Home Novelet Cinta Kehadapan Diari
Kehadapan Diari
senjakalamalam
21/1/2018 21:50:50
14,261
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
PROLOG

Kehadapan diari,

Aku takut.Takut memikirkan hari esok.Adakah matahari bakal memancarkan sinarnya atau awan gelap bakal membawa takungan hujan bersama?S.O.S…

***

“Diana!”

Diana tersentak.Tangannya yang sedang mewarkah tercoret ke sisi.

“Ish kau ni.Habis diari aku.”

“Maaflah.Aku tak sengaja”Ujar Syaza lalu melabuh duduk di sebelah Diana.”Tapi kan,ada lagi eh orang yang tulis diari ini?Aku ingatkan sudah ditelan zaman.Ya lah.Sekarang ni kan orang lebih suka update status Facebook dari tulis diari.”

Diana tersenyum nipis.”Kalau kau nak tahu,diari ini aset tau.Kau mungkin tak nampak nilainya sekarang.Tetapi nanti lagi sepuluh tahun,kau akan tahu betapa bernilainya buku ini.”

Syaza hanya mengangguk.Malas hendak memanjangkan topik.”Eh,kau kata nak ajak pergi lab tadi kan?Jomlah!”

“Eh,aku dah lupa.Tunggu kau lah ni!Lambat sangat”Suara Diana sengaja dinaikkan.

“Maaflah…”Balas Syaza dengan senyuman nipis.

 

***

Lagu Surat Cinta untuk Starla kedengaran sayu di cuping teling Syakir sambil merenung panjang helaian buku miliknya.

Sunyi.Sunyi.Sunyi.

Syakir mengeluh lagi.Melihat helaian tersebut dicoret berulang kali.

“Syakir!”

Syakir tersentak lalu menoleh.

“Kau rupanya Adam”Ujarnya setelah earphone ditanggalkan.Buku dikatup.

“Kau buat apa ni?Dah makan?”

“Belum lagi.Kau dah makan?”

“Belum juga.Jom!”

“Boleh juga tu.Kau pergi lah turun dulu.Aku nak kemas kejap”

Adam mengangguk.”Ok aku tunggu kau bawah lab”

Syakir bingkas lalu mengemas segala peralatan miliknya.Buku milik perpustakaan dipulangkan ke tempatnya.

Ding!

Syakir merenung ke arah telefon yang berada di atas meja sebelum dicapai.

“Papa…”Bisiknya di hati.Dirinya mengeluh.Panjang.Tanpa membalas,telefon dimasukkan ke dalam kocek.Syakir melangkah ke tempat simpanan barang.Buku serta alatan lain diletakkan di atas meja.Dirinya masukkan peralatan ke dalam beg dan meninggalkan buku untuk dimasukkan terakhir.

Telefon bimbit berdering membuatkan Syakir kalut mencapai telefon di dalam kocek.

“Yer Adam.Aku nak turun ni”Ujarnya sambil mencapai buku serta beg lalu melangkah turun.Buku dimasukkan ke dalam beg.

 

***

 

“Kau masuklah dulu.Aku nak simpan barang kejap.”

“Kalau macam tu kau tolong letakkan beg aku juga ya.Aku pergi cari tempat duduk.”Syaza menghulurkan begnya.
Diana mengangguk lalu huluran disambut.Diana menyimpan alatan tulisnya beserta diari di tempat simpanan barang sebelum masuk ke dalam lab.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.