Home Novel Seram/Misteri BAYANGAN
BAYANGAN
muRni aQiLa
28/2/2020 10:58:25
71,640
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
BAB 16

TEKUN Hajar membaca proposal untuk projek pembinaan di Cyberjaya. Setiap angka diteliti satu per satu supaya belanjawan modal lebih muhasabah. Diselak helaian seterusnya.

Namun tumpuannya terganggu apabila mendengar ketukan di pintu biliknya yang tidak ditutup itu. Dia mendongak.

“Ada apa, Meen?”

Di pejabat, Meen merupakan ketua bahagian pentadbiran di bawah kelolaannya. Tapi yang sebenarnya Meen adalah sahabat yang sangat dia percaya.

“Tak ada apa. Saja datang nak tanya, you keluar tak hari ni?” Meen mengambil tempat duduk di hadapan Hajar.

Hajar berfikir sejenak.

“Petang nanti I ada appoinment dengan klien. Lepas tu mungkin terus balik. Kenapa?”

Lunch dengan I nanti?”

Hajar mengerling Meen kehairanan.

“You tak lunch dengan buah hati ke?”

“Dia ambil cuti balik kampung. Kakak dia kahwin weekend nanti.” Meen memuncung. Nak tunjuk yang dia kesunyian tanpa si kekasih.

“Ohh... bila buah hati tak ada, baru you cari I,” usik Hajar.

Meen tergelak.

“Janganlah cakap macam tu. I rasa macam I ni orang jahat pulak. I tak pernah lupa kat you tau. Apa-apa hal, I mesti tolong you.”

Giliran Hajar pula yang ketawa.

“Okey, okey... kita lunch sama-sama.”

Cerah ceria wajah Meen.

“Tapi kita lunch kat kafe bawah ni ya? Sebab sebelum jumpa klien petang ni, banyak benda I nak kena prepare. Kalau makan kat luar, takut tak sempat pulak.” Hajar melihat jam tangannya. Lebih kurang setengah jam lagi waktu rehat.

Okay, no problem.” Lebar senyuman Meen. Kemudian dia teringat nak tanya sesuatu pada Hajar.

“Dah dua hari I nampak you jumpa guard kat parkingGuard muda yang baru kerja tu. Yang leraikan you dengan Lukman kat parking kelmarin. Cuma pagi tadi belum sempat I parking kereta, you dah masuk lif dulu. Ada apa, Hajar?”

Hajar tersenyum. Meen perasan rupa-rupanya.

“Tak ada apa-apalah.” Hajar tak rasa dia perlu cerita yang dia buatkan sandwic untuk Nizam. Biarlah kebaikan yang dia buat tak diketahui orang lain.

“Kalau tak silap, guard tu baru kerja kat sini kan? Sebelum ni orang lain.” Meen perasan juga kewujudan pengawal keselamatan baru itu. Cuma dia tak terfikir nak ambil tahu. Tiba-tiba dia baru teringat.

Hajar mengangguk mengiakan.

“Nizam nama dia. Dia dah tolong I. Tak salah rasanya I buat baik pada dia. Betul tak?” beritahunya.

Kata-kata Hajar untuk membuatkan Meen berdecit.

“Memang tak salah, Hajar. Cuma I risau kalau Lukman salah sangka.”

“Bukannya dia satu ofis dengan kita pun.”

“Tak satu ofis, tapi satu bangunan dengan kita. Alangkan you jumpa klien lelaki kat luar pun dia ingat you pergi dating. Kalau dia nampak you jumpa guard tu, tak tahulah macam mana si Lukman tu naik gila.” Nampak wajah Meen kerisauan.

“Kalau I jumpa dengan guard pun Lukman nak mengamuk, tak tahulah I nak cakap apa. Memang sah otak dia tu tak betul.” Tergeleng-geleng kepala Hajar. Tak terfikir dek akalnya jenis manusia sebegitu.

“Masalahnya, guard tu handsome. Muda pulak tu. Tak mustahil Lukman cemburu teruk nanti.”

Hajar melepaskan nafas panjang, lalu bersandar ke kerusi.

“I nak you berjaga-jaga aje. I risau dia buat hal lagi kat you. Tak sanggup I nak tengok dia pukul you lagi macam hari tu sampai lebam.”

Hajar faham isi hati Meen. Cuma dia buntu nak buat apa dengan Lukman tu.

