Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
Ninie Othman
31/5/2017 11:40:34
25,630
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 3

SEBOTOLair sejuk diteguk dengan begitu rakus. Usai minum, dia merebahkan tubuhnya kesofa sambil cuba melelapkan mata. Setiap malam dia tidak boleh tidur dantubuhnya semakin lesu kerana tidak cukup rehat. Dia terlena tidak lama kemudiandan hanya tersedar ketika hampir waktu maghrib.

Dia bangun dan duduk bersandar. Tekaknyaberasa perit dan pedih-pedih. Dia terlupa yang dia pernah menghabiskan tigacawan air milo panas di warung Pak Abu pada siang hari tadi. Angin petang yangmembelai kulit ligat berhembus dari luar. Ketika itulah dia menyedari tingkap-tingkapdan pintu utama terbuka luas.

Ya, tadi semuanya bertutup kemas. Diatidak tahu siapa yang telah membukanya.

Tidak mahu berfikir yang bukan-bukan,dia bangun menutup semua tingkap dan pintu. Tilam arwah neneknya yang tersandardi satu sudut ruang tamu dipandang. Tilam itulah yang telah menempatkan arwahketika beliau terlantar sakit. Ada kesan tompokan darah di tilam putih itukerana arwah yang selalu batuk berdarah.

Bulu romanya merinding tatkala azanmaghrib berkumandang. Fikirannya bercelaru ketika suara tok bilal menyapatelinganya. Hal sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini. Selesai menguncipintu dan semua tingkap, dia bergerak ke bilik untuk mengambil tuala. Badannyamelekit dan harus dibersihkan sebelum dia menunaikan solat maghrib.

Seusai mandi, dia terus mengambil wuduk.Kecelaruan minda yang dihidapinya sejak kebelakangan ini ingin dia ubati denganmenyembah sujud pada Yang Maha Esa. Dia juga tidak mahu menjadi seorang yangpanas baran kerana itu bukan sifatnya. Dia kembali ke bilik untuk menunaikansolat. Sejadah dibentang ke lantai dan kopiah diletakkan ke kepala.

Ketika niat dibaca, fikirannya menjadikacau secara tiba-tiba. Mukanya digosok-gosok sambil dia beristighfar panjang.Apabila sudah tenang sedikit, dia membaca niat sekali lagi dan solat maghribbermula. Di awal-awal rakaat fikirannya sudah terganggu dengan pelbagai benda.Dia berasa rimas dan semakin dia meneruskan solat, dia semakin lemas. Syukursolat tiga rakaat itu mampu dia habiskan.

Dia tersandar ke birai katil dengansejadah masih melapik duduk. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak eloksedang cuba mengganggu imannya. Setiapkali dia mahu beribadat kepada ALLAHpasti jiwanya menjadi tidak keruan dan perasaannya bergelora. Bagaikan ada satusemangat ghaib yang membawanya jauh dari Maha Pencipta.

Dia sendiri menyedari bagaimana kebaikankian menghilang dan keburukan datang bertamu dengan perlahan-lahan.

“Astaghfirullah…” Istighfarnya.

Bunyi aneh di luar bilikmemeranjatkannya.

 

TOKGuru Semail mengangguk perlahan dan pandangannya bertemu dengan Tok Ketua. Merekasedang duduk berbual di satu sudut dalam masjid kampung tersebut sambilmenunggu masuknya waktu isyak. Leman, Berahim dan Samad sudah menceritakan apayang terjadi di warung Pak Abu pada siang hari tadi.

“Pak Abu suruh bagitau Tok Guru. Kenapaye Tok? Ada apa-apa ke yang kita orang tak tau?” tanya Leman dengan penuhminat. Macam ada sesuatu yang menarik aje ni?

Berahim dan Samad turut memakukanpandangan mereka ke wajah tenang Tok Guru Semail. Berharap lelaki yang penuhdengan ilmu di dada ini menceritakan apa yang mereka ingin tahu.

“Saya rasa tak elok buka cerita katsini. Ni rumah ibadat. Insya-ALLAH saya akan ceritakan nanti kalau tujuannyanak membantu Amar.”

Tiga sahabat itu terpaksa bersetujuwalaupun di dalam hati penuh dengan tanda tanya. Mereka akan bersabar danberharap persoalan itu akan cepat-cepat terjawab. Tetapi apa yang pasti, mukaTok Guru Semail sedikit berubah. Dia lebih banyak tunduk merenung lantai masjidselepas mendengar cerita dari tiga sekawan itu.

Samad mencuit lutut Tok Ketua yang dudukdi sebelahnya. Keningnya diangkat-angkat. Mahu mengumpan jawapan dari ketuakampung itu. Jika Tok Guru tahu mestilah Tok Ketua juga tahu apa sebenarnyayang berlaku pada Amar. Atau ada apa-apa yang tidak elok telah berlaku selepaskematian Nek Cu? Malangnya Tok Ketua hanya membalas dengan cebikan di bibir.

“Tunggu aje Tok Guru yang ceritakan,”ujar Tok Ketua pada Samad. Dialog itu berjaya menarik perhatian Tok GuruSemail, Leman dan Berahim.

“Ala, Tok pun mesti tau. Tok kan bestfriend forever Tok Guru.” Pandai betul Samad mengumpan Tok Ketua.

“Sabar itu separuh daripada iman.” Itujawapan Tok Ketua. Samad terdiam dan tidak berminat untuk terus memujuk lelakiberkumis itu.

