Prolog

      "Kau... Kau akan terima balasan!" Terketar-ketar suara itu bermonolog. Dia tersengih dan mencerlung tajam.

      "Really? Bukan aku tengah bagi balasan kat kau ke sekarang ni?" Bicara perempuan itu seraya menarik kasar pisau yang terhunus dalam di perut. Jeritan pedih menyeringai.

      "Kau kejam!" Laungnya lagi. Hatinya berkecai seribu melihat tubuh sasa di hadapannya rebah. Bersama amarah yang membuak, air mata mengalir turun. Mengapa begini jadinya?

       "Ouh. Kejamkah?" Perempuan itu membenamkan kembali pisau tadi. Darah merah pekat tersembur keluar dari mulut.

      "Betul ke aku kejam?" Soal perempuan itu. Kemudian, memusingkan pisau yang terhunus. Kiri dan kanan. Lelaki sasa itu menyeringai kesakitan lagi. Perit. Desahan nafas lemah yang menanti saat menyapa cuping telinga mereka yang ada di situ.

      "Macam mana? Kau menyesal tak?" Soal perempuan itu lagi. Kali ini kepada lelaki yang terbaring lemah di hadapannya.

      Dengan segala kudrat yang masih tersisa, terkumat-kamit lelaki itu menuturkan sesuatu.

      "Huh? Apa? Tak dengar," kata perempuan itu. Darah yang meleleh laju dari mulut disapu. Telinganya didekatkan kepada mulut lelaki itu.

     "Ulang sekali lagi?" Pinta perempuan itu. Mulut lelaki itu sekali lagi terkumat-kamit menuturkan. Beberapa saat kemudian,  perempuan itu semakin hilang kawalan. Ditarik kembali pisau yang tertikam dengan kedua belah tangannya. Mendaratkan punggungnya di atas perut lelaki sasa itu dan menjerit nyaring bersama bunyi dentuman pancaran kilat. Tingkaman bertubi-tubi ke jantung. Tanpa rasa mahu berhenti. Tingkaman demi tingkaman. Darah demi darah terpancut keluar.

     "Berhentiiii!!!!" Rayunya sayu. Namun, perempuan itu tidak mengendahkan. Terus sahaja bersama tingkaman yang entah kali ke berapa.

      Pandangannya mulai kabur. Dunianya terasa berpusing lemah. Nafasnya tercungap-cungap. Akhirnya, segala-galanya menjadi gelap.


Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh