Home Novel Travelog Kembara berbasikal ke Indonesia 2012 - Semarang - Bali
bab 2 - Perjalanan baru bermula

   bab 2: perjalanan baru bermula. 

     Kami berkayuh menyusuri jalan utama Bandara Ahmad Yani. Aku lihat jalannya agak baik dan lebar. Nampaknya jalan sepanjang lapangan itu dijaga dengan baik.

’Mungkin agaknya laluan ini adalah jalan utama dan pertama kali bagi pelancong melihat wajah Semarang apabila tiba di sini maka ianya di jaga dengan baik.’ aku membuat andaian sendiri.

Semakin lama kami berkayuh makin terasa bahang matahari membakar kulit kami. Angin yang bertiup dari arah hadapan juga terasa bahang kepanasan.

’Panas betul angin ni... rasa macam tempat ini dah lama tak hujan.’ getus dalam hatiku.

Mataku memerhatikan keadaan sekeliling dan melihat pokok-pokok dan rerumputan ditepi jalan dan sekitar laluan kami. Daunnya sudah mulai kekuningan dan ada yang sudah luruh.

’Bukan sahaja daun pokok yang kuning dan luruh, rumput dan lalang yang tumbuh ditepi jalan juga sudah mati kekeringan. Memang tengah musim panas agaknya.’

Suhu yang panas terasa terus menggigit daging lenganku. Aku pun menjeling pada meter kelajuan di handlebar basikalku. Aku lihat suhu pada ketika ini mencecah 35 Celsius.

’Amboi! sampai 35 celsius...memang panas betul. Kalau berkayuh di Malaysia biasanya dalam 28 hingga 32 darjah celsius sahaja.’ gumamku dalam hati.

Suhu ketika itu agak panas berbanding dengan di Malaysia. Jarang benar suhu mencecah tahap seperti ini. Sekali sekala angin yang bertiup... membawa debu dan habuk jalan. Aku terpaksa memejamkan mata dan menahan nafas. Bau aspal jalan juga menyengat hidung bersilih ganti dengan bau asap disel dari lori dan bas yang memotong kami.

’Adoi! nampaknya kenderaan besar di sini banyak yang tidak diselenggarakan dengan baik. Tak tahan betul aku dengan asap yang hitam dan bau busuk menyimbah ke arah aku.’ rungutku dalam hati.

Aku lihat berbagai jenis pengangkutan yang menggunakannya jalan raya tersebut dari basikal, beca, kereta kuda, lori, van dan berbagai jenis kenderaan lagi. Aku rasa agak terhibur dan seronok dengan pemandangan yang pertama kali aku lihat.

’Memang lain dari yang lain tempat ini.’ getus dalam hatiku.

Semakin lama dan semakin jauh kami mengayuh. Semakin kami dapat melihat kehidupan di daerah Semarang ini. Aku mendapati laluan yang kami selusuri itu adalah laluan utama kerana kenderaan di sini sangat banyak dan tidak putus-putus.

”Nuar kayuh baik-baik sikit. Jangan ke tengah sangat. kenderaan dekat sini laju-laju ni.” ujarku memberi ingatan pada Anuar.

Kami terpaksa berkayuh dengan lebih berhati-hati kerana kebanyakkan kenderaan di sini dipandu dengan laju terutamanya lori kontena. Beberapa kali juga kami terpaksa turun hingga ke bahu jalan kerana dihimpit oleh mereka.

”Bahaya lah Nuar...driver kat sini semuanya gila lah. Kalau kayuh ke tengah sikit, silap-silap nanti disapu dengan kenderaan mereka.” jeritku pada Anuar yang berkayuh dibelakangku.

”Ye lah...Meran laju betul lori dekat sini. Dah lah laju siap himpit kita lagi. Tak bertimbang rasa betul.” balas Nuar pada aku.

Ini adalah satu pengalaman yang baru bagi kami kerana terpaksa menangani masalah di jalan raya yang agak merbahaya itu. Aku ingin menyarankan pada sesiapa yang ingin berkayuh basikal ke Tanah Jawa ini pada masa yang akan datang. Anda mesti mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Di Malaysia kita tidak akan menghadapi masalah pemandu yang tidak memperdulikan penunggang basikal. Di Malaysia kebanyakkan pengguna jalan raya akan menghormati pengguna yang lain terutamanya penunggang basikal. Tetapi bukannya di Indonesia ini. Nyawa anda mungkin tidak akan panjang dengan cara kenderaan di sini dipandu.

Sedang asyik kami mengayuh basikal dalam penuh berhati-hati. Tiba-tiba mataku terpandang sesuatu yang kejadian yang agak pelik jauh dihadapan kami. Aku tertarik pada benda yang sedang bergerak itu. Kami berkayuh menghampiri kenderaan yang sedang bergerak agak perlahan disebelah hujung jalan.

Aku lihat dihujung jalan ada sebuah kenderaan seperti kereta api siap dengan gerabaknya lagi. Kenderaan ini menggunakan tayar biasa bukan tayar kereta api. ’Gerabak kereta api dijalan raya!’ sesuatu yang pelik dan tidak pernah berlaku di Malaysia. Kenderaan kereta api itu adalah kenderaan yang sama seperti yang pernah kita jumpa dan lihat tempat-tempat ’Fun Fare’ atau di dalam Zoo. Dalam kereta api kecil itu aku lihat penuh dengan penumpang dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Mereka kelihatan gembira dan teruja.

“Nuar kau tengok tu. Kereta api yang biasa dalam Zoo pun dia orang pakai kat jalanraya.” kataku pada Anuar dan kami berdua ketawa kelucuan.

Banyak perkara yang diluar pemikiran dan keadaan yang biasa kita lihat ditempat kita ada ditempat yang baru. Jika kami tidak berkayuh di sini kami tidak akan melihat keadaan seperti ini. Kami terus mengayuh dengan kelajuan di antara 18 hingga 20km sejam. Bandara Ahmad Yani telah jauh kami tinggalkan. Semakin lama kami berkayuh semakin jelas kehidupan rakyat Indonesia yang kami dapat lihat. Secara kasarnya kehidupaan dan cara hidup mereka sama seperti kita di Malaysia cuma ada sedikit perbezaan dari kita. Yang berbeza mungkin cara berfikir dan budaya sahaja.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.