Home Novel Seram/Misteri Semangat Roh
Semangat Roh
Riduan Judin
13/11/2017 10:52:53
19,152
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 5

BAB 5

Apartment Damai Bayu

DOKTOR ZULAIKHAberdiri di balkoni. Dia sengaja menghadap bandar Shah Alam yang kian membangun.Malah, tempat tinggalnya antara tempat yang berhampiran dengan bangunan tinggi.Cuma, apartment itu dibina agak mengunjur ke arah taman yang agak terasing darikesesakan bandar.

            Wajahnya kelihatan mulus, malah setulus hatinya yangsatu. Kala ini, jiwanya terasa sepi. Terasa menerawang jauh sehingga diamengelamun jauh ke lubuk rasa.

            “Ah come on Dr.Zulaikha… wake up!” Bisiknya perlahan.

            ‘Zulaikhaa….’

            Masa inilah dia terdengar bisikan halus di telinganya.Pantas dia berkalih ke belakang. Tiada siapa di situ.

            “Siapa?” Dr. Zulaikha memerhatikan segenap sudutapartmentnya.

            “Ah, berkhayal lagi…” Dr. Zulaikha berbisik sendiri.

            Selepas itu, dia pantas mencapai kunci kereta dan menujumeluru keluar. Hari ini, cutinya terasa agak sia-sia.

            “Tidak… kau bukan berkhayal!” Kali ini, suara itu agaknyata setelah Dr. Zulaikha meninggalkan rumahnya.

Hospital Lady Templer, Cheras

MIKAIL berdiri agakmenjauh. Mengunjur ke arah timur untuk melihat keadaan hospital dengan lebihterperinci. Beberapa keping gambar sengaja diambil sebagai rujukan. Mungkinjuga boleh dimuat naik di blog peribadinya kelak. Tempoh hari, dia mengunjungihospital terbiar ini. Dan hari ini, dia di sini lagi.

            Nota peribadinya dibuka. Idea-idea yang terlintas difikiran, ditulis pantas. Kaku kakinya kala ini. Hanya fikirannya saja yangmenerawang jauh untuk menggapai imaginasi tertinggi.

            “Moses…” Suara halus kedengaran dari arah belakang.

            Mikail pantas menoleh. Tiada siapa di situ. Hanya anginlembut yang menyambut wajahnya yang dipalingkan ke belakang sebentar tadi.

            “Allahu ya hafizunafsi wa ruhi…” bisik Mikail yang bermaksud, ‘Ya ALLAH, peliharalah dirikudan rohku’.

            Pantas jari-jemarinya mencatat bisikan suara tadi.‘Moses’. Perkataan yang baginya kedengaran agak seram dan mistik.

            Lelaki itu berjalan lagi… dan kali ini, kakinya hampirmelepasi palang kuning yang sudah usang dan pudar warnanya.

            “Nak ke mana?” Tiba-tiba bahunya disentuh dari arahbelakang.

            “Siapa?” Mikail pantas membuat gerak balas. Tangan ituserta-merta ditepis.

            “Astaghfirullah…” Mikail beristighfar berulang kaliapabila kelibat yang menyentuh bahunya ialah lelaki tua tempoh hari.

            “Anak ini buat apa saja di sini?” lelaki tua itumemandang Mikail dengan tajam.

            “Aku… tidak pernah ada batasan waktu dan tempat sebagaipenulis,” tutur Mikail.

            “Mencari idea?” Lelaki tua itu memandangnya tanpaberkelip mata.

            “Ya… mencari idea yang agak lain daripada biasa,” jujurMikail.

            “Mencari idea atau mengganggu ‘mereka’?”

            “Maksud Pak Tua, ‘mereka’ itu siapa?” Mikail menunggupenuh debar.

            “Yang terhijab… yang terlindung!” Ringkas lelaki tua itumenjawab.

            “Yang terhijab? Yang terlindung?” Mikail semakin ditujahpersoalan yang langsung tiada jawapan.

            “Sebaiknya, jangan kau sebut dan tanya lagi fasal tu,”

            “Tapi kenapa?” Mikail berkeras.

            “Aku taknak membangunkan mereka!”

            “Pak Tua akan tolong aku?”

            “Kau akan menulisnya menjadi ceritakan?” Lelaki tua itubertanya lagi.

            Mikail mengangguk perlahan. Memang tidak dinafikan,itulah tujuan utamanya.

            “Jangan, cerita kau akan benar-benar hidup,” ujar lelakitua itu.

            “Tapi… aku benar-benar ingin mengetahui cerita di sebalikhospital ini, Pak Tua…” sambung Mikail sambil memandang ke arah hospitalterbiar itu.

            Dan kali ini… kata-katanya tidak berjawab!

            Mikail pantas menoleh ke belakang semula. Lelaki tua itusudah tidak ada di situ. Hilang… seolah-olah ghaib ditelan masa dan ruang yangtiada batasan.

            “Pak Tua…? Pak Tua…?” Mikail memanggil-manggil lelaki tuaitu.

            Kerana panggilannya tidak bersahut, Mikail berundur agakke belakang dan mencatat sesuatu yang menyentak kasar idea dalam fikirannya.

            “Astaghfirullah… Lindungilah aku Ya ALLAH…” bisik Mikail.

            Selepas itu, dia meninggalkan perkarangan hospital itu.Untuk hari ini, cukup idea itu yang ditulisnya. Walaupun fikirannya hampirpecah menanggung idea ‘gila’ yang terasa menendang kasar aluran imaginasinya.

 

 

              

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.