-barang.

"Ok, nanti tanya Imani."

Hal itu membuatkan mereka yang lain menghela nafas. Sudah mengagak jawapan cikgu yang selalu main-main, setelah itu tertawa.

"Rileks, Aisha. Next class cikgu terangkan."

Setelah itu cikgu Isyam keluar dan mereka berehat sebentar menunggu guru subjek lain masuk ke dalam kelas mereka.

"Macam mana soalan tadi ek?" gumam Aisha dan menoleh ke arah Kaira di sebelahnya.

"Awak faham tak tadi?"

Kaira sedikit menggeleng. "Tak terlalu, tapi saya nak tanya Imani nanti."

Bella meregangkan jemarinya. "Huwa, Imani! Nanti ajar saya!"

"Usaha dulu baru jumpa saya! Tumbuk kan!" jawab Imani yang sedang mengajar Safiya yang sudahpun menuju ke arahnya lebih awal.

"Ish!" Bella mendengus. Dia kemudian menoleh ke arah Dhiya yang sedang membetulkan tudungnya yang sedikit senget. Setelah itu, dia melihat tempat kosong sebelah Dhiya yang merupakan tempat Aira yang kosong.

"Haih, bosan pulak si Aira tak datang. Rindu nak kacau," ucap Bella.

"Haahlah, rindu pula dia." Balas Dhiya.

"By the way awak dah dapat izin dari mak awak yang kita nak pergi rumah Aisha?"

Bella menyeringai. "Of course!"

"Dah, Aira macam mana? Semalam Aisha jumpa tak ibu Aira?" Mayra mencelah.

"Awak dapat datang tak Mayra?" tanya Bella.

Mayra mengangguk. "Awak tahu, saya punyalah pujuk sampai nak keluar air mata. Mujur bagi, hehe."

Bella dan Dhiya tertawa.

"Cuba tanya Aisha, saya lupa pula nak tanya,"

"Aisha!" laungan Bella yang cukup kuat itu turut mendapat perhatian daripada Adam and the gang. Bukan apa, tempat duduk mereka berada cukup jauh.

"Uit! Uit! Ni bukan pasar raya, mak guard! Tak ada pencuri di sini." Seloroh Adam membuatkan mereka semua ketawa kecuali Bella yang mendelik ke arahnya.

"Suka hati la!"

"Kenapa, Bell?" sahut Aisha yang baru sahaja reda tawanya.

"Aira jadi ikut ke?"

Aisha tampak berfikir sejenak sebelum berujar, "Masa rehat nanti saya bagitahu,"

"Ok!"

****

"Hafiz!"

Panggilan itu membuatkan Hafiz yang sedang melangkah bersama rakan-rakannya terhenti. Adam yang kebetulan sedang memaut bahunya juga menghentikan langkah. Seraya menoleh, bibirnya menyeringai sinis.

"Kau ada date dengan abang angkat ke?"

Pertanyaan Adam membuatkan Hafiz mendengus. "Kau nak suruh aku tampar kau sampai kau pengsan ke?"

Bukannya takut, Adam malah tertawa keras membuatkan beberapa pelajar yang melintasi mereka hanya menoleh bingung.

"Ada apa?" soal Hafiz dengan raut wajah yang serius. Jujur, dia sangat lapar dan sangat ingin makan.

"Lepas rehat nanti, cikgu Faiz panggil kau dan Aira naik bilik dia."

Mata Adam melebar luas namun mengingati sesuatu membuatkannya membalas ucapan Mika dengan raut wajah kurang bersahabat.

"Aira tak datang hari ni,"

Mika mengangguk sekilas. "By the way aku pergi dulu,"

Pemergian Mika membuatkan Adam mendecih. "Suka hati je panggil Aira dengan nama panggilan. Dieorang bukannya rapat."

Sementara sedari tadi, Hafiz hanya mengulum senyum menahan tawa. "Acah ah kau, dah aku lapar ni. Ada aku masuk berita sebab kau,"

Adam mendelik. "Dah ah, jom!"

Mereka menuju ke sebuah meja yang sudahpun dicop oleh Wafiy. Terlihat remaja itu sedang memakan bekal yang dibawa seperti biasa.

"Mak kau masak apa?" tanya Adam sebaik sahaja dia duduk bersebelahan Wafiy. Rakan-rakannya yang lain pula masih dalam proses beratur membuatkan Hafiz yang berada di barisan paling belakang mengusap wajahnya kasar.

"Nasi goreng ayam merah," ujar Wafiy tanpa memandang ke arah Adam.

Adam hanya mengangguk seraya menatap ke persekitaran kantin.

"Kau tak lapar ke Dam?"

Adam menoleh. "Aku tak ada selera la, Fiy."

