Home Novel Thriller/Aksi ELOPE
ELOPE
Zulfati Hanis
5/11/2012 21:54:24
17,555
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 5 (Mayat Kembung)

Pasukan Bukit Aman diketuai oleh Ketua Bahagian Forensik ASP Latif berada di tempat kejadian setelah mendapat laporan daripada orang awam.

“Tuan!” Sarjan Murad memberi tabik hormat pada ketuanya.

“Siapa mangsa?” tanya ASP Latif. Dia duduk mencangkung dan menyelak plastik yang menutup mayat.

Keningnya berkerut pabila melihat mayat yang sudah kembung. Mangsa masih berpakaian. Namun pakaian yang di pakai agak pelik. Mangsa seolah-olah memakai baju kurung yang dihiasi labuci berserta tiara di atas kepalanya seperti seorang pengantin.

“Kami masih menyiasat tuan. Bersama mangsa tiada apa-apa pengenalan diri. Segala bukti tengah dikumpul Tuan,” Sarjan Murad menjelaskan prosedur yang akan dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam menyiasat kes ini.

ASP Latif mengangguk. Dia bangun dan memandang sekeliling. Kawasan lombong ini agak terpencil dan tempat yang memang sesuai untuk menghapuskan bukti. ASP Latif menghela nafas. Ini bukan kes pertama. Tapi kalau mengikut pengiraannya kini sudah 3 kes berdasarkan modus operandi yang sama. Mangsa dipakaikan dengan pakaian pengantin.

“Tuan,” Inspektor Rashid menghampiri ASP Latif.

“Cara bunuh yang sama Rashid,” keluh ASP Latif.

“Benar Tuan. Wartawan pun akan mula mengaitkan kes ini dengan kes-kes terdahulu Tuan.”

“Hummm….kita perlu tingkatkan usaha untuk menyelesaikan kes ini Rashid.” Ujar ASP Latif. Bukan saja pemberita akan bercerita tentang kes ini. Malah di peringkat atasan Bukit Aman pun akan mula mengesa pasukannya untuk menyelesaikan kes ini secepat mungkin.

“Siapa yang jumpa mayat ni?” soal ASP Latif.

“Dua orang pemancing. Mayat tersangkut pada jala yang mereka tebarkan. Detektif Lim dengan detektif Alia sedang menyoal mereka tuan,” ujar Inspektor Rashid.

“Bagus. Saya nak laporan kes ini disiapkan secepat mungkin. Kita perlu pantau kes ini sebelum ianya memberi impak terhadap keselamatan orang awam Rashid,” tegas ASP Latif.


“Aku rasalah penjenayah yang kita buru kali ni sah-sah gila,” omel detektif Lim seraya menghenyakkan badannya di atas kerusi.

“Gila ke apa ke yang penting kita kena tangkap suspek ni secepat mungkin. Aku dengar ASP Latif dah mula bising pasal kes ni,” tambah Sarjan Murad.

“Adoii…kita tengah siasatlah ni Sarjan. Bukannya kita orang goyang kaki kat pejabat ni. Tapi suspek ni memang bijak Sarjan. Satu klu pun tak ditinggalkannya. Pening jugak nak selesaikan masalah kes ni,” giliran detektif Alia pulak mengomel.

“Susah atau senang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk selesaikan kes ini. Kalau dibiarkan mungkin akan ada lagi mangsa seterusnya. Ada kamu dapat apa-apa maklumat tentang mangsa terbaru ni?” Inspektor Rashid tiba-tiba muncul.

“Tuan!” mereka bertiga tabik hormat serentak. Terkejut juga bila tiba-tiba disergah begitu oleh ketua mereka.

Inspektor Rashid mengangguk. Dia menanti untuk orang bawahannya melaporkan apa-apa perkembangan terkini tentang kes pagi tadi.

