Home Novel Seram/Misteri ROSE OF ORIENT
ROSE OF ORIENT
S.Kausari
23/8/2019 15:18:29
11,733
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Prolog

Beberapa ratus tahun yang lalu

Di luar Kota Larangan, Beijing, China

 

 

GURUH berdentum di langit dan hujan sudah mula rebas membasahi bumi. Ada tanda-tanda hujan ribut akan berlaku. Di kawasan berbukit seperti itu risiko dipanah petir lebih tinggi berbanding kawasan yang lebih rendah.

Xiao Li mendaki bukit dengan berhati-hati. Sambil itu dia melihat sekeliling untuk memastikan tiada yang mengekorinya atau menyedari kehadirannya di situ.

Dia melihat langit yang sudah mula gelap. Sesekali guruh berdentum membingitkan telinga.

Akhirnya dia tiba di puncak bukit dengan selamat. Dia tidak berseorangan di situ. Sesusuk tubuh lelaki terikat pada pancang kayu.Darah mengalir pada bahagian tubuhnya yang tidak berdaging. Ada bahagian yangtelah kering. Ada juga yang mula mencair apabila terkena hujan yang mulamembasahi tubuhnya.

Xiao Li melihat tubuh lelaki itu dengan rasa sayudan ngeri. Tubuh itu adalah milik kekasihnya, Yu Jin. Suatu masa dulu diaadalah seorang panglima yang gagah dengan susuk tubuh yang sasa. Tapi hari inidia terkulai layu setelah diberi minum candu dan dihukum tanpa perikemanusiaan. Di samping kesan lapahan menggunakan pisau, ada tanda-tandatubuhnya dipagut dan dirobek oleh burung liar yang membahamnya hidup-hidup.

Xiao Li menahan tangisan kerana dendam sudahmenguasai dirinya. Dia mengeluarkan mangkuk dan pisau dari dalam bakul.Kemudian dia membaca mentera sebelum menoreh tapak tangannya.

Darah mengalir ke dalam mangkuk bersama titisanhujan yang sempat menitis ke dalamnya.

Guruh berdentum di langit. Xiao Li menoreh pulabahagian tubuh Yu Jin yang masih elok dan belum dilapah. Darah menitis masuk kedalam mangkuk.

Xiao Li menghabiskan mantera. Selesai saja bacaandi mulutnya. Petir memancar dengan cahaya yang menyilaukan mata diikutidentuman guruh yang kuat.

Selesai upacara itu, Xiao Li memandang ke arah YuJin buat kali terakhir dengan rasa sebak yang tidak tergambar.

“Selamat tinggal kekasihku Yu Jin. Kita tidak dapatbersama di dunia ini angkara manusia-manusia kejam itu. Mereka menyiksa kaudengan hukuman yang kejam ini. Tapi percayalah, aku akan membuat mereka menderitakerana perbuatan mereka. Selagi puaka masih mendiami pisau yang digunakan untukmenghukum kau ini, selagi itu ada yang akan menjadi mangsanya.

Tiada yang dapat menamatkan sumpahan ini selagidarah kau dan aku tidak bersatu.”

Kilat memancar lagi diikuti dentuman guruh yangmemekakkan telinga.

Previous: Intro
Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.