Home Novel Thriller/Aksi PENJARA MATI
PENJARA MATI
Riduan Judin
12/1/2014 13:52:37
59,484
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 11

Banjaran PergununganTambunan, Sabah

HAMID berusahabangkit dalam kepayahan. Apabila dia terjaga, dia begitu terkejut kerana keretamereka benar-benar hampir tersadai di tepi gaung banjaran pergunungan itu.Jantungnya seperti ditarik kasar. Perlahan dia menoleh ke kanan dan belakang,isterinya Rosiah dan anaknya Mahairah kelihatan kaku. Cuma dada mereka sahajayang kelihatan berombak lemah yang menandakan mereka masih bernyawa.

            “Lindungi kami ya ALLAH.” Hanyakalimah suci itu yang Hamid mampu lafazkan. Dia perlahan mengejutkan isterinya.Mujurlah, akhirnya Rosiah terbangun setelah berusaha dikejutkan oleh Hamid.

            “Ya ALLAH, Mahairah macam mana,bang?” Tanya Rosiah. Dia segera membuka pintu kereta itu tetapi terhentiapabila kereta itu benar-benar di tepi gaung banjaran yang curam.

            “Kita menghadapi masalah besar,Ros.” Ujar Hamid yang kelihatan agak galau.

            “Jadi apa yang kita perlu buatsekarang, bang?” Rosiah panik. Mahairah yang kaku tidak lekang daripandangannya.

            “Bersabarlah atas ujian ALLAH.Mintalah perlindungan daripada-Nya.” Hamid kelihatan tenang. Mulutnyaterkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran.

            “Kita hampir jatuh ke gaung banjarangunung ini.” Rosiah jadi takut dan kalut.

            “ALLAH masih sayangkan kita, Ros.Bertawakal itu jalan terbaik.” Hamid melaungkan azan. Kegelapan sepertiga malammasih membaluti bumi Tambunan. Seiring lidahnya menyebut nama ALLAH, kuncikereta dipulas. Mujurlah, kereta itu masih ‘bernyawa’. Bahagian depan diterangicahaya lampu yang agak kekuningan.

            “Alhamdulillah, sebaiknya kita pergijauh dari sini.” Ujar Rosiah. Hamid hanya mengangguk.

            Hamid segera memasukkan gear reverse dan mengangkat klac. Keretajenis proton itu bergerak pantas secara mengundur ke belakang. Mujurlah keretaitu masih hidup, kalau tidak, mungkin mereka akan menghadapi kesulitan malamini.

            “Apa yang menahan kereta inidaripada jatuh ke gaung tadi?” Tiba-tiba Rosiah bertanyakan soalan itu. Adalogiknya, sebab mereka benar-benar berada di tepi gaung banjaran dan hampirjatuh.

            Hamid hanya menoleh ke arahisterinya. Dia pantas mengundurkan lagi keretanya agar kawasan kemalanganmereka dapat dilihat. Alangkah terkejutnya mereka suami isteri apabila keretamereka hanya menyondol sebuah batu.

            “Maha Suci ALLAH. Dia masihsayangkan kita sekeluarga.” Ujar Hamid yang berasa begitu kagum dengan rahmatTuhan.

            “Tidak masuk akal. Tapi semuanyaberlaku atas izin dan kehendak ALLAH.” Tambah Rosiah yang sedari tadi memandangbatu itu.

            “Ayuh kita pulang.” Ujar Hamid.

            “Tapi, Mahairah masih…”

            “Tidak apa, sampai di perbukitan didepan kita berhentikan kereta.” Ujar Hamid.

            “Baiklah bang, hati-hati bawakereta.” Ujar Rosiah.

PEEMANDANGANbanjaran pergunungan Tambunan begitu memukau mata. Di tempat ini, hampirkeseluruhan kawasan Tambunan dan beberapa kawasan yang ada di sekitarnya dapatdilihat. Lampu Daerah itu umpama kelit-kelip malam yang memberikan cahayakesamaran. Kabus yang menyelimuti kawasan itu kelihatan seperti ombak lautandalam. Berkepul-kepul dan berbongkah-bongkah putih. Seperti panorama di sebalikawan ketika menaiki kapal terbang. Tenang - Maha Suci ALLAH.

            Hamid pantas memberhentikankenderaan yang bergerak perlahan. Rosiah tidak menunggu lama, dia pantasmembuka pintu dan beralih ke tempat duduk belakang. dia segera mendapatkanMahairah dan berusaha untuk membangunkannya.

