Home Novel Thriller/Aksi Perhitungan
bab 3b Serangan Hendap

             Waktu makan tengahari itu Hirzan terus hilang selera. Malcom yang duduk di sebelahnya agak pelik melihat sikap Hirzan itu. Kedua mereka mula menjadi sahabat sejak hari pertama mereka di hantar masuk ke tempat ini dahulu.

“Kau ada masalah ke? Aku tengok kau lain macam sahaja hari ini. Sejak dari kita di tahan tempoh hari kau seperti dalam masalah besar. Hirzan kita sudah ada di sini. Mahu tak mahu kita kenal sesuaikan diri. Jika kita tak berubah dan tidak boleh terima suratan hidup kita ini kita akan hadapi masalah yang besar. Untuk bebas Penjara ini hanya ada satu jalan sahaja.” Mata Hirzan terbuka besar mendengar kata-kata Malcom. 

“Cara apa tu Malcom?”

“Mati! hanya apabila kau sudah mati barulah kau akan di bawa keluar.” Malcom memandang ke lantai.

           Dia sendiri tidak tahan tinggal di Penjara ini. Hari ini adalah hari ke tiga dia, di tempatkan dalam satu sel seorang Perogol Psiko. Dia tidak tahu berapa lama dia boleh tahan menghadapi lelaki itu. Setiap hari lelaki gila seks itu memerhatinya dengan penuh nafsu. Malcom terpaksa berjaga sepanjang malam kerana takut diapa-apakan.

Hirzan duduk tersandar mendengar kata-kata Malcom itu. Kematian adalah sesuatu yang tidak di inginkan. Dia mahu terus hidup kerana ada orang yang sedang menunggu kepulangannya. Dia mahu pulang ke Malaysia untuk bertemu anak dan isterinya. Banyak urusan yang belum selesai. Dendam yang bersarang di dadanya perlu di lunaskan dahulu.

“Aku belum mahu mati lagi Malcom. Aku mesti keluar dari penjara ini. Isteri dan Anakku sedang menunggu aku. Aku mesti terus bertahan.” Malcom memandang sahabat di hadapannya itu.

          Petang itu Hirzan turun ke Padang Riadah dengan hati yang berdebar-debar. Dia tahu ada seseorang yang mahu bertemu dengannya. Dia tak tahu apa yang lelaki itu mahukan. Seorang lelaki kurus dan tinggi berjalan ke arahnya. Lelaki itu kelihatan seperti orang Latin.

“Mari ikut aku…. Tuan Hawk nak jumpa kau,” ujar lelaki itu dengan nada yang serius.

Hirzan mengerutkan keningnya. Dia tidak tahu siapa Hawk.

“Minta maaf Encik. Lelaki yang bernama King yang panggil saya dahulu. Dia yang mahu bertemu saya. Lagi pun saya tak kenal siapa Hawk itu.”

“Bodoh kau ni! Lelaki yang kau katakan King itu adalah Tuan Hawk. Sudah! lekas ikut aku,” tegas lelaki Latin tersebut.

         Hirzan tiada pilihan. Dia bangkit dari tempat duduknya. Dia berjalan mengekori lelaki itu.  Beberapa banduan memerhatikan Hirzan.  Ah Long hanya memerhatikan Hirzan dari jauh sahaja.

‘Apa Hawk mahu dari budak itu.’ getus Ah Long dalam hatinya.

Mereka berjalan menuju ke sebuah bilik di hujung padang. Selepas pintu di ketuk, Hirzan terdengar suara menyuruh dia masuk.

“Hawk! ini budak yang kau suruh aku panggil.” sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik itu.

Hirzan melihat lelaki yang mahu berjumpa dengannya berdiri bersama-sama dengan beberapa orang temannya. Kesemua lelaki yang berada di dalam bilik itu merenung ke arahnya dengan tajam. Pandangan yang seolah-olah mahu membahamnya. Hawk tersenyum sumbing ke arahnya. Dengan tiba-tiba dia menjerit dengan kuat,

“Kerjakan budak itu!” Sebaik sahaja menerima arahan itu. 4 orang lelaki yang ada berhampiran Hawk menyerbu ke arahnya.

“Bunuh dia! jangan bagi dia peluang untuk hidup!” sambung Hawk dengan tawanya.

