Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
38,252
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 4

     JALAN yang berlubang sana- sini agak menyukarkan laluan motor Osman .Apatah lagi , kadang- kala terpaksa menempuh jalan tanah merah yang berbecak .Laluan denai semakin sunyi kini , hanya motor mereka sahaja .Kanan kiri dipenuhi pokok- pokok rendang juga tinggi.Dan rumah bomoh itu pula dikelilingi pokok kekabu dan cempaka.Selang beberapa langkah , kelihatan nisan lama berceracakan sana- sini.

       Cuaca kian gelap, remang senja makin melebarkan sayapnya.Rafael berkali meneguk liurnya tatkala memandang nisan- nisan yang berceracakkan itu bagaikan tangan- tangan sedang melambai." Opocot ! Mak kau cirit ! Mak aku terkentut ! " latah Rafael dengan helmet tertutup matanya." Sorry bro, aku tak nampak lopak ni hah !," ujar Osman yang agak payah memandu handle motor tatkala melalui jalan tanah merah yang dipenuhi lubang becak .Kadang- kala air becak terpercik di kaki.

      " Hati- hati sikit bro , dah senja ni ...Bumbung pun tak nampak lagi ni ...," ujar Rafael liar memerhati kawasan perkuburan sepanjang laluan itu.Dengan pokok yang tinggi merimbun.Pohon ketapang dan kekabu .Desiran angin mendayu bagaikan suara tangisan seseorang tatkala mengenai dedaunan pohon .

        Semakin tajam matanya di picingkan tatkala terlihat sesuatu yang tegak berdiri seraya melambai ke arahnya betul- betul selang dua tiga nisan itu .Rambut panjangnya menutupi sebelah wajahnya yang berpakaian serba putih ." Rafael...Rafael...." Bisikan pula menganggu pendengarannya kini ." Allah! Apa kebendanya tu ? Hari makin senja..." Bisik Rafael berpaling ke  arah lain.Bulu roma kian menegak kini." Rafael..Rafael..Sini sayang ....Sini..." Rafael kian menggeletar dengan menyembunyikan wajahnya dalam helmet." Be...Ro...Be..Ro ...." panggilnya dengan terketar- ketar.

      " Beruk ? Biasalah hutan - hutan ni memanglah ada beruk ," sahut Osman yang masih lagi fokus pada motor hondanya." Be...Ro...Be...Ro..!" 

      " Apa kau panggil aku ? Beruk?!  Bro, agak- agakla wei..! Elok- elok nak sampai ni ! Kang aku balik kang ..." 

      ' Allah! Osman nilah ...' Rungut Rafael yang masih lagi menutupi mata dan separuh mukanya dengan helmet." Aku nak terkucil lah wei ! ," jerit Rafael.dari dalam helmet." Sabar wei , sikit lagi ni sampailah ..." sahut Osman terus menekan minyak .

       Didalam sebuah pondok buruk, kelihatan seorang lelaki tua berikat kain merah di dahi dan kedua lengannya.Segala jenis tangkal memenuhi lehernya.Badannya kelihatan berminyak bermandikan keringat.Sedikit kemenyan ditaburkan atas bara dalam dupa dihadapannya itu.Kelihatan satu tengkorak lama berlapikkan kain kuning ." Nah, makan...Lepas ini ada kerja untuk kau ," ujarnya seraya membalingkan seekor ayam hitam yang baru sahaja di pulaskan tengkoknya ke arah lembaga yang terpunduk tepi dinding yang berlubang itu.Bunyi deraman tatkala dia sedang enak melahap ayam berkenaan agak menyeramkan.Lelaki itu tertawa girang .

     " Wei, bukalah helmet tu dah sampai " ujar Osman memberhentikan motornya.Perlahan-lahan Rafael menolak helmetnya atas, baru jelas pandangannya kini.Suasana makin gelap .Suara cengkerik saling berlawanan dengan katak ." Wei, turunlah kita dah sampai ni ...Kang basah pula motor aku ni ...Tadi kata nak terkucil sangat ....," sindir Osman yang sedari tadi memerhati ulah Rafael yang mengitari sekelilingnya.