Tok Guru Semail hanya mengukir senyumansetelah mendengar kata-kata Tok Ketua. Biasalah anak-anak muda, memang terlebihteruja sedikit.

“Selesai solat, saya akan ceritakaninsya-ALLAH.” Akhirnya Tok Guru Semail berkata. Dia pun mahu membantu Amar jikaapa yang sedang berada di benak fikiran benar-benar berlaku.

Samad memandang rakan-rakannya dengansejalur senyuman kemenangan.

Azan sudah dialunkan menandakan masuknyawaktu isyak. Tok Guru Semail bingkas bangun dari duduk dan berjalan ke safuntuk mencari posisi. Tok Ketua dan tiga sekawan itu turut melakukan hal yangsama.

 

AMARsudah berdiri di ambang pintu biliknya. Bunyi-bunyian aneh yang datangnya dariruang tamu membuatkan dia kecut perut. Selepas Nek Cu meninggal dunia, hanyadia yang tinggal di dalam rumah desa itu. Kakaknya pula sudah menetap di Sabah.Jadi siapa yang sedang membuat bunyi di ruang tamu ketika itu?

Azan yang bergema dari masjid kampung serta-mertamenghentikan aktiviti paranormal itu. Suasana kembali sunyi dan hanya bunyicengkerik yang mewarnai malam itu. Keberanian yang memudar kini hadir semula.Dia melangkah keluar dari bilik dan berjalan perlahan menuju ke ruang tamu.

Lampu di ruang itu agak malap. Kepalanyadidongakkan ke siling dan lampu kalimantang dia pandang buat beberapa saat.Nampaknya dia perlu menukar bulblampu dengan segera. Suasana rumah yang agak suram selepas kematian Nek Cu kinimenjadi semakin kelam. Punggung dia labuhkan ke kerusi dengan mata tertancap ketilam milik arwah.

Kerinduannya pada arwah neneknya itukian membuak. Sejak kecil dia dan kakaknya dijaga oleh arwah dengan penuh kasihsayang. Cuma sesekali arwah berkelakuan agak pelik sehingga menimbulkan rasahairan dalam hati mereka dua beradik. Ya, arwah Nek Cu seorang yangberpewatakan agak misteri sewaktu dia masih hidup tetapi mereka tidak pernahmencurigai apa-apa.

Cuma ketika arwah terlantar sakit selamaberbulan-bulan, selera makannya tidak terjejas walau sedikitpun. Malah nafsumakan arwah mengalahkan nafsu makan orang-orang yang sihat. Ketika itu diaberasa sedikit curiga kerana secara logiknya, orang yang sakit selalunya seleramakannya akan ditarik ALLAH buat sementara waktu.

“Baguslah Nek Cu berselera makan, cepatsikit dia sihat. Kau jangan fikir yang bukan-bukan pulak.” Pesanan Kak Ainasentiasa tersemat di hati.

Dia masih belum menunaikan solat isyak.Hatinya terasa berat untuk pergi menyembah Maha Pencipta dan apa yang dialakukan ialah termenung di atas kerusi sehingga dia terlelap.

Huh!

Matanya terbuka luas, dahinya merenikpeluh dan nafasnya turun naik. Dia bermimpi buruk walaupun hanya sempat terlelaptidak sampai sepuluh minit. Ada seseorang persis arwah Nek Cu sedangmengintainya dari balik tilam yang dikotori kesan darah. Walaupun ia hanyalahsatu mimpi namun sudah cukup membuatnya berdebar-debar.

Sekali lagi tilam itu dia pandang. Semakindipandang semakin naik pula bulu romanya. Ah! Itu semua mainan tidur aje Amar!Kau ni memang suka fikir yang bukan-bukan! Omelnya sendirian. Cuba menenangkanhati yang penuh dengan kerunsingan. Dia berkeputusan untuk bangun dan pergimenunaikan solat isyak yang sudah lama masuk waktunya.

 

KUIHkeria dikunyah dengan penuh selera. Kuih ini memang kuih kesukaan si Leman. Seminggusekali ibunya Mak Mah akan disuruh membuat kuih keria. Demi anak bujangkesayangannya, permintaan itu dia laksanakan dengan sepenuh hati. Tetapi inikuih keria yang dia makan di rumah Tok Ketua dan rasanya juga sedap sepertikuih buatan tangan ibunya.

“Sedap kuih ni Tok. Siapa yang buat?Isteri Tok ke?” tanya Leman sambil mencapai kuih keria yang kelima.Sepingganpun dia mampu habiskan.

“Aku beli kat warung Pak Abu petangtadi. Mak kamulah yang buat,” balas Tok Ketua. Mak Mah memang handal membuatkuih dan kehebatan air tangannya itu memang menjadi buah mulut penduduk kampungmereka.

Leman mengangguk lalu mengambil keriayang keenam. Berahim dan Samad hanya memerhatikan gerak-geri rakan mereka itudengan muka selamba. Leman dengan kuih keria bagaikan ‘air yang dicincang tidakakan putus’.

“Tok ceritalah pasal apa yang jadi padaAmar.” Samad mula menuntut janji Tok Guru Semail.

Tok Guru Semail meletakkan cawan berisiair kopi panas ke lantai. Wajah arwah Nek Cu berlegar-legar di layarfikirannya.

“Mungkin Amar dah warisi belaan arwahNek Cu.”

Bagaikan mahu terjojol biji mata tigasekawan itu. Hampir-hampir si Leman mahu tercekik kuih keria.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.