Home Novel Thriller/Aksi Moonroura
Moonroura
Azlin Liana
6/7/2018 20:40:42
5,602
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 5

      Aku tergelak bahagia. Kupu-kupu putih, ungu dan biru berterbangan riang, mengulit atmosfera bahagiaku. Badanku dipusing beberapa kali sebelum direbahkan di atas rumput hijau. Andai bahagia mampu kekal hingga ke akhir hayat...

      "Awaken synchronicity! Turn into white," laung seorang budak lelaki yang berusia 11 tahun bersungguh-sungguh sambil menunding jari telunjuk ke arah kupu-kupu yang berterbangan. Kelihatan cahaya putih yang halus beralun keluar dari telunjuknya dan menjamah tubuh kecil kupu-kupu. Serta-merta semua kupu-kupu bertukar kepada warna putih dan dia tergelak. Puas hati.

      "Abang... Apa ni? Tak cantik la," protesku sambil menghentak kaki.

      "Cantik la ni!" Kata abang. Aku bangun daripada pembaringan dan menyilangkan tangan ke dada.

      "Tak cantik! Ery nak warna campur-campur macam tadi!" Arahku. Rambutku yang ditoncang dua beralun-alun disapa angin petang.

      Abang menjelirkan lidah. Tidak mahu mengikut arahanku. Aku menarik muka masam dan abang ketawa terbahak-bahak. Apa ni? Tak suka betul!

      "Abang!"

      "Nak nangis la tu," usik abang dengan suara yang sangat 'annoying'. Sengaja mahu menaikkan kemarahanku. Aku menangis dan abang ketawa lagi. Sakitnya hati.

      "Ala... Janganlah nangis Ery," pujuk seorang budak lelaki yang sebaya dengan abang.

      "Saya tukar kupu-kupu tu warna-warni macam tadi, okay?" Pujuknya lagi dan aku berhenti menangis sambil mengangguk. Dia mengesat air mataku dengan sapu tangannya dan tersenyum.

      "Awaken synchronicity. Turn back into colourful," laung budak itu kuat. Api bewarna biru menjalar keluar dari jemarinya dan menjamah badan kupu-kupu yang berterbangan.

      Abang tergelak untuk sekian kalinya apabila kupu-kupu tersebut terbakar dan jatuh ke tanah. Aku semakin galak menangis melihat nasib kupu-kupu itu.

      "Sorry...," ujarnya tersengih malu.

      "The spell should be done with light. Not the fire," terang abang. Sengaja nak tunjuk pandai!

      "Like this!" Abang mula bersedia menunjukkan cara untuk menukarkan warna kupu-kupu.

      "Awaken synchronicity! Turn back into colourful!" Kupu-kupu tersebut kembali bertukar kepada warna putih, ungu dan biru. Aku bersorak gembira sambil bertepuk tangan.

      Budak lelaki itu mengganguk tanda faham dan mula mengeluarkan cahaya biru dari jemarinya.

      Aku membuka mata dan mengangkat wajah. Dadaku yang masih lagi sakit dipegang. Di manakah aku? Ouh. Masih lagi di dalam kereta. Aku tersenyum kelat. Bagaimana aku boleh bermimpi indah dalam kesakitan? Telingaku mengamati bunyi sekeliling. Tidak kedengaran lagi bunyi hujan menyimbah bumi. Tetapi, saki baki kesakitan masih lagi terasa.

      "My head's under water, but I'm breathing fine. You're crazy and I'm out of my mind... " ~🎶

      Eh? Macam mana boleh dengar suara Charlie Puth pulak ni? Jap... Kenapa kereta ni macam bergerak? Siapa yang sedang memandu kat depan tu? Aku memanjangkan leher melihat pemandu di hadapan.

      "Siapa awak? Kenapa pandu kereta saya?" Soalku dengan suara yang lemah.

      "Eh, saya pandu kereta saya lah," jawabnya.

      "Tak. Ini kereta saya."

      Skretttt!

      Bunyi tayar mencengkam jalan bergema di dalam telinga. Aku hampir tergolek di bawah ini kerana tidak mampu mengimbangi diri. Nasib baik tangan ni sempat berpaut pada kepala kerusi. Suasana sunyi seketika sebelum...

      "Arghhh!!! Awak ni siapa? Macam mana boleh ada dalam kereta saya?" Jeritnya, bingit. Aku terkebil-terkebil memandang wajah lelaki itu. Terkejut kerana mataku terlihat pemandangan yang tidak cantik sewaktu dia menjerit. Bergoyang-goyang anak tekaknya yang tergantung di dalam mulut. 'Over'. Satu perkataan yang aku simpulkan kejap sebelum otakku ligat berpusing mengingati apa yang telah terjadi.

      "Awak ni hantu ke?" Soalnya dalam nafas yang tercungap-cungap. Err... What kind of question is that?

