PONTIANAK TEMBUSUapabila ilmu hitam jadi kawanBAB 1
Tepat jam 10 malam , Kg Baru Kuala Abang ,
Firdaus melihat jam di
dinding.” Oh,masih jam 10 malam ,baik aku pergi minum dulu kat kedai Pak
Leman.ujar Firdaus dalam hatinya. Dia pun bergegas bangun dan mencapai
motosikal EX5 warna hitam. Dipulas-pulas minyak motornya….vroom….vroommmm
!…Bunyi deruman motornya memecah keheningan malam. Rumah Firdaus terletak di
kawasan yang baru dibuka.Kira_kira 2 kilometer daripada kedai Pak Leman.
Suasana Kg Baru yang sunyi tidak seperti pekan kerana kawasan ini baru
dibuka.Tidak hairanla kebanyakkan kedai terutama kedai runcit telah tutup.
Kalau di sini hanya kedai kopi Pak Leman saja yang buka.Firdaus terus memecut
dengan lajunya kerana dia perlu menempuh kawasan hutan yang penuh dengan cerita
misteri terutama pohon tembusu yang besar . Dianggarkan berumur 30 tahun
mungkin umur pohon tembesu yang terkenal sebagai tempat paling seram di Kampung
itu.Keinginan memenuhi jiwa lepak, Firdaus rela melalui kawasan seram itu. Tidak
dihirau apa akan jadi bila pulang nanti. Paling kurang jam 1 pagi dia akan
pulang dari kedai Pak Leman. Tidak sampai 10 minit dia dah sampai di kedai kopi
Pak Leman.Fuh, lega bentak hatinya . Ujar hati Firdaus.Apabila dapat duduk di
kerusi kayu panjang macam kantin sekolah. dI kedai itu dilihat beberapa orang
masih asyik melepak sambil berborak. Firdaus memilih meja yang paling dekat
dengan televisyen kerana dia dia minat dengan siaran cerita P Ramlee yang
disiarkan di TV1 itu. Firdaus memesan teh halia dan roti canai. Sedang enak
menikmati dia dapat dengar dengan jelas 4 orang pelanggan Pak Leman iaitu Pak
Dol, Basri ,Atan dan Basiron. 4 sahabat ini adalah orang lama yang menetap di
kampung itu. Mereka adalah orang lama yang sangat dihormati di Kampung Baru.Masing-masing
mereka mempunyai pendapatan yang hebat. Kebanyakkan mereka adalah peniaga sayur
dan ikan di pasar ikan Kuala Dungun. Dengan masing masing mempunyai dua tiga
buah lori sudah cukup melambangkan kekayaan seseorang .Walhal ada di kalangan mereka
yang bersikap bongkak.
Orang kampung memanggil
mereka geng nakal kerana mereka
terkenal dengan sikap yang kaki perempuan. Sejak dari muda lagi geng nakal ini,
banyak membuat onar di kampung. Boleh dikatakan kenakalan mereka ,menjadikan
mereka cukup terkenal di kampung. Firdaus telah memesan air teh tarik dan roti
kosong. Lebih kurang 10 minit segelas teh tarik telah singgah di mejanya.
Selang seminit barulah roti canai kosong sampai.dilengkapi kari ayam .Roti
canai Pak Leman antara yang paling sedap di kampung. Kalau ada kiraan bintang
mungkin 4 bintang boleh diberikan kepada keenakkan roti canainya yang dijual
pagi hingga malam itu.
Sedang asyik menghirup teh Firdaus terdengar dari jauh ada
sekumpulan mat motor dalam lingkungan 5 orang bising di meja mereka. “Kau tahu
semalam aku lalu kat jalan Pontianak tu,,kata salah seorang yang sedikit
gempal..”Apa kau nampak Bob? .tanya kawannya. “Aku ditahan seorang perempuan
berbaju putih berbau bangkai tanpa muka. Dia mahu tumpang.Aku kata tak boleh.aku
jalan lain. Tiba_tiba dia hilang. Aku teruskan jalan tak sampai 2 minit dia
muncul lagi di depan aku tapi bukan dia ingin tumpang tapi dia berjalan terus
ke depan. Aku risau untuk memintas perempuan berbaju putih itu kerana suasana
ketika itu sangat menakutkan.”Tahu dok mase tu bau bunga kemboja sangat
kuat,ujar Bob kepada kawan. Keadaan jalan di situ memang terkenal dengan pohon
besar bernama tembusu.
“Aku rasa pelik jugok
nape dia boleh ada depan aku. Aku panik tapi aku buat tak kisah .Tiba tiba aku
melihat side mirroraku ada seorang lagi
lembaga perempuan di belakang aku.t egas Bob .”Alamak, tadi di depan sekarang
kat belakang pulak!” keluh Bob.” Aku pandang depan .Lembaga perempuan depan aku
tadi sudah hilang”,cerita Bob lagi.: Kau orang tahu aku berhentikan motor aku
di tepi”. “Aku tunggu perempuan itu datang dekat.”Dengan berani Bob
menceritakan yang dia cuba menyapa.”Masa itu aku tidak fikir itu Pontianak
tembusu jelas Bob. “Aku pun merapati dia.””Dari jauh aku tidak nampak
mukanya”.Serentak langkah bergerak,lolongan anjing tiba tiba bergema.Tidak
cukup dengan itu si cengkerik juga hebat mendendangkan lagunya. Aku tengok jam
aku menunujukkan jam 1 pagi.Aduh kenapala aku boleh buat kerja bodoh ni
huhuhu.Aku terus bergegas ke motorku. Aku cuba hidupkan enjin motor. “Alamak
mati pulak”. “Perempuan tadi makin dekat.” “Aku toleh ke belakang aku lihat
perempuan itu main dekat dan dia tiba-tiba terbang ke arah ku dan
mengilai.””Bayangkan betapa takutnya aku.” Aku lari meninggalkan motor ku di
situ”. “Betapa takutnya aku kau tahu. Ujar Bob.” “Nasib baik masa aku lari van
Pak Abu lalu. “” Aku tumpang
vannya.Esoknya baru aku ambik motor aku. Cerita Bob kepada kawan-kawannya.
Firdaus memasang telinga dan mendengar cerita Bob sehingga habis.
Pokok tembusu
ialah pokok yang tumbuh megah di sekitar kampung Baru Kuala Abang. Pokok
tembusu ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Fagrea
Agrea Eliptica Roxb.Pohon inila yang tumbuh megah dibeberapa tempat di sini. Daunnya
yang kecil ditambah tingginya yang begitu jelas Nampak dari jauh. Bagi penduduk
di sini inilah yang menjadi iigauan mereka .Pokok ini hanya terdapat di lorong
Haji Mail.Lorong Haji Mail adalah satu lorong yang sangat sepi dan sunyi kerana
kawasan itu kawasan yang baru dibuka. Kawasan tersebut satu ketika dulu adalah
sebuah kawasan hutan yang penuh dengan pokok-pokok liar dan lebihnya dihuni
oleh pokok tembusu yang sangat besar.Mungkin setiinggi bangunan 3 tingkat.
Lorong Haji Mael adalah sebuah kawasan yang sangat ditakuti oleh penduduk
kampung tidak kira siang atau malam. Ibu bapa akan selalu berpesan kepada
kepada anak mereka agar menjauhi kawasan tersebut.
Setelah mendengar
keluhan geng-geng motor tadi,dalam fikiran Firdaus sudah terbayang kengerian
apabila berjumpa dengan Pontianak itu. Dia melihat jam di tangan yang sudah
menunjukkan 12.15 malam. Geng motor tadi sudah beransur keluar. KIni yang
tinggal hanyala dia dan kumpulan otai tadi. Tiba –tiba semua otai-otai bangun
dan berlalu. Jam menunjukkan jam 1 pagi kedai Pak Leman akan tutup tidak lama
lagi. “Dah lewat ni bagus aku balikla”,.desus Firdaus. Dia pun menghidupkan
motor EX5 nya kemudian dengan pantas motor itu bergerak. Dengan kelajuan 80km
sejam motor Firdaus memecut dengan lajunya. Kelajuan begitu kalau diikutkan
tidakla selaju ketika di higway namun keadaan jalan yang sedikit memuaskan
cukup dianggap membahaya kepada penunggang dan pejalan kaki. Tiba-tiba Firdaus
terpandang meter minyaknya yang sudah dibawah tangki minyak. “Dah nazak sangat
minyak aku ini.dibuat buat mati depan pokok tembusu itu mampus aku,bentak
Firdaus.
Jam 1:30 pagi di lorong Haji Mail
Sebuah motorsikal EX5
meredah angin malam yang sunyi. Firdaus memang sudah biasa melalui kawasan
ini.Hampir tiap-tiap malam dia akan melalui jalan ini kerana itula satu satunya
jalannnya untuk ke rumahnya.Tetapi yang tidak enaknya inila kali pertama dia
melalui jalan itu selepas jam 11 malam. Bukan sahaja 11 malam tetapi jamnya
sudah menunjukkan 1 pagi.
Firdaus mengesat peluh
di dahinya walhal waktu ini keadaan sangat sejuk. Tiada satu rumah pun dibina
di kawasan tembusu itu. Firdaus menjadi cukup kaget.”Ahhh…biar apa orang kata
tentang jalan ini.pontianak la perempuan terbangla aku anak jantan…aku nak
lelaki aku mesti teruskan!Firdaus meneruskan perjalanannya secara lebih
tergopoh-gopoh.Dia melanggar semua lubang atau retakan jalan tanpa rasa
takut.Makin lupa motorsikalnya makin menghampri kawasan pokok tembusu besar
itu. Kebetulan betul-betul di depan pokok tembusu motorsiklnya tiba tiba
berhenti dan enjinnya berhenti juga.Suasana menjadi kelam dan sunyi sepi.
Jam 1:45 pagi di Lorong Haji Mail
Firdaus melihat jam di
tangannya jelas menunjukkan 1,45 pagi. Waktu bermain hantu-hantu atau
puaka-puaka. Suasana sangat sepi dengan cengkerik bersorak kencang. Angin
turut bertiup dengan bunyi gemercik seperti bunyi orang mencarik kain
kapan.Gementar sudah mula menguasai diri Firdaus. Dicapainya telefon
bimbitnya."Tiadaline!,bentak hati Firdaus.
Suasana menjadi sangat menyeramkan.Tiba –tiba ada
pergerakkan di kawasan pohon senduduk dalam lingkungan 10 meter daripada
motorsikalnya.Firdaus gamam seketika. Apa yang perlu dibuatnya. Kalau boleh
lari tapi mahu lari ke mana dengan suasana malam yang hanya diterangi dengan
bulan mengambang. Dia menoleh kiri dan kanan .Bunyi pergerakkan ranting patah
kelihatan makin kuat kedengaran.Tiba tiba sepasang mata keluar dari semak itu.