“Buat police report, Hajar. Tak boleh biarkan dia buat sesuka hati kat you,” pinta Meen berharap.

“Ya... lepas ni kalau dia belasah I lagi, I buat police report.”

“You jangan cakap saja. Buat. Sebelum ni pun you kata nak buat police report. Tapi tak buat pun.”

“I nak buat. Mengenangkan dia tu ada kerjaya yang bagus, I risau reputasi dia jatuh. I bagi peluang pada dia berubah dan perbaiki diri.” Hajar ikhlas tatkala menuturkan bicara ini.

“Tapi dia berubah tak? Tak kan? Makin menjadi-jadi panas baran dia tu. Dia tak sedar agaknya yang dia dah tak ada apa-apa hubungan pun dengan you,” ujar Meen dengan nada kesal.

Hajar terkenang bagaimana buasnya Lukman apabila melempiaskan amarah. Rambutnya ditarik dan mukanya ditumbuk. Paling teruk dia pernah ditumbuk Lukman di bahagian muka dan perut. Mukanya sampaikan berdarah dan lebam.

“Janji dengan I yang you buat police report kalau Lukman apa-apakan you.”

Hajar hanya mengangguk walau dia belum memutuskan mahu ikut nasihat Meen atau tidak. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Ada hati yang perlu dijaga.

“Kalau tak, biar I sendiri yang buat police report.” Meen sudah benar-benar nekad.

“I nak buat police report, Meen. Tapi I tak ada bukti. I dah minta rakaman CCTV masa Lukman belasah I. Tapi terlindung dengan tiang pulak. Lukman tu cekap betul buat kerja!” dengus Hajar kegeraman.

Meen mengeluh.

“Kalau I buat report jugak, Meen... nanti Lukman akan putar belit cerita. I risau kalau hal lain pulak yang jadi nanti.”

“Yang penting, you buat police report dulu.”

Then you fikir lepas I buat police report, polis akan berkawal jaga I sepanjang masa? Sedangkan Lukman bila tahu I buat police report, dia boleh buat perkara yang I takkan boleh sangka pada I. Dia tu pendendam, Meen. Dahlah I tinggal sorang-sorang kat sini. Keluarga I kat Singapore,” keluh Hajar.

Terdiam Meen tak bersuara. Dia melepaskan nafas lemah. Ya, Lukman tu licik orangnya. Apabila Hajar kata begitu, timbul perasaan risau pula di hatinya. Kasihan Hajar kalau Lukman buat sesuatu yang di luar jangkaan.

“Lukman tu ibarat bom jangka tau. Kalau silap sentuh, silap percaturan... bila-bila boleh meletup.”

“Nanti I fikirkan caranya. I akan tolong you, Hajar. I tak nak selamanya lelaki macam Lukman menyusahkan hidup you.”

Kata-kata Meen itu Hajar sambut dengan sedikit senyuman harapan. Dia pun berharap begitu. Tapi belum nampak cara dan jalannya.

**********

BENAR seperti yang Meen sangkakan. Lukman di dalam bilik pejabatnya bermuka bengis menahan geram. Dia ternampak dengan mata kepalanya sendiri Hajar berbual mesra dengan seorang pengawal keselamatan pagi tadi. Siap bergelak ketawa lagi Hajar dengan lelaki yang rendah piawai itu.

Ditumbuk mejanya sekuat-kuat hati. Entah berapa kali meja itu dihentak. Tapi masih tak mampu meredakan rasa marah yang bergelodak dalam hatinya. Kalau ikutkan emosi, dah lama dia naik ke tingkat 8 dan menyerang Hajar di sana.

“Dengan lelaki kerja security pun dia nak membiang jugak!” dengus Lukman geram.

Digigit kuat bibirnya bagaikan nak terputus. Itu pun masih tak meredakan amarah di dada. Terbayang-bayang wajah Hajar yang manis itu semasa bermesra dengan lelaki lain. Dia tak boleh terima. Hajar miliknya seorang!

“Berani betul guard tu nak tunjuk lagak kat sini. Dia ingat bila dah tolong Hajar hari tu, dia boleh pikat Hajar? Hei, Hajar tu tunang akulah!” Sekali lagi dia menumbuk meja.

Turun naik dadanya menahan gelora marah. Kalau lelaki itu ada di hadapannya sekarang, tak teragak-agak dia mengayunkan penumbuk. 


Previous: BAB 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.