Home Novel Seram/Misteri NASI TANGAS
NASI TANGAS
asmaya ally
27/8/2020 10:21:35
20,085
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 5
Luka-luka kecil di kaki tidak aku hiraukan. Aku terus menapak meredah belukar untuk segera sampai ke sebatang jalan tikus  yang menghala ke  arah jalan besar. 

Aku menarik nafas lega apabila aku dapat mengesan kerdipan cahaya. Bunyi bingit kenderaan menandakan aku semakin hampir dengan jalan besar. Matahari yang semakin terik menyebabkan badan ku mulai berkeringat. “Aduhhh.. semakin masam pulak bau aku nih!”.

 Aku berjalan berkaki ayam dan membuat isyarat jari untuk menumpang kenderaan yang lalu lalang secara percuma.  Namun tiada satu pun yang sudi berhenti menumpangkan aku. “Sebab rambut aku kusut kah? atau sebab aku memakai jeans dan baju lusuhkah? Tapi aku kan perempuan?! Kenapa tiada yang simpati?”gumam aku sendirian. 

Aku berjalan dan terus berjalan tanpa menghirau kan panas matahari yang tegak dikepala. Dek kerana seteguk air pun belum aku minum, terasa kehausan yang teramat, pandangan ku mulai kabur, kepanasan tar jalan dan bahang matahari yang memancar terik langsung tidak membantuku.

 Tubuhku terhuyung hayang kekiri dan kekanan. “Pin!!pinn!!pin!!” sebuah lori pick up hampir sahaja melanggar aku. “ hoiii!! Mau mati kaaa?” aku disergah oleh pemandu lori tersebut sebaik dia menurunkan tingkap lorinya. “Huhh?” Aku tergamam dan aku berhenti sebentar  bahu jalan. Memgumpul semula semangat yang melayang akibat jerkahan tadi. “Kalau lah kedua ibu dan abah masih ada tentu aku tak jadi macam ni..” rintih hatiku.

Akhirnya setelah beberapa ketika, aku kembali mengorak langkah. Sebaik tiba di sebuah selekoh tajam, aku terdengar bunyi seretan brek kereta yang kuat dari arah belakang. 

Sewaktu aku berpaling, muncung hadapan bonet kereta itu terlalu hampir dengan aku, dan aku tak sempat mengelak sewaktu aku merasakan tubuhku dilanggar dan pandanganku kemudiannya menjadi kelam. 

                            *************************

“Cepatttt.. bawa dia ke Zon Merah!”

“Banyak sangat darah keluar Doktor, takut tak sempat nak selamatkan dia”

“Minta blood beg baru dari Unit Tranfusi! Sekarang!”

“Doktor, keadaan pesakit semakin lemah!”

Telingaku menangkap bunyi bingit di kiri dan kananku. “Aku di mana?” Dengan mata separuh terbuka aku dapat melihat bayangan manusia mengeremuni aku. “Arghhh..sakittt!!” Aku mengerang kesakitan, namun tidak seorang daripada mereka memberikan respond yang aku harap kan. Akhirnya mata ku rapatkan apabila tenaga yang bersisa tidak lagi berdaya. 

                          **************************

“Ibu?”

“Yea Diann”

“Macam mana ibu ada kat sini?”

“Ibu datang nak jumpa Dian.. Dian rindu ibu kan?”

“Ibuuuu.. Diann rinduuu sangat kat ibu”.. berjejeran air mata Dian kelihatan mengalir membasahi bantal hospital. Namun tubuh Dian masih lagi kaku terbaring diatas katil hospital dengan wayar yang berselirat ditubuhnya.

“Dian anak ibu..ibu minta maaf sebab tak dapat bersama Dian disana.. Dian kena kuat sayang”

“Ibuuu.. semua orang buli Dian buuu.. semua orang tak sayang Dian macam ibu sayang Dian..iskk..issk” 

“Diann.. belum masa untuk Dian bersama ibu dan abah disini..”

“Tttaapii buu?.. Dian tiada sesiapa lagi disana buu.. Dian nak bersama ibu dan abahhh..”

Doktor Raykal yang tiba untuk memeriksa keadaan Dian mengambil sehelai tisu dan dengan cermat sisa  air mata Dian disekanya.  “Apalah yang berlaku pada gadis ini?” 


*bersambung

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.