Pada fikirannya diingatnya Pontianak atau sundelbolong yang keluar tetapi bila
diteliti hanyala beberapa ekor babi .Babi itu kelihatan begitu besar mungkin
dalam lingkungan 7 ekor terdiri daripada sepasang babi besar diikuti 5 ekor
yang kecil tentula anak-anak babi tersebut.Selepas babi itu berlalu ke seberang
jalan.Firdaus kembali sunyi.Dia cuba menghidupkan enjin motornya tetapi tidak
Berjaya. Dia pun membuka penutup minyak motornya dan dilihatnya kosong dan
kering tangki minyaknya.Keadaan semakin parah. Dia pun mengheret motornya untuk
mara ke hadapan dalam keadaan gela gelita itu. Angin mula bertiup kencang.Bulu
romanya tiba tiba bangun seolah-olah dikejutkan dari tidur. Firdaus menjenguk
kearah pohon tembesu yang hanya berada 8 meter dihadapannya. Dari jauh dia
Nampak satu susuk tubuh manusia berdiri.Rambutnya mengembang panjang ke
lantai,berpakaian serba putih. Mukanya tidak nampak dengan jelas kerana malam
yang gelap.Dalam hatinya,memang pasti itu Pontianak tembusu.”Mampus aku kali
ini,”bisik hatinya.Kain kapan susuk tubuh itu kelihatan sangat kotor
dengan lumpur yang mongering. Firdaus dengan berani memandang ke arah pontianak
itu.Pontianak itu merenung muka Firdaus.Tidak digambarkan lagi ketakutan
Firdaus tentunya sudah menguasai seluruh jantungnya.Jantungnya berdegup sangat
kencang.Firdaus mempercepatkan langkahnya sedikit demi sedikit tanpa melihat
lembaga itu lagi. Kemudian dia sekali lagi melihat ke arah pohon tembusu
itu.”Hilang,mana perginya hantu tu,”bisik hatinya.Perasaan takutnya kembali
menguasai dirinya apabila dia terasa motornya yang diheret sangat berat.
Firdaus menoleh ke belakang. Hanya tuhan yang tahu betapa takutnya dia ketika
itu. Bayangkan bersendirian di dalam gelap,dia diganggu oleh makhluk yang amat
menakutkan. Pontianak itu duduk di atas motornya sambil merenung matanya. Dia
hampir pengsan. Segala hafalan ayat suci al qurannya hilang dari ingatannya. Tiba
–tiba pandangan mata Firdaus padam.Dia pengsan.
9 .00 pagi di rumahnya
Firdaus,ooooo
Firdaus,suara garau mengejutnya.Firdaus terdengar ada orang memanggilnya.Dia
membuka matanya yang berat.Kelihatan seorang lelaki tua di hadapannya.”Firdaus
apa sebenarnya berlaku semalam?”kata lelaki itu.Firdaus cuba membuka mulut
tetapi sangat payah.Perlahan-lahan suaranya keluar.”Abah,saya
Pontianak........tersekat-sekat suaranya.Lelaki tua itu merah padam
mukanya.”Dia lagi!jeritnya lelaki tua itu.Wajah lelaki itu lingkungan umur 60
an tetapi nampak gagah dan kuat lagi. Firdaus masih lagi kaku dan tidak
bermaya.
Ayahnya Ali bin Abdullah
adalah seorang peniaga kedai runcit. Orang kampung memanggilnya Pak Ali Getel.
Panggilan itu lekat dari muda sampai ketua. Panggilan Getel itu adalah satu
bahasa Terengganu bagi orang yang pandai mengelecek bola.Ayahnya ini adalah
seorang pemain bola sepak yang hebat di kampungnya.Dengan susuk tubuh yang
persis pemain bola Brazil tidak hairanla waktu muda dulu dia terkenal dengan
keupayaan mengelecek bola dan lawan.
10:00 pagi di halaman rumah Pak Ali
Pak Ali seorang yang
duda sejak 30 tahun yang lalu. Dia hanya mempunyai seorang saja anak iaitu
Firdaus .Sejak pemergian isterinya dia tidak berminat lagi untuk berumahtangga.
Baginya serik untuk berumah tangga menahan karenah isterinya. Menurut cerita
orang kampong isterinya meninggal ketika Firdaus berumur 4 tahun. Hanya
beberapa orang kampung saja yang tahu tentang kisah Pak Ali yang kini sudah
mencecah umur 65 tahun.Walapun sudah lebih setengah abad Pak Ali hidup di bumi
Allah ini namun dia kelihatan masih kuat dan cergas untuk menguruskan
perniagaan runcitnya . Jika dilihat kedai runcitnya tidakla sebesar pasar mini
tauke cina namun segala barang keperluan asas ada di situ. Rumahnya diubahsuai
sedikit menjadi sebuah kedai runcit. Kudrat empat keratnya itu digunakan sebaik
mungkin untuk menguruskan dan memajukan kedai runcit. Kedai runcit Pak Ali
menjadi perhatian golongan remaja dan dewasa. Di situla remaja membeli “rokok
batang” seperti Dunhill.Ketika itu remaja tidak mampu membeli rokok sekotak
yang mahal. Jadi kedai runcit Pak Ali tempat mereka melepaskan gian ketagihan
rokok. Selain rokok, di situ ada juga menjual minyak petrol untuk motorsikal
memandangkan stesen minyak jauh dari kampung.
“Assalamualaikum Pak
Ali,”tegur Razali kawan satu sekolah STPM nya.Waalaikummussalam oh Razali mahu
melawat kawan kau tu ek?”gurau Pak Ali.”Yela saya dengar dia pengsan depan
pohon puaka tu betul ke ?soal Razali.”Kau naikla Tanya dia sendiri ada dia duk
depan tv tu.”ujar Pak Ali.
Razali seorang kawan
rapat Firdaus kerana mereka sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Pulai serai sehinggala peringkat STPM.Mereka berdua sebenarnya masih menunggu
keputusan memasuki Universiti.Razali melangkah perlahan–lahan untuk mengejutkan
kawannya itu.Firdaus sedang asyik menonton televisyen.Dia pun
menyergah.”Daus,nape semalam! Sergah Razali.Terkejut Firdaus. Sudahla ketakutan
semalam belum reda dia disergah lagi rakan baiknya itu.Menyirat darahnya teringin
dia memukul rakannya itu tetapi kesabaran menguasai dia. Kamu ni bikin panas
je”ujar Firdaus kepada Razali.”Maaf geng rilekla aku bergurau je.Bukan tak
biasa haha”kata Razali.Razali pun menanyakan apa yang telah berlaku
semalam.Firdaus pun menceritakan kejadian semalam A hingga Z. “Nampaknya
kampung kita ni tak aman lagi sejak kejadian itu semakin hari semakin kerap
berlaku.”Razali mula mengorak ayat.”Takpela memang kawasan itu kawasan dia aku
yang silap mengganggu dia tidur mungkin”ujar Firdaus menyedapkan hati kawannya
itu. Selepas selesai melawat Razali pun pulang ke rumahnya.