          Hirzan tergamam. Dia tidak menyangka yang dia akan diserang. Wajahnya pucat melihat 4 orang lelaki yang bermuka bengis menyerbu ke arahnya. Satu tumbukan yang padu di halakan ke arah muka Hirzan. Dengan secara sepontan dia mengelak ke kiri. Tumbukan itu tersasar, penyerangnya terdorong ke hadapan lalu melanggar sebuah almari tempat simpanan barang. Penyerang Hirzan itu terbaring kerana kesakitan. Melihat serangan rakannya tidak berjaya dua orang lelaki lagi menyerbu ke arah Hirzan. Salah seorang dari lelaki itu menumbuk ke arah kepala Hirzan. Hirzan terperasan serangan tersebut. Dia mengelak seperti serangan sebelum ini. Tiba-tiba lehernya di rangkul dari belakang. Sebatang lengan yang besar dan padu mengepit lehernya dengan kuat. Hirzan tergamam dengan serangan hendap itu. Dia cuba meronta untuk melepaskan diri. Lelaki yang merangkul tengkok Hirzan terus menguatkan rengkuhannya. Tercungap-cungap Hirzan kerana salur pernafasannya terhimpit.

“Jangan harap kau boleh terlepas.”

Hirzan cuba menjerit tetapi suaranya tersangkut di kerongkongnya. Nafasnya terasa sesak kerana di jerut dengan kuat. Mukanya terbuka dan tercungap-cungap.

“ALLAH sakitnya…” jerit Hirzan.

Rangkulan lelaki kulit Hitam yang bertubuh besar itu begitu kemas seperti belitan seekor ular sawa. Muka Hirzan mula kemerahan. Matanya juga kelihatan sudah timbul urat-urat merah. Dia tidak dapat bernafas lagi. Dalam beberapa detik lagi nyawanya akan melayang.

“Lepaskan dia.” arah Hawk kepada Milky lelaki kulit hitam yang merangkul tubuh Hirzan itu.

Sebaik sahaja rangkulan tangan yang besar itu terbuka. Hirzan terus jatuh melorot ke bawah. Dia terbaring dengan tubuhnya tersentak-sentak seperti terkena renjatan eletrik.

        Hawk dan rakan-rakannya yang lain tersenyum sinis melihat mangsa mereka yang terbaring lemah di atas lantai. Hawk berjalan menghampiri Hirzan. Tanpa ada rasa simpati sedikitpun dia memijak dada Hirzan.

Hirzan cuba mengerang kesakitan tetapi tiada bunyi yang keluar. Serangan tadi benar-benar melumpuhkan dirinya. Dia tidak mampu berbuat apa lagi.

“Budak! aku tak tahu apa yang kau dah buat sampai Kapten Edward sakit hati. Aku tak peduli apa masalah antara kau berdua. Yang aku tahu. Kau mesti mati hari ini. Kesian betul kat engkau ni. Baru sampai sahaja tempat ini kau akan mati.” mata Hawk bersinar garang.

Hirzan terbaring kesakitan. Dia terasa seluruh tulang dalam tubuhnya sudah patah-patah akibat di serang berulang kali. Tiba-tiba terdengar siren berbunyi menandakan masa untuk riadah sudah tamat. Semua tahanan di minta berkumpul.

“Boss! nampaknya siren dah berbunyi ni. Kita kena cepat kalau tidak susah kita nanti.” wajah Carlos kelihatan agak risau.

      Hawk menjadi serba salah. Antara niat mahu membunuh budak itu dan ketakutan jika di denda nanti. Mereka tahu menjadi satu kesalahan yang berat jika mereka tiada di tempat yang di tetapkan bila siren berbunyi. Hawk yang baru sahaja berniat membunuh Hirzan terhenti. Masa yang tidak sesuai menyelamatkan budak itu. Dengan marahnya Hawk menumbuk ke arah muka dan tubuh Hirzan bertalu-talu.

“Celaka kau! nampaknya kau terselamat kali. Lain kali kau pasti akan mampus di tangan aku!” luah Hawk dengan garangnya.

Dengan segera dia bangun lalu berlari meninggalkan tempat itu. Mereka hanya mempunyai beberapa minit sahaja untuk berkumpul. Terlambat mereka pasti akan di kenakan hukuman yang berat.

         Hirzan terbaring lemah. Air mata kesakitan mengalir di pipinya. Hanya beberapa saat sahaja lagi Malaikat maut mahu menjemputnya. Dadanya terasa begitu sakit sekali. Walaupun serangan itu hanya berlangsung 15 minit sahaja tetapi dia merasakan cukup lama. Hirzan menarik nafasnya dengan kepayahan. Dia cuba berdiri. Sebaik sahaja berdiri pandangannya menjadi kelam. Dia terus jatuh rebah. Siren berbunyi dengan kuat menandakan waktu riadah sudah tamat. 10 minit kemudian semua banduan di minta berkumpul. Mereka di minta berjalan kembali masuk ke sel masing-masing. Manakala Pengawal Penjara mula mengira. Dengan tiba-tiba keadaan menjadi agak kecoh sedikit. Pengawal yang melakukan pengiraan, mengira berulang kali. Wajahnya kelihatan agak cemas.

“Encik! ada seorang tahanan yang tidak cukup!”

Sarjan Mike Sloan, merenung ke arah anak buahnya itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.