Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
38,231
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 17

OSMAN melilau kini , rumah yang menjadi kediaman Rafael dan Rafena kini kosong .Tujuan dia ke situ adalah untuk menyampaikan berita sedih tentang kematian kedua ibubapa Rafena dalam satu kebakaran tragis .

Dari halaman depan hinggalah ke belakang namun bayangnya pun tiada.Ke mana perginya Rafael ? Apa yang telah terjadi ? Osman tahu Rafena masih belum dijumpai .

Kelihatan seorang lelaki berjambang dan serabai sedang memerhati perlakuan Osman.Lama juga dia berkeadaan begitu .Tiba- tiba mata mereka bertatapan .

" Hoi! Jangan lari ! " Laung Osman terus mengejar lelaki berkenaan .Hakikatnya mereka saling mengenali , sebenarnya." Aku tahu kau masih ada di sini ? Keluarlah ! Aku janji aku takkan apa- apa kan kau ! Keluarlah ! Kau siapa ? ," bertubi- tubi soalan yang keluar daripada mulut Osman yang liar mengitari sekeliling.

Lelaki berjambang itu tetap dalam keadaan berjaga- jaga di sebalik pohon ketapang .Matanya juga liar sambil mulutnya berkumat- kamit.Tiba- tiba, nun di sebalik rimbunan semak , berdirinya seseorang berpakaian serba- putih sambil merenung tajam.

" Tak ! Tak ! Aku tak bersalah ! Aku tak bersalah ! Jangan ganggu aku ! " Pekikan itu membuatkan Osman terus terbangun lalu perhati di hadapannya.Rafael terkeluar dari tempat persembunyiannya dalam keadaan meronta - ronta.

Tangannya terkapai- kapai seolah sedang di ganggu sesuatu.Osman terpana seketika, melalui pemerhatiannya lelaki itu seperti pernah dia kenalinya.Walaupun dengan jambang , wajah yang bersememeh , kotor , rambut pula kusut-masai .Tak ubah seperti seorang psiko .

" Tolong ! Jangan ! Aku tak bersalah ! Jangan makan aku ! Ambil saja darah kaki aku ! Tapi tolong jangan bunuh aku! " ujarnya sambil tangan tergawang- gawang cuba menyembunyikan wajahnya.

" Rafael! Raf ! Aku Osman ! Raf! Raf! " pekik Osman seraya memegang dan menahan rontaan tangan itu ." Pergi kau ! Pergi ....!" Laung Rafael tak ubah bagaikan orang kesurupan.

Makhluk jelmaan Maria itu makin menyeringai ke arahnya.Jemari runcingnya kian mendekati leher Rafael.Darah yang mengalir dari taringnya semakin giat menitis .

" Rafael! Bawa mengucap! Aku Osman , Raf ! Aku Osman ! Kawan kau! " Makin dia cuba menahan rontaan pada tubuh itu , makin kuat Rafael meronta.Suara kicau burung , para unggas dan monyet saling berlawanan kini.

" Maria ! Maafkan aku Maria ! Aku tahu aku bersalah pada kau ! Maafkan aku , aku ....Aku tak tahu itu kau ! Aku buta Maria ! Cinta aku pada Rafena telah membuta hati aku ! Maafkan aku Maria! ," lirih Rafael teresak.Tangannya tetap lagi terkapai - kapai .

" Maria ! Maria isteri Amran! Jasad tu Maria ?," soal Osman lalu terduduk ke atas tanah ." Ya ! Aku! Aku lah Maria ! Hahahaha! " 

Osman terkejut lalu terus mendekati Rafael.Perlahan - lahan tubuh yang melayang itu mendekati Osman .Bunga senja mulai mekar kini.Segala makhluk alam ghaib semakin aktif .

" Kau berdua manusia kejam ! Tergamak kau perlakukan aku sebegitu aib ! Aku merintih kesakitan ada kau peduli ! " 

" Cepat ! Jangan kamu pedulikan jeritan itu ! " laung Tok Bomoh Aki pada Osman dan Rafael .Dagu jenazah itu semakin mencair kini .

Peristiwa pada malam itu , bagaikan sengaja diulang tayang semula pada minda Osman kini." Aku...Maafkan aku , Maria aku tak tahu itu kubur kau ! Ya, memang aku tahu ada kematian pada hari itu tapi siapa dia tak pernah aku ambil tahu ! Yang aku tahu bila kerja aku siap , duit masuk ! " terketar- ketar Osman cuba menerangkan .