6.00 petang di rumah Firdaus
Firdaus sedang mengunyah
pisang goreng yang dibeli di kedai Makcik Habsah.Kemudian dia membasahkan
tekaknya dengan air teh panas. Firdaus bangun ke arah cermin dan merenung
nya.”Nampaknya kes aku pengsan semalam satu kampong dah tahu.”keluhnya.”Malu
juga semua orang minta aku ceritakan kejadian itu.” Firdaus pun mencapai kunci
motornya. Dia pun bergegas ke rumah kawannya Razali.
1100 malam di Sk Kampung Baru
Pak Samad sedang asyik
mendengar Radio Malaysia Terengganu berkenaan berita semasa. Dia seorang
pengawal keselamatan di sekolah tersebut sejak 5 tahun lalu. Rakannya Sofian
pula baru pulang dari meronda bangunan setiap 3 jam sekali.”Fuh penat.dengus
Sofian.”Pak cik o Pak Cik apa berita baik rini”?tegur dia kepada Pak
Samad.Perbezaan umur di antara mereka ialah 15 tahun.Pak Samad berumur 50 tahun
adalah ayah kepada Razali..”Macam-macamla malasla aku cerita kamu dengarla
sendiri”jawab Pak Samad.Itula perangai ayah kepada Razali cukup susah menjawab
soalan.Tenyata dia seorang yang tidak banyak cakap sangat.Dia hanya menjawab
perkara yang penting sahaja.Tiba –tiba Pak Samad bersuara.”Aku dengar Daus anak
Pak Ali kena tegur dengan puaka tembusu kan baru-baru ni.?”soalnya. Sofian pun
menceritakan serba sedikit cerita berkaitan gangguan Firdaus oleh
Pontianak.”Benda ni dah lama berlaku sejak 20 tahun lalu lagi tapi sejak
kebelakangan ni makin kerap pulak.”cerita Pak Samad. Pak Samad pun membuka
tudung termos air panasnya yang penuh berisi kopi lalu dia menuangkan ke dalam
tudungnya. “Aku rasa dah sampai waktu kisah sebenar misteri Pontianak Tembusu
ini diselesaikan”kata Pak Samad.”Siapala yang tahu apa yang dimahu puaka
tu?”Tanya Sofian.
9.00 pagi Pasar Besar Dungun
Orang ramai berpusu-pusu
mencari keperluan bahan makanan seperti ikan,sayur,bawang,beras dan bahan
keperluan lain. Suasana di sini memang meriah ketika hari cuti Jumaat
khasnya.Peluang mencari bahan makanan pada hari ini digunakan oleh semua lapisan
masyarakat yang terdiri 60 peratus Melayu,25 peratus Cina,10 peratus India dan
lain-lain. Kawasan sekitar yang berdekatan dengan pantai menjadikan Pasar ini
kaya dengan pelbagai jenis ikan. Tidak ketinggalan juga sayur-sayuran dan
buah-buahan.
Dilihat sudut kiri pasar
ada beberapa gerai sayur-sayuran yang cukup besar. Penuh dengan pelbagai jenis
sayur-sayuran.Tuan punya pernigaan ini ialah 4 orang geng otai yang terdiri
daripada Pak Dol, Basri ,Atan dan Basiron. Mereka merupakan rakan niaga untuk
sebuah syarikat pengangkutan lori dan juga orang tengah bagi penjualan
sayur.Mereka juga mengusahakan syarikat pinjaman wang berlesen. Nama syarikat
mereka ialah 4 rakan Sdn bhd. Mereka berumur antara 50 ke atas.Pakdol adalah
yang paling tua manakala Basri adalah paling muda. Mereka ini berkawan sejak
remaja lagi. Sama –sama naik dan sama-sama turun.
Pendapatan mereka juga
sangat tinggi kerana mereka juga mempunyai kebun kelapa sawit hampir 5o ekar.
Keakraban mereka begitu menonjol sehingga syarikat mereka sangat terkenal di
sekitar Dungun.Malahan orang cina pun kagum dengan mereka walaupun orang Cina
terkenal dengan kehebatan dalam dunia perniagaan. Apa yang menghairankan mereka
berempat ini semuanya adalah duda dan mempunyai hanya seorang anak setiap
seorang. Adakah secara kebetulan atau pun ada rahsia di sebalik cerita yang
tersembunyi. Pak Dol mempunyai seorang anak perempun bernama Siti Sarah. Dia
seorang guru di sebuah sekolah sekitar Klang. Manakala Dahlia pula anak kepada
Basiron adalah seorang penguasa Restoran Makanan Melayu di Kelantan.Basri pula
juga mempunyai seorang anak lelaki
bernama Hanafi yang bekerja sebagai pemandu ambulan dan Diana pula adalah
penjaga makmal di sebuah Makmal Kilang ubat-ubatan di Pulau Pinang.
