Home Novelet Cinta Kehadapan Diari
Kehadapan Diari
senjakalamalam
21/1/2018 21:50:50
14,271
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 3

Dua minggu kemudian…

 

Kehadapan diari,

Adakah kemungkinan ayah dan mama akan bersatu semula?

 

Ohh…Papa dan mama minah ni bercerai rupanya.Bisiknya di dalam hati.Syakir meneruskan bacaan dengan harapan dirinya mampu menemukan tuan empunya buku.Jikalau benar diari ini menceritakan kehidupan minah ni,sudah pasti aku dapat menjumpai tuan empunya buku ini.Dirinya meneruskan bacaan.

 

Kehadapan diari,

Adakah aku bersedia untuk menghadapi perpisahan?Aku tahu ianya amat mudah untuk menasihat dan melihat orang lain menempuh segala dugaan yang diterima.Dan amat mudah untuk memberi nasihat.Namun,aku tidak tahu samada aku bersedia untuk menerima dugaan tersebut...S.O.S

 

S.O.S.Save our soul…Syakir merenung ke hadapan.Melihat panorama yang terbentang untuknya.Aku faham.Bisiknya di dalam hati.Sejak dua minggu lepas membaca diari milik wanita ini,dirinya bagai faham akan situasi yang dialami oleh wanita ini.Pergolakkan,Perpisahan.Semuanya apa yang dia rasakan kini.Sekurangnya,di dalam ceritanya kedua mama papanya masih hidup.Tetapi aku...Syakir memejam matanya lama.

“Maafkan saya…”

Syakir membuka matanya saat ditegur.Dirinya menoleh.

“Awak?!”

 

***

 

Kehadapan diari,

Bawalah aku ke tempat yang aku mampu tinggalkan segala masalah,dunia dan mampu untuk aku mencpai mencapai ketenangan.Adakah tempat tersebut di pekan Kuala Ketil ini?

*edited : Akhirnya aku telah jumpa... ;)

Di mana?Diana menyelak beberapa halaman seterusnya.Namun,tiada menyatakan dimanakah tempat tersebut.Dirinya mengetap kasar.Part yang betul-betul penting jugalah tiada pun!Desisnya kasar.Tempat yang mampu tinggalkan segala masalah?Adakah tempat macam tu di sini?Kalau ada,aku juga benar-benar perlukan tempat sebegitu.Iyalah…Cerita mamat ni dengan cerita aku pun rasanya macam lebih kurang je.Dedua tengah alami kehidupan yang agak complicated.Tempat yang mampu meninggalkan segala masalah dunia untuk mencapai ketenangan…

“Za”

Syaza hanya mendengus.

“Kau rasa ada tak tempat yang boleh bagi ketengan dekat Kuala Ketil ni?”

“Tempat yang mampu memberi ketenangan?”

Diana mengangguk.

“Entahlah.Aku tidak pasti pula.Kenapa?”

“Tiadalah.Di dalam diari mamat ni ada bagitahu.Dia dah jumpa tempat macam tu.”

“Ada dia bagitahu dekat mana?”

“Itulah masalahnya…”

“Teruskanlah membaca wahai Nur Diana...”Ujar Syaza selamba sambil melayan drama kesukaannya itu.

“Haa…Itu pun masalah juga.”

“Masalah?”

“Masalahnya,aku sudah sampai ke penghujung episod.Inilah yang terakhir mamat tu tulis.”

“Maksud kau,apa yang kau baca selama ini hanya sia-sia?”

Diana mengetap bibirnya perlahan.”Agak juga lah…”Jawabnya lemah.

“Bertabahlah…”

“Lupa pula nak bagitahu.Tadi Ummu ada ajak berkelah.Nak ikut?”

“Berkelah?Dekat mana?”

“Entah.Tempat rahsia katanya.”

Diana mengetap bibirnya perlahan.”Bolehlah macam tu.”

Syaza dan Diana mengikuti kereta Amira dari belakang.Entah dimanalah tempat yang mereka bakal bawa ini.Mereka memakirkan kereta di sebuah tanah lapang di bawah sebatang pokok yang besar.Dibawahnya terdapat sungai yang mengalir.Cantik!Bisik Diana di dalam hati.Tenang…Eh,kejap.Tenang?Tenang?Mungkinkah tempat yang dimaksudkan mamat itu tempat ini?Boleh jadi…

Ummu mengeluarkan tikar dari bonet kereta Amira sebelum mengeluarkan juadah ringan yang dibeli mereka di pasar malam.Beberapa minit kemudian,kereta milik Hanan dan Syukri tiba.

“Cantik tak?”Soal Ummu setelah melihat Diana yang sedari tadi teruja dengan panorama yang dihidangkan di hadapan mata.Angin sepoi bahasa yang menampar pipinya lembut amat mendamaikan.

“Aah.Cantik”Jawab Syaza.

“Kitorang memang selalu lepak sini kadang-kadang selepas habis kelas.”Ujar Syafiq sambil membuka bungkusan yang dibeli.

“Selepas ini bolehlah ajak kitorang lagi”

“Beres sahaja kak Syaza”

Usai makan,Diana bingkas lalu berjalan melalui kawasan tersebut.Syaza bertanya ingin teman atau tidak.Namun,Diana menolak.Dirinya mahu berseorang buat seketika.Beberapa minit berjalan,kelihatan seseorang sedang duduk termenung bersebelahan moto.

Mamat tu…Bisiknya di hati.Ya,aku kenal mamat tu.Diana menghampiri lelaki tersebut.

“Maafkan saya…”

Syakir membuka matanya lalu menoleh.

“Awak!”

Diana tersenyum nipis.”Ingat lagi?”

Syakir mengangguk.”Dua puluh sen.”

Mereka ketawa seketika.

“Buat apa sini?Sorang?”Soal Syakir membetulkan duduk.

Diana menggeleng.”Classmate..Diorang buat piknik hujung sana tu.Saja jalan sini sekejap.Tenang rasa dekat sini.”

Syakir mengangguk.”Betul.Tenang.Segala masalah bagaikan hilang bila berada di sini.”

Diana turut mengangguk.”Awak?Sorang ke?”

“Aah.Bila saya ada masalah,saya akan datang sini.Walaupun saya tahu masalah saya tidak akan selesai,setidaknya dengan datang ke sini saya mampu hentikan masa untuk seketika.Tenangkan seketika hati yang penuh dengan masalah”

Sama macam apa yang dikatakan diari.Tenang.Memang tenang.Aku pasti.Sinilah tempat itu.

“Eh,lupa nak tanya nama.Nama awak apa?”

“Diana.Awak?”

“Syakir.Salam kenal”

“Salam kenal…”

Mereka berbual seketika sebelum deringan telefon mematikan perbualan mereka.Syakir mencapai telefonnya yang baru dijumpai lalu panggilan dijawab.

“Mana kau?Tak cukup orang ni.”

“Aku ada tempat biasa.Kejap aku datang”Ujarnya lalu mematikan panggilan.

“Diana,saya pergi dahulu ya.”
“Baiklah.”Jawabnya ringkas…

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.