      Aku terpandang teddy bear kecil bewarna coklat yang bergoyang-goyang pada cermin pandang belakang. Sah! Ini bukan keretaku. Macam mana aku boleh ada dalam kereta lelaki ni? Aku memandang kembali lelaki yang masih setia menunggu jawapan. Err... Apa yang patut aku cakap?

      "Macam mana awak boleh ada dalam kereta saya?" tanyanya sekali lagi. Aku memutarkan memori tadi kembali. Aku mendongak langit. Berlari-lari ke kereta Mercedes-Benz hitam. Membuka pintu kereta di bahagian belakang dan melompat masuk ke dalam. Wait...! Kenapa aku rasa macam nampak dua kereta Mercedes-Benz yang bewarna hitam. Adakah?

      Tanpa berfikir panjang, aku menguak pintu dan berjalan menuju ke belakang kereta untuk melihat nombor plat. Sah! Bukan nombor plat keretaku. Ha..., sudah! Aku tersalah masuk kereta. Macam mana ni?

      "Cik?" Panggil lelaki itu yang kini berdiri di sebelahku.

      "Erm..., maafkan saya. Saya tersalah masuk kereta. Ingat ke kereta saya sebab kereta kita sama," terangku lalu tersengih kejap. Aku memegang dada yang terasa seperti dicarik-carik. Kenapa kesakitan ini belum lagi hilang? Kepala didongakkan ke dada langit. Patutlah. Hari masih belum puas untuk hujan.

      "Eh, cik? Kenapa ni?" Dia yang perasan aku sedang memegang dada, diserang perasaan cuak.

      "Tak. Tak ada apa-apa," jawabku sebelum terperasan akan sesuatu. Tidak. Dalam keadaan cuaca yang mendung begini, aku perlu menjauhkan diriku daripada manusia. Dia mungkin akan tercedera jika kuasaku tiba-tiba muncul dan aku tidak mampu mengawalnya.

      Aku memusingkan badan dan membuka langkah untuk menjauhinya. Aku perlu pergi sejauh yang mungkin daripadanya.

      "Eh, cik! Cik nak pergi mana?" Soalnya dan turut sama mengikut langkahku. Beberapa saat, dan dia sudah menyaingiku.

      "Apa awak ni? Janganlah ikut saya."

      "Awak nak pergi mana ni? Kalau betul awak tersalah masuk kereta saya, biarlah saya hantar awak semula kat tempat awak letak kereta awak tu," pintanya bersungguh-sungguh.

      "Tak! Tak payah! Saya boleh pergi sendiri," tegasku dengan kaki yang masih melangkah.

      "Pergi dengan apa?" Heshh, lelaki ni! Banyak tanya pulak dalam keadaan genting ni. Nyawa dia dalam bahaya tahu tak? Berani betul nak dekat-dekat dengan aku.

      "Pandai-pandai saya lah. Awak jangan ikut saya boleh tak?"Marahku. Kaki masih lagi setia diatur bersama-sama lelaki ini.

      "Teksi susah nak dapat kat sini. Bus stop sembilan kilometer lagi daripada sini. Biarlah saya hantar awak balik ke hotel tadi. Awak parking kereta awak depan hotel tu kan? Sebab seingat saya tu tempat terakhir saya berhenti sebelum jumpa awak," penerangannya yang panjang lebar itu tenggelam timbul menjamah cuping telinga. Sakit yang teramat mendominasi fokusku.

      "Lagipun, hari dah nak hujan," tambahnya. Serentak itu, hujan lebat berjuntaian turun membasahi bumi, aku dan dia. Kesakitan menyeringai. Berganda-ganda lebih sakit daripada hujan serong yang menampar wajah. Mutiara jernih turut sama menghujani wajah dan aku meraung lemah.

      "Eryyy! Kenapa ni?" Laungnya sebelum menyambut badanku yang hampir terjatuh. Kakiku yang tidak mampu menampung badan diangkat kemudiannya.

      "Ery, what's wrong with you?" Soalnya lagi dalam nada risau.

      Skretttt!

      Bunyi tayar mencengkam jalan sekali lagi kedengaran. Dalam samar-samar, aku dapat melihat figura yang sangat aku kenali sedang berdiri memandangku yang tidak bermaya.

      "Evan?" Lelaki itu menyebut nama abang sebelum sempat aku memanggil abang.

      "Damien?" Abang pula bersuara. Aku mengesan rasa kaget dalam nada abang.

      "Eryyyy!" Aku melaung nama sendiri apabila tersedar aku yang sedang kesakitan dalam kebasahan hujan ini mungkin akan dilupakan.

      Tidak sia-sia aku laung nama sendiri apabila abang bingkas menghampiriku dan merampasku dari cempungan lelaki ini.

     

      

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Azlin Liana