“Run ,kau dah bayar lum
duit Ah Chai tu?”Soal Pak Dol kepada Basirun.Dia sudah memberikan RM3000 kepada
Basirun untuk melunaskan duit bayaran sayur yang baru sampai dari Kuantan
kelmarin.”Pagi lagi aku bagi,dia tanya seribu lagi bila nak bagi?”jawab
Basirun.”Oh, esokla aku bagi masa kita pergi ambil sayur lagi nanti .”jelasnya
“.Ada kau dengar puaka perempuan tu kembali mengamuk?”Kelmarin anak si Ali
Getel pulak kena kacau,”kata Pak Dol.Kebelakangan ni puaka tu makin
mengamuk.Mujur puaka tu mengganggu di jalan tembusu tu je.Tidak mahula aku lalu
jalan tu biarla jauh.”seloka Basiron. Jalan yang dihuni pontianak itu adalah
jalan yang paling dekat untuk sampai ke kawasan perumahan penduduk
kampung.Walau pun jalan itu diterangi dengan lampu jalan namun jarang orang
berminat untuk melalui jalan tersebut. Bagi mereka jalan itu seperti sebuah
mimpi ngeri yang amat dasyat.Ha ha ha penakut jugak kau ni ya.Harap badan saja
ketul ketul tapi hati kecik.”sindir Pak Dol sambil ketawa berdekah-dekah.Merah
padam muka Basirun tapi dalam hatinya jelas seolah-olah berkata’ tunggula
giliranmu ya.
10.00 pagi Kuala Lumpur
Sarah keluar dari kelas
dalam keadaan marah.Sampai je di mejanya.Dihentak bukunya ke meja dengan kuat.
Panas fikirannya hari ini memikirkan gelagat muridnya. UPSR makin dekat tapi
muridnya masih main –main dan tidak bersungguh untuk menempa kejayaan.”Kenapa
ni Sarah?”tanya ustazah Salmiah kepadanya.”Macam mana saya tak marah Kak ,UPSR
dan dekat tapi kertas exam saya bagi mereka tak buat ,mereka tinggal kosong
je.”Sarah meluahkan isi hatinya.”Bukan nak cuba usaha buat ditinggalnya kosong
semua.” Hari –hari saya bagi motivasi tapi semua taknak endah.Kalau result
turun saya juga yang ditegur.Panat kak,penat sangat.Dahla sekarang banyak
sangat program,sampai nak mengajar pun susah.”kata Sarah lagi.Sabar kau Srah
,beginila nasib kita kalau Menteri selalu berubah,selalu bertukar macam macam
program baru wujud,kita yang anak –anak ikan jela menjadi mangsa.”Ustazah
Salmiah cuba memujuk Sarah.Begitula bezanya seorang yang berlatar belakangkan
agama mengawal keadaan.Tidak perlu secara kasar untuk memberikan semangat
,biarla sama-sama menyelami dan empeti untuk apa yang berlaku.Fenomena ini
menjadi satu isu yang besar kepada guru-guru masa kini.
Cikgu Sarah adalah
seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Klang Lama,di Klang
Selangor.Dia masih bujang dan baru je 6 bulan bertugas selepas berehat hamper 6
bulan di kampung. Dia juga teman rapat kepada Firdaus setelah mengambil SPM
bersama di Smk Pulau Serai. Namun mereka berpisah kerana keputusan Firdaus tidakla
seseberapa bagus berbanding dirinya.Firdaus memperjuangkan nasibnya di STPM
manakala Sarah diterima masuk ke Institusi Perguruan di Lembah Pantai. Mereka
berdua selalu dipasangkan sewaktu SPM dulu kerena mereka ini mempunyai wajah
yang seiras.”Kamu berdua memang sepadan Sarah ,Firdaus.Ingatan Sarah ke
belakang sewaktu di bangku sekolah.”Muka kamu sama macam kembar Cuma sorang
pakai tudung sorang free hair.hahahaha seloroh Cikgu Dahlia guru Englishnya
dulu. Walau bagaimana pun mereka berdua sangat ditegas berkawan oleh ke dua dua
ayah mereka .Pak Dol dan Pak Ali amat marah apabila meihat mereka pulang ke
sekolah berjalan kaki bersama –sama dulu. Memandangkan sekolah mereka sejauh
15km daripada kampung. Setiap hari Pak Dol dan Pak Ali akan menunggu di depan sekolah
untuk mengambil mereka berdua.Apabila ternampa k mereka berdua berjalan
bersama-sama Pak Dol terus memanggil Fidaus.”Daus dah aku bagitahu jangan kau
kacau anakku,lepas ni aku tak nak kau dekat dengan dia lagi.Lagi sekali aku
Nampak kau berjalan dengan dia nahas kau ku kerjakan.Tiba-tiba Pak Ali Getel
datang dan ingin memukul Pak Dol kerana memarahi anaknya.”Kalan ank kau tak
gatal ,anak aku tak inginla berjalan dengan nak kau tu.puihh.Diludahnya muka
Pak Dol.Suasana menjadi tegang mujur beberapa orang ibu bapa yang menunggu anak
masing-masing datang menghalang.Mereka berdua ini ibarat anjing dengan
kucing.Sarah bingung memikirkan ragam kedua dua orang tua itu kerana dia memang
sukakan fidaus .Dia merasakan jiwanya rapat sangat dengan Firdaus. Sayangmya
kepada Firdaus hanya tuhan saja yang tahu.
