Home Novel Seram/Misteri Semangat Roh
Semangat Roh
Riduan Judin
13/11/2017 10:52:53
19,140
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 4


 Hospital Lady Templer, Cheras

PAK MUDINberjalan agak perlahan di sebalik malam. Kegelapan malam sengaja tidakdiendahkan. Kakinya ligat berjalan dan sesekali memijak ranting kering sehinggamenghasilkan bunyi asing. Wajahnya sedikit berkeringat. Kelihatan kusam danterpuruk di sebalik duka yang hiba.

            Lampu suluh di tangannya kejap dalam genggaman. Cahayanyaagak terbatas disebabkan embun malam yang mula menebal. Nafasnya turun naik.Seolah-olah timbul ketakutan di sebalik keberaniannya memijakkan kaki di tempatterasing ini.

            “Yuda… Yuda…” Suaranya hiba memanggil satu nama. Hatinyamenangis.

            Sampai di depan pintu utama, Pak Mudin berdiri sejenak.Barangkali saja masih memikirkan untung nasibnya apabila memasuki hospital itu.

            Orang kata, mendekati tempat itu ibarat selangkah dipintu ajal. Dan memasuki hospital itu ibarat sudah menempah nama di atas batunisan.

            “Yudaaa…” Pak Mudin menangis hiba.

            Kerana dikuasai perasaan duka, Pak Mudin menolak pintuutama hospital. Selepas itu, langkahnya menapak tanpa henti. Ketakutan sengajadikuburkan dalam-dalam.

            Masa inilah satu bunyi duit syiling jatuh ke lantai,  kedengaran dari arah belakang. Pak Mudinpantas menoleh ke belakang.

            Tiada siapa di situ.

            “Siapa???” Pak Mudin meliarkan mata di setiap sudut.

            Nafas lelaki tua itu turun naik.

            “Ah, ilusi aku saja…” Bisiknya. Selepas itu, Pak Mudinmeneruskan langkah.

BILIK MAYAT hospital ituterkunci rapat. Pantas Pak Mudin mengeluarkan dawai halus dan membuka kuncimangga. Dalam beberapa minit saja, usahanya berhasil. Dia menarik nafasdalam-dalam. Meraih seluruh jiwa raga agar dapat satu kekuatan untuk memasukibilik yang menempatkan mayat-mayat.

            “Yudaaa…” Pak Mudin meratib hiba nama itu lagi.

            Tangannya menolak perlahan pintu bilik mayat itu. Maka, bau-bauanubat terasa menyesakkan pernafasan. Hatta, bau hanyir yang memualkan.

PAK MUDIN berhentimenapak apabila lampu suluhnya tersuluh sebuah peti mayat. Peti yang dilabelkandengan nama Yuda binti Mudin. Maka menangislah jiwa tua itu. Merintih ataspemergian satu-satunya anak kesayangannya. Kesedihannya terus membayangi hatituanya.

            “Yudaaa…” Kali ini suara rintihannya semakin pilu.

            Dia pantas mendekati peti mayat itu dan  menarik pintunya keluar. Maka kelihatanlahwajah Yuda yang pucat lesi. Seolah-olah menjadi awet di dalam peti mayat.

            Pak Mudin semakin hiba. Bekas bedah siasat di badan gadisitu masih ketara dengan jahitan yang bersilang. Darah beku masih kelihatan.Dulu, mayat-mayat di hospital itu tidak sempat dikeluarkan atau dituntut olehkeluarga kerana tempat itu tiba-tiba menjadi ‘keras’.

Sebab itulah,hospital itu ditinggalkan tanpa memutuskan bekalan elektrik. Andai sajadiputuskan, maka mayat-mayat itu akan membusuk.

“Yudaaa…bangunanakku!” Pak Mudin menggoncang mayat Yuda sambil menangis.

Masa inilah mataYuda tiba-tiba terbuka. Celik selepas terpejam sebentar tadi. Matanya putihkemerahan. Dipenuhi urat-urat halus dengan wajah pucat.

Pak Mudintersentak! Dia benar-benar terkejut!

“Mu…mustahil,” PakMudin hampir hilang kata.

Dia terkejutberbaur ketakutan sehingga tidak mampu menjauh dari peti mayat itu. Jasadnyajadi kaku.

“Yuda sudahbangun, bapa…” ujar mayat Yuda yang tiba-tiba bangkit.

Pak Mudin terdudukdi lantai. Matanya terbuntang luas.

“Kau mahu akukembali ke dunia inikan?” Tanya Jasad Yuda yang dirasuki semangat kejahatan.

“Tidak… tidak. Akucuma mahu menyemadikan supakau kau tenang anakku,” Pak Mudin terketar-ketar.

“Aku belum mati,bapa!” Tempik Yuda.

“Ba… bapa rindukankau nak,” suara tuanya kedengaran berduka.