            “Mahairah masih tidak bangun, bang.”Ujar Rosiah yang sudah berulang kali menggoyangkan tubuh gadis itu. Dia mulamenitiskan air mata. Hamid jadi bungkam.

            “Kalau begitu kita segera pulang kerumah. Kita bawa dia ke hospital.” Ujar Hamid. Dia pantas melepaskan brektangan dan kereta itu bergerak ke depan. Dia ingin meninggalkan banjaranpergunungan itu dan menuju di tempat bercahaya samar di depan dengan segera.Dia risau kalau-kalau diuji sedemikian rupa lagi. Cukuplah kali ini. Dia tidakmahu lagi. Hatinya begitu bercelaru, sesekali pandangannya menyoroti Mahairahyang masih kaku dan isterinya di tempat duduk belakang melalui cermin pandangbelakang.

Kota Damansara

MARIAsibuk menyediakan sarapan pagi. Sesekali pandangannya tertumpu ke arah Malikyang kelihatan dihambat kedukaan. Dia runsing dengan masalah yang membuatkanhidupnya terpaksa dalam pelarian. Sekarang, operasi pihak Polis giatdijalankan. Sekali keluar, pasti dia akan tertangkap. Maka, jalan terbaikadalah mengurung diri di dalam rumah buat seketika.

            “Areyou okay, Malik?” Tanya Maria yang sudah pun membawa makanan dan diletakkandi atas meja.

            “No,I’m not okay.” Suara Malik kedengaran perlahan.

            “Aku tak percaya kau melakukanperkara sebegitu, Malik. Walaupun kita baru kenal, aku tidak akan sesekalipercaya.” Ujar Maria. Malik pantas berdiri apabila lengannya ditarik oleh Mariake arah meja. Malik harus mengisi perutnya. Kalau tidak, dia pasti akan matikebulur.

            “Aku tidak melakukan perkaraterkutuk itu. Ia fitnah! Aku tidak mahu nyawaku berakhir di tali gantung andaitertangkap.” Malik berulang kali menarik nafas dalam-dalam. Otaknya terasa berat.

            “Tidak, Malik. Aku akan bantu kamu.Kita upah peguam terbaik untuk membela kes ini.” Maria kelihatanbersungguh-sungguh.

            “Aku tidak mahu menyusahkan kau,Maria.”

            “Ini masalah kita bersama, Malik.Aku tidak mahu kau kalah dan mati di tali gantung.”

            “Tapi kenapa, Maria? Saya tidak akanmampu membayar peguam yang berkebolehan. Sebab saya bukan orang berada.” Malikjujur.

            “Sebab aku mencintai kau, Malik. Akutidak mahu kita terpisah. Biarlah kita sehidup dan semati.” Maria kelihatanagak berduka. Malik hilang kata-kata. Dia membisu lagi.

            Maria pantas menyeka air matanyayang mula bergenang di kelopak mata. Dia sebak mengenangkan nasib lelaki yangdicintainya itu. Walaupun Malik belum memberikan jawapan terhadap luahancintanya, dia tidak kisah kerana dia faham keadaan Malik sekarang.

            “Em, makanlah. Malik tentu sangatlapar.” Ujar Maria yang memaksa dirinya senyum. Malik membalas senyuman itu.Tangannya pantas mencapai sudu di atas pinggan dan mula menjamah makanan itu.

            “Makanan ini sedap, Maria pandaimemasak.” Ujar Malik. Dia kelihatan agak berselera. Maria gembira melihatperubahan Malik.

            “Betul ke? Orang tua-tua cakap,perempuan yang pandai masak bagus untuk dijadikan isteri.” Ujar Maria. Diasengaja mengusik lelaki kesayangannya itu. Malik terhenti menyuap, diamemandang Maria lalu tersenyum sebelum menyambung kembali suapan di mulutnya.

            “Kalau sedap, tambahlah lagi.” Mariamerenung gelagat Malik yang makan dengan cepat. Dia kelihatan terlalu lapar.Jauh di sudut hati, dia merasakan kebahagiaan semasa bersama dengan lelaki itu.Ya, dia teramat mencintai Malik. Kalau bukan lelaki itu, dia pasti sudah lamapergi meninggalkan dunia fana ini. Itulah sebabnya Maria mencintai Malik sampaimati!

Previous: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.