10.30 malam rumah guru-rumah Sarah
Malam itu Sarah tinggal
seorang kerana rakan serumahnya semua balik kampung memandangkan esok adalah
hari minggu.Kawannya Mariana dan Nora masing-masing telah pulang ke kampung
halaman masing-masing iaitu Kedah dan Kelantan. Malam ini dia akan tinggal
seorang.Suasana sanagat sunyi kerana blok rumah terletak agak terpencil di
belakang sekolah. Sarah asyik menonton televisyen ambil makan kacang tanah yang
di beli petang tadi.Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk.Sarah terperanjat.”Siapa
pula malam-malam jam 11 lebih ni datang”Sarah bersuara hairan.Terasa hatinya
berdebar-debar.Dia rasa tak sedap hati. Ketukan di pintunya hanya berbunyi
5kali kemudian berhenti.Seram.takut.rimas.benci.semuanya wujud dalam jiwa
Sarah.Sudahla dia begitu tertekan dengan kerja di sekolah.Datang pula masalah
yang baru.”Siapa tu kalau orang bunyila salam,kalau iblis ..kau tiba-tiba Sarah
berhenti bercakap kerana dia rasa tidak sedap hati.Sarah menjadi begitu kasar
sejak beberapa hari ini. Begitula guru muda yang baru memulakan tugas tanpa
pengalaman dalam duni pendidikan yang mencabar masa kini. Pintunya berhenti
diketuk setelah Sarah bersuara. Selang 5 minit pintunya kembali diketuk.Sarah
bingkas bangun dan mencapai tombol pintunya untuk dibuka.Dia menjenguk d luar
tiada susuk tubuh manusia pun yang dilihat kecuali seekor kucing hitam yang
biasa berkeliaran di luar rumahnya.Sarah kelu dengan pantas dia pun menutup
pintu umahnya dengan cepat. Sarah pun kembali duduk di sofa dan meinggikan
volume televisyen agar bunyi-bunyi pelik tidak didengarinya.Keadaan menjadi
tenanag seketika.
Pukul 12.30 malam di dapur rumah sarah
DVD filem Ombak rindu
lakonan Lisa Suriani dan Aron Aziz telah dipasang oleh Sarah.Hari ini dia akan
tidur lewat kerana ingin mengisi data online markah peperiksaan anak muridnya.
Walau pun diganggu 2 jam
yang lalu,Sarah memberanikan diri dengan berfikiran positif mungkin pengawal
keselamatan yang sengaja bergurau dengannya. Dahlan yang sebaya dengannya
selalu mengusik dia semasa berjumpa di sekolah. Seolah-olah Dahlan berminat
dengannya tetapi Sarah tidak berminat kerana mereka ini tidakla sepadan .Taraf
Dahlan yang hanya seorang pengawal keselamatan sedangkan dia adalah seorang
guru. Bukanla dia berniat untuk mengaibkan Dahlan tapi dia anggap itu adalah
lumrah kehidupan. Sarah tekun memasuk markah murid dalam pengkalan data. Sedar
tak sedar jam menunjukkan jam 1.30 pagi. Matanya sedikit merah menahan pancaran
sinaran screen monitorlaptopnya. Sarah merasakan
tekaknya sangat kering,dia pun pergi ke dapur.Takutnya tadi sudah hilang. Sarah
mencapai gelas gelas kaca bergambar hello kitty lalu dituangk an air mineral
sejuk dari peti aisnya. Selesai meneguk Sarah sempat menjenguk di luar tingkap
rumah. Sebujur tubuh berdiri memandangnya. Berambut panjang , tubuhnya disarung
baju putih penuh lumpur dan wajahnya jelas kelihatan cukup menakutkan. Sarah
menggigil ketakutan.Gelas dipegangnya jatuh dilantai.Sarah pun bergegas segera
ke dalam biliknya. Dicapainya telefon bimbit jenama Sony. Dengan tergesa-gesa
Sarah cuba menelefon Ustazah Salmiah. Tiba –tiba dengan tidak semena mena
bekalan elektrik rumahnya terputus. Sarah sangat takut serentak dengan itu
bunyi ketukan pintu rumahnya kembali.Tok!tok! pintu umh diketuk kuat.Tok ! tok!
Pintu umahnya diketuk lagi. Sarah bersembunyi di sudut bilik tidurnya sambil
menekup muka. Sarah memberanikan diri melihat diluar biliknya.Dia Nampak satu
lembaga putih dengan rambut mengerbang melintas dari dinding umahnya dan mengilai
dengan suara yang sangat menyeramkan.Pandangan mata Sarah gelap.Pengsan. Sarah
pengsan.
11 pagi Hospital Klang
Sarah masih
pengsan.Kelihatan Pak Dol dan Ustazah Salmiah juga berada di tepi katil Sarah.
Nasib baik Ustazah Salmiah datang pagi tadi setelah dia menerima panggilan jam
130 pagi.Waktu itu dia dah tido.Dia hanya perasan apabila melihat telefonnya
jam 730 pagi tadi.Dia pun bergegas ke rumah Sarah.Dialah yang terjumpa Sarah
pengsan dibiliknya. Mujurla dia juga ada menyimpan kunci pendua rumah itu.
Pak Dol kelihatan
muram.Dia sangat risau sekarang.”Dia semakin dekat.”tiba –tiba Pak Dol bersuara
perlahan.”Dekat?’Ustazah yang kebetulan berada di situ juga hairan melihat
gelagat Pak Dol. Dia pun beredar keluar walaupun Sarah masih belum sedarkan
diri.
Sarah telah sedar
selepas beberapa jam.Dia sangat takut.Inila kali pertama dia diganggu dengan
Pontianak.Ayahnya Pak Dol telah bergegas ke Klang menggunakan kapal terbang
setelah dihubungi oleh Ustazah Salmiah.
3 petang di luar pagar Hospital Klang
Keadaan cuaca sangat
panas.Pa Dol menghembuskan asap rokok secara perlahan-lahan.Dia risau.”Kenapa
dia muncul?”Tanya Pak Dol di dalam lubuk hatinya.Dia menghabiskan sebatang
rokok kemudian dia pun bergerak masuk ke bangunan hospital bagi melihat
perkembangan anaknya.
4 petang Restoran Thai Asli Pasir Mas Kelantan
Dahlia sedang menjaga
kaunter Restoran Thai Asli yang terletak di pinggir jalan .Pada petang itu
pelanggannya tidaklah terlampau ramai. Kebiasaannya pelanggan di sebelah malam
sangat ramai terutama pada hari minggu kerana pada waktu itu ramai orang membawa
keluarga untuk makan bersama.Tradisi orang tempatan ini merupakan satu budaya
yang harmoni namun membawa sedikit keburukan terutama melibatkan kesihatan.