" Hahaha! Bohong ! Kau pendusta ! Kau lihat kawan kau itu ! Apa yang telah terjadi padanya ? Hahahaha ! Kamu semua bodoh ! Bodoh ikut syaitan seperti aku ! Hahahah " 

" Jangan Am! Ampun Am ! Ampunkan aku ! Aku tahu aku bersalah pada keluarga kau ! Ampunkan aku , Am ! Ampunkan aku ! " teriak Rafael sambil mencekik lehernya sendiri .Pada pandangannya itu Amran ! Amran sedang menuntut bela atas kematian Maria! Amran mahu membunuhnya pula .

Disebuah pondok buruk dipinggir hutan , Amran dan tok bomoh Anjang saling tertawa ria kerana tak lama lagi dendam mereka akan terbalas ! Kini patung yang diberikan nama Rafena pula menjadi taruhan.

" Hahaha ! Kau jantan dayus! Lelaki tak guna ! Sanggup kau guna- gunakan aku untuk kepentingan kau ! Lelaki jahanam ! " laung Rafena juga menyerang Rafael kini .Osman pula mengensot menjauhkan dirinya tatkala Rafael semakin agresif kini .

" Osman ! Kau memang seorang kawan yang tak guna ! Sanggup mempergunakan kawan kau sendiri ! " tengking Maria melayang mengeliling lelaki itu. D engan tangan terarah pada Osman .

" Jangan ! Jangan bunuh aku ,Maria ! Jangan bunuh aku ! Aku tak paksa ! Dia yang mahu ! Memang , selama ini aku bersalah menyeksa jenazah yang lain dengan kerja terkutuk ini ! Tapi bukan aku seorang sahaja ! " 

" Hahaha ! Baru kini kau merasa takut ? Kau memang seorang lelaki yang kejam Osman ! Kejam!! Kau harus terima balasannya ! Hahahah ! " Hampir pusing kepala Osman kini .Dia terkepung kini dan tidak tahu hendak lari ke mana lagi ? 

" Ampunkan abang , Fena ! Ampunkan abang ! Apa yang abang lakukan ini kerana cinta ! " 

" Hah ! Cinta ? Ini dikatakan cinta ! Guna- gunakan aku untuk kepentingan kau ! Ini kau namakan cinta ?! Kerana kau lah aku kehilangan segalanya ! Kau harus mati Rafael ! Harus mati ! " 

" Kau harus mati Rafael ! Harus mati ! Kau seksa Maria ! Kini gelaran kau pula ! " Bayangan - bayangan menyerupai Rafena , Maria juga Amran semakin menyeksa jiwa dan raga Osman juga Rafael .

"Ampunkan aku, Maria !"

" Maafkan abang , Fena...Tolong , jangan seksa abang lagi .Abang telah jauh terseksa ! " 

" Maria , maafkan aku ! Maafkan aku !" Laung Osman semakin di asak rasa ketakutan yang amat sangat . 

" Maria ! Jangan Maria ! Ampunkan aku ! Maria ! Jangannn!! Argh !! " Semakin jauh , dia tergolek - golek ke dalam gaung berkenaan.Pandangannya semakin berbalam , darah pekat meleleh di dahinya turun ke pipi .Makin lama ,makin gelap .

Entah kenapa begitu sukarnya untuk dia melafazkan syahadah ketika pintu maut telah pun terbuka luas .Satu sinar cahaya kini mendatanginya .Gementar seluruh tubuhnya tika itu .Osman tahu masanya telah tiba.

" Hahahahahaha !! " Hilaian nyaring lagi menyeramkan itu masih lagi menyelubungi kawasan hutan tebal itu .

Rafael juga kian lemah .Kelopak matanya semakin memberat .Kabur pandangannya .Rafena dan Amran semakin kabur dan semakin menjauh kini .Mulutnya terkumat- kamit ." Maafkan abang , sayang ....Abang masih cintakan Fena .." 

Dia cuba menguatkan dirinya namun tidak terdaya lagi ." Abang , sampai hati seksa Fena begini ? Mana cinta abang ? Mana kasih abang !? " 

Perlahan- lahan matanya kian tertutup.Layu terkulai di batang pokok ketapang .

" Benarkah apa yang bomoh katakan ini ?" Soal Amran masih lagi curiga.Persoalannya itu dijawab dengan anggukkan kali kedua.Amran semakin melebarkan senyumannya kini .Kini terbalaslah segala dendamnya.

Dari satu sudut gelap dalam pondok itu , Maria yang terpunduk itu berlinangan airmatanya .Sebak semakin merajai jiwanya tatkala mengenangkan suaminya yang semakin jauh tersasar. 

Amran menjadi seorang yan g kejam hanya kerana rasa dendamnya ." Abang ....Cukuplah buat Maria terseksa ! Maria sudah cukup terseksa bang ! Sudah cukup terseksa...." 

Di manakah pegangan anak adam bernama Amran , kini ? 


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.