Home Novelet Islamik Ustaz Razif
Ustaz Razif
ummu bilal
21/1/2018 16:44:32
14,713
Kategori: Novelet
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 2

“Budak ni agaknya tidur lagi.” Teka Puan Mastura apabila melihat bilik Razif masih gelap.

Puan Mastura membuka pintu bilik Razif perlahan-lahan. Gelap. Puan Mastura memetik suis lampu dan serta merta suasana bilik menjadi terang benderang.Terpisat-pisat Razif apabila tidurnya diganggu lagi. Puan Mastura ternyata terkejut apabila melihat nasib jam loceng yang masih lagi di atas lantai. Puan Mastura beristighfar.

            Razif pula apabila melihat ibunya di muka pintu, terus membuang selimut yang membungkus badannya.

            “Tak bangun lagi budak ni!”  Puan Mastura memandang tepat kepada Razif yang cuba melipat selimut.

             "Ala ibu, awal lagi. Hujung minggu kan, bukannya sekolah." Razif cuba memberi alasan kepada ibunya.

             "Awal lagi? Dah nak pukul 7 ni! Bangun cepat sebelum ibu bagitahu abah." gertak Puan Mastura untuk menakut-nakutkan Razif yang sememangnya takutkan ayahnya itu.

“Ibu jangan bagitahu abah.”pinta Razifmemohon simpati. Razif mula terbayangkan rotan yang akan hinggap di tapaktangannya sebentar lagi.

            “Kalautak mahu ibu bagitahu abah, cepat la solat.” Gesa Puan Mastura. “Sekejap lagiabah balik.” Sengaja puan Mastura berkata begitu supaya Razif tidak melengahkanwaktu lagi.

            Mendengarkankata-kata ibunya, Razif segera bangun dan menuju ke bilik air. Puan Masturamenggeleng. Sekarang sudah jam 6.50 pagi dan Razif baru ingin solat Subuh. Apanak jadi dengan Razif. Dari dalam bilik Razif, Puan Mastura terdengar suara pertingkahanantara Razif dan Amar.

            “Abang belum solat subuh lagi? Kalau tak solat masuk neraka tau.” Amar bersuara kuat sehingga cukup didengari oleh Puan Mastura.

            “Diamlah budak kecik!” marah Razif dan seketika kemudian terdengar bunyi pintu bilik airdihempas kuat.

            Puan Mastura beristighfar lagi. Pelbagai gelagat anak-anaknya itu dapat dilihatsetiap hari. Sering juga Razif dan Amar bertengkar walaupun hal kecil. Peningkepala Puan Mastura memikirkannya. Puan Mastura ada juga meminta Razif sebagai anak yang sulung beralah dan bertolak ansur tetapi adakalanya Razif tidak menurut katanya dan terus bertengkar dengan Amar.

            “Dia yang kena beralah dengan Razif sebab dia adik, Razif ni abang.” Begitulah jawapan Razif apabila diminta beralah.

            Razif seperti bangga dengan pangkatnya sebagai abang dan bebas melakukan apa sahaja.Puan Mastura teringat tentang perancangannya bersama suaminya tentang Razif. Mereka berharap Razif  dapat menerima keputusan mereka dengan hati yang terbuka.




Previous: 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.