Menurut pakar kesihatan kita tidak digalakkan makan yang berat pada waktu
malam. Tidak hairanlah orang Malaysia ramai yang mati kerana makanan berbanding
negara luar yang mati kerana kekurangan makanan. Dahlia juga kenal dengan cikgu
Sarah.Mereka hanya dibezakan 2 tahun lebih muda dengan Cikgu Sarah .Namun
disebabkan hubungan Pakdol dan Basiron yang rapat sejak muda lagi hubungan dia
dan Sarah pun begitu erat. Berbeza dengan Sarah yang lebih cenderung
kecemerlangan di bidang akademik.Dia memilih bidang perniagaan bersama suaminya
berassal dari Pasir Mas Kelantan. Pencapaian akademiknya tidaklah sebagus Sarah.
Tetapi Dahlia mahu membuktikan dia pun boleh berjaya seperti orang lain yang
lebih hebat akdemiknya. Moralnya di sini walaupun kita gagal dalam akademik
tidak semestinya kehidupan kita berakhir di situ. Rezeki kita mungkin bukan
dengan jalan akademik mungkin juga jalan kita di bidang lain seperti
perniagaan, kemahiran , Malangnya masih ada orang yang kecewa jika gagal dalam
peperiksaan.Mungkin perdedahan kepada sumber lain yang boleh dilakukakan selain
akademik kurang. Bagi Dahlia dengan cara perniagaan dia boleh cepat untuk
mencapai kekayaan.
Perniagaaannya di
Restoran Thai Asli amatla memberansangkan. Dengan hasil pendapatan itu dia
berjaya membesarkan anak-anak ,membeli rumah dan kenderaan sendiri.
Waktu operasi
restorannya dari jam 12 tengahari hingga 3.00pagi. Suaminya ialah seorang
pemandu teksi yang berasal dari Rantau Panjang. Suaminya bernama Ayob
.Pelanggan mereka memanggil suami Dahlia Si Yob Senduk Tuah. Memang masakan Si
Yob Senduk Tuah memang terutama tomyamnya yang pedas dan serba lengkap rasanya.
Sebutnya saja namanya sekitar Kelantan ini amat mengenalinya dengan resepi
tomyam dan “ lauk hidang” yang bermula jam 11 pagi hingga 4 petang. Menjelang
jam 12 tengahari restoran mereka akan
penuh dengan pelanggan yang menjadi peminat setianya sudah lama.
Jam 3 petang di Restoran
Thai Asli
Seorang lelaki menuju ke
dalam restoran Dahlia dengan tergesa-gesa. “Assalamualaikum Puan ,masih ada
lagi tak kari ayam dan ikan keli goreng ?tanya nya. Dahlia pun menuju ke trill
lauknya yang panjang itu hampir semua kosong.”Oh maaf encik dah habis hari ini
ramai orang.”kata Dahlia dengan sopan dan santun. Lelaki itu pun bergegas
pulang ke kereta kemudian bergerak dengan laju seolah-olah kecewa.”Syukur abang
hari ini lauk kita habis jam 3 lagi.Biasanya mahu jam 4 juga habis.”kata Dahlia
kepada Si Yob Senduk Tuah.
Si Yob Senduk Tuah hanya
senyum dan dia memang tidak banyak cakap. Baginya semua rezeki itu datang Allah
sang pencipta.Memang hari ini jualan mereka sangat luar biasa laris mungkin
kerana hari ini adalah hari gaji. Jadi tentulah semua datang kerana poket masih
penuh. Sekali sekali makan mewah dan sedap tentulah menjadi kelaziman. Setelah
selesai pekerjanya membersih bekas-bekas lauk mereka akan bersedia pula dengan
menu makan malam iaitu masakan panas. Masakan panas ialah masakan yang dimasak
apabila disorder sahaja. Di sinila kepakaran Si Yob Senduk Tuah menyediakan
tomyam dikagumi. Tomyamnya memang nombor 1 di daerah Pasir Mas.
Masakannya sudah bermula
jam 5 petang . Orang ramai sudah ada yang datang tetapi tidakla sehebat selepas
Isyak.
Jam 1 pagi Restoran Asli Thai
Pada malam itu,Dahlia
anak kepada Basirun senyum lebar kerana
keuntungan bersih mereka adalah RM1110.40. Memang menguntungkan dan ini sangat
mengembirakan mereka. Malam ini mereka tutup awal memandangkan esok adalah hari
Jumaat. Selepas selesai menghantar pulang semua pekerjanya yang terdiri hamper
semua orang Thailand, mereka berdua pun pulang segera ke rumah mereka dengan menaiki HILUX.
“Abang esok saya nak ke
rumah Abang Lokman nak beli rempah untuk
kedai.”beritahu Dahlia kepada Si Yob.”Boleh jugak kalau lepas Asarla ye,aku
penatla nak rehat juga.”kata Si Yob . Mereka pun meneruskan perjalanan di dalam
malam yang pekat. Suasana sangat sunyi kerana semua penduduk sudah awal tidur.
Rumah mereka bersebelahan Hosptal Pasir Mas di Kiat. Setelah hampir
melepasi hujung pagar hospital berkenaan
tiba-tiba kereta mereka ditahan oleh seorang perempuan tua dalam lingkungan
70an. Suasana menjadi seram. Mujurlah lampu jalan memberikan mereka sedikit
cahaya.
“Abang jangan berhenti
bang!”jerit Dahlia.”Eh kamu ni itu orang tuala macam sebaya mak abangla. kesian
pulak”Si Yob bersuara. Dia pun memberhentikan kereta di depan perempuan tua
itu. Perempuan itu berbaju kurung merah bertudung putih dan berwajah gelap. Si
Yob telah menurunkan cermin keretanya
tetapi dia sukar melihat wajah perempuan itu.Si Yob terkenal bukan
kerana kepakarannnya sahaja tetapi sifat baik hati dan tidak sombongnya juga.