“Tuan, apa yang kami dapat siasat, mangsa bernama Lily Izara. Berusia 23 tahun. Masih lagi menuntut di kolej swasta di Ibu Kota. Keluarganya yang beralamat di Tambun, Perak sudah dihubungi. Nanti kami akan mengambil keterangan daripada keluarga mangsa Tuan,” jelas Sarjan Murad.

Inspektor Rashid menarik nafas. Dia sedang memikirkan kaitan mangsa terbaru ini dengan mangsa-mangsa terdahulu. Apa yang pasti semua mangsanya adalah wanita muda yang berusia dalam lengkongan usia 20 tahun ke 25 tahun. Apa motif mangsa dipakaikan dengan pakaian pengantin sebelum di bunuh? Persoalan yang masih belum berjawab lagi.

“Dah dapatkan maklumat daripada Doktor Soo?”

“Belum lagi. Doktor Soo masih melakukan bedah siasat pada mangsa Tuan,” jawab Sarjan Murad.

“Baiklah. Saya nak jumpa dengan ASP Latif kejap. Kalau ada apa-apa perkembangan tolong beritahu saya segera.”

“Baik Tuan.”


“Tuan!” Inspektor Rashid mempercepatkan langkahnya bila melihat ASP Latif keluar dari biliknya.

“Ikut saya Rashid,” ujar ASP Latif sebaik Inspektor Rashid mendekatinya.

“Kita nak ke mana Tuan?” tanya Inspektor Rashid yang berjalan seiring dengan ASP Latif.

“Kita ke makmal. Doktor Soo call saya tadi,” ujar ASP Latif tanpa menoleh memandang Inspektor Rashid.

Setiba mereka di makmal Doktor Soo sudah sedia menanti di meja pembedahan. Doktor Soo tersenyum bila melihat ASP Latif datang bersama dengan Inspektor Rashid.

“So doktor apa yang boleh you beritahu I tentang mangsa ni?” soal ASP Latif sambil memandang mayat yang berada di depan mereka.

“Ikut siasat I mangsa mati kerana lemas. Tapi…bukan lemas kerana air. Tapi lemas kerana oksigen tidak dapat sampai ke otak. Dia mati dicekik. Cuba ASP tengok tengkok mangsa ni. Ada kesan cekikkan,” ujar Doktor Soo seraya menanggalkan cermin matanya.

ASP Latif dan Inspektor Rashid meneliti leher mangsa. Memang ada kesan cekikkan di leher mangsa.

“Mangsa juga mungkin sebelum di bunuh telah di dera. Di pergelangan tangan dan kaki terdapat kesan ikatan yang kuat. Serta di badan mangsa juga ada kesan calar.” Doktor Soo menunjukkan kesan-kesan luka yang terdapat di badan mangsa ini.

“Doktor rasa mangsa ni sama ke dengan kes sebelum ini?”

Doktor Soo mengangguk. “Dari cara mangsa di bunuh dan kesan-kesan luka pada badan mangsa, saya rasa ianya dilakukan oleh orang yang sama.”

ASP Latif mengangguk lemah. “You tak ada jumpa apa-apa klu yang boleh mengaitkan kita pada suspek doktor?”

Doktor Soo mengeleng. “So far I tak jumpa lagi. Kuku mangsa bersih. Seolah dia merelakan dirinya di cekik ataupun mungkin mangsa diberikan ubat tidur sebelum mangsa dibunuh.”

“Susah macam ni,” tiba-tiba Inspektor Rashid mengeluh.

Doktor Soo senyum nipis. Memang kadang-kala mereka akan menemui jalan buntu untuk menyelesaikan sesuatu kes.

“Tak apalah doktor. Tapi kalau ada apa-apa maklumat terkini tolong update dengan I secepat mungkin.”

“Okay.”

“Rashid arahkan detektif kita tingkatkan usaha mereka untuk mengesan suspek. Kita perlu kenal pasti suspek sebelum dia menganas lagi,” tegas ASP Latif. Dia tidak akan putus asa untuk menangkap suspek yang licik ini.

Bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh jua ke tanah. Dia akan tunggu masa itu tiba.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.