“Kalau begitu…temankan aku di alam kematian!”

“Yudaaa…”

Masa inilah jasadYuda terangkat perlahan ke atas. Kakinya langsung tidak jejak ke lantai.

“Kau tahu betapasakitnya mati?” Yuda mendepakan tangannya. Masa inilah badannya diselaputibusana hitam yang tampak usang.

“Ma…mati?”

“Ya mati… kematianini sangat sakit,”

“Yuda sudah mati?”Pak Mudin mengalirkan air matanya semula.

“Ya, Yuda sudahmati… tapi hari ini, aku hidup semula!” Tempiknya.

“Tidak mungkin…”Pak Mudin hampir tidak percaya.

“Temankan aku dialam kematian!” Masa inilah jasad Yuda melayang ke arah Pak Mudin.

SEMANGAT JAHAT yangmerasuki jasad Yuda, mengilai dengan nyaring. Kuku-kuku tajam berceracakantumbuh di hujung jari. Dua gigi taring di bahagian atas dan bawah mulakelihatan memanjang apabila mulutnya terbuka luas semasa mengilai.

            Pak Mudin menghambat dinding apabila dia dilanggar jasadYuda. Kemudian jasad itu berpecah menjadi asap-sap hitam yang tebal. Kudrat tuaitu terlucut dan sukar untuk bangun semula. Dia masih terbaring. Nafasnyakencang di dada.

            “Orang tua terkutuk!” Satu suara garau jelas kedengaranmengherdiknya.

            “Kau bukan Yuda yang dulu…”

            “Memang aku bukan Yuda. Aku dipanggil… syaitan yangdatang dari alam kejahatan,” balas suara itu sambil mengilai.

            “Akan ada nanti yang membunuhmu… menghantar kau ke alamtidak berdinding itu!” Pak Mudin jadi geram.

            “Siapa?” Ujar satu suara. Seiring dengan itu, asap tebalitu muncul semula lalu perlahan membentuk jasad yang lebih dahsyat danmenakutkan.

            “Pesuruh Tuhan,” jawab Pak Mudin ringkas.

            “Celaka!” Makhluk itu marah-marah. Dan sesungguhnya,marah itu api. Api itu syaitan!

            Kemarahan makhluk itu semakin dahsyat. Dendamnya semakinmendalam. Seolah-olah sejarah di langit dahulu kala, mengingatkan sejarah hidupmakhluk yang diusir dari syurga. “Akumakhluk bernyawa panjang!” Suara parau kedengaran lagi.

            Jelmaan itu merentangkan tangannya. Masa inilah kuku-kukutajam bak belati, tumbuh di jari-jemari pucat. Bau hanyir serta-merta memenuhisegenap sudut.

            Pak Mudin yang baru tersentak dari ilusi, pantas berlarikepayahan ke arah pintu. Namun pintu itu tiba-tiba tertutup dengan sendirinya.Lelaki tua itu tertunduk. Takut dan kesal menyelubungi hati tuanya.

            “Pak Mudinnn…” Suara halus kedengaran berbisik ditelinganya.

            “Ya…” Pak Mudin menjawab perlahan. Sambil itu… diamembuka mata!

            “Mustahil! Apa semua ni?” Pak Mudin tersentak apabila diamengangkat pandangan ke depan.

            Seluruh bilik itu menjadi sangat usang. Hatta dipenuhisawang laba-laba yang menghitam.

            “Inilah kematian yang akan dirasai semua makhluk, PakMudin!” Satu suara kedengaran dari arah belakang.

            Pak Mudin pantas menoleh ke belakang. Alangkahterkejutnya apabila makhluk serakah itu berdiri selang sekaki darinya.

              “Berdoalah supayadijauhkan dari api neraka!” Makhluk itu menyeringai kasar sambil mengejek. Diatidak bertangguh lagi… satu libasan kuku membuatkan darah pekat tersemburkeluar dari luka di leher Pak Mudin.

            “Arghhh!!!” Suara Pak Mudin tersangkut di rangkungan.

            Makhluk itu menyerang lagi. Kali ini tangan kiri makhlukserakah itu dibenamkan di dada kiri mangsa. Pak Mudin menjerit kesakitanapabila jantungnya digenggam dan disentap kasar. Serta-merta dia rebah terkulaike lantai. Darah merah membanjiri lantai.

            “Jangan kesali dosa-dosa kau yang lampau, Pak Mudin!”Makhluk itu menyeringai lagi. Kali ini, satu libasan kuku-kukunya deras dileher mangsa. Makhluk itu menyeringai. Kukunya benar-benar tajam sehinggamembuatkan kepala mangsanya terpisah dari jasad.

            Darah terpercik di segenap sudut. Dan kala ini, ngerimenyelubungi hospital terbiar itu. Ngeri yang begitu misteri!

            

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.