“Assalamualaikum nenek nak ke mana ya?”Tanya Si Yob. Tanpa menjawab perempuan
itu terus membuka pintu HILUXnya dan terus duduk di belakang. “Ini mustahil!”
bisik hati Si Yob Senduk Tuah. Setahu
Si Yob dia sudah mengunci pintu keretanya secara automatik .Si yob tenang
kerana mungkin dia sudah membuka kunci
pintu keretanya Si Yob menyedapkan hatinya.
Jam menunjukkan jam 2
pagi.Suasana tiba –tiba menjadi seram.Dahlia memandang si Yob dengan mata yang
membulat.Dia amat marah kerana suaminya tidak mahu mendengar nasihatnya agar
tidak mengambil perempua itu .Baru sekarang Si Yob menyesal. Tetapi sudah
terlambat kerana perempuan tua itu sudah di belakang keretanya. Mereka berdua
sangat takut. Si Yob dengan berani memandang ke belakang dan buat buat
bertanya.”Mak cik mahu saya hantarkan ke mana?”tanya Yob terketar-ketar.Sambil
dia cuba melihat mata perempuan itu.Yang peliknya muka perempuan itu gelap dan
tidak Nampak apa pun.”Mak cik kalau jauh sangat saya tak hantar sebab umah saya
tepi hospital ni je,”ujar Yob lagi selepas pertanyaan pertamanya tidak
berjawab. “ Tak payah kamu susah susah hantar saja aku di tepi kuburan ya,”
suara perempuan tua itu ala-ala Indonesia.”Kuburan mana makcik?”tanya Dahlia
menyampuk. “Ada kuburan di Jalan Manggis dekat hujung kampong di situ ada rumah
anakku.”jawab perempuan tua itu.
Dahlia pun menyiku
suaminya agar cepat-cepat bergerak ke sana. Dalam perjalanan mereka berdua
terhidu bau bangkai yang amat busuk. Baunya amat pekat masuk ke dalam rongga
hidung. Bulu roma sudah terpacak berdiri. Di belakang perempuan tua itu sedang
berkumat kamit membaca jampi serapah.
“Membeem grem wwang
limat kunat lisinibliss.” Itulah bunyi yang
mereka dengar.Memang sangat-sangat menyeramkan.
Hilux mereka bergerak
masuk ke simpang tiga yang dikelilingi pokok getah. Setahu Yob jalan yang
mereka akan tempuhi ini tiada rumah orang.Tetapi menurut perempuan tuan itu
rumah anaknya di sana.
“Membeem grem wwang
limat kunat lisinibliss “ perempuan itu membaca lagi“Membeem grem wwang limat
kunat lisinibliss “diulang lagi tidak
berhenti.
Mentera menyeramkan itu
terus dibaca sambil mulut berkumat kamit. Wajah perempuan itu sukar juga untuk
dilihat. Sudah beberapa kali Dahlia mencuri lihat melalui cermin keretanya
tetapi tidak berjaya.
Kereta Hilux itu meredah
jalan yang sempit secara perlahan.Suasana sangat sunyi. Si Yob pun cuba
memasang radio keretanya tetapi tidak Berjaya. Seolah –olah radionya tidak
berfungsi.
“Makcik makcik dimana
umah mkcik sebenarnya.?”tanya Yob dengan kuat.Tiba –tiba dia berasa tidak
selesa dan dia perlu melawan kalau benar itu syaitan.
Tanpa jawapan suasana
terus menyeramkan. Dahlia pun memusingkan kepala untuk melihat di belakang
keretanya.Alangkah terkejutnya perempuan tua itu tiada dalam keretanya. Tanpa
banyak soal Si Yob pun menekan minyak untuk meninggalkan kawasan itu. Tiba
–tiba perempuan tua itu muncul di depan jalan .
Perempuan itu
betul-betul di depan keretanya dalam 15 langkah sahaja. Bau busuk mula menusuk
ke dalam keretanya.
“Ah ,aku langgar kau
syaitan!” jerit Si Yob.
Tercampak tubuh
perempuan tua itu ke dalam semak.Tanpa banyak cerita kereta itu dipecut
sehingga ke jalan besar.Tetapi bau busuk makin kuat.mereka berdua pun terkejut
besar apabila bangkai anjing yang berulat terbujur di kerusi belakang tempat
perempuan tua itu duduk. Mereka berdua pun memberhentikan kereta dan turun
keluar.
9.00 pagi Kampung Baru
Kuala Abang
Berita anak Basirun dan
Pak Dol terus menjadi viral di kampung. Facebook dan whatsApp group kumpulan mereka tidak berhenti
menyampai maklumat berkenaan serangan
puaka perempuan itu.
“Ini tidak masuk akal!”
bentak Pak Dol. Bagaimana puaka ini kembali lagi.
12.30 Tengahari di rumah
Firdaus
Firdaus dilihat sedang
sibuk melayan whatsApp yang tidak henti-henti masuk ke dalam group yang
diciptanya.Dia adalah admin kepada group remaja Kg Baru yang terdiri daripada
10 ahli sahaja .Semua rakan dan saudara rapat berada dalam group itu.Mereka terdiri daripada dia sendiri,
Sarah, Dahlia, Yob Senduk Tuah, Hanafi, RazalI dan beberapa rakan baik
mereka.Di dalam group itu pelbagai info
dikirimkan. Fenomena penggunaan whatsApp ini sangat cepat merebak.
Memang ada baik dan buruknya penggunaannya.
Segala berita cepat sampai berbanding dahulu.Mereka mudah berkongsi
gambar dan, maklumat dengan jelas. Bertalu-talu bunyi smartphone Samsung Note 4
milik Firdaus datang.Semuanya berkisar tentang kejadian yang menimpa mereka
semua sejak kebelakangan ini. Yang paling baru adalah Si Yob dan isterinya
Dahlia telah diganggu makhluk ganjil itu.
Tamat Bab 1