Wafiy mengernyit sembari meneguk air botolnya. "Asal? Sebab Aira tak datang?"

Adam mendengus. "Haih kau ni. Kalau aku suka tak lah selalu diutamakan,"

Wafiy terkekeh. "Astaga,"

"Tapi tu cuma salah satu. Bak kata Si Arfan, satu per empat. Selebihnya, masalah lain."

"Asal kau cam dramatik sangat ni? To the point boleh?"

Adam mendecak. "Ah! Kau ni susah nak ajak kawan eh!"

Wafiy menahan tawa. "Okey, okey. Apa masalahnya?"

Adam menghela nafas. "Aku kena pindah,"

Wafiy hampir tersedak namun menatap Adam tidak percaya.

"Serius, Dam? Kau tak tipu kan?"

Adam menatap Wafiy sembari terkekeh miris. "Aku takkan main-main kalau benda macam ni Fiy."

Wafiy meneguk liur. Sungguh, raut wajah Adam tampak begitu kesal dan ada sedikit rasa sayu. Jujur, sepanjang mereka mengenal, dia tidak pernah melihat reaksi wajah Adam sebegini.

Sangat tidak pernah.

"Tapi..., kenawhy?"

"Nanti aku cerita,"

"Tapi, dieorang tahu dah ke?"

Adam menggeleng. "Belum,"

"Dam, asal kau bagitahu aku dulu ni?"

"Sebab, kalau aku bagitahu Atiq or others, kau rasa dieorang nak cakap dengan aku tak?"

Logik juga.

Siapa yang tidak bersedih dan marah jika ada orang yang sudah dikenal sahabat akan pergi meninggalkan mereka. Itu perit bukan?

"Kau tolong simpan rahsia aku ni ya? Aku percayakan kau, sangat."

****

"Jadi begitulah ceritanya," ucap Aisha sebaik sahaja menyelesaikan penceritaannya.

Mereka semua berada di sebuah bangku kantin yang cukup terpojok ruangannya sembari menyantap hidangan yang dibeli. Cuma, sebahagian besar daripada mereka membawa bekal dan bagi yang tidak membawa, sudah menjadi kelaziman bagi mereka untuk meminta dengan wajah yang dibuat-buat.

"Nasib baiklah ibu Aira bagi. Jujur, masa tu jantung saya degup macam nak keluar!"

Amirah mendengus terkekeh. "Over sangat tuh,"

"Tapi sungguh," celah Kaira. "Tapi, yang penting all of us dapat pergi. Aisha kena masak banyak-banyak and so on la sebab kita tetamu, kan? Kan?"

"Setuju!" sahut mereka yang lain membuatkan Aisha mengerucutkan bibirnya sebelum tertawa riang.

"Sounds good,"

"By the way, hari ni ada perjumpaan rumah sukan untuk tentukan kategori permainan kan?" tanya Hayati.

"Haah, Ya Allah. Saya lupa sungguh. Ingat habis merentas desa, ingat dah habis segala permainan." Ucap Dhiya sambil mengusap wajahnya.

"Sakit kaki merentas desa haritu serius tak hilang lagi," keluh Imani. "Ni saya datang pun sebab bosan duduk rumah."

"By the way, awak semua nak masuk sukan mana? Aisha, Kaira dan Dhiya jangan jawab. Kiteorang tahu," kekeh Damia membuat ketiga orang yang disebutnya hanya mendelik.

"Saya nak masuk lumba lari dengan lompat jauh je. Suka yang olahraga, kalau permainan serius I say no." jawab Hayati tanpa basa basi.

"Sama. Saya nak masuk lumba lari," tungkas Amirah.

"Saya nak masuk pingpong," ujar Damia.

"Saya nak masuk lompat jauh, tu je and titik!" sahut Safiya.

"If me, saya nak masuk lompat jauh dengan lumba lari juga...," belum sempat Mayra menghabiskan kata-katanya, Aisha cepat-cepat memotong.

"Aip, Mayra. Awak wajib eh masuk bola jaring."

Mayra tergelak sebelum mula berujar, "I tak yakin la u,"

"Mana boleh! Awak jadi WA tu power tau!"

"Yalah...,"

"Ha, Bella. Awak pula macam mana?" soal Kaira yang baru selesai menyisip air cola yang dibelinya.

"Entahla. Nak menapak kat padang pun rasa malas." Ujar Bella.

"Astaga Bell, jangan begitu dong." Imani menepuk bahu Bella sehingga menyebabkan gadis itu terhuyung ke belakang.

"Takpe Bell, nanti saya cadang kat kak Safia..."

"Jangan nak mengada-ngada!"

Mereka tertawa kemudian meneruskan sesi makan mereka kerana waktu rehat sudahpun hampir habis.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.