       " Hah! Ya! Ya! Aku nak turunlah ni ," sahut Rafael kelam- kabut menuruni motor tersebut.Angin menderu- deru kini .Mungkinkah akan hujan ? 

       Setelah keduanya tegak berdiri dihadapan pondok buruk berkenaan .Tiba- tiba pintu yang tadinya terkatup rapat kini terbuka dengan sendirinya." Bro ," ujar Rafael mencengkam bahu Osman kuat." Sakitlah wei, jangan takut lah aku kan ada ! Kau ni pun kalah betina lah ! ," sindir Osman sarkastik.Rafael menjuihkan bibirnya mulut pula terkumat- kamit menyumpah sahabatnya itu.

       " Jom naik" arah Osman yang kini menaiki anak tangga pertama diikuti Rafael dari belakang .Tiba- tiba dia bagaikan terasa ada kibaran rambut mengenai belakang lehernya membuatkan tangannya menyentuh leher.Namun, tiada apa- apa pun.Romanya lagi sekali menegak.Rafael ingin menoleh namun hatinya menegah .

      Bau kemenyan menerawang memenuhi ruang udara.Apatah lagi di bawa angin.Rafael berkali menggosok hidungnya ." Aicum! Achum! Achum! " Bersembur- sembur liurnya." Kuatnya bro bau kemenyan ," ujar Rafael seraya mencalit sisa hingusnya ke dinding.Pengotor pula mamat ni ! 

      " Shh..Cakap tu pandang- pandang sikit, dia boleh dengar kot !," marah Osman pula." Ha..Kamu Osman , ni ke kawan yang kamu cerita kan tu ," tegur lelaki tua itu pabila keduanya baru menjenguk di muka pintu.Osman dan Rafeal tersengih- sengih bak kerang busuk.Tanpa dipelawa, mereka terus bersila menghadap tok bomoh yang sedang asyik merenung air dalam tembikar.Osman mencuit paha Rafael tatkala dia lihat temannya itu terlangut ke atas palang di mana , ada botol- botol bergayutan.Mata Rafael benar- benar liar kini memerhati setiap barang yang ada dalam pondok bercahaya kelam itu.Al maklumlah pertama kali .Jakun jugaklah layaknya kini.

     " Pergi kau ! ," arah tok bomoh tegas.Osman merenung Rafael .Rafael melihat sekeliling namun hanya mereka bertiga sahaja yang ada .Meneguk liur kembali ." Kenapa tok ? ," soal Osman kembali.Walaupun dia telah biasa namun , kadang- kala tingkah lelaki tua itu menakutkannya jugak.

     " Ada yang mengikut kamu berdua "

     " Si....Si....Siapa tok ?" 

    " Kawan kamu ni memang cakap begitu ke ?" 

     " Eh, taklah tok .Dia ok je.Pertama kali tok hihihi " 

    " Aduh ! " Pahanya yang sakit disapu berkali .Osman pula menjeling geram." Yang kau cubit aku apa kes ? ," bentak Rafael perlahan." Tak apa ! Tak apa ! Jangan bergaduh ! Tok tahu tujuan kamu Rafael ! ," ujar tok bomoh membuatkan Rafael terlopong .Keresahan mulai melanda.

      " Benda ni enteng je bagi tok" Ujar tok bomoh seraya merenung Rafael .Barulah Rafael dapat melihat wajahnya yang berparut melintang di sebelah mukanya .Matanya tajam menikam.Kecut pula perut Rafael kini .Renungan mata itu tak ubah mata hantu .Osman pula tetap menelinga .Kadang- kala dia bagaikan ternampak satu bayang hitam tinggi di belakang tok bomoh.Adakah bayang tok bomoh ? Atau ? Tak mungkin itu bayang tok bomoh ! 

      Jari telunjuk yang di hiasi cincin delima masih lagi laju bermain dengan air dalam tembikar di hadapannya itu." Tapi tak tak mudah ," ujarnya." Maksud tok?," celah Osman ingin tahu .Rafael pula terkebil- kebil.Tangannya masih lagi tak lepas meraba lehernya yang dingin bagaikan di hembus sesuatu.

      " Gadis ini ada penjaganya" 

      " Aha, tok mak bapaknya garang tok, macam singa " 

      Tok bomoh terdongak lalu melemparkan renungan tajam pada Rafael .Rafael meneguk liur lagi .Sudahnya dia kenyang meneguk liur." Kau diam je kalau tak tahu! Jangan menyampuk !," bisik Osman ." Maaf tok, kawan saya ni ada masanya biol sikit ," sindir Osman.Mata Rafael membulat ." Tahi kambing bulatlah ! Biol kau kata aku ! Macam siot tul lah " 

      " Tok boleh tolong kawan kamu ni , Osman "

     " Terima kasih tok! "

     " Tok, terima kasih "

     " Tapi , ada syarat- syarat kau dan  kawan kamu perlu patuhi ."

     " Apa dia tok ? Kali ini tok nak saya sediakan apa ?" 

     " Di sebabkan penjaganya kuat , jadi tok juga perlu ampuhkan lagi barang tok " 

     ' Barang tok ?' Rafael berfikir lain." Bukan barang saya ke tok yang perlu ampuh ?," soal Rafael naif." Osman , mana kau dapat maun ni ?,"sindir tok bomoh .Osman menggelengkan kepalanya .Penat pula dia kini.

      " Maafkan kawan saya tok "  

Entah kali ke berapa Osman mencerlungkan matanya .Rafael pula buat muka toye! Dia rimas sebenarnya dengan nyamuk , gangguan kat leher dia lagi .Jam pula kian laju berputar.Mahu tak mahu dia terpaksa tunggu tepat 12 tengahmalam.

      " Mari kita ke sungai belakang rumah , sementara nak menanti tepat 12 tok akan bersihkan dulu kawan kamu ni dari segala aura kejahatan" 

      " Bro, mandi bunga ke bro ? Tak sangka yerk lelaki pun kena! Mandian aura 7 bunga aku tahu lah yang abang terlajak laris tuh " bisik Rafael tersengih - sengih.

      " Kau ni , nak aku tolong ke tak ni ? Main- main pula " 

      " Ala, emo lah pulak kawan aku ni ....Okay ! Okay ! Aku serious nak ! Gila kau tak nak ! Naik kematu buntut duduk atas motor kau , nak ke sini! " 

       " Dah tahu ! Senyap ! Ikut je apa kata tok bomoh ! Dia bomoh power! Kau tengoklah nanti " Osman memberi guarantee.Rafael menjulingkan matanya melihat ketaksuban rakannya itu .

       Setelah semua barang lengkap mereka bertiga menuruni tangga pintu dapur .Kedengaran aliran sungai kerana kedudukannya tak berapa jauh.

       Rafael di dudukkan menghadap sungai betul- betul di bawah bulan yang semakin mengambang .Osman pula duduk agak jauh sedikit takut basah .

       " Hai sang dewata malam  , datanglah ke mari , perindahkanlah wajah cucu ku ini!" Seraya itu , dia mulai menjirus tubuh itu dari kepala.Kelihatan beberapa jenis bungaan segar.Rafael pula terketar- ketar kesejukan.Dahlah  dia  memang dari     jenis susah mandi huhuhu..

      Dari satu timba ke satu timba sehingga gigi Rafael saling berlaga kerana benar- benar sejuk." Lepas ini , kamu berdua ikut aku ke kubur lama...Aku mahu keramat Tok Awang..Dan kemudin kita ke kubur perempuan mati anak sulung , Osman kau ingat kubur mana ?," soal tok bomoh merenung Osman.

      " Ingat tok" Sahut Osman seraya mencampakkan baju T kepada Rafael yang kesejukkan itu." Ku...ku..

Bur bro?," soal Rafael semakin kecut ." Aha! Kau perlukan minyak dan barang lain supaya ilmu ini cukup ampuh," sahut tok bomoh .

      Kepala yang kebasahan berkali dia garu .Dia makin ketakutan kini.Nak ke kubur lama tepat 12 malam pula tu ??? Cari pasal ! Cari pasal ! 

     " Bro, aku adalah ! ," Osman menepuk bahu rakannya itu.Dia tahu , siapa yang tak takut nak gali kubur ? Tengahmalam pula tu ! 

      


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.