Home Novelet Thriller/Aksi Bidadara Putera
Bidadara Putera
Ruby Maey
2/7/2018 10:17:56
18,498
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 3:2

QAI mengheret kaki keluar dari pejabat Syed Yusof. Dahinya berkerut memandang ke depan.Kelihatan Harris tersengguk-sengguk di atas kerusi taman yang berhadapan pejabat. Di bawah pohon yang merimbun. Nampaknya cuaca redup dengan tiupan angin yang syahdu bernyanyi, telah mendodoikan Harris.

‘Wah, cantik punya bodyguard. Kau tidur ye?’ Qai mengetap bibir. Geram dengan sikap‘malas’ Harris.

Cepat Qai mengangkat tangan kanannya.Hati sudah tekad mahu menyekeh kepala Harris. Namun dengan cepat Harris menyambar pergelangan tangannya. Kuat dan kemas.

“Woi, sakitlah!” jerit Qai. Dahinya berkerut. Dia juga sedikit bingung dengan tindakan Harris.

“Kau rupanya. Maaflah, aku ingatkanmusuh mana nak menyerang aku tadi.” Harris melepaskan tangan Qai yang dia pegang.

“Aik, sudah berubah cara perbualan nampaknya? Musuh? Kelakar sangat, kau pun ada musuh?” sindir Qai. Pergelangan tangan yang mulai naik merah digosok-gosok.

Harris jatuh angguk.

“Ya, musuh… saya kena sentiasa bersedia dalam menjalankan tugas. Nyawa saya adalah taruhannya.” Bersemangat Harris memberitahu tentang tugasnya. Dia juga tegak berdiri dan mata tepat memandang Qai.

Qai ketawa. Mulutnya menyenget.

“Oklah taruhan nyawa… ni ambil beg aku,bawa ke dalam kelas.” Qai menghulurkan beg sandang kesayangannya.

Tetapi…

Bunyi beg jatuh mengundang sorotan mataQai. Beg kesayangan terdampar di tanah, bagaikan kesepian dari warkah kekasih hati. Debuan halus sang pasir pula menerbangkan diri sendiri. Hidung sudah kembang kempis menahan nafas, bimbang debuan masuk ke rongga penafasan.

Kurang ajar! Apahal mamat ni? Gerutu hati kecil Qai.

“Kau apahal?Tadi bukan main depan papa, kau cakap nak lindungi akulah. Patuh arahan akulah.Ni apahal pulak? Pegang beg pun dah tak larat? Ke tangan tu dah terkudung tetiba?” Qai menghamburkan amarah berskala dua kepada Harris. Dan rasa-rasanya api sudah hampir terkeluar dari hidungnya.

Tetapi Harris bermuka stone. Seakan batu jalanan yang kadang-kadang berkelikir dan bertar tengit. Qai sudah mengumpul liur di dalam mulut. Sikit saja lagi mahu dilepaskan cecair itu ke tanah.

“Itu kalau dan aku cakap sekali lagi, KALAU keadaan terdesak. Aku akan patuhi arahan kau tapi ni… aku bukannya kuli kau. I’m not your babysitter. Beg kau, kau angkat sendirilah. Dahlah tu, jom kita kekelas. Aku dah rugi dua masa sebab kau tahu tak? Dan satu lagi aku nak beritahu kau, tuan pengerusi suruh aku hanya awasi dan jaga keselamatan kau bukannya menjadi pengasuh kau, ok.” Sambil tersenget bibirnya, Harris memberitahu tentang sesuatu yang patut Qai ketahui.

“Oh, ye… sebelum terlupa. Dekat sini. Di kolej ni. Jangan cuba menjadi Superman.Hero yang bercawat di luar tu tak laku dekat sini. Silap-silap haribulan, kau lumat dengan kristal hijau tu. Faham?” Harris segera melangkah dengan langkahyang panjang meninggalkan Qai yang sedikit terkulat-kulat.

“Ok,fine. Kalau begitu aku bolehlah buat cara aku tanpa ada gangguan. Bagus jugak tapi siaplah kau mamat bidadara. Ini sang arjuna putera bermata coklat akan menyaingi kau tidak kira dalam apa juga bidang. Dan superman? Bukan saja superman. Aku segala super aku akan jadi nanti. Engkau tengok jelah nanti. Kalau tidak jangan panggil aku Qai….” Qai mengetap gigi.

Dia rasa geram dan tercabar dengan bodyguard yang seakan ‘jaga’ yang diimport dari Negara Pasir Berdengung. Bodyguard yang tak mahu jadi babysitter. Rasanya hampir terjerit Qai dengan satu perkataan itu. Babysitter!

“Jaga-jaga kau mamat bidadara…” Gigidi ketap lebih kuat lagi. Dan beg sandang kesayangannya dicapai sebelum turut beredar dari situ.

 

Previous: Bab 3:1
Next: Bab 3